Friday, 11 June 2021


Novel : Dia Seadanya
Penulis : Hanina Abdullah
Helaian : 546
Penerbit : Karya Seni
Terbitan : April 2021

PROJEK pertama, ditolak. Projek kedua, tak berkenan. Projek ketiga, ehemmm… Si Alpha Male ni buatkan dirinya setiap malam teringat-ingat pulak! Bukan senang tau hati seorang Emmalyn yang pendiam boleh tergugat. Tapi… yang di sebelah sana terpikatkah? Maklumlah, stok lelaki ala-ala Zul Ariffin kut, takkanlah susah nak cari jodoh? Emmalyn tahu, dirinya dijadikan ‘gula’ untuk menarik Si Tareq..

Pada saat dua-dua setuju untuk jadikan hubungan lebih serius, tiba-tiba hadir seorang wanita berbaju kebaya biru lembut, berselendang kain chiffon putih keluar dari kereta dan membuka pintu penumpang. Seorang budak lelaki dalam lingkungan usia lima tahun turun, lalu dipimpin wanita itu berjalan menuju ke beranda.

Perempuan cantik itu namanya Inessa. Siapa Inessa? Kenapa semua orang nampak terkejut dan bagai tak suka Inessa ini datang? Dikenalkan oleh keluarga, cinta mereka bukanlah cinta pandang pertama. Adakah cinta projek ketiga ini akan tetap utuh pabila dilanda dugaan?

Dia Seadanya mengisahkan Emmalyn yg nak dijodohkan dengan Tareq oleh mak saudaranya, baik Emmalyn dan Tareq tak ambil serius pun soal jodoh. Tareq ni pula bekerja kat luar negara, balik pun untuk bercuti dan tak terfikir nak menetap di Malaysia.

fasa perkenalan tu kelakar sebab orang lain kalau dating pilih tempat yg romantik bagai tapi diorang dua ni boleh pilih pergi panjat bukit masuk gua adventure habis. dalam tempoh yg singkat tu juga Tareq terjatuh hati dengan perwatakan Emmalyn dan terus ajak kahwin.

bila hubungan nak serius muncul pula Innesa dengan anak lelakinya tapi part ni salute sangat dengan cara Emmalyn yg tak cepat melatah dan cuba selesaikan satu persatu masalah yg muncul dalam hubungan mereka.

konflik dalam perkahwinan Emmalyn dan Tareq ni tak banyak pun tapi jadi panjang sikit sebab terheret untuk selesaikan masalah orang lain. conclusion kat sini, komunikasi antara pasangan tu sangat penting dan boleh terima seadanya setiap kelebihan dan kekurangan yg ada pada pasangan masing-masing.

**MY RATING: ⭐⭐⭐⭐ 4/5**

Review Novel | Dia Seadanya by Hanina Abdullah

Novel : Dia Seadanya Penulis : Hanina Abdullah Helaian : 546 Penerbit : Karya Seni Terbitan : April 2021 PROJEK pertama, ditolak. Projek k...

Thursday, 10 June 2021


Novel : Bukan Dark Metalik
Penulis : PyNat Mouri
Helaian : 564
Penerbit : Penulisan2U
Terbitan : September 2020

Bukan Dark Metalik mengisahkan Erhan Fitri dan Farah Hilani yg pernah ditangkap berdua-duaan ketika sekolah dahulu. Erhan menafikan semua itu cuma salah faham tapi tiada siapa mempercayainya dan Hilani pula memilih berdiam diri tanpa menjelaskan perkara sebenar. akibatnya semua guru dan pelajar memandang serong kepada Erhan.

10 tahun kemudian mereka bertemu kembali kali ini Erhan sebagai majikan dan Hilani pula setiausahanya. Erhan masih berdendam kerana peristiwa silam tersebut walaupun Hilani telah banyak kali memohon maaf.

jujur cakap aku tak boleh nak masuk dengan cerita dan watak yg ada dalam novel ni. bila flashback zaman sekolah rasa terhibur juga dengan perangai masing-masing tapi selepas 10 tahun aku rasa watak-watak ni masih lagi kurang matang bila dialog yg mereka guna lebih kurang sama.

memang kesian dengan Erhan bila kena fitnah macam tu dan satu sekolah jadi toksik dengan dia sampai dia pilih untuk berpindah. so macam tak hairan dia masih berdendam tapi cara dia tu langsung tak nampak matang. kalau nak balas dendam dan bagi pengajaran cubalah cari cara yg bijak sikit.

Hilani pula tak habis minta maaf. yg annoying tak nampak pula macam ikhlas. kata salah sendiri tapi tak habis nak salahkan Erhan. kata rasa bersalah bila tengok muka orang tu hensem dada bidang tertiba nak mengedik dah kenapa.

apapun masing-masing dah cukup dewasa, selesaikan semua masalah dan salah faham yg berlaku dengan cara orang dewasa bukan bergaduh bertekak macam budak sekolah. sorilah novel ni memang langsung tak kena dengan jiwa sis.

**MY RATING: ⭐⭐ 2/5**

Review Novel | Bukan Dark Metalik by PyNat Mouri

Novel : Bukan Dark Metalik Penulis : PyNat Mouri Helaian : 564 Penerbit : Penulisan2U Terbitan : September 2020 Bukan Dark Metalik mengi...


