Friday, 30 April 2021

Sinopsis Drama Sabarlah Duhai Hati (TV3)

Drama : Sabarlah Duhai Hati
Produksi : Suhan Movies & Trading
Pengarah : Pali Yahya
Penulis Skrip : Rehal Nuharis
Siaran : Slot Akasia TV3
Tayangan : 28 April 2021
Episod : 35
Lagu Tema/OST: Black Hanifah - Hanyut
Pelakon : Amyra Rosli, Saharul Ridzwan, Izzue Islam, Puteri Sarah Liyana, Iman Suhana, Fadilah Mansor, Haleeda, Emelda Rosmila, Aiman Badrul




Sabarlah Duhai Hati sebuah drama adaptasi novel Sabarlah Duhai Hati karya Mimie Afinie mengisahkan Fira (Amyra Rosli) yg membesar sebagai anak tunggal dan sewaktu masuk umur 17 tahun, ibu Fira disahkan mengandung.

Fira tidak gembira menyambut berita tersebut dan selepas 6 tahun, Fira masih lagi tidak dapat menerima kehadiran Danish dan tidak suka apabila perhatian ibu bapanya lebih kepada adiknya.




Fira dan Dian (Puteri Liyana) berkawan rapat sejak zaman sekolah lagi, dalam masa yg sama Fira menyimpan perasaan pada Affan (Saharul Ridzwan) yg juga abang kepada Dian. tapi lepas kena reject dengan Affan waktu sekolah dulu, Fira selalu mengelak dari berjumpa dengan Affan.

selepas 6 tahun, Dian menyambung pengajian di peringkat ijazah dan Fira pula sibuk dengan business online tapi hubungan mereka berdua masih lagi baik. 

Fira juga berkawan baik dengan Nazim (Izzue Islam) tapi belum bersedia untuk pergi lebih serius dalam hubungan mereka dengan memberi macam-macam alasan apabila Nazim mahu membawa Fira berjumpa keluargannya.



Affan merupakan cucu kesayangan Opah (Fadilah Mansur) tapi Opah tak suka dengan ibu Affan iaitu Laila (Haleeda) sebab Laila selalu membantah arahannya dan berkahwin dengan lelaki pilihan sendiri.

bagi Opah, keturunan dia kena jaga sebaik mungkin sebab itu Opah suka anak-anaknya berkahwin dengan keturunan sendiri macam Shima (Emelda) kononnya Shima lah anak yg paling baik dan layan suami macam raja tapi akhirnya tetap bercerai juga.

selepas apa yg terjadi pada Shima, Opah tak serik nak satukan pula Affan dengan Nadia (Iman Suhana) dengan alasan yg sama nak jaga keturunan mereka. Nadia dan Shima sukalah sebab Affan ni dah ada sumber kewangan yg kukuh.


Baca juga : Review Novel Sabarlah Duhai Hati karya Mimie Afinie


dugaan berat yg datang secara tiba-tiba mengubah hidup Fira apabila ibu bapanya meninggal dunia dan perlu menjaga Danish ketika itu juga Fira dilamar oleh Affan. Apakah kesudahannya? tonton episod seterusnya dalam Sabarlah Duhai Hati di slot Akasia TV3.

Sinopsis Drama Sabarlah Duhai Hati (TV3)

Drama : Sabarlah Duhai Hati Produksi : Suhan Movies & Trading Pengarah : Pali Yahya Penulis Skrip : Rehal Nuharis Siaran : Slot Akasia T...

