Monday, 4 September 2023

Sinopsis Telefilem Datangmu Ku Benci Pergimu Ku Tangisi (TV2)

Telefilem : Datangmu Ku Benci Pergimu Ku Tangisi
Produksi : Nicknique Production
Pengarah : Jumal Yunus
Siaran : TV2
Tayangan : 5 September 2023
Masa : Selasa | 9.00 Malam
Pelakon : Vanida Imran, Sharnaaz Ahmad, Eyra Hazali, Ridzuan Hashim, Aedy Ashraf, Liza Abdullah

Sinopsis Telefilem Datangmu Ku Benci Pergimu Ku Tangisi (TV2)

Sinopsis Telefilem Datangmu Ku Benci Pergimu Ku Tangisi

Mengisahkan Ijat, seorang lelaki yang dibesarkan dalam kemewahan tetapi jatuh miskin setelah kematian kedua ibu bapanya. 

Dia terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan kematian seorang suami. Santi, isteri kepada suami tersebut telah memaksa Ijat menggantikan suaminya bekerja menyara keluarga mereka dan tidak akan membuat laporan polis. 

Ijat yang pada mulanya dibenci oleh orang-orang kampung tetapi lama-kelamaan mereka menyukainya.

Sinopsis Telefilem Datangmu Ku Benci Pergimu Ku Tangisi (TV2)

Telefilem : Datangmu Ku Benci Pergimu Ku Tangisi Produksi : Nicknique Production Pengarah : Jumal Yunus Siaran : TV2 Tayangan : 5 September ...

Sunday, 3 September 2023

Sinopsis Telefilem Hujan Merah (TV2)

Telefilem : Hujan Merah
Produksi : Kaya Kenyalang Sdn Bhd
Pengarah : Azhar Khalid
Penulis Skrip : Bade Hj Azmi
Siaran : TV2
Tayangan : 4 September 2023
Masa : Isnin | 9.00 Malam
Pelakon : Adeline Tsen, Ikhwan Khairudin, Jeremy Bong, Kazuto Soon, Sharifah Anthasha, Faizul Syaharin

Sinopsis Telefilem Hujan Merah (TV2)

Sinopsis Telefilem Hujan Merah

Sebuah telemovie psycho thriller yang mengisahkan Julia lakonan Andeline Tsen, seorang jururawat yang mengidap penyakit mental 'paranoid skizofrenia'.

Saksikan telefilem Hujan Merah pada hari isnin ini jam 9.00 malam di TV2.

Sinopsis Telefilem Hujan Merah (TV2)

Telefilem : Hujan Merah Produksi : Kaya Kenyalang Sdn Bhd Pengarah : Azhar Khalid Penulis Skrip : Bade Hj Azmi Siaran : TV2 Tayangan : 4 Sep...

Thursday, 31 August 2023

Sinopsis Filem Tebus (Prime Video)

Filem : Tebus
Produksi : Vian Media
Pengarah : Jason Chong
Penulis Skrip : Sky Khor
Siaran : Prime Video
Tayangan : 31 Ogos 2023
Pelakon : Aedy Ashraf, Ahirine Ahirudin, Idan Aidan, Azhan Rani, Jay Iswazir, Ng Shu Mun, Samarinna Tolhip, Marisa Yasmin

Sinopsis Filem Tebus

Mengisahkan Johan lakonan Aedy, seorang pengawal keselamatan yang menculik pewaris barangan kemas, Ana (Ahirine) untuk mendapatkan jantung di pasaran gelap bagi membantu adiknya, Jalil (Idan).

Akibat terdesak, Johan melakukan perbuatan jahat itu. Namu, perancangannya tidak lancar apabila bapa tiri Ana, iaitu Bakar (Azhan) tidak mahu membayarnya sesen pun selepas melakukan penculikan.

Sinopsis Filem Tebus (Prime Video)

Filem : Tebus Produksi : Vian Media Pengarah : Jason Chong Penulis Skrip : Sky Khor Siaran : Prime Video Tayangan : 31 Ogos 2023 Pelakon : A...