Telefilem : Gostan
Produksi : HUG Pictures
Pengarah : Mark Lee
Tayangan : 12 Jun 2021
Siaran : Cerekarama TV3
Masa : Sabtu | 9.00 Malam
Pelakon : Keith Foo, Daniell Sya, Queenzy Cheng, Alvin Wong, Steve Yap

Telefilem Gostan akan disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada 12 Jun 2021 jam 10 malam. Diarahkan oleh Mark Lee dan dibarisi barisan pelakon seperti Keith Foo, Daniella Sya, Queenzy Cheng, Alvin Chong dan ramai lagi.


GOSTAN mengisahkan keterujaan seorang lelaki yg berjaya membeli kereta baru dan sejak itu hidupnya tak tenteram bila ternampak kelibat aneh melalui cermin pandang belakang. seterusnya membongkar misteri sebuah kejadian langgar lari.

apakah identiti dan misteri yg di sebalik kereta tersebut? Saksikan semuanya dalam telefilem Gostan Cerekarama TV3.

Telefilem | Gostan (Cerekarama TV3)

Telefilem : Gostan Produksi : HUG Pictures Pengarah : Mark Lee Tayangan : 12 Jun 2021 Siaran : Cerekarama TV3 Masa : Sabtu | 9.00 Malam Pela...

Thursday, 3 June 2021


Artis : Marsha Milan
Lagu : Cinta
Komposer : Bunga Cantik
Lirik : Hang Nadim

LIRIK

Detik berganti
tak akan kembali sudah
walau darah air mata

Tiap memori
seakan menghenti masa
renungkan suka dan duka

Fahami semuanya
fahamkan segala-gala
kisah yang sudah
beningkan raga
jernihkan jiwa

Inginnya aku berlari
dan mendekatimu
rupa-rupanya kau
di depan mata

Ingin aku terbang tinggi
teruskan mencari
Ku terlupa untuk menutup mata

Hooo Hooo…
Hooo Hooo…
Hooo Hooo Hoo…
Hooo Hooo Hoo…

Detik berganti
Tak akan melaju masa
Untuk melihat ke sana

Apa pun datang
Mudahkan sabar dan tenang
Minta senang kesulitan

Fahami semuanya
Fahamkan segala-gala
Kisah yang sudah
Beningkan raga
Jernihkan jiwa

Inginnya aku berlari
dan mendekatimu
rupa-rupanya kau
di depan mata

Ingin aku terbang tinggi
teruskan mencari
Ku terlupa untuk menutup mata

Lirik Lagu | Marsha Milan - Cinta (OST Masih Ada Rindu)

Artis : Marsha Milan Lagu : Cinta Komposer : Bunga Cantik Lirik : Hang Nadim LIRIK Detik berganti tak akan kembali sudah walau darah air mat...

Sunday, 30 May 2021


Novel : Dia Imamku
Penulis : Siti Rosmizah
Helaian : 864
Penerbit : Siti Rosmizah Publication
Terbitan : 2020

Dia Imamku mengisahkan Cempaka Humairah yg diperangkap oleh sepupunya, Dahlia sehingga Rafiq mahu memutuskan pertunangan mereka. untuk membuktikan kesuciannya, Maira terpaksa berkahwin dengan Amiruddin yg merupakan driver peribadinya walaupun Maira sangat benci dengan lelaki tersebut.

kalau pernah tengok drama atau baca novel Siti Rosmizah sebelum ini, novel ni bagi aku recycle balik jalan cerita sebab plot dan watak ni terasa sangat familiar. watak Humaira ni mengingatkan aku heroin dalam drama Rindu Awak Separuh Nyawa, jalan cerita pun lebih kurang sama cuma beza dalam Dia Imamku lagi banyak watak antagonis.

watak Humairah ni sendiri dah annoying giler, jenis berlagak pastu bangga sangat dengan harta dunia sampai layan orang miskin macam sampah. Amiruddin a. pula orang kampung yg sedar diri tapi kesian bila Humairah tak habis nak hina dia, sabar je Amiruddin mengadap isteri macam tu bak kata Nenek Bunga kalau lelaki lain dah lama kena makan penampar Humairah ni.

penulis memang pandai create watak antagonis macam Dahlia tergedik-gedik mengejar orang kaya sampai sanggup jumpa bomoh. Puan Sri Zabedah merupakan mak Rafiq sejenis yg berlagak juga dan sibuk jaga reputasi sendiri dan ada beberapa lagi watak yg bikin hangatkan jalan cerita dia.

watak favourite aku sebenarnya Nenek Bunga tak teragak nak marah cucu sendiri kalau mereka buat salah. mostly dialog Nenek Bunga ni juga kelakar.

baca novel Dia Imamku ni dari bulan puasa, ambil masa juga nak habiskan sebab banyak watak yg menyakitkan, pacing yg agak slow dan jalan cerita bagi aku tak ada yg baru sangat sebab macam recycle plot dari karya sebelum ini.

**MY RATING: ⭐⭐⭐ 3/5**

Review Novel | Dia Imamku by Siti Rosmizah

Novel : Dia Imamku Penulis : Siti Rosmizah Helaian : 864 Penerbit : Siti Rosmizah Publication Terbitan : 2020 Dia Imamku mengisahkan Cempaka...

 

Layan Drama Melayu Online Terbaru © 2015 - Blogger Templates Designed by Templateism.com, Plugins By MyBloggerLab.com