Thursday, 15 December 2016

Diari Cinta Kita

Nantikan drama terbaru di slot Azalea berjudul Diari Cinta Kita yang bakal menggantikan drama Ainur Mardhiyah. Drama arahan Nazir Jamaluddin itu ditunjangi pelakon terkenal iaitu Fezrul Khan, Tasha Shilla dan Ayu Raudhah. Ikuti kisah Diari Cinta Kita pada setiap hari Selasa hingga Ahad jam 8.30 malam bermula 16 Disember 2016.

JUDUL : DIARI CINTA KITA
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 16 Disember 2016
HARI / MASA : Selasa-Ahad, 8.30 malam
SIARAN : Slot Azalea TV9 & TV3
PENULIS SKRIP : Wan Saiful Shahrizan
PENGARAH : Nazir Jamaluddin
TERBITAN : Sekutu Saujana Production Sdn Bhd
PELAKON : Fezrul Khan, Tasha Shilla, Ayu Raudhah, Reen Rahim, Shajiry, Bell Ngasri, Nor Albaniah, Dato Ahmad Tarmimi Siregar, Azlee Senario, Roslan Salleh, Zalfa Zin, Illey Mohtada

WATAK PELAKON
Fezrul Khan sebagai Hakim
Tasha Shilla sebagai Nurul Iman
Ayu Raudhah sebagai Doktor Aqilah
Reen Rahim sebagai Lisa
Shajiry sebagai Suffian
Bell Ngasri sebagai Herman
Dato Ahmad Tarmimi Siregar sebagai Dato Ali
Nor Albaniah sebagai Datin Suzy
Azlee Senario sebagai Wak Scary

SINOPSIS DIARI CINTA KITA
Penulisan di dalam diari bukan lagi satu perbuatan yang diamalkan oleh orang zaman sekarang dek kemajuan teknologi yang sudah mengambil alih. Namun, tidak lapuk bagi seorang doktor pakar puan yang bernama Doktor Aqilah. Baginya, diari yang ditulis itu adalah perjalanan hidupnya bersama orang-orang di sekelilingnya.

Segala yang tersurat itu ditulis dari hatinya selepas bergelar isteri kepada seorang lelaki yang penyayang dan baik hati bernama Hakim. Walaupun Hakim seorang yang romantik, tetapi dia tidak boleh memenuhi segala permintaan dan meluangkan masa sepenuhnya dengan Aqilah kerana Aqilah berkongsi kasih dengan Nurul Iman.

Doktor Aqilah pada mulanya ingin menyembunyikan perkahwinannya dengan suaminya kerana tidak mahu melukakan hati isteri pertama Hakim, Nurul Iman. Tambahan lagi, Aqilah tidak sanggup memberitahu kebenaran kepada Nurul Iman yang juga merupakan kawan baiknya.

Nurul Iman dan Hakim sudah 7 tahun berkahwin namun mereka belum dikurniakan anak. Pelbagai usaha telah mereka lakukan untuk mendapatkan anak tetapi hasilnya tetap tiada. Walaupun tidak mempunyai cahaya mata, hidup mereka berdua seperti pengantin baharu dan tetap romantik setiap hari.

Setelah Nurul Iman disahkan mengidap kanser usus tahap satu, dia mula murung. Hakim telah mengambil cuti demi menjaga isterinya buat sementara waktu. Walaupun tertekan, Hakim berjanji bahawa dia tidak akan sekali-kali tinggalkan Nurul Iman walau apa pun yang bakal berlaku pada masa hadapan. Hidup matinya hanya untuk Nurul Iman.

Nurul Iman terharu dengan kasih sayang dan perhatian yang diberikan oleh Hakim. Dia telah mendapat semangat baharu dan bertekad menjalani rawatan untuk sembuh. Hakim lebih kerap menemani Nurul Iman. Di situlah permulaan perkenalan Hakim dengan Doktor Aqilah yang merawat Nurul Iman.

Kasih sayang yang ditunjukkan oleh Hakim dan Nurul Iman membuatkan Doktor Aqilah mula menyimpan perasaan terhadap Hakim. Walaupun dia sedar bahawa dia sudah bertunang dengan seorang lelaki lain, tetapi dalam hatinya ialah Hakim.

