Thursday, 21 September 2023

Sinopsis Drama From Saga With Love (VIU)

Drama : From Saga With Love
Produksi: Red Communications Sdn Bhd
Pengarah: Umie Salwana Omar
Penulis Skrip: Rafidah Abdullah, Hadi M. Nor
Genre : Romantik, Komedi
OST/ Lagu Tema : Cin-Ta (Amir Johari)
Siaran : VIU
Mula Tayangan : 21 September 2023
Masa : Khamis
Episod : 10
Durasi : 20 minit

Sinopsis Drama From Saga With Love

Karma seorang influencer yang menipu untuk menjadi pembantu peribadi serta jurubahasa bagi pelakon terkenal, Bianca Rozario semasa lawatannya di Saga, Jepun. Pelbagai usaha dan rancangan dilakukan oleh Karma agar rahsia berkaitan penipuannya terhadap Bianca tidak terbongkar.

Karma yang terikat dengan misi rahsia oleh Ibu Bianca serta impiannya ingin menjadi influencer terkenal membuat dia tetap meneruskan walaupun diganggu dengan kehadiran juruvideo Bianca, Bob serta seorang jejaka pendiam, Sham yang menambah masalah dan huru-hara kejadian di Saga.

Dapatkah Karma menyelesaikan tugas dengan berjaya atau rahsianya terbongkar? Adakah Bob serta Sham mempunyai perasaan hati terhadap Bianca?

Pelakon dan Watak From Saga With Love

  • Siti Khadijah Halim sebagai Karma
  • Sophia AlBarakbah sebagai Bianca
  • Fimie Don sebagai Bob
  • Ikmal Amry sebagai Sham
  • Vanidah Imran sebagai Kathy
  • Fatimah Abu Bakar sebagai Rozita
  • Zulin Aziz sebagai Suhaila
  • Sharifah Amani sebagai Fadhila
  • Zoey Rahman sebagai Zairin

Sinopsis Drama From Saga With Love (VIU)

From Saga With Love akan bersiaran pada setiap hari khamis bermula 21 September 2023 di platform penstriman VIU Malaysia.

Sinopsis Drama From Saga With Love (VIU)

Drama : From Saga With Love Produksi: Red Communications Sdn Bhd Pengarah: Umie Salwana Omar Penulis Skrip: Rafidah Abdullah, Hadi M. Nor Ge...
Sinopsis Telefilem Pencipta Pegang Waktu (TV3)

Telefilem : Pencipta Pegang Waktu
Produksi : Gambo.TV
Pengarah : Zainorhisyam Samudin
Penulis Skrip : Siti Jasmina Ibrahim
Siaran : TV3
Tayangan Asal : 31 Julai 2020
Pelakon : Que Haidar, Fauziah Ahmad Daud, Puteri Balqis, Khir Rahman, Jalil Hamid, Azman Hassan, Haidin Nasir

Sinopsis Telefilem Pencipta Pegang Waktu (TV3)

Sinopsis Telefilem Pencipta Pegang Waktu

Mengisahkan Zaman (Khir Rahman) yang malu apabila orang kampung mengelar adiknya, Zee (Que Haidar) sebagai lintah lembik kerana perwatakan Zee yang lembut menyebabkan hubungan dua beradik ini menjadi dingin dan renggang.

Selepas ibunya meninggal dunia, Zee merasakan dirinya makin terpinggir dari ayah dan abangnya menyebabkan dia membuat keputusan untuk mencuba nasib di bandar dengan bakat menjahit dan seni sulaman yang diwarisi dari arwah ibunya.

Walaupun Zee tahu rutin harian abangnya di bandar, tetapi dia hanya memerhati dari jauh. Zee tidak pernah berhenti mendoakan ayah dan abangnya.

Sinopsis Telefilem Pencipta Pegang Waktu (TV3)

Telefilem : Pencipta Pegang Waktu Produksi : Gambo.TV Pengarah : Zainorhisyam Samudin Penulis Skrip : Siti Jasmina Ibrahim Siaran : TV3 Taya...

Tuesday, 19 September 2023

Sinopsis Telefilem Tebus (TV2)

Telefilem : Tebus
Produksi : AR Factor Resources Sdn Bhd
Pengarah : Abdul Latif Ismail
Penulis Skrip : Rina Khan
Siaran : TV2
Tayangan : 19 September 2023
Masa : Selasa | 9.00 Malam
Pelakon : Reen Rahim, Risteena Munim, Alya Iman, Rania Humaira, Daniel Lim Santoso, Qazem Nor

Sinopsis Telefilem Tebus (TV2)

Sinopsis Telefilem Tebus

Mengisahkan Sofia (Reen Rahim) seorang ibu yang cuba menyelamatkan anaknya, Aira (Rania Humaira) yang dipercayai menjadi mangsa penculikan seorang lelaki.

