Novel : Ayat-Ayat Halal
Penulis : Syamnuerizmil
Helaian : 264
Penerbit : The Chapter
Terbitan : Julai 2017
seminggu dua ni langsung tak ada mood nak tengok drama, ingatkan nak habiskan novel yg borong waktu bulan puasa hari itu tapi baru baca dua tiga bab lepas tu pegang buat cukup syarat saja. aku beli novel ni selepas tengok drama Ayat-Ayat Halal, best juga dramanya tapi malas pula nak follow setiap hari, itu yg terus order. nipis saja bukunya tak sampai sehari dah habis baca.
Ayat-Ayat Halal mengisahkan Ebrahim Alfarez yg bekerja di Qatar tiba-tiba buat keputusan bercuti selama tiga minggu untuk menyambut bulan puasa bersama keluarganya di Malaysia. rancangannya nak buat kejutan tapi Ebrahim pula dikejutkan dengan berita ibunya pergi menunaikan umrah bersama adik-adiknya. nak tak nak terpaksalah berpuasa seorang diri di Malaysia.
sebelum berangkat ibunya sempat berpesan yg makanannya akan diuruskan oleh anak jiran sebelah rumah bernama Ulya Ayani. kali pertama bertentang mata, Ebrahim dah jatuh cinta dengan Ulya tambahan pula Ulya pandai buat kek pandan kegemarannya.
demi Ulya tak pasal dia jadi ustaz Ebrahim bila Pak Ayob (ayah Ulya) minta Ebrahim mengajarnya mengaji Al-Quran bak kata Pak Ayob kalau dah lama duduk Qatar mesti pandai cakap arab.
masalahnya sekarang, saingan Ebrahim bukan kaleng-kaleng orangnya, Ustaz Hassan anak tok imam kampung baru balik dari Mesir dan Ebrahim pula cuma ustaz celup. lagi tak senang duduk bila tahu Ulya adalah sepupu Murni, bekas kekasihnya dulu.
walaupun ada sokongan daripada Pak Ayob bukan senang juga nak memikat Ulya, macam-macam ayat-ayat halal yg keluar tapi langsung tak dapat respon positif daripada Ulya. berjayakah Ebrahim mencari jodohnya sebelum pulang semula ke Qatar. siapakah pilihan hati Ulya Ayani?
overall, jalan ceritanya Ayat-Ayat Halal sangat menghiburkan, walaupun nipis saja bukunya tapi padat dengan isi dan pengajaran.
Baca juga: Drama Sinopsis Ayat-Ayat Halal
0 comments:
Post a Comment