Kekerapan pertemuan mereka untuk rawatan Nurul Iman menyebabkan Hakim dan Doktor Aqilah semakin rapat. Mereka bertiga sering keluar bersiar-siar dan menghabiskan masa bersama. Hakim juga tertarik dengan ketulusan dan kebaikan Doktor Aqilah. Mereka berdua cuba mengawal perasaan kerana tidak sanggup melukakan hati Nurul Iman.

Akhirnya Hakim dan Aqilah berkahwin tanpa pengetahuan Nurul Iman. Mereka berdua meneruskan hidup seperti biasa tetapi Hakim tidak pernah bermalam di rumah Aqilah. Menjadi isteri kedua kadang kala membuatkan Aqilah sunyi. Oleh itu, Aqilah melepaskan semua isi hati di dalam diarinya.

Saat Nurul Iman mengetahui kebenaran tentang suaminya dan kawan baiknya, hatinya hancur luluh seolah-olah tidak boleh menerima kebenaran bahawa dirinya telah dimadukan. Sejak itu, Nurul Iman tidak lagi meneruskan rawatannya. Aqilah rasa bersalah kerana dia menganggap dirinya sebagai punca penyakit Nurul Iman menjadi mudarat. Dia juga menyesal kerana mengkhianati Nurul Iman. Aqilah telah meluahkan perasaannya dan menulis dalam diarinya.

Apakah yang akan terjadi kepada Nurul Iman? Adakah keputusan Hakim dapat memberikan kebahagiaan kepada dua perempuan yang amat dikasihi? Apakah yang tersimpan dalam diari Aqilah?

GAMBAR PELAKON
Diari Cinta Kita TV9

Pelakon Diari Cinta Kita
Pelakon drama Diari Cinta Kita
Diari Cinta Kita TV3
Jika penamatnya bahagia, aku rela

Drama Diari Cinta Kita (TV9)

Nantikan drama terbaru di slot Azalea berjudul Diari Cinta Kita yang bakal menggantikan drama Ainur Mardhiyah. Drama arahan Nazir Jamaluddin...
Gadis Kampung Paling Popular

Janna Nick akan muncul dalam telefilem terbaru bertajuk Gadis Kampung Paling Popular yang akan ditayangkan di slot Cerekarama TV3. Telefilem arahan Eyra Rahman turut dibintangi oleh Azad Jazmin, Vicha Saywho, Daaim Jailani, Acong Sweetchild dan ramai lagi. Saksikan mereka pada Sabtu ini pukul 9 malam di TV3. 

JUDUL : GADIS KAMPUNG PALING POPULAR
TARIKH / MASA : Sabtu, 17 Disember 2016, 9.00 malam
SIARAN : Slot Cerekarama TV3
PENGARAH : Eyra Rahman
TERBITAN : Nuansa Sdn Bhd
PELAKON : Janna Nick, Azad Jazmin, Vicha Saywho, Daaim Jailani, Acong Sweetchild, Mak Wan Latah, Aizat Hassan, Firdaus Nadxaman

SINOPSIS GADIS KAMPUNG PALING POPULAR
Kisah Maya seorang gadis kampung yang baru berhijrah ke bandar. Dia juga seorang yang pemalu dan bersuara lunak. Maya bertemu dengan pekerja butik milik bapa saudaranya, Safidah, yang juga mula mengubah hidup Maya kepada gadis urban yang bergelar Lady Wawa. Ibunya di kampung, Cik Eton mahu menyatukan anaknya dengan seorang ahli perniagaan di kampungnya. Namun, Maya menolak. Panggilan Lady Wawa dan gaya hidupnya disorok daripada pengetahuan keluarganya. Bermulalah kehidupan Maya sehingga dia menjadi bintang YouTube yang terkenal sehingga ke pengetahuan Azad. Azad menyukai Maya dalam diam dan dia menyatakan bahawa Lady Wawa yang popular itu adalah contoh insan yang tidak jujur. Maya yang berkecil hati kerana Lady Wawa itu adalah dirinya, pergi membawa diri dan bersedih. Adakah Azad akan mengetahui hal sebenar?

