Thursday, 5 January 2017

Jejak Karmila

Nantikan drama terbaru di slot Zehra TV3 berjudul Jejak Karmila. Adaptasi daripada novel karya Nilam Himawari dan Rizalwan Ramli. Menampilkan gandingan Mia Ahmad, Ruhainies, Asyraf Ali bersama primadona ulung, Fauziah Dato Ahmad Daud. Drama bersiri Jejak Karmila arahan Murali Abdullah bakal ditayangkan mulai 11 Januari 2017, setiap Rabu hingga Jumaat pukul 9.00 malam di TV3. 

JUDUL : JEJAK KARMILA
TARIKH TAYANGAN : 11 Januari 2017
HARI / MASA : Rabu-Jumaat, 9.00 malam
SIARAN : Slot Zehra TV3
PENULIS NOVEL : Nilam Himawari / Rizalwan Ramli
PENGARAH : Murali Abdullah
TERBITAN : Zeel Production Sdn Bhd
PELAKON : Fauziah Ahmad Daud, Mia Ahmad, Ruhainies, Asyraf Aley, Amy Mastura, Fauziah Nawi, Wani De'fam, Nafiz Muaz, Johan As'ari, Wan Sharmila, Azri Iskandar, Duerra Mitilda

WATAK PELAKON
Fauziah Ahmad Daud sebagai Karmila 
Mia Ahmad sebagai Suraya
Ruhainies sebagai Nonie
Asyraf Ali sebagai Syed Haikal
Amy Mastura sebagai Syarifah Aniza
Fauziah Nawi sebagai Hamidah

SINOPSIS JEJAK KARMILA 
Jejak Karmila adalah pembukaan setiap langkah Suraya, Nonie dan Karmila untuk bersatu kembali. Konflik demi konflik yang cuba menguji sejauh mana tahap keimanan mereka menghadapi ujian-ujian Allah SWT.  Karmila dihukum penjara 20 tahun kerana membunuh suaminya tanpa sengaja demi menyelamatkan anaknya, Suraya dan Nonie.

Apabila ada yang merana di dalam sana, yang diluar ini sedikitpun tidak mensyukuri kesenangan yang ada. Bila adik cemburukan kakak sendiri pasal lelaki bernama Syed Haikal, segala-galanya jadi kacau bilai. Si lelaki pula tamak. Yang kakak dia mahu, yang adik juga mahu disapunya. Payah-payah dia beralih pula pada gadis lain. 

Konflik cinta tiga segi antara Syed Haikal dengan dua beradik itu mula pudar sebaik sahaja bongkar rahsia perhubungan Syed Hamidi dengan Karmila. 

Siapakah sebenarnya Karmila? 
Siapa wanita itu kepada gadis-gadis yang disukainya?
Dan yang paling penting, siapa wanita itu dengan ayahnya sendiri?

GAMBAR PELAKON
Jejak Karmila

Pelakon Jejak Karmila
antara pelakon drama Jejak Karmila

Drama Jejak Karmila (TV3)

Nantikan drama terbaru di slot Zehra TV3 berjudul Jejak Karmila. Adaptasi daripada novel karya Nilam Himawari dan Rizalwan Ramli. Menampilka...
Urusan Hati Cik Drama Queen

Drama adaptasi novel Urusan Hati Cik Drama Queen karya Areila Sahimi akan menemui penonton di Astro Ria. Drama sentuhan pengarah Michael Ang ini membariskan pelakon-pelakon popular seperti Aiman Hakim, Scha Alyahya, Randy Pangalila, Ozlynn, Ungku Hariz ramai lagi. Nantikan drama bersiri Urusan Hati Cik Drama Queen dijadualkan bersiaran pada bulan Februari nanti. 

