Pengalaman Refund Barang di Shopee & City Link | ini merupakan kali kedua aku buat refund di Shopee, kali pertama dulu tak ada masalah sangat sebab barang yg seller hantar tak cukup. seller pun tak ada masalah untuk ganti barang tersebut tapi aku pilih untuk refund. sekejap sahaja masalah selesai.
untuk kali kedua buat proses refund, aku tahu benda ni akan ambil masa sebab seller akan fight balik bila mereka dah post barang tapi yg jadi masalah sekarang barang kena peram oleh pihak kurier.
aku suka shopping di shopee sebab boleh pilih syarikat penghantaran tapi bila Shopee tetapkan tak boleh pilih kurier bermula 17 Jun 2021, serius cakap memang tak suka sebab tak nak jadi masalah macam ni.
Pengalaman Buruk Dengan City Link
selalunya aku akan pilih J&T atau Pos Laju dan sebelum ini tak ada masalah pun dengan penghantaran, kalau lewat pun tak ada sampai seminggu.ini first time kot dapat City-Link lepas tu sampai ke sudah barang tak sampai.
aku pun pelik juga bila check kat shopee barang dah lama sampai kat City Link tapi tak ada tanda diorang nak delivery, selepas seminggu ada staff telefon minta aku sendiri pergi ambil barang dekat pejabat City Link, siap bagi tips kalau tak boleh datang ambil dia suruh aku refund. alasannya lori tak boleh jalan sebab driver mereka kena kuarantin.
rasa nak marah pun ada juga, kalau dah tahu tak boleh nak buat penghantaran kenapa tak tutup dulu pejabat tu. ini betul-betul menyusahkan pengguna, tak tahu berapa banyak barang stuck kat situ.
antara sebab aku beli barang online ni, aku malas nak keluar. kalau tidak baik aku pergi shopping kat tesco saja. last aku terpaksa juga refund sebab tak boleh nak pergi ambil barang kat Citylink.
Proses Refund di Shopee
proses refund di Shopee sebenarnya tak susah cuma ambil masa sikit sebab pihak shopee kena siasat dulu sebelum pulangkan balik duit kepada pembeli. macam kes kali ini aku beritahu yg pesanan belum terima sebab problem dengan kurier. seller pun akan fight balik sebab mereka ada bukti barang sudah dihantar.
so tunggu sajalah pihak shopee buat kerja mereka, tak payah nak buang masa bergaduh dengan seller sebab dalam kes ni syarikat penghantaran yg buat hal.
permohononan pertama kena tolak dengan alasan masih dalam tempoh penghantaran. lepas tamat tempoh yg diberikan baru aku request refund untuk kali kedua.
tak ingat kena tunggu beberapa hari tapi tiba-tiba dapat email bagitahu dah berjaya refund, semak dalam shopeepay wallet, duit dah masuk dan coin shopee yg digunakan pun dah dapat balik.
walaupun jumlah yg refund tu tak banyak tapi masih lagi boleh guna untuk sambung shopping kat shopee..hehe
Pengalaman Refund Barang di Shopee & City Link
Pengalaman Refund Barang di Shopee & City Link | ini merupakan kali kedua aku buat refund di Shopee, kali pertama dulu tak ada masala...