Monday, 29 March 2021


Drama : Tak Sempurna Mencintaimu
Produksi : Zeel Production Sdn Bhd
Pengarah : Emi Sufian
Penulis Skrip : Eja Lorena, Marr Mohamad, Lynnda Sharuddin, Mfid Suhaimi
Slot : Akasia TV3
Mula Tayangan : 29 Mac 2021
Episod : 29
Masa : Setiap Hari | 7.00 Malam
Pelakon : Intan Najuwa, Redza Rosli, Rita Nadira, Aniq Suhair, Fendy Zekri, Nafiez Zaidi, Wan Maimunah, Dato Tamimi Siregar, Lydiawati

Penulis Rehan Makhtar sendiri dah beritahu yg drama Tak Sempurna Mencintaimu bukan adaptasi tapi diinspirasi daripada novel Tak Sempurna Mencintaimu. ada beza sikit kat situ. nak tahu apa beza kenalah yg versi drama ni.



Tak Sempurna Mencintaimu mengisahkan Siratul (Intan Najuwa) yg mengambil alih tugas menjaga emak dan adiknya, Safwan (Aniq Suhair) selepas kematian bapanya.

Suatu hari, Safwan membantu Siratul membeli barang keperluan dapur malangnya Safwan terlibat dalam kemalangan dengan Mustaqim (Redza Rosli).

Mustaqim membuat laporan polis dan meminta Safwan membayar ganti rugi kos membaiki motornya. Siratul yg datang ke balai selepas diberitahu adiknya bengang apabila Mustaqim memarahi Safwan. berlaku pertengkaran mulut antara Siratul dan Mustaqim.

Drama | Tak Sempurna Mencintaimu (2021)

Drama : Tak Sempurna Mencintaimu Produksi : Zeel Production Sdn Bhd Pengarah : Emi Sufian Penulis Skrip : Eja Lorena, Marr Mohamad, Lynnda S...

Sunday, 28 March 2021

Kenzi X Embun by Anna Lee

Novel : Kenzi X Embun
Penulis : Anna Lee
Helaian : 469
    Penerbit : Prolog Media
Terbitan : Mac 2021

Suaminya ada skandal dengan kawan baik sendiri! Begitulah klisenya kehidupan Embun Nashmia. Hatinya hancur. Perpisahan dipilih demi ketenangan hatinya.

Namun, kemunculan sepotong kek bersama sekeping kad nama telah menghuru-harakan hidupnya.

Mr Ross mempunyai misi untuk memastikan anak saudara kesayangannya itu memiliki zuriat yang sah.

“Cari isteri. Kahwin. Buat perjanjian. Buat anak. Kemudian lepaskan. Mudah, kan?” Cadang Ross.

Kenzi Julian sebal dengan bapa saudaranya yang tiba-tiba saja bertanyakan soal zuriat yang bakal mewarisi hartanya yang berbilion sedangkan hatinya tidak terbuka untuk cinta kerana pernah dikecewakan satu masa dulu. Namun, demi memuaskan hati Mr Ross, dia bersetuju.
“But with one condition.” Matanya merenung serius.

“Okey?” Ross dekatkan diri dengan Kenzi.

“Find someone whom I will never fall in love with, will you?” Dengan wajah serius Kenzi merenung Ross.

Syarat Kenzi dituruti. Rancangan diatur. Embun menjadi insan terpilih. Segala-galanya berlaku dengan mudah. Tapi kenapa makin lama mereka bersama, semua yang berlaku mula nampak salah?

Kenzi x Embun, masihkah ada bahagia untuk hati mereka yang pernah terluka?


Kenzi X Embun mengisahkan mengisahkan Ross yg mahu mencari isteri buat anak buahnya Kenzi. pertama kali ternampak Embun mencurah kopi pada bekas suami dan skandalnya, Ross dah tekad nak jadikan Embun calon isteri buat Kenzi.

first half terhibur dengan perangai Ross ni yg tak nampak macam pacik-pacik dan gigih betul mengorat Embun. kalau jadi Embun pun pelik juga, dah reject pun boleh si Ross ni gelak-gelak tak macam orang patah hati. 

Baca juga: Novel Review | Butterfly by Anna Lee


bak kata penulis, buku ni klise. yes sangat klise dan bila sampai kat pertengahan cerita dah rasa penat pula nak habiskan, rasa macam slow betul Kenzi nak make a move. itulah bila kisah cinta terlalu klise, aku nak cepat habiskan saja bacaan sebab sis penat dengan kisah cinta yg klise. eh eh banyak pula perkataan klise kat sini.

**MY RATING: ⭐⭐⭐ 3/5**

Review Novel | Kenzi X Embun by Anna Lee

Novel : Kenzi X Embun Penulis : Anna Lee Helaian : 469     Penerbit : Prolog Media Terbitan : Mac 2021 Suaminya ada skandal dengan kawan bai...