JUDUL : URUSAN HATI CIK DRAMA QUEEN
TARIKH / MASA : Februari 2017
SIARAN : Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123
PENULIS NOVEL : Areila Sahimi 
PENGARAH : Michael Ang & Hadith Omar
TERBITAN : Cube Film Sdn Bhd
PELAKON : Scha Alyahya, Aiman Hakim Ridza, Randy Pangalila, Shalma Ainaa, Adriana Adnan, Ozlynn, Ungku Hariz

WATAK PELAKON 
Scha Alyahya sebagai Syazlin
Aiman Hakim Ridza sebagai Fadhlan
Randy Pangalila sebagai Faris
Ozlynn sebagai Husna
Ungku Hariz sebagai Yeop

SINOPSIS URUSAN HATI CIK DRAMA QUEEN
Betul kata orang. Nak lupakan cinta lama, kita kena temui cinta yang baru. Perkenalan dengan jiran baru yang awalnya kelat-kelat masam, akhirnya melahirkan rasa cinta yang baru.

Lantaklah kalau lelaki itu anak Che Yam sekalipun. Nak buat macam mana? Hati Syazlin sudah tersuka pada Fadhlan. Kali ini dia nekad. Perasaan harus diluahkan. Di atas tiga helai kertas, dia karang ayat-ayat cinta untuk lelaki itu. Siap tabur bedak wangi lagi. Tapi rupa-rupanya Fadhlan sudah ada kekasih hati. Malunya dia apabila mengenangkan surat tiga helai yang boleh mengundang sesiapa pun untuk �termuntah hijau� selepas membacanya.

Macam mana ni?! Kenapalah hidup dia terlalu banyak drama? Pantang bercinta� pasti putus cinta. Syazlin pun tak tahu sama ada putera idamannya itu sebenarnya wujud ataupun tidak. Mungkinkah putera idamannya itu ialah Faris yang sudah menjadi suami orang atau Fadhlan yang baru sekadar menjadi tunangan orang?

Eh! Tapi� takkanlah budak Nizam si rambut Kpop itu pulak?

�Selagi hati dia begitu dan hati aku begini, sampai bila-bila pun urusan hati kita belum selesai.� 

GAMBAR PELAKON
Pelakon Urusan Hati Cik Drama Queen
Pelakon drama Urusan Hati Cik Drama Queen

Drama Urusan Hati Cik Drama Queen

Drama adaptasi novel Urusan Hati Cik Drama Queen karya Areila Sahimi akan menemui penonton di Astro Ria. Drama sentuhan pengarah Michael Ang...

Wednesday, 4 January 2017

Kerana Anisa

Nantikan drama terbaru terbitan Enuja Production Sdn Bhd berjudul Kerana Anisa. Ditunjangi oleh Zara Zya, Mustaqim Bahadon dan Fahrin Ahmad. Drama bersiri arahan Jamal Khan itu bakal menemui penonton bermula 9 Januari ini, disiarkan setiap hari Isnin hingga Rabu jam 10 malam menerusi slot Samarinda di TV3.

JUDUL : KERANA ANISA
EPISOD : 15 episod
TARIKH TAYANGAN : 9 Januari 2017
HARI / MASA : Isnin-Rabu, 10.00 malam
SIARAN : Slot Samarinda TV3
PENGARAH : Jamal Khan
TERBITAN : Enuja Production Sdn Bhd
PELAKON : Zara Zya, Mustaqim Bahadon, Fahrin Ahmad, Sura Sojangi, Uqasha Senrose, Syaffiq Sahli, Aman Graseka, Ellie Suriati, Ira ghani

WATAK PELAKON
Zara Zya sebagai Anisa
Mustaqim Bahadon sebagai Syukri
Fahrin Ahmad sebagai Zahid
Sura Sojangi sebagai Adira

SINOPSIS KERANA ANISA
Mengisahkan Anisa dan Syukri yang berkawan baik di kampung. Anisa mempunyai impian besar dalam hidup apabila bercita-cita menjadi peguam dan meminta Syukri menjadi 'guru' dan penguat semangatnya.

Bagaimanapun, bapa Anisa, Long Yahya menentang persahabatan Syukri dan Anisa. Selepas Anisa tamat menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Syukri berangkat ke London untuk menyambung pengajian namun mereka meneruskan hubungan menerusi surat.

