Saturday, 24 December 2016

Biar Aku Jadi Penunggu

Saphire Screen akan membawakan drama bersiri Biar Aku Jadi Penunggu adaptasi daripada novel karya Arsha. Bakal menyaksikan gandingan mantap Ashraf Muslim dan Janna Nick sebagai pelakon utama. Arahan daripada pengarah terkenal Michael Ang. Nantikan tayangannya di slot Akasia TV3 bulan Disember ini. Drama Biar Aku Jadi Penunggu akan bersiaran menerusi slot Akasia mulai 26 Disember 2016, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 6.58 petang di TV3.

JUDUL : BIAR AKU JADI PENUNGGU
EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 26 Disember 2016
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 6.58 petang
SIARAN : Slot Akasia TV3
PENULIS NOVEL : Arsha
PENULIS SKRIP : Chinta Nadeesha & Ishak Mohamad
PENGARAH : Michael Ang
TERBITAN : Saphire Screen Sdn Bhd
PELAKON : Janna Nick, Ashraf Muslim, Miera Leyana, Fahmy Reza, Octovia Manrose, Shah Iskandar, Nik Adam Mika, Azar Azmi, Amir Rahim, Shah Tapaw, Jasmine Ashraff, Shah Sulaiman, Ziha Salleh, Roy Azman, Sharifah Shahora, Mahmod Ali Bashah, Wilma Muhammad, Alex Davies, Azhar Amir, Dilla Ahmad, Nurwardah Hasan, Falisha Crossley, Fieza, Arif Azri

WATAK PELAKON
Janna Nick sebagai Iffat Hamani
Ashraf Muslim sebagai Afeef Adwan
Nik Adam Mika sebagai Aqil
Miera Leyana sebagai Damia Hani
Fahmy Reza sebagai Rafaal
Octovia Manrose sebagai Hayati
Shah Iskandar sebagai Fazree
Azar Azmi sebagai Afia
Mahmod Ali Bashah sebagai Dato Azman
Wilma Muhammad sebagai Datin Maimon
Amir Rahim sebagai Luthfi
Jasmine Ashraff sebagai Afwan
Shah Sulaiman sebagai Lokman
Roy Azman sebagai Pak Rahim
Alex Davies sebagai Hadith
Azhar Amir sebagai Haji Ramli
Dilla Ahmad sebagai Zubaidah
Ziha Salleh sebagai Alia
Fieza sebagai Atika

LAGU TEMA / OST BIAR AKU JADI PENUNGGU
Tajuk Lagu : Menanti Janji
Penyanyi : Ronnie Hussein
Video & Lirik ? LINK

SINOPSIS BIAR AKU JADI PENUNGGU
Ifaat Hamani (Janna Nick) dan Afeef Adwan (Ashraf Muslim) ialah sahabat baik sejak di bangku sekolah lagi. Apabila Afeef mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran di luar negara, ibunya telah meletakkan syarat agar Afeef mengakhiri zaman bujangnya terdahulu sebelum dia ke luar negara. Akibat terdesak, Afeef terpaksa menggunakan Ifaat sebagai batu loncatan.

Ifaat Hamani sebenarnya menaruh perasaan terhadap Afeef Adwan dalam diam dan berharap agar mereka dapat hidup dengan bahagia setelah Afeef pulang dari luar negara, seperti mana yang dijanjikan olehnya. Namun, perasaan keliru mula wujud dalam hati Ifaat apabila Afeef langsung tidak pernah menghubunginya setelah dia berlepas ke luar negara.

Ifaat tertanya-tanya bahawa adakah dia telah melakukan kesilapan dengan mengahwini seorang lelaki yang langsung tidak mencintainya. Selepas tiga tahun tanpa sebarang khabar berita, Afeef telah mengejutkan semua orang dengan kepulangannya ke tanahair bersama seorang anak lelaki.

Rupa-rupanya, Afeef telah mendirikan rumahtangga bersama Damia di luar negara, tetapi perkahwinan mereka itu gagal dan tidak dapat diselamatkan lagi. Oleh itu, Afeef kembali dengan sebuah harapan baharu, dia juga ingin menunaikan segala janjinya kepada Ifaat.

Hati Ifaat benar-benar terguris dengan apa yang telah terjadi. Dia menyambut kepulangan suaminya itu dengan dingin. Segala kasih sayangnya telah hapus apabila dia mengenangkan perbuatan suaminya yang menyakitkan hati itu. Sikap dingin Ifaat membuat Afeef berasa jauh hati dengan isterinya, lebih-lebih lagi apabila Ifaat sentiasa mengungkit sikap Afeef yang tidak setia dan suka mungkir janji.