Saturday, 27 March 2021


Drama : Rindu Awak Separuh Nyawa
Produksi : SR One Sdn Bhd
Pengarah : Along Kamaludin
Penulis Skrip : Siti Rosmizah, PGRs Team, Rozie Rashid, Amka Ahmad
Slot : Megadrama Astro Ria
Mula Tayangan : 23 Mac 2021
Episod : 40
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Pelakon : Syukri Yahaya, Uqasha Senrose, Marsha Milan Londoh, Fizo Omar, Noreen Iman, Ikhlas Jalil, Aida Khalida, Fiza Thomas, Khairil Anwar

Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa

Didaptasi dari novel karya Siti Rosmizah mengisahkan Kasih Maisara (Uqasha Senrose) yg mempunyai konflik dengan bapanya selepas ibunya meninggal dunia. Sara bertindak membatalkan pertunangannya dengan Aidil (Fizo Omar) untuk memalukan bapanya, Dato Raqib.


Pertemuan pertama Sara dan Nazril Nazim (Syukri Yahaya) dalam satu insiden kemalangan. Sara enggan minta maaf walaupun Nazril cedera akibat terjatuh motor. bagi Sara, lelaki itu sengaja mengambil kesempatan.

Pertemuan kedua mereka pula apabila Nazril diberi amanah oleh Aidil untuk menyampaikan surat kepada Sara. Sara cuba menggoda Nazril malangnya bukan setakat kena reject tapi tak pasal juga  dapat ceramah percuma daripada Aidil.

Sally yg juga musuh ketat Sara teruja melihat Sara yg merupakan playgirl kampus ditolak oleh Nazril. Sally mencabar Sara untuk memikat dan menjadi isteri Nazril dalam masa sebulan. Sara yg pantang dicabar bersetuju dengan cabaran Sally itu.

dengan perwatakan Nazril yg alim bukan mudah bagi Sara mengejar dan memikat Nazril walaupun mengubah penampilannya dengan lebih sopan. Nazril sendiri terkejut bila Sara beritahu yg mahu berkahwin dengannya. apa yg penting buat Nazril adalah untuk menamatkan pengajian masternya.

tanpa Sara ketahui, keluarga Nazril sebenarnya sudah mempunyai calon isteri yg solehah buat Nazril iaitu Nurul Huda (Marsha Milan). apa yg Sara akan lakukan untuk pastikan  menang dalam pertaruhan tersebut dan menjadi isteri Nazril.

Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa (Astro)

Drama : Rindu Awak Separuh Nyawa Produksi : SR One Sdn Bhd Pengarah : Along Kamaludin Penulis Skrip : Siti Rosmizah, PGRs Team, Rozie Rashid...

Saturday, 20 March 2021


Artis : Naqiu & Vanessa Reynauld
Lagu : Rindu Separuh Nyawa
Komposer : Naqiu, Wit & Mohsen
Lirik : Siti Rosmizah

LIRIK

Terpisah kita... 
Angkara dusta... 
cinta Luluh jiwa dan raga 
Saat dikau tiada 

Di kala... 
rindu ini membara 
Ku pandang bintang
 Wajah menjelma 

Andai dikau tiada 
Ku rindu separuh nyawa 
Kata cinta penawar duka 
Sayang jika kau pergi 
Separuh jiwa ku mati 
Nafas bagai terhenti 
Rindu kamu separuh nyawa 

Ku pandang bintang 
Wajahmu menjelma 

Andai dikau tiada 
Ku rindu separuh nyawa 
Kata cinta penawar duka 
Sayang jika kau pergi 
Separuh jiwa ku mati 
Nafas bagai terhenti 
Rindu kamu separuh nyawa 

Andai dikau tiada 
Ku rindu separuh nyawa 
Kata cinta penawar duka 
Sayang jika kau pergi 
Separuh jiwa ku mati 
Nafas bagai terhenti 
Rindu kamu separuh nyawa 

Nafas bagai terhenti 
Rindu kamu separuh nyawa 
Duhai nyawa...

Lagu | Naqiu & Vanessa Reynauld - Rindu Separuh Nyawa (OST Rindu Awak Separuh Nyawa)

Artis : Naqiu & Vanessa Reynauld Lagu : Rindu Separuh Nyawa Komposer : Naqiu, Wit & Mohsen Lirik : Siti Rosmizah LIRIK Terpisah kita...

Artis : Naqiu
Lagu : Masih Ada 

LIRIK

Terasa bagaikan bermimpi
Kembara indah yang ku lewati
Arah tuju kian bererti
Sempurnanya jiwa kau di sisi

Biarpun jauh masih ku terasa
Dalam jaga juga dalam lena
Setiap nafasku bagaikan kau ada

Resah
Ku sembunyikan segala duka
Demi janji itu
Tulusnya kasihmu tersemat dalam jiwaku
Bagai waktu dulu

Selamanya kau selalu ada
Temanku sepanjang jalan ini
Menggapai langit tertinggi
Di penghujung jalan indah... menanti

Bila arah tidak menentu
Kau ada untukku

Resah
Ku sembunyikan segala duka
Demi janji itu
Tulusnya kasihmu tersemat dalam jiwaku
Bagai waktu dulu

Selamanya kau selalu ada
Temanku sepanjang jalan ini
Menggapai langit tertinggi
Di penghujung jalan indah... 
menanti..

Lagu | Naqiu - Masih Ada (OST Romantika 4 Hari 3 Malam)

Artis : Naqiu Lagu : Masih Ada   LIRIK Terasa bagaikan bermimpi Kembara indah yang ku lewati Arah tuju kian bererti Sempurnanya jiwa kau di ...

 

Layan Drama Melayu Online Terbaru © 2015 - Blogger Templates Designed by Templateism.com, Plugins By MyBloggerLab.com