Thursday, 29 April 2021


Drama : Kisah Cinta Rumi
Produksi : Creative Skill Solution
Pengarah : Idora Abdul Rahman
Penulis Skrip : Nieza Nahar
Siaran : Lestary TV3
Mula Tayangan : 24 April 2021
Episod : 13
Masa : Rabu-Sabtu | 9.00 Malam
Pelakon : Riena Diana, Khai Bahar, Haridz Hamdan, Alif Muhaimin, Fadlan Hazim, Dynas Mokhtar, Cahaya Nilam, Alif Hadi, Sharifah Rose, Khaty Azean, Gen Darwish

Kisah Cinta Rumi bersiaran di slot Lestary TV3 mulai 24 April 2021 selepas drama Covid Oh Covid dan menampilkan gandingan baru Khai Bahar dan Riena Diana. Kisah Cinta Rumi boleh ditonton setiap hari rabu hingga sabtu jam 9 malam di TV3 juga melalui laman web atau aplikasi WeTV.



Kisah Cinta Rumi mengisahkan Mika (Khai Bahar) yg mencari hasil pendapatan dengan meragut dan mencuri bagi membayar hutang judi bapanya juga menjaga Addin (Gen Darwish) yg tinggal bersama Mika selepas kematian ibu bapanya.

Mika mahu berhenti membuat kerja haram tersebut, dengan bantuan kawan baiknya, Mika bekerja sebagai pengawal di kelab malam.




Runi (Riena Diana) suka melukis dan mahu menjadi pelukis terkenal tapi impian Runi dihalang oleh ibunya, Haniza (Dynas Mokhtar) yg mahu Runi mengambil alih syarikat arwah suaminya.

Haniza merupakan isteri kedua Tan Sri Ghazali dan bercita-cita mahu mewarisi segala harta milik arwah suaminya. Haniza tak mahu syarikat Tan Sri Ghazali jatuh kepada anak tirinya Baktiar (Fadlan Adzim) dan selalu memprovokasi madunya.



Runi tak pernah setuju dengan semua rancangan Puan Haniza termasuk rancangan mahu menjodohkannya dengan anak orang kaya. kerana hal tersebut juga Runi selalu berselisih pendapat pendapat dengan ibu dan kakaknya, Hana yg sama-sama mata duitan.

bagi Runi, harta dunia ini semua hanya pinjaman sementara dan dia sendiri tak pernah kisah kalau abangnya, Baktiar yg menguruskan segala syarikat dan harta bapanya. lagipun hubungan Runi dengan abangnya juga baik dan Runi rasa bersalah dengan perangai ibu dan kakaknya.


Pertemuan Runi dan Mika terjadi apabila Mika cuba meragut beg Runi tapi Runi pula menyangka Mika telah membantu mendapatkan kembali beg tangannya.

sejak hari itu Runi dan Mika mula berkawan baik dan telah membibitkan rasa cinta antara mereka. apa yg akan berlaku apabila Puan Haniza mengetahui hubungan mereka berdua? tonton episod seterusnya dalam Kisah Cinta Rumi di slot Lestary TV3 atau melalui platform WeTV.

Drama | Kisah Cinta Rumi (2021)

Drama : Kisah Cinta Rumi Produksi : Creative Skill Solution Pengarah : Idora Abdul Rahman Penulis Skrip : Nieza Nahar Siaran : Lestary T...

Tuesday, 20 April 2021


Drama : Kelmarin Cinta
Produksi : Cinema Stage Production
Pengarah : Jamal Khan
Penulis Skrip : Azlina Pa'wan, Nana Khalil
Siaran : TV Okey
Mula Tayangan : 13 April 2021
Episod : 26
Masa : Isnin-Jumaat | 10.00 Malam
Pelakon : Shukri Yahaya, Reen Rahim, Intan Ladyana, Azri Sabri, Sharifah Husna, Aishah Azman, Amir Nafis, Liza Abdullah, Zaidi Omar, Jasmin Hamid, Zaefrul Nordin




Kelmarin Cinta mengisahkan dua sahabat karib iaitu Wan Nur (Reen Rahim) dan Mila (Intan Ladyana) yg berkawan sejak kecil. Mila berasal dari keluarga berada dan jenis yg lemah lembut manakala Wan Nur pula dari keluarga sederhana dan berperwatakan kasar dan tomboy.

masalah terjadi apabila Taufik (Azri Sabri), abang saudara kepada Mila yg baru pulang dari luar negara dah jatuh hati pada Wan Nur dan hal ini mengecewakan Mila yg dah lama menyimpan perasaan pada Taufik.

