Saturday, 24 September 2016

Cinta Masam Manis

Orangetree Production Sdn Bhd akan membawakan drama bersiri terbaharu berjudul 'Cinta Masam Manis' untuk slot Akasia TV3. Drama sebanyak 24 episod ini diarahkan oleh pengarah tersohor Eoon Shuhaini. Mengandingkan Zamarul Hisham dan Izara Aishah sebagai tonggak utama. Turut dibintangi oleh Raja Ilya, Sweet Farhanna, Shah Jaszle, Nur Alis Maria dan ramai lagi. Drama ini sudah boleh di tonton melalui portal tonton.com.my dan akan ditayangkan di kaca televisyen pada 26 September ini, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.58 petang di TV3.

JUDUL : CINTA MASAM MANIS
EPISOD : 24 Episod
TARIKH TAYANGAN : 26 September 2016
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 6.58 petang
SIARAN : Slot Akasia TV3
SKRIP : Shuhadatul Ain Zakaria
IDEA ASAL : Raja Azidah
PENGARAH : Eoon Shuhaini
TERBITAN : Orangetree Production Sdn Bhd
PELAKON : Izara Aishah, Zamarul Hisham, Shah Jaszle, Sweet Farhanna, Nur Alis Maria, Raja Ilya, Rahim Omar, Wan Nur Azlin, Liza Abdullah, Syaffiq Sahli, Ku Faridah, Mimi Ernida, Siti Chubby, Gbob, Nu'man Salleh, Erry Putra, Tash Yong, Khairuddin Ab Rahman, Cinta Diana Dargasi, Ben Amir, Danny X-Factor, Zalfa Zin

WATAK PELAKON
Zamarul Hisham sebagai Johan
Izara Aishah sebagai Sarah (Nor Sarah Mahmud)
Raja Ilya sebagai Tasya
Sweet Farhanna sebagai Hanna
Nur Alis Maria sebagai Hanis
Shah Jaszle sebagai Erman
Rahim Omar sebagai Dato Mahmud
Wan Nur Azlin sebagai Faridah
Syaffiq Sahli sebagai Zaidi
Erry Putra sebagai Azmi
Siti Chubby sebagai Wati
Mimi Ernida sebagai Syira
Tash Yong sebagai Fia
Liza Abdullah sebagai Datin Mel
Nu'man Salleh sebagai Samad
Ku Faridah sebagai Hasnah
Gbob sebagai Alex
Khairuddin Ab Rahman sebagai Shaffiq
Cinta Diana Dargasi sebagai Cinta
Danny X-Factor sebagai Asraff Halim
Zalfa Zin sebagai Puteri

LAGU TEMA / OST CINTA MASAM MANIS
Lagu : Hingga Ke Jannah
Penyanyi : KRU
Video & Lirik : Link

SINOPSIS CINTA MASAM MANIS
Mengisahkan cinta antara seorang duda berusia 40-an bernama Johan (Zamarul Hisham), dan Sarah (Izara Aishah) yang baru mencecah usia 20 tahun. Pelbagai dugaan yang harus ditempuhi untuk mengukuhkan percintaan mereka berdua.

Johan ialah seorang ahli perniagaan yang sudah bercerai dengan isterinya pada tiga tahun lepas. Walaupun demikian, dia selesa dengan hidup menduda dan membesarkan dua orang anaknya iaitu Hanna (18 tahun) dan Hanis (12 tahun) tanpa bantuan orang lain selepas bekas isterinya meninggalkan mereka untuk pergi ke luar negara.

Ibu dan bapa Johan teringin untuk menjodohkan anak mereka dengan beberapa wanita, namun Johan langsung tidak mempunyai hati untuk berkahwin semula. Sehinggalah pada suatu hari, segalanya berubah dan hati Johan terbuka untuk menerima wanita dalam hidupnya apabila dia bertemu dengan Sarah, seorang gadis jelita dan manja yang berjaya menambat hatinya.

Sarah diperkenalkan kepada anak-anak Johan dan mereka memberikan reaksi yang berbeza terhadap Sarah. Anak sulung Johan, Hanna (Sweet Farhana), membantah hubungan mereka kerana jarak usia Sarah dan Hanna hanya beza dua tahun. Selain itu, Hanna juga berprasangka buruk terhadap Sarah. Dia menganggap Sarah hanya mahukan harta ayahnya. Sebaliknya, Hanis gembira buat ayahnya kerana merasakan sudah tiba masanya untuk ayahnya mencari teman hidup baru.