Satu hari, Anisa dikejutkan dengan rombongan peminangan daripada Zahid. Anisa menentang kerana mahu meneruskan pelajaran kerana dia lulus cemerlang dalam SPM. Bagaimanapun, Anisa dipaksa berkahwin. Selepas berkahwin, Zahid bertindak kejam terhadap zahir dan batin Anisa.

Malah, Zahid makin menyakiti Anisa terutama selepas mendapat tahu hubungan Anisa dengan Syukri.

GAMBAR PELAKON
Pelakon Kerana Anisa
Pelakon drama Kerana Anisa
Kerana Anisa TV3
barisan pelakon

Drama Kerana Anisa (TV3)

Nantikan drama terbaru terbitan Enuja Production Sdn Bhd berjudul Kerana Anisa. Ditunjangi oleh Zara Zya, Mustaqim Bahadon dan Fahrin Ahmad....
Filem Malaysia 2017

Berikut senarai filem-filem tempatan yang akan keluar tahun 2017 ini. Mana-mana filem yang berkenan silalah pergi tengok di wayang tanda sokongan anda. 

SENARAI FILEM MALAYSIA 2017

BULAN JANUARI

Dorm Melati

JUDUL : DORM MELATI
Tarikh Tayangan : 12 Januari 2017
Genre : Seram
Pengarah : Eyra Rahman
Terbitan : Metrowealth
Pelakon : Aedy Ashraf, Nadia Aqilah, Aizat Hassan, Ardell Aryana



aku bukan spy

JUDUL : AKU BUKAN SPY
Tarikh Tayangan : 19 Januari 2017
Genre : Aksi, Komedi, Romantik 
Pengarah : Danial Rifki
Terbitan : Fimtab Unik
Pelakon : Keith Foo, Siti Saleha, Nasha Aziz, Hamish Daud, Ray Sahetapy




Love From Kampung

JUDUL: LOVE FROM KAMPUNG
Tarikh Tayangan : 26 Januari 2017
Bahasa : Kantonis
Genre : Drama
Pengarah : Silver Yee
Terbitan : MIG Pictures Sdn Bhd
Pelakon : Jack Lim, Jeff Chin, Emily Chan, January So

BULAN FEBRUARI

Aku Haus Darahmu

JUDUL: AKU HAUS DARAH MU
Tarikh Tayangan : 2 Februari 2017
Genre : Seram
Pengarah : Aidilfitri Mohamed Yunos
Terbitan : Tsar Asia Sdn Bhd
Pelakon : Deanna Yusoff, Nad Zainal, Zoey Rahman, Farhanna Qismina, Amalia Syakirah




Bisik Pada Langit

JUDUL : BISIK PADA LANGIT
Tarikh Tayangan : 9 Februari 2017
Genre : Drama
Pengarah : Kabir Bhatia
Pelakon : Jalil Hamid, Ummi Nazeera, Beto Khusyairi, Erwin Dawson
Terbitan : Astro Shaw Sdn Bhd




Soulmate Hingga Jannah

JUDUL : SOULMATE HINGGA JANNAH
Tarikh Tayangan : 16 Februari 2017
Genre : Romantik
Pengarah : Prof Dr A.Razak Mohaideen
Terbitan : FiTA Studios Sdn Bhd
Pelakon : Taufik Batisah, Raja Ilya, Erra Fazira, Azhari Zain, Reen Rahim




JUDUL : PAK PONG
Tarikh Tayangan : 23 Februari 2017
Genre : Epik
Pengarah : Fauzi Nawawi
Terbitan : 9 Country Creativity
Pelakon : Hairul Azreen, Siti Saleha, Dato Eizlan Yusof, Saiful Apek, Shawal AF, Badrul, Kaza, Jasmin Hamid, Rahim R2, Marsha, Nur Ristina, Awan Ceplos, Sathia, Lisdawati, Bell