Wan Nur tak berminat pun untuk bercinta dan bila tahu perkara ini daripada Mila terus dia cuba mengelak bertemu Taufik. tapi sampai bila nak mengelak kalau Taufik lama lagi tinggal di rumah Mila.




belum selesai lagi masalah Wan Nur dan Taufik, Mila makin serabut bila ibu bapanya suruh terima pinangan dari Pak Long untuk anaknya Azhar (Shukri Yahaya).

Pak Long Mila dah lama menetap di luar negara sebelum membuat keputusan untuk balik ke Malaysia dan tinggal di Cameron Highland. Pak Long risau kalau Azhar mencari isteri orang bukan melayu sebab tu dia nak jodohkan Azhar dan Mila selain merapat hubungan mereka satu keluarga.

bila Pak Long menjemput Mila ke Cameron Highland, dia mula membuat rancangan dengan Wan Nur untuk menukar identiti mereka berdua. sebelum tu lagi Mila dah tukar gambar dia dengan Wan Nur jadi Pak Long menyangka Wan Nur adalah Mila.


misi mereka adalah membuat Azhar tak jatuh dengan Mila a.k.a Wan Nur dan rancangan perjodohan tersebut tak terjadi dengan perwatakan Wan Nur yg kasar nampak macam mudah untuk jayakan misi tersebut.

tapi lain pula yg berlaku bila Pak Long dah berkenan dengan Wan Nur apabila gadis tersebut pandai memasak dan rajin kiranya memenuhi ciri-ciri wanita melayu yg Pak Long mahukan sebagai menantunya.

adakah Azhar boleh terima Wan Nur dan setuju dengan rancangan bapanya sedangkan hatinya masih lagi tidak menerima kehilangan kekasih hatinya?

Drama | Kelmarin Cinta (2021)

Drama : Kelmarin Cinta Produksi : Cinema Stage Production Pengarah : Jamal Khan Penulis Skrip : Azlina Pa'wan, Nana Khalil Siaran : ...

Sunday, 18 April 2021



Drama : Penjara Janji
Produksi : JS Pictures
Pengarah : Azman Yahya
Penulis Skrip : PGRs Team, Ferdinand, Tinta Jingga
Slot Siaran : Samarinda TV3
Mula Tayangan : 12 April 2021
Episod : 15
Masa : Isnin-Khamis| 10.00 Malam
Pelakon : Alif Satar, Fauzi Nawawi, Azira Shafinaz, 
Zulin Aziz, Aida Aris, Aishah Atan, Esma Daniel

Penjara Janji drama terbaru di slot Samarinda TV3 menggantikan drama Camelia yg mula bersiaran mula 12 April 2021. Drama Penjara Janji boleh ditonton setiap hari isnin hingga khamis jam 10 malam di tv3 juga boleh ditonton secara online melalui aplikasi WeTV secara percuma.


Penjara Janji mengisahkan Zulkifli (Fauzi Nawawi) yg dihukum penjara kerana membunuh tanpa niat selepas ditipu kawan baiknya yg menyebabkan dia menanggung hutang yg banyak dan perniagaannya lingkup.

Rizan (Alif Satar) yg merupakan warden penjara cuba memenuhi hasrat terakhir Zulkifli yg mahu bersatu kembali dengan keluarganya. Rozita (Azira Shafinaz) selaku tunang Rizan mula rasa terabai apabila Rizan terlalu sibuk dengan tugasan kerjanya. 

Tanpa diketahui Rizan, Zulkifli merupakan ayah Rizan yg tidak pernah dia temui. apakah sebenarnya yg terjadi antara Zulkifli dan ibunya?

Drama | Penjara Janji (2021)

Drama : Penjara Janji Produksi : JS Pictures Pengarah : Azman Yahya Penulis Skrip : PGRs Team, Ferdinand, Tinta Jingga Slot Siaran : Samar...