Hubungan Sarah dan Johan bukan menerima bantahan daripada Hanna sahaja, malahan, Faridah (Wan Nur Azlin) iaitu ibu kepada Sarah juga tidak berkenan dengan Johan kerana status dudanya. Faridah mahu anaknya untuk berkahwin dengan anak kepada kawan baiknya, Erman (Shah Jaszle).

Tidak lama kemudian, bekas isteri Johan, Tasha (Raja Ilya) pulang ke Malaysia dengan harapan untuk memenangi cinta Johan kembali setelah insaf dengan kesilapannya. Akan tetapi, dia amat kecewa apabila mendapat tahu bahawa Johan sedang menjalinkan hubungan dengan Sarah.

Tasha mendapat tahu yang Faridah tidak merestui hubungan Johan dan Sarah, lalu dia mula bersekongkol dengannya untuk memutuskan hubungan mereka. Lebih menarik lagi, anak Johan sendiri bersetuju dengan cadangan ibunya untuk memisahkan Johan dan Sarah!

Pelbagai agenda telah dirancang oleh mereka untuk memusnahkan percintaan Johan dan Sarah. Mampukah mereka berdua mengatasi segala ujian yang akan datang? Adakah Hanna akan merestui hubungan ayahnya dengan Sarah?

GAMBAR PELAKON

Cinta Masam Manis

Pelakon Cinta Masam Manis
Pelakon drama Cinta Masam Manis
Cinta Masam Manis TV3
Pelakon lain
Cinta Masam Manis

Drama Cinta Masam Manis (TV3)

Orangetree Production Sdn Bhd akan membawakan drama bersiri terbaharu berjudul 'Cinta Masam Manis' untuk slot Akasia TV3. Drama seba...

Friday, 23 September 2016

Cik Oxford Mr Mesir

Saksikan telefilem Cik Oxford Mr. Mesir arahan Azhar Khalid. Menampilkan gandingan pertama kalinya Kamal Adli dan Zahirah Macwilson. Turut dibintangi oleh Sweet Farhanna, Hafiz Bahari, Tengku Fiella dan ramai lagi. Akan bersiaran pada hari Sabtu ini jam 9 malam di Astro Ria dan Astro Ria HD

JUDUL : CIK OXFORD MR. MESIR
TARIKH / MASA : Sabtu, 24 September 2016, 9.00 malam
SIARAN : Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123
PENGARAH : Azhar Khalid (Apache)
TERBITAN : Million Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Kamal Adli, Zahirah Macwilson, Hafiz Bahari, Sweet Farhanna, Tengku Fiella, Fauziah Hussain, Nadiah Zulkifli, Hisham Bakar

SINOPSIS CIK OXFORD MR. MESIR
Mengisahkan tentang Iris dan Farhan yang bercinta dan membuat sumpah setia untuk tidak bertemu sehingga tamat pengajian luar negara. Iris melanjutkan pengajian di London manakala Farhan pula melanjutkan mengajian di Mesir. Sebaik sahaja menamatkan pengajian masing-masing tidak seperti yang dibayangkan.

Iris yang disangkakan gadis moden sebaliknya berhijab setelah mendalami Islam sewakti berada di London. Sementara Farhan yang disangka lelaki yang berpertawakan seperti ustaz sebaliknya menjadi lelaki yang moden yang langsung tidak mempamerkan ciri-ciri yang digambarkan oleh Iris.

Pelbagai perkara lucu terjadi apabila mereka cuba menyesuaikan diri dengan pasangan masing-masing di samping cuba mengubah pasangan mengikut cita rasa mereka sendiri sehinggalah tercetusnya beberapa konflik.

Pelakon Cik Oxford Mr Mesir
Pelakon telemovie Cik Oxford Mr Mesir

Cik Oxford Mr Mesir (Astro)

Saksikan telefilem Cik Oxford Mr. Mesir arahan Azhar Khalid. Menampilkan gandingan pertama kalinya Kamal Adli dan Zahirah Macwilson. Turut d...
Juvana 3 2016

Filem rantaian yang diadaptasi daripada drama siri popular Juvana akan tampil dengan sekuel terakhir berjudul Juvana 3: Perhitungan Terakhir. Filem yang mengisahkan masalah gejala sosial itu bakal menyaksikan gandingan hebat Johan As�ari, Zahiril Adzim, Adam Shahz, dan Hasnul Rahmat. Filem diarahkan oleh Faisal Ishak terbitkan bersama oleh Filmscape Sdn Bhd, Juita Viden Sdn Bhd dan Star Media Group Berhad. Saksikan kesinambungan filem Juvana 3: Perhitungan Terakhir di pawagam seluruh negara pada 29 September 2016.