GAMBAR PELAKON
Pelakon Gadis Kampung Paling Popular
Pelakon telemovie Gadis Kampung Paling Popular
Janna Nick

Gadis Kampung Paling Popular (TV3)

Janna Nick akan muncul dalam telefilem terbaru bertajuk Gadis Kampung Paling Popular yang akan ditayangkan di slot Cerekarama TV3. Telefilem...
ost meh sandar pada aku

Lagu tema drama Meh, Sandar Padaku! dinyanyikan sendiri pelakon utama drama tersebut iaitu  Aliff Aziz dan Mira Filzah. Lagu berjudul Sandar Padaku ditulis oleh Marr Mohamad dan komposer oleh Panji. Info lanjut drama Meh Sandar Padaku baca disini.

Tajuk Lagu : Sandar Padaku 
Penyanyi : Aliff Aziz feat Mira Filzah 
Komposer : Panji 
Penulis Lirik : Marr Mohamad
Penerbita Muzik : Helen Yap 
Terbitan : Sony Muzik 

LIRIK LAGU SANDAR PADAKU - ALIFF AZIZ FEAT MIRA FILZAH
Kata orang semua wanita sama saja
Tapi tidak dengan mu
Pernah merasa jauh untuk bersama kamu 
Hanya dalam khayal ku
Namun kau selalu hadir dan menganggu 
Hati ku setiap waktu 

Walau semua kata lelaki sama saja 
Tapi tidak dengan ku
Mesti sempat benci enggan untuk bertemu
Mungkin dalam angan ku
Namun ku selalu hadir dan menganggu 
Hati mu setiap waktu

Kamu, kamu, kamu saja 
Jadikan ku sandara cinta 
Saat hati rasa, rasa, rasa 
Bersandarlah dibahu ku
Dulu benci ku selalu merindu
Ku damba kita bahagia
Agar masanya tiada mampu bertahan 
Bersandarlah dibahu ku

OST Meh Sandar Padaku (Lagu Tema)

Lagu tema drama Meh, Sandar Padaku! dinyanyikan sendiri pelakon utama drama tersebut iaitu  Aliff Aziz dan Mira Filzah. Lagu berjudul Sandar...

Wednesday, 14 December 2016

Meh Sandar Pada Aku

Drama terbaru adaptasi novel Meh Sandar Pada Aku karya Aifa Batrisya bakal menemui penonton di slot Dahlia TV3. Menemukan gandingan Aliff Aziz dan Mira Filzah sebagai pelakon utama. Drama bersiri 13 episod ini diarahkan oleh Emi Suffian. Drama Meh Sandar Pada Aku kini boleh ditonton melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my sebelum ditayangkan di TV3 awal tahun 2017 nanti. 

JUDUL : MEH, SANDAR PADA AKU!
EPISOD : 13 episod
TARIKH / MASA : 2017
SIARAN : Slot Dahlia TV3
PENULIS NOVEL : Aifa Batrisya
PENGARAH : Emi Suffian Abd Sabhe
TERBITAN : Zeel Production Sdn Bhd
PELAKON : Mira Filzah, Aliff Aziz, Jaja Iliyes, Redza Rosli, Aishah Ilias, Asyraf Aley, Azri Iskandar, Badrul Muhayat, Raja Ema, Fiza Halim, Marr Mohamad, Fendi Seman, Aidit Noh, Haff Ridzuan, Nafiez Zaidi, Dania Aina, Adam Darwisy, Shazzy Edora

WATAK PELAKON
Mira Filzah sebagai Afnan Tasneem
Aliff Aziz sebagai Dr. Syed Nadzhan
Jaja Iliyes sebagai Aleesya
Redza Rosli sebagai Adam Naufal
Aishah Ilias sebagai Mastura
Asyraf Aley sebagai Syed Emir
Azri iskandar sebagai Syed Azhar
Badrul Muhayat sebagai Syed Irham
Raja Ema sebagai Juhara
Fiza Halim sebagai Farah
Marr Mohamad sebagai Dr Ram
Fendi Seman sebagai Zamarul
Aidit Noh sebagai Lukhman
Dania Aina sebagai Syarifah Emira
Adam Darwisy sebagai Syed Nadzhan (Kecil)
Shazzy Edora sebagai Aleesya (Kecil)

LAGU TEMA / OST MEH SANDAR PADA AKU
Tajuk : Sandar Padaku
Penyanyi : Aliff Aziz feat Mira Filzah
Video & Lirik ? LINK

SINOPSIS MEH SANDAR PADA AKU
Mengisahkan Afnan Tasneem, gadis yang sentiasa ceria dan agak bendul tak bertempat. Afnan Tasneemsedang menjalani praktikal di sebuah pusat penyelidikan bagi menyempurnakan pengajiannya. Disana bermulalah cerita pertemuannya dengan penyelia yang dianggap sombong dan spesis lelaki terancam iaitu Dr Syed Nadzhan. Dr Syed Nadzhan hidup tanpa insan bergelar perempuan. Selepas kegagalan rumah tangga papa dan mamanya dia mengganggap perempuan menyusahkan hidupnya. Menerima Afnan Tasneem sebagai budak praktikal dibawah seliaannya memang memeningkan kepala kerana sebelum ini Dr Syed tidak pernah menerima budak praktikal perempuan.

