Wednesday, 19 May 2021


Alhamdulillah rezeki bulan mei terpilih sebagai pemenang giveaway dari blogger Suraya. bulan mei ni bulan birthday daku terasa macam dapat hadiah birthday pula. actually hadiah ni sampai sebelum raya lagi. Terima Kasih Su, semoga dipermudahkan segala urusan awak 😊

Menang Giveaway thes's Love Giveaway

Alhamdulillah rezeki bulan mei terpilih sebagai pemenang giveaway dari blogger Suraya. bulan mei ni bulan birthday daku terasa macam dapat h...

Monday, 17 May 2021

Sinopsis Drama Kampung Kolestrol (TV9)

Drama : Kampung Kolestrol
Produksi : Zamriez Golden Sdn Bhd
Pengarah : Shuhaimi Lua
Penulis Skrip : MF Kenchana
Siaran : TV9
Mula Tayangan : 20 April 2021
Episod : 20
Masa : Isnin-Rabu | 8.30 Malam
Lagu Tema/OST : Floor88 - Chikadun
Pelakon : Mas Idayu, Ziana Zain, Rusdi Ramli, Aiman Tino, Sufian Suhaimi, Ryry Ryun, Afifah Nasir, Razzuan Rosli, Anne Abdullah, Ieda Moin, Khaty Azian, Dalimawati

Kampung Kolestrol sebuah drama komedi terbaru di slot Diandra TV9 yg diarahkan oleh Shuhaimi Lua, disiarkan mulai 20 April 2021 setiap isnin hingga selasa jam 8.30 menerusi TV9 juga ditonton melalui website atau aplikasi Viu

Kampung Kolestrol mengisahkan tentang kisah penduduk yg tidak kisah dengan amalan diet yg seimbang sehingga kebanyakkan penduduk mempunyai kolestrol yg tinggi kerana perkara tersebut juga kampung mereka digelar Kampung Kolestrol.


Sinopsis Drama Kampung Kolestrol (TV9)

Kak Bib (Mas Idayu) merupakan ketua kampung wanita pertama di kampung tersebut dibantu oleh madunya, Kak Gee (Ziana Zain) untuk menyelesaikan pelbagai masalah yg melanda kampung mereka termasuk merangka program untuk memastikan penduduk kampung bebas daripada masalah penyakit kronik.

Walaupun hidup bermadu, Kak Bib dan Kak Gee tidak mempunyai masalah untuk tinggal serumah dan selalu sepakat dalam banyak perkara walaupun suami mereka Suratman (Rusdi Ramle) juga elalu sibuk dengan kerjanya.

bukan senang Kak Bib dan Kak Gee nak mengubah amalan gaya hidup penduduk selain banyak lagi masalah lain yg mereka berdua kena uruskan makanya anak-anak mereka berdua iaitu Amir (Aiman Tino), Adi (Sufian Suhaimi) dan Laila (Ryry Ryun) juga dikerah untuk membantu.

Sinopsis Drama Kampung Kolestrol (TV9)

Drama : Kampung Kolestrol Produksi : Zamriez Golden Sdn Bhd Pengarah : Shuhaimi Lua Penulis Skrip : MF Kenchana Siaran : TV9 Mula Tayangan :...
Sinopsis Drama Single Terlalu Lama (TV3)

Drama : Single Terlalu Lama
Produksi : Radius One Sdn Bhd
Pengarah : Ungku Ismail Aziz
Penulis Skrip : Ungku Ismail Aziz
Siaran : TV3
Mula Tayangan : 29 April 2021
Episod : 28
Masa : Isnin-Khamis | 6 Petang
Lagu Tema/OST: Anuar Zain - Sendiri
Pelakon : Ungku Ismail Aziz, Julia Farhana Marin, Riz Amin, Noorkhiriah, 
Zila Bakarin, Uchee Fukada, Norman Hakim

Single Terlalu Lama bukan drama adaptasi novel sebaliknya ditulis dan diarahkan sendiri oleh Ungku Ismail Aziz, disiarkan di slot Drama Pukul 6 TV3 menggantikan drama Madam E-Wallet.