Ifaat dan Afeef sering bertengkar dan juga tidak bersependapat kerana masing-masing mempunyai ego yang tinggi dan langsung tidak mahu mengalah. Ifaat juga tidak bersedia untuk menjalani kehidupan sebagai seorang isteri kerana Afeef telah mengkhianati kepercayaannya selama ini.

Rafaal yang sudah lama menaruh perasaan terhadap Iffat hanya mampu memendam perasaan. Harapannya untuk memiliki Iffat kembali terkubur dengan kehadiran Afeef. Dia tahu hati wanita itu hanya untuk Afeef. Afeef tetap berusaha untuk meraih kembali kepercayaan Iffat. Kesanggupan Iffat yang menunggunya hingga hampir empat tahun sudah cukup memberi petanda yang wanita itu mencintainya sepenuh hati.

Iffat yang sememangnya menyimpan rasa kasih buat Afeef reda menerima lelaki itu kembali sungguhpun luka di hatinya masih belum sembuh. Sekali lagi janji terpateri. Namun, kasih yang baru sahaja berputik, diduga dengan kehadiran Damia yang ingin kembali meraih cinta Afeef. Dalam masa yang sama pula, Afeef mengesyaki Iffat punya hubungan kasih dengan orang lain kerana cemburu. Sekali lagi Iffat terpaksa menanggung duka. Dituduh tanpa usul periksa membuatkan hatinya kembali terluka.

GAMBAR PELAKON
Biar Aku Jadi Penunggu

Pelakon Biar Aku Jadi Penunggu
Pelakon drama Biar Aku Jadi Penunggu
Pelakon Biar Aku Jadi Penunggu tv3
antara pelakon lain

Drama Biar Aku Jadi Penunggu (TV3)

Saphire Screen akan membawakan drama bersiri Biar Aku Jadi Penunggu adaptasi daripada novel karya Arsha. Bakal menyaksikan gandingan mantap ...
Duo Star

Program terbaharu terbitan Astro iaitu Duo Star bakal menemui penonton mulai 25 Disember ini. Program nyanyian ini bakal memperlihatkan barisan artis ternama berpadu suara berduet menyanyikan lagu mengikut tema yang diberikan setiap minggu. Mereka diadili sepenuhnya oleh juri profesional yang bertanggungjawab untuk menilai persembahan iaitu Datuk Hattan, Datuk Acis dan Adibah Noor. Bagi format pertandingan Duo Star. Setiap minggu dua pasangan terbawah akan dipilih untuk bertanding dalam pusingan battle di minggu hadapan dalam segmen yang dipanggil 'Lagu Takdir'. Daripada situ, hanya satu pasangan sahaja akan meneruskan cabaran di pusingan seterusnya. 

Berikut senarai penyanyi-penyanyi yang bertanding di dalam rancangan Duo Star musim pertama ini. Ning Baizura bakal berpasangan dengan Harris Baba, Ayai bersama Firman, Syamel bersama Ernie Zakri, dan Haiza bersama Aepul Drama Band. Selain itu, Awi Rafael akan bergabung bersama Kaka Azraff, Ronnie Hussein bersama Sarah Fazny, Asfan berduet bersama Aweera dan Ila Damiaa bersama Yasin.

Rancangan Duo Star akan disiarkan bermula 25 Disember ini menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123), setiap Ahad pukul 9:00 malam. Dihoskan oleh Datuk AC Mizal.

Setiap minggu pasangan duo terbaik akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5,000 tajaan Aurawhite dan baucar Go Shop bernilai RM1,000. Juara Duo Star bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 manakala naib juara RM50,000 berserta trofi.

Peserta Duo Star
Barisan artis Duo Star

Peserta Duo Star (Astro Ria)

Program terbaharu terbitan Astro iaitu Duo Star bakal menemui penonton mulai 25 Disember ini. Program nyanyian ini bakal memperlihatkan bari...

Friday, 23 December 2016

Jauh Astro Ria

Cerita ini diadaptasi dari novel JAUH karya Aisya Sofea. Lakonan oleh Adi Putra (Fikri), Fauziah Gous (Syafikah) dan Anzalna Nasir.

JUDUL : JAUH
TARIKH / MASA : Sabtu, 24 Disember 2016, 9.00 malam 
SIARAN : Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123
SKRIP : Shahazril Hamzah
PENGARAH : Bad Hj Azmi
TERBITAN : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Ady Putra, Fauziah Ghous, Anzalna Nasir, 

SINOPSIS JAUH 
Kisah hubungan Ika dan tunangnya yang menjadi berantakan apabila Ika tiba-tiba merasa tidak pasti dengan perasaannya sendiri lalu membawa diri ke luar negara. Segalanya bermula apabila Ika bertunang dengan Zahar atas kehendak keluarga. Ika tidak mempunyai perasaan terhadap Zahar dan cuba melengah-lengahkan tarikh perkahwinannya.