TAJUK : JUVANA 3 PERHITUNGAN TERAKHIR
Tarikh Tayangan : 29 September 2016
Genre : Aksi
Pengarah : Faisal Ishak
Terbitan : Filmscape Sdn Bhd
Pelakon : Zahiril Adzim, Johan As'ari, Adam Shahz, Hasnul Rahmat, Pekin Ibrahim, Zaidi Omar, Shera Aiyob, Nad Zainal, Riki Rikando, Khairul Muhamad, Muhammad Syafiq Ikmal, Helmi Hakim, Rosli Sako

SINOPSIS FILEM JUVANA 3 : PERHITUNGAN TERAKHIR
Merupakan kesinambungan dari sekuel terdahulu, Botak, Daim dan Ayam menyedari perjanjian mereka bertiga dengan Raja demi membebaskan Sara, ayah Botak dan adik-beradik Apek telah memakan diri.

Sebenarnya, Raja merupakan dalang di sebalik penculikan yang dilakukan kerana mahu membalas dendam terhadap mereka yang menjadi punca disumbat ke penjara serta merampas organisasi jenayah daripada Tok Jebat dan Tok Ki.

Selain itu, Daim yang tidak dapat menerima kenyataan setelah kekasihnya, Sara yang mati akibat ditikam Tok Ki mengalami gangguan emosi. Kemudian dia menjauhkan diri dari rakan-rakannya serta menganggap mereka sebagai musuh.

Termakan dengan pujukan Raja, Daim telah memilih untuk bekerja dengannya. Manakala Botak dan Ayam pula terpaksa bersetuju untuk bekerja dengan Raja sebagai galang ganti kepada kebebasan dan keselamatan ayah Botak dan adik-beradik Apek.

Terperangkap dalam permainan Raja, persahabatan mereka turut sekali lagi teruji apabila Raja dengan bijak memanipulasi dan melaga-lagakan mereka hingga mereka masing-masing mencurigai antara satu sama lain.

Dalam situasi yang semakin menghimpit, harapan mereka hanya terletak pada rakan-rakan mereka yang lain. Namun, adakah mereka dapat dijejaki dan sempatkah mereka diselamatkan sebelum terlewat? 

VIDEO TRAILER 




Sinopsis Juvana 3 Perhitungan Terakhir (2016)

Filem rantaian yang diadaptasi daripada drama siri popular Juvana akan tampil dengan sekuel terakhir berjudul Juvana 3: Perhitungan Terakhir...
Telah Ku Ikhlaskan

Jangan lupa untuk menyaksikan telefilem Telah Ku Ikhlaskan lakonan mantap Izreen Azminda, Zizan Nin dan Ramona Zam Zam. Diarahkan oleh saudara Raja Mukhriz. Akan bersiaran pada hari Sabtu ini jam 9 malam dalam slot Cerekarama TV3.

JUDUL : TELAH KU IKHLASKAN
TARIKH / MASA : Sabtu, 24 September 2016, 9.00 malam
SIARAN : Slot Cerekarama TV3
SKRIP : Siti Solehah
PENGARAH : Raja Mukhriz
TERBITAN : IRIS integrated
PELAKON : Zizan Nin, Izreen Azminda, Rashidah Jaafar, Yuz Jemang, Ramona Zam Zam

LAGU TEMA / OST
Tajuk : Kasih Dalam Hati
Penyanyi : Ippo Hafiz

SINOPSIS TELAH KU IKHLASKAN
Mengisahkan Rashid yang baru hilang pekerjaannya dan juga merupakan sumber rezeki keluarga. Rashid mempunyai seorang isteri bernama Maizura dan dua orang anak. Jamil, menawarkan pekerjaan kepada Rashid sebagai pembanyu restorannya di bandar yang membuatkan mereka sekeluarga tinggal berasingan. Kehadiran seorang pekerja baharu bernama Suharti di restoran terbabit membuatkan Rashid yang sering pulang ke kampung kini telah berubah. Rashid semakin jarang ke pangkuan keluargannya apabila semakin rapat dengan Suharti. Bagaimanakah Maizura menerima takdir penuh duka ini?

Telah Ku Ikhlaskan (TV3)

Jangan lupa untuk menyaksikan telefilem Telah Ku Ikhlaskan lakonan mantap Izreen Azminda, Zizan Nin dan Ramona Zam Zam. Diarahkan oleh sauda...