Sinopsis Drama Single Terlalu Lama

Mengisahkan Andy (Ungku Ismail Aziz) yg ingin menamatkan zaman bujangnya selepas berjaya dalam kerjayanya dan kini usianya menginjak 40 tahun. Andy hampir berputus asa untuk mencari wanita idamannya selepas keluar temujanji yg selalu diatur oleh ibunya.

Ketika majlis reunion sekolah, Andy bertemu dengan Jasmine (Julia Farhana) yg pernah menjadi gadis popular di zaman sekolah dulu.

Andy mula jatuh hati pada Jasmine dan tidak mengambil masa yg terlalu lama untuk bertunang dengan gadis tersebut. Namun begitu terdapat banyak cabaran dan rintangan menanti mereka dan Andy dapat tahu Jasmine mempunyai satu rahsia.

Sinopsis Drama Single Terlalu Lama (TV3)

Drama : Single Terlalu Lama Produksi : Radius One Sdn Bhd Pengarah : Ungku Ismail Aziz Penulis Skrip : Ungku Ismail Aziz Siaran : TV3 Mula T...

Saturday, 15 May 2021


Drama : Kekasih Hati Mr Bodyguard
Produksi : Creative Skill Solution
Pengarah : Nizam Zakaria
Penulis Skrip : Nieza Nahar, Hayati Ahmad
Siaran : Slot Lestary TV3
Mula Tayangan : 15 Mei 2021
Episod : 20
Masa : Rabu-Sabtu | 9.00 Malam
Pelakon : Redza Rosli, Sharifah Rose, Ungku Hariz, Fadlan Hazim, Lana Nordin, Lisdawati, Zuhairi Ibrahim, Zarina Zainuddin, Shasha Abedul

baru plan nak tengok drama Kekasih Hati Mr Online secara online tapi tak jumpa pula rupa-rupanya kebanyakan drama tv3 ni akan ditayangkan di platform streaming terbaru iaitu Disney Hotstar mulai 1 Jun 2021.

setahu aku Disney Hotstar ni kena subscribe tak tahulah kalau drama tv3 boleh  tengok secara percuma ke tidak macam iQiyi dan WeTV. kalau kena subscribe memang hai hai bye bye je lah nak tengok drama melayu lepas ni sebab sis ni sejenis yg tak rajin nak terpacak depan tv.


Kekasih Hati Mr Bodyguard sebuah drama adaptasi novel karya Ateen Khalid mengisahkan  Hana Aralyn (Sharifah Rose) menjejaki Hadif Akashah (Redza Rosli) bekas pengawal peribadi untuk merungkai misi yg diberikan oleh ayahya iaitu Datuk Yusof.

Aralyn bertemu Hadif yg kini merupakan seorang peternak kambung di kampung. Aralyn sanggup mengekori Hadif kemana sahaja termasuk membantu melakukan kerja ladang untuk mengorek rahsia yg disimpan lelaki tersebut.

hal tersebut menyebabkan Hadif berasa rimas dengan kehadiran Aralyn menyebabkan mereka sering bertengkar namun lama kelamaan wujud perasaan cinta dalam hati masing-masing.

Lagu Tema/OST: Khai Bahar & Aina Abdul - Nafas Cinta

Drama | Kekasih Hati Mr Bodyguard (2021)

Drama : Kekasih Hati Mr Bodyguard Produksi : Creative Skill Solution Pengarah : Nizam Zakaria Penulis Skrip : Nieza Nahar, Hayati Ahmad Siar...

Monday, 10 May 2021


Alhamdulillah rezeki bulan mei 
menang giveaway dari blog Shafyqah Azhar
dapat humidifier yg comel ni. 
Terima Kasih Sha, 
semoga dimurahkan rezeki awak 😊

Menang Giveaway Ramadan Shfyqhazhr.com

Alhamdulillah rezeki bulan mei  menang giveaway dari blog Shafyqah Azhar dapat humidifier yg comel ni.  Terima Kasih Sha,  semoga dimurahkan...

 

Layan Drama Melayu Online Terbaru © 2015 - Blogger Templates Designed by Templateism.com, Plugins By MyBloggerLab.com