Wednesday, 1 November 2023

True Beauty

TV2 membawakan drama korea yang popular bertajuk True Beauty yang akan ditayangkan mulai 25 Oktober 2023, setiap hari rabu hingga sabtu jam 8.00 malam. Drama bersiri 16 episod ini dibintangi oleh Moon Ga Young, Cha Eun Woo, Hwang In Youp dan ramai lagi.

True Beauty mengisahkan seorang pelajar sekolah bernama Im Ju Kyung yang sering dibuli oleh keluarga dan rakan sekolahnya kerana mempunyai paras rupa yang kurang menarik.

Ju Kyung hampir membunuh diri kerana tekanan yang diterima lalu bangkit dan mula belajar make-up melalui video di youtube. Apabila keluarganya berpindah, Ju Kyung berasa gembira dapat belajar di sekolah baru lalu menggunakan kuasa make-up dan berubah menjadi gadis cantik. 

Tiada siapa yang tahu wajah sebenarnya di sekolah baru tersebut dan semua rakan sekolah memuji kecantikan Ju Kyung sehingga mengelarnya dewi. 

True Beauty di TV2

Malangnya satu hari rahsia besarnya itu terbongkar apabila wajah asalnya telah dilihat oleh teman sekelasnya yang sangat tampan, popular, dan misteri iaitu Lee Su Ho. Dia mula risau Su Ho akan membongkar rahsianya kecantikan palsunya itu.

Su Ho sangat popular dalam kalangan pelajar perempuan di sekolah. Namun sebaliknya Su Ho bencikan perhatian tersebut dan seringkali menjauhkan diri daripada mereka. malah dia juga tidak bergaul dengan rakan-rakan sekelasnya.

Hakikatnya dia memiliki ketakutannya tersendiri, dan menyimpan rahsia silamnya tentang kejadian tragis di masa lalu yang telah menghantuinya sejak lama. Kejadian itu membuat Su Ho menjauhkan diri daripada sahabatnya, Seo Jun.

Satu kejadian berlaku dan sejak itu mereka mula bersahabat. Apatahlagi masing-masing menyimpan rahsia yang tidak ingin diketahui oleh orang lain. Nantikan kesudahannya di TV2

Drama Korea True Beauty di TV2

TV2 membawakan drama korea yang popular bertajuk True Beauty yang akan ditayangkan mulai 25 Oktober 2023, setiap hari rabu hingga sabtu jam ...

Tuesday, 31 October 2023

Sinopsis Telefilem Pulang Yang Dirindui (TV2)

Telefilem : Pulang Yang Dirindui
Siaran : TV2
Tayangan : 31 Oktober 2023
Masa : Selasa | 9.00 Malam
Pelakon : Ku Fridah, Shaharuddin Thamby, Nur Albaniah, Zoey Rahman, Elisha Sandha, Zaki Azeman, Amanda Misbun

Sinopsis Telefilem Pulang Yang Dirindui

Mengisahkan Zahim yang terpaksa menyamar sebagai anak kepada Zaiton atau Mak Ton yang diambil dari rumah orang-orang tua demi untuk membahagiakan seorang ibu yang terlalu merindui anak-anaknya. 

Mak Ton pernah koma semasa berada di rumah kebajikan. Akibatnya, dia hilang ingatan sehingga tidak dapat mengingati wajah tiga orang anaknya.

Sinopsis Telefilem Pulang Yang Dirindui (TV2)

Telefilem : Pulang Yang Dirindui Siaran : TV2 Tayangan : 31 Oktober 2023 Masa : Selasa | 9.00 Malam Pelakon : Ku Fridah, Shaharuddin Thamby,...

Monday, 30 October 2023

Surat Dari Tuhan (TV3)

Drama : Surat Dari Tuhan
Produksi : Mache All Star United
Pengarah : Mohd Fazli Yahya
Penulis Skrip : Rozie Rashid, Soula Nordin, PGRs Team
Siaran : TV3
Mula Tayangan : 30 Oktober 2023
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Episod : 30
Pelakon : Janna Nick, Shukri Yahaya, Ummi Nazeera, Sheila Mambo, Trisha Ooi, Wanns Ahmad, Qistina Raisah, Arash Mohd, Syefikk, Balkisyh Semundur Khan, Meor Mohd, Shahidan Izwan, Qayra El, Nik Ramly Rejab, Nada Nur Syahada


Sinopsis Drama Surat Dari Tuhan (Samarinda TV3)

Tindakan memilih Misha (Janna Nick) membawa penderitaan kepada Ryan (Shukri Yahaya) dan membuat Rafilah (Sheila Mambo) berasa tersepit dalam kesedihan. Walaupun Misha pernah memutuskan pertunangan mereka beberapa hari sebelum hari perkahwinan, Ryan masih membuka hati menerimanya sebagai isteri.