Thursday, 22 September 2016

Samudera Rindu

Drama bersiri baharu berjudul Samudera Rindu akan menghiasi slot Azalea TV9. Drama terbitan Suhan Movies itu diarahkan oleh Amor Rizan. Membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Azhan Rani, Dynas Mokhtar, Eyra Hazali, Hafeez Mikail dan ramai lagi. Saksikan drama bersiri Samudera Rindu sebanyak 20 episod mulai 25 September, setiap hari Selasa hingga Ahad jam 8.30 malam di TV9 dan ulangan di TV3.

JUDUL : SAMUDERA RINDU
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 25 September 2016
HARI / MASA : Selasa-Ahad, 8.30 malam
SIARAN : Slot Azalea TV9 & TV3
SKRIP : Ramlah Rashid
PENGARAH : Amor Rizan
TERBITAN : Suhan Movies & Trading
PELAKON : Dynas Mokhtar, Eyra Hazali, Azhan Rani, Hafeez Mikail, Watie Sadali, Alif Hadi, Emely Hanif, Efa Mareesja, Shahrul Afizie

WATAK PELAKON
Azhan Rani sebagai Zainal
Dynas Mokhtar sebagai Nadia
Eyra Hazali sebagai Athirah
Watie Sadali sebagai Siti
Hafeez Mikail sebagai Norman
Efa Mareesja senagai Aisyah
Alif Hadi sebagai Ezaril
Emely Hanif sebagai Maria

LAGU TEMA / OST SAMUDERA RINDU
Tajuk : Melankoli
Penyanyi : Azlan And The Typewriter

SINOPSIS SAMUDERA RINDU
Mengisahkan hubungan seorang gadis muda, Atirah (Eyra Hazali) dengan ibunya, Nadia (Dynas Mokhtar) yang menghidap penyakit kemurungan selepas kehilangan anak sulungnya. Atirah ialah seorang gadis yang cantik dan pandai serta patuh pada orang tuanya. Walaupun dia tahu keadaan ibunya, dia tetap menghormati Nadia sebagai ibunya. Kehidupan Atirah tidaklah mewah seperti rakan karibnya, Eliza. Zainal (Azhan Rani), ayahnya pula kerap tukar pekerjaan kerana keadaan isteri tercintanya, Nadia.

Atirah dilahirkan dengan harapan dapat mengurangkan kemurungan Nadia, tetapi harapan itu hanya menjadi angan-angan sahaja. Nadia tetap berada di dalam dunianya sendiri sahaja, sehinggakan lupa untuk menjaga Atirah. Bagi Zainal, Atirah adalah satu-satunya anaknya dengan isteri kesayangannya, dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga Atirah.

Atirah menjadi rakan baik dengan ibunya. Perangai Nadia berubah menjadi kebudak-budakan seperti Atirah. Walaupun Zainal sedih melihat keadaan Nadia, tetapi dia tetap bahagia kerana merekalah ahli keluarga yang menjadi dorongannya. Zainal tidak pernah melupakan cinta kepada isterinya mahupun mempunyai niat untuk menghantar Nadia ke hospital.

Lama kelamaan, Atirah telah berjaya menyambung pelajaran ke menara gading. Dia mula berasa penat untuk melayan karenah ibunya. Dia juga berasa malu untuk mengaku dengan kehadiran ibunya yang tidak waras itu. Apatah lagi Atirah mula berkawan dengan Eizaril, seorang pemuda yang baik hati.

Akhirnya, Nadia dihantarkan ke hospital untuk rawatan. Walaupun berat hati Zainal untuk berbuat demikian, tetapi ia adalah cara yang terbaik buat Nadia. Pada masa yang sama, Zainal juga mula rapat dengan rakan sekerjanya, Siti (Watie Sadali) yang sentiasa memberi kegembiraan yang kian lama tidak diisi.

Adakah Nadia berjaya dirawat dengan sepenuhnya? Apakah bahagia akan tiba setelah Zainal, Nadia dan Atirah hidup menderita sekian lama?

GAMBAR PELAKON
Samudera Rindu

Pelakon Samudera Rindu
watak utama
Samudera Rindu TV9
pelakon drama Samudera Rindu

Drama Samudera Rindu (TV9)

Drama bersiri baharu berjudul Samudera Rindu akan menghiasi slot Azalea TV9. Drama terbitan Suhan Movies itu diarahkan oleh Amor Rizan. Memb...

 

Layan Drama Melayu Online Terbaru © 2015 - Blogger Templates Designed by Templateism.com, Plugins By MyBloggerLab.com