Sepanjang tempuh seliaan Dr Syed, Afnan Tasneem sering di buli dan memberi arahan tanpa diberi tunjuk ajar. Kehadiran Adam Naufal menggugat rasa hati Dr Syed. Afnan Tasneem yang banyak meluahkan rasa tidak puas hati dengan layanan Dr Syed kepada Adam Naufal. Adam Naufal juga budak praktikal Dr Syed. Dimata lelaki Adam Naufal tahu yang Dr Syed suka pada Afnan Tasneem. Adam Naufal rapat dengan Afnan Tasneem sekadar bagi cemburu pada Dr Syed. Tetapi tidak pada Afnan Tasneem yang menganggap Adam Naufal mencintainya. 

Keadaan lebih bercelaru bila ibu Afnan Tasneem berkahwin dengan ayah Dr Syed. Ayah Doktor Syed merancang untuk menjodohkan Afnan Tesneem dengan sepupu Dr Syed, Syed Emir. Tanpa pengetahuan Dr Syed juga dia telah ditunangkan dengan Doktor Aleesya. Aleesya pemburu cinta Dr Syed dari kecil gembira dengan pertunangan itu. Kerana menghadiri majlis konvo Adam Naufal membongkar satu rahsia. Sebenarnya Adam Naufal sudah bertunang dan akan berkahwin tak lama lagi. Afnan Tasneem kecewa.

Berita kematian ibu dan ayah membuatkan Dr Syed mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan dengan Dr Aleesya dan berkahwin dengan Afnan Tasneem atas rasa tanggungjawab. Dr Aleesya yang tak boleh terima kenyataan dimasukkan ke hospital sakit jiwa. Dengan bantuan Dr Syed juga Dr Aleesya pulih dan sedar akan kesilapannya. Semua yang berlaku sebenarnya telah ditentukan.

GAMBAR PELAKON

Drama Meh Sandar Pada Aku
Syed Nadzhan dan Afnan Tasneem
Pelakon Meh Sandar Pada Aku
Pelakon drama Meh Sandar Pada Aku
Meh Sandar Pada Aku 2016
antara pelakon lain

Drama Meh Sandar Pada Aku (TV3)

Drama terbaru adaptasi novel Meh Sandar Pada Aku karya Aifa Batrisya bakal menemui penonton di slot Dahlia TV3. Menemukan gandingan Aliff Az...
Liga Masjid

Jangan lupa untuk saksikan telefilem Liga Masjid lakonan Saharul Ridzwan, Faizal Hussein dan Eleena Sui pada hari Sabtu ini jam 9 malam di saluran Astro Ria 104 dan Ria HD 123.

JUDUL : LIGA MASJID
TARIKH / MASA : Sabtu, 17 Disember 2016, 9.00 malam
SIARAN : Astro Ria 104 & Ria HD 123
PENGARAH : Ayie Mustafa
TERBITAN : Sha's Media Sdn Bhd
PELAKON : Faizal Hussein, Saharul Ridzwan, Eleena Sui, Mas Khan, Hamdan Senario, Bodt Shahrade, Elevera Susanti, Indera Hafiz, Wahiezie Wahie

SINOPSIS LIGA MASJID
Mengisahkan mengenai Pak Tham bercita-cita membuat satu pertandingan bola sepak untuk menarik minat orang kampung terutamanya anak muda supaya dekat dengan masjid.

Liga Masjid (Astro Ria)

Jangan lupa untuk saksikan telefilem Liga Masjid lakonan Saharul Ridzwan, Faizal Hussein dan Eleena Sui pada hari Sabtu ini jam 9 malam di s...

 

Layan Drama Melayu Online Terbaru © 2015 - Blogger Templates Designed by Templateism.com, Plugins By MyBloggerLab.com