Wednesday, 30 August 2023

Sinopsis Telefilem Dendam Hantu Latah 2: Roh YB Lama

Telefilem : Dendam Hantu Latah 2: Roh YB Lama
Produksi : Arisprops Holding Sdn Bhd
Pengarah : Khir Rahman
Penulis Skrip : Ilham Abata
Siaran : Astro Ria
Tayangan : 31 Ogos 2023
Masa : Khamis | 10.00 Pagi
Pelakon : Kamal Adli, Shiqin Kamal, Joey Daud, Dato Haris, Khir Rahman, Haris Embong, Watiey Razali

Sinopsis Telefilem Dendam Hantu Latah 2: Roh YB Lama (Astro Ria)

Sinopsis Telefilem Dendam Hantu Latah 2: Roh YB Lama

Mengisahkan Kampung Lompat Katak yang kini bakal menghadapi pilihanraya daerah, Hashim Kalimantan nekad mahu menjadi calon kali ini setelah ditolak selama tiga penggal.

Namun suasana menjadi kecoh apabila Roh YB Lama yang sudah meninggal berbelas tahun muncul kembali dan menggangu orang kampung!

Saksikan Dendam Hantu Latah 2: Roh YB Lama arahan Khir Rahman pada Sabtu ini, 31 Ogos jam 10.00 Pagi hanya di Astro Ria saluran 104 atau strim menerusi aplikasi Astro Go dan On Demand.

Sinopsis Telefilem Dendam Hantu Latah 2: Roh YB Lama (Astro Ria)

Telefilem : Dendam Hantu Latah 2: Roh YB Lama Produksi : Arisprops Holding Sdn Bhd Pengarah : Khir Rahman Penulis Skrip : Ilham Abata Siaran...

Tuesday, 29 August 2023

Sinopsis Telefilem Angin (TV1)

Telefilem : Angin
Pengarah : Danny Alamsyah
Penulis Skrip : Azrie Izham Hamzah 
Siaran : TV1
Tayangan : 2 September 2023
Masa : Sabtu | 9.00 Malam
Pelakon : Hairi Safwan, Nadiya Nisaa, Hasnul Rahmat, Taufiq Hanafi, Amanda Tan

Sinopsis Telefilem Angin

Mengisahkan tentang dua beradik, Khabir dan Sufiah yang lahir dalam keluarga pengamal seni tradisional Mek Mulung, di sebuah kampung bernama Wang Budi. Ayah mereka, Pak Saad adalah pengasas kepada gerakan seni tradisional Mek Mulung Seri Mayang.

Setelah Pak Saad meninggal dunia, kedua anaknya itu diamanahkan untuk mewarisi amalan seni tradisional tersebut. Konflik bagaimanapun timbul apabila kedua beradik ini mempunyai fahaman dan ideologi yang berbeza mengenai hala tuju seni persembahan tradisional itu.

Keadaan bertambah buruk apabila Sufiah membawa orang luar yang merupakan bangsa lain masuk menyertai Seri Mayang membuatkan Khabir yang mempunyai pendirian konservatif bertambah berang.

Di satu sisi lagi, Khabir pula menggadaikan tanah pusaka tempat di mana Mek Mulung di Wang Budi bertapak menyebabkan kumpulan Seri Mayang berisiko kehilangan tempat. Perseteruan antara dua beradik ini kemudiannya menyebabkan kumpulan Seri Mayang berpecah sekaligus menjejaskan masa depan seni dan budaya Mek Mulung di Wang Budi yang semakin hilang ditelan arus pemodenan. 

Apakah kesudahannya? Dapatkah kedua beradik ini bersatu semula demi menunaikan amanah arwah ayah mereka mempertahankan warisan budaya ini?

Sinopsis Telefilem Angin (TV1)

Telefilem : Angin Pengarah : Danny Alamsyah Penulis Skrip : Azrie Izham Hamzah  Siaran : TV1 Tayangan : 2 September 2023 Masa : Sabtu | 9.00...

 

Layan Drama Melayu Online Terbaru © 2015 - Blogger Templates Designed by Templateism.com, Plugins By MyBloggerLab.com