Apabila Ika tiba di UK yang mana ketika itu Ika datang untuk melawat keluarga ibu saudaranya, di sana Ika jatuh cinta pandang pertama dengan Fikri.

Cinta mulai berputik di antara mereka. Namun, Sofi cuba membuatkan Ika menjauhkan diri dari Fikri hanya kerana Sofia menyukai Fikri. Ika kembali ke tanah air dan memutuskan pertunangan dengan Zahar.

Dia dihalau oleh keluarga sendiri, disindir, dimaki, diherdik, malah dipukul. Ika cuba bersabar. Dua tahun kemudian Fikri kembali dalam hidupnya dan cinta bersemi semula. Dengan bantuan Jaja, Fikri memahami Ika. Fikri tidak mahu memaksa Ika menerimanya dengan terburu-buru manakala Ika beranggapan Fikri mengahwininya kerana kasihan. 

Akhirnya Ika sedar bahawa cinta Fikri adalah ikhlas. Ika dan Fikri akhirnya berkahwin.

Telefilem JAUH (Astro Ria)

Cerita ini diadaptasi dari novel JAUH karya Aisya Sofea. Lakonan oleh Adi Putra (Fikri), Fauziah Gous (Syafikah) dan Anzalna Nasir. JUDUL : ...
OST Biar Aku Jadi Penunggu

Ippo Hafiz dan Janna Nick berkolaborasi menghasilkan lirik untuk lagu tema drama Biar Aku Jadi Penunggu yang akan disiarkan di slot Akasia TV3 pada bulan 26 Disember ini. Lagu berjudul Menanti Janji itu dinyanyikan Ronnie Hussein. Info lanjut drama baca disini. 

Tajuk : Menanti Janji
Penyanyi : Ronnie Hussien
Lirik : Janna Nick & Ippo Hafiz
Lagu : Ippo Hafiz

LIRIK LAGU MENANTI JANJI - RONNIE HUSSEIN
(OST BIAR AKU JADI PENUNGGU)

Telah lama ku rasa sebegini
Meniti masa silih berganti
Ku harapkan engkau datang kepadaku
Walau sekadar mimpi

Ku cuba untuk mengejar kamu
Makin ku genggam Ia terlerai
Sedari diri kian menjauh
Jauh.. terpisah dari diri kamu

Biar hatiku menanti
Biar ku terus menunggu
Di dalam kegelapan hariku
Tanpa cinta kamu

Biar jiwa terus mati
Menanti janji kamu
Biar aku jadi penunggu

VIDEO MUZIK


Dengar di Spotify

OST Biar Aku Jadi Penunggu (Lagu Tema)

Ippo Hafiz dan Janna Nick berkolaborasi menghasilkan lirik untuk lagu tema drama Biar Aku Jadi Penunggu yang akan disiarkan di slot Akasia T...
Hanya Aku TV3

Saksikan telefilem istimewa sempena Anugerah Juara Lagu Ke-31 bertajuk Hanya Aku. Kisah diilhamkan daripada lagu kumpulan Hyper Act ini dilakonkan oleh Amar Baharin, Tash Yong, Sabhi Saddi dan ramai lagi. Akan disiarkan pada hari Sabtu ini pukul 9 malam menerusi slot Cerekarama TV3.

JUDUL : HANYA AKU
TARIKH / MASA : Sabtu, 24 Disember 2016, 9.00 malam
SIARAN : Slot Cerekarama TV3 (Istimewa AJL 31)
IDEA ASAL : Zulkefli
SKRIP : PGRs Team(Rozie Rashid, Amka Ahmad)
PENGARAH : Samsul Lizam
TERBITAN : Primeworks Studios
PELAKON : Amar Baharin, Tash Yong, Sabhi Saddi, Indah Emeerlda, Amirul Faqeem, Azar Azmi

SINOPSIS HANYA AKU
Iqram dan Malik merupakan pasangan kembar yang telah terlibat dalam sebuah kemalangan di mana Malik meninggal dunia dan Iqram pula hilang ingatan. Bertahun-tahun Erin mencari suaminya yang tiba-tiba menghilangkan diri. Pada suatu hari, Erin berpindah ke Kuala Lumpur dan bertemu dengan Iqram dan menyangka bahawa Iqram adalah Malik, walhal Iqram langsung tidak mengenalinya kerana dia hilang ingatan. Erin berasa amat sedih, namun berusaha untuk mengenali Iqram. Mampukah Erin menerima kenyataan bahawa suaminya Malik sudah meninggal dunia?

Hanya Aku (TV3)

Saksikan telefilem istimewa sempena Anugerah Juara Lagu Ke-31 bertajuk Hanya Aku. Kisah diilhamkan daripada lagu kumpulan Hyper Act ini dila...

 

Layan Drama Melayu Online Terbaru © 2015 - Blogger Templates Designed by Templateism.com, Plugins By MyBloggerLab.com