Sofia tidak menyedari anaknya sebenarnya diculik oleh seorang wanita yang merupakan jirannya, Elly ( Risteena Munim). Elly mengalami tekanan mental kerana kehilangan anaknya dalam satu kemalangan yang menyebabkan dia bertindak menyembunyikan Aira di rumahnya.

Sinopsis Telefilem Tebus (TV2)

Telefilem : Tebus Produksi : AR Factor Resources Sdn Bhd Pengarah : Abdul Latif Ismail Penulis Skrip : Rina Khan Siaran : TV2 Tayangan : 19 ...

Saturday, 16 September 2023

Sinopsis Telefilem Tari Sama Bayu (TV2)

Telefilem : Tari Sama Bayu
Produksi : Arcadia Gate Sdn Bhd
Pengarah : Hani Jeff
Penulis Skrip : Dato Jeff Omar
Siaran : TV2
Tayangan : 16 September 2023
Masa : Sabtu | 10.30 Malam
Pelakon : Larry Noh D’Kanju, Enn Xaviera, Nora Ting, Sharif Iswan, Abd Razak Abd Karim, Kevin Omiting, Roza Ain Naquiah, Matinin Sungkin.

Sinopsis Telefilem Tari Sama Bayu (TV2)

Sinopsis Telefilem Tari Sama Bayu

Mengisahkan perjuangan seorang bekas penari, Syah yang terhenti aktivitinya kerana keadaan sakit slipdiscnya. 

Syah menjadi tenaga pengajar kumpulan pelajar sekolah menengah kawasan jauh dari kemudahan perbandaran dan diulit kehidupan yang bukan sahaja miskin serba kekurangan tetapi berhadapan dengan masalah silih berganti.

Atas semangat berpasukan, mereka telah memenangi pertandingan di peringkat kebangsaan dan kemudian mewakili negara menjuarai dan memenangi beberapa pingat di peringkat antarabangsa “World Cup Dance”. 

Pelbagai rintangan dihadapi oleh Syah sebelum sampai ke peringkat ini. Syah telah dianugerah oleh pelbagai negara sebagai kreografer / jurulatih tarian budaya terbaik sekaligus mengangkat nama negara Malaysia ke persada dunia menerusi seni budaya.

Sinopsis Telefilem Tari Sama Bayu (TV2)

Telefilem : Tari Sama Bayu Produksi : Arcadia Gate Sdn Bhd Pengarah : Hani Jeff Penulis Skrip : Dato Jeff Omar Siaran : TV2 Tayangan : 16 Se...

Friday, 15 September 2023

Sinopsis Telefilem Hassan Turbo (TV3)

Telefilem : Hassan Turbo
Produksi : Balang Rimbun Sdn Bhd
Pengarah : Sabri Yunus
Penulis Skrip : Sabri Yunus
Siaran : TV3
Tayangan Asal : 3 Ogos 2019
Pelakon : Pekin Ibrahim, Issey Fadlisham, Saidi Sabri, Engku Sulwani, Laila Nasir, Ungku Hanafi, Afifah Nasir, Ladin Nuawi

Sinopsis Telefilem Hassan Turbo

Mengisahkan Hassan (Pekin Ibrahim) seorang jaguh muay thai yang telah bersara membuat keputusan untuk menyarung semula sarung tangang dan kembali ke gelanggang kerana satu janji.

Hal ini kerana Duan Betis Besi yang berdendam dengan Hassan telah melarikan Salmi yang merupakan anak Tuan Guru Muay Thai mereka. Hassan berjaya menjejaki Duan di Kuala Lumpur namun Duan telah membuat pertaruhan supaya mereka bertarung jika Hassan ingin mendapatkan semula Salmi.

Adakah Hassan berjaya membawa Salmi pulang dengan selamat ke pangkuan keluarganya?

Sinopsis Telefilem Hassan Turbo (TV3)

Telefilem Hassan Turbo akan bersiaran semula pada 16 September 2023, hari sabtu jam 10.00 malam di Cerekarama TV3.

Sinopsis Telefilem Hassan Turbo (TV3)

Telefilem : Hassan Turbo Produksi : Balang Rimbun Sdn Bhd Pengarah : Sabri Yunus Penulis Skrip : Sabri Yunus Siaran : TV3 Tayangan Asal : 3 ...

 

Layan Drama Melayu Online Terbaru © 2015 - Blogger Templates Designed by Templateism.com, Plugins By MyBloggerLab.com