Uzair (Wanns Ahmad) adalah orang pertama yang cuba menghalang hubungan antara Ryan dan Misha daripada berputik semula, seolah-olah dia merasai apa yang akan terjadi. Rafilah juga tidak bersetuju dengan perkahwinan terburu-buru mereka, tetapi Ryan yakin bahawa Misha telah berubah.

Hidup Ryan selepas berkahwin dengan Misha, 'menantu dari neraka' bersifat talam dua muka ini diterpa oleh seribu satu ujian. Misha tidak mempunyai rasa hormat dan sanggup menyakiti ibu mentuanya, sehingga melupakan tanggungjawab dan kewajipan sebagai isteri dan menantu.

Sebagai tanda janji kepada Rafilah, Ryan bersungguh-sungguh untuk membawa ibunya itu menunaikan umrah. Dengan usaha gigihnya, dia berjaya memiliki perniagaan kilang percetakan selepas mendapat kelulusan pinjaman perniagaan. Misha turut diberikan peluang untuk bekerja di sana.

Tanpa disedari oleh Ryan, mimpi buruk mengenai perlakuan Misha terhadap Rafilah menjadi kenyataan. Rafilah terjatuh dari tangga kerana ditolak oleh Misha.

Semasa mereka menunaikan umrah bersama, selama mereka berada di Madinah, Misha bukan sahaja tidak membantu Rafilah untuk menjadikan perjalanannya lebih mudah, bahkan cuba menamatkan riwayatnya.

Keadaan semakin rumit bagi Ryan setelah kembali dari Mekah, apabila rakan kongsi perniagaannya melarikan wang syarikat. Suzana (Ummi Nazeera), seorang pelanggan setia Ryan, cuba membantu Ryan yang terjerumus dalam hutang.

Dalam menghadapi semua cabaran yang menimpa keluarganya, kehadiran Suzana membantu Ryan untuk mendapatkan ketenangan kembali.

Sinopsis Drama Surat Dari Tuhan (TV3)

Drama : Surat Dari Tuhan Produksi : Mache All Star United Pengarah : Mohd Fazli Yahya Penulis Skrip : Rozie Rashid, Soula Nordin, PGRs Team ...
Sinopsis Telefilem Jihad (TV2)

Telefilem : Jihad
Produksi : Real Desire Production
Pengarah : Emdy Idris
Penulis Skrip : Fida Rohani
Siaran : TV2
Tayangan 30 Oktober 2023
Masa : Isnin | 9.00 Malam
Pelakon : Shaffiq Sahli, Dato' Amin Khan, Kamal Redzuan

Sinopsis Telefilem Jihad

Mengisahkan Jihad yang rindukan belaian seorang ayah. Jihad seorang anak angkat dan demi meraih kasih sayang seorang ayah dia telah melalui berbagai dugaan, menghadapi kebencian dan penghinaan. Namun dia tetap tidak mahu berputus asa dan terus berjuang untuk merasai nikmat kasih seorang ‘ayah

Sinopsis Telefilem Jihad (TV2)

Telefilem : Jihad Produksi : Real Desire Production Pengarah : Emdy Idris Penulis Skrip : Fida Rohani Siaran : TV2 Tayangan 30 Oktober 2023 ...

Saturday, 28 October 2023

Sinopsis Telefilem Bila Tiba Saatnya (TV3)

Telefilem : Bila Tiba Saatnya
Produksi : Luqsar Kreatif Sdn Bhd
Pengarah : Heykal Hanifah
Siaran : TV3
Tayangan Asal : 22 Jun 2016
Pelakon : Nazim Othman, Syazwan Zulkifly, Niena Baharun, Rusdi Ramli, Faezah Elai, Aleza Shadan, Dian P.Ramlee, Kodi Rashid, Kamal Ibrahim, Ahmad Iswazir Ismail, Zulkifli Ismail

Sinopsis Telefilem Bila Tiba Saatnya (TV3)

Sinopsis Telefilem Bila Tiba Saatnya

Kisah dua individu yang meninggal dunia pada malam yang sama di dua tempat yang berbeza tapi dikebumikan di kampung halaman yang sama.

Rosman seorang yang suka mencuri dan tabung masjid juga tak terlepas dari menjadi mangsanya. Rosman pernah bersumpah dengan ibunya yang dia reda jika Allah mencabut nyawanya di masjid tersebut jika betul dia pencurinya.

Manakala Nazim pula seorang kaki botol walau bagaimanapun dia sudah bertaubat dan menjadi suami yang lebih bertanggungjawab. Nazim meninggal dunia di sebuah pusat karaoke kerana dipukul oleh seorang ganster.

Sinopsis Telefilem Bila Tiba Saatnya (TV3)

Telefilem : Bila Tiba Saatnya Produksi : Luqsar Kreatif Sdn Bhd Pengarah : Heykal Hanifah Siaran : TV3 Tayangan Asal : 22 Jun 2016 Pelakon :...

 

Layan Drama Melayu Online Terbaru © 2015 - Blogger Templates Designed by Templateism.com, Plugins By MyBloggerLab.com