BULAN MAC

J Revolusi

JUDUL : J REVOLUSI
Tarikh Tayangan : 2 Mac 2017
Genre : Aksi
Pengarah : Zulkarnain Azhar
Terbitan : Grand Brilliance Sdn Bhd
Pelakon : Zul Ariffin, Izara Aishah, Nur Fazura, Farid Kamil, Azad Jazmin, Iedil Putra




Adiwira Ku

JUDUL : ADIWIRA KU
Tarikh Tayangan : 9 Mac 2017
Genre : Drama
Pengarah : Eric Ong
Terbitan : Sol Pictures Sdn Bhd
Pelakon : Sangeetha Krishnasamy, Xavier Fong, Adnin Zidane, Irdina Tasnim, Rizal, Balqis




Kanang Anak Langkau

JUDUL : KANANG ANAK LANGKAU THE IBAN WARRIOR
Tarikh Tayangan : 16 Mac 2017
Genre : Aksi
Pengarah : Bade Haji Azmi
Terbitan : Tangan Seni Sdn Bhd
Pelakon : Adi Putra, Johan As�ari, Aidil Aziz, Jay Izwazir, Adam Shah, Livonia Ricky, Langgi



TAJUK : KIMCHI UNTUK AWAK
Tarikh Tayangan : Mac 2017
Genre : Romantik
Pengarah : Michael Ang
Terbitan : Darkwave Pictures Sdn Bhd
Pelakon : Aiman Hakim Ridza, Emma Maembong



XX Ray 3

JUDUL : XX RAY III
Tarikh Tayangan : Mac 2017
Genre : Sains Fiksyen
Pengarah : Aziz M. Osman
Terbitan : Ace Motion Pictures Sdn Bhd
Pelakon : Izzue Islam, Puteri Aisyah, Adam John, Afdlin Shauki



Filem Malaysia Tahun 2017

Berikut senarai filem-filem tempatan yang akan keluar tahun 2017 ini. Mana-mana filem yang berkenan silalah pergi tengok di wayang tanda sok...
Misteri Wan Peah

Nantikan drama terbaharu terbitan JS Pictures Sdn Bhd berjudul Misteri Wan Peah. Membariskan pelakon seperti Normah Damanhuri, Ariff Aziz, Sasqia Dahuri, Ashraf Jamaludin, Zee Zainal, Faiz Tapaw, Sweet Qismina dan ramai lagi. Drama bersiri 20 episod arahan Azman Yahya ini akan ditayangkan pada bulan Februari nanti di slot baharu, Seram Komedi di TV3.

JUDUL : MISTERI WAN PEAH
EPISOD : 20 episod
TARIKH / MASA : Februari 2017
SIARAN : Slot Seram Komedi TV3
PENGARAH : Azman Yahya (Jinggo)
TERBITAN : JS Pictures Sdn Bhd 
PELAKON : Normah Damanhuri, Ariff Aziz, Sasqia Dahuri, Acap Jamaludin, Zee Zainal, Faiz Tapaw, Sweet Qismina, Sherry Alhadad, Usop Wilcha, Indah Emeerlda, 

WATAK PELAKON
Normah Damanhuri sebagai Wan Peah 
Acap Jamaluddin  sebagai Yeh
Zee Zainal sebagai Lie
Faiz Tapaw sebagai Ghani

SINOPSIS MISTERI WAN PEAH
Kisah misteri seorang wanita tua yang tinggal di Kampung Kuala Pari Hilir.

GAMBAR PELAKON
Pelakon Misteri Wan Peah
Pelakon drama Misteri Wan Peah

Drama Misteri Wan Peah (TV3)

Nantikan drama terbaharu terbitan JS Pictures Sdn Bhd berjudul Misteri Wan Peah. Membariskan pelakon seperti Normah Damanhuri, Ariff Aziz, S...

 

Layan Drama Melayu Online Terbaru © 2015 - Blogger Templates Designed by Templateism.com, Plugins By MyBloggerLab.com