Friday, 16 April 2021


Drama : Hati Yang Dikhianati
Produksi : Global Station Sdn Bhd
Pengarah : Riza Baharuddin
Penulis Skrip : Eenaz Mokhtar
Slot Siaran : Tiara Astro Prima
Mula Tayangan : 12 April 2021
Episod : 40
Masa : Isnin-Jumaat | 6.00 Petang
Pelakon : Amar Baharin, Isyariana, Zamarul Hisham, Mona Allen, Shamim Farid, Mia Nasir, Shah Iskandar, Afifah Nasir, Arena Iman, Afiq Muiz, Zaki Azeman




Hati Yang Dikhianati sebuah drama adaptasi daripada telenovela popular iaitu Mis Tres Hermanas (My Three Sister) mengisahkan Iskandar (Zamarul Hisham) yg mengambil tanggungjawab menjaga adik-adiknya selepas kematian ibu bapa mereka. 

Iskandar sanggup berhenti belajar dan melakukan pelbagai kerja untuk memastikan kehidupan keluarga mereka terjaga. oleh sebab itu, hubungan mereka adik-beradik sangat rapat dan perkara ini tak disenangi isteri Iskandar iaitu Maria (Mona Allen)

Syaz (Mia Nasir), anak kedua telah berkahwin dengan Imran (Shah Iskandar) dan mempunyai sepasang kembar. Lisa (Isyariana) telah berjaya menamatkan pengajiannya dan kini berkhidmat sebagai jururawat di sebuah hospital manakala Mawar atau Baby (Arena Iman) pula adik bongsu mereka yg manja dan masih belajar.




Suatu hari, Lisa pergi menyerang tapak pembinaan yg berada di sebelah hospital tempatnya bekerja dan berdepan dengan Zuhri Elyas (Amar Baharin), jurutera yg bertanggungjawab dengan projek pembinaan tersebut.

Lisa tidak puas hati dengan projek pembinaan tersebut yg banyak menggangu perkhidmatan hospital mereka apabila bekalan air dan elektrik selalu kena sabotaj.

Elyas pula tidak tahu tentang perkara tersebut malah tak pernah tahu tanah hospital yg bakal mereka ambil alih adalah tanah wakaf. Dato Ghafar selaku pemilik syarikat menasihatkan Elyas supaya tidak mencampuri hal tersebut dan fokus pada pembinaan hospital baru mereka.


walaupun Iskandar cuba memenuhi segala permintaan isterinya tapi Maria tak pernah puas hati apabila Iskandar lebih memikirkan adik-beradiknya tambahan pula Syaz tinggal semula dirumah tersebut dan Iskandar cuba membantu Syaz apabila Imran masih lagi tidak mempunyai pekerjaan.

Maria bosan dengan kehidupannya dan mula mendapatkan bantuan Mak Esah untuk memikat golongan berada yg boleh memenuhi segala kemahuannya. Elyas menjadi sasaran Maria.


Elyas sudah bertunang dengan Athira (Syamim Farid) anak Dato Ghafar tapi tak tahan juga bila kena goda dengan Maria. Elyas buat keputusan untuk mempercepatkan majlis pernikahan mereka walaupun dia sendiri tak pasti dengan perasaan sendiri.

Athira pula teruja bila Elyas setuju untuk bernikah dengannya tapi dia perlu selesaikan satu benda. Athira mahu mencari Maria dan siasat apa hubungannya dengan Elyas selepas terjumpa gambar Maria dalam dompet Elyas.

Drama | Hati Yang Dikhianati (Astro Prima)

Drama : Hati Yang Dikhianati Produksi : Global Station Sdn Bhd Pengarah : Riza Baharuddin Penulis Skrip : Eenaz Mokhtar Slot Siaran : Tiara ...

 

Layan Drama Melayu Online Terbaru © 2015 - Blogger Templates Designed by Templateism.com, Plugins By MyBloggerLab.com