Showing posts with label Seramedi. Show all posts
Showing posts with label Seramedi. Show all posts

Sunday, 11 February 2018

Kisah Yang Hilang

Tajuk : Kisah Yang Hilang
Mula Tayangan : 26 Disember 2017
Masa : Setiap Isnin-Rabu, 10.00 mlm
Siaran : Slot Seramedi TV3
Terbitan : metrowealth x MindOrder Sdn Bhd 
Jumlah Episod: 20

Pelakon : Izzue Islam, Eyka Farhana, Epy Kodiang, Aizat Hassan, Wan Gegau, Fathil Dani, Elanie, Adam Shah, Tengku Fiella, Amai Kamarudin, Bella, Fify Azmi

SINOPSIS KISAH YANG HILANG
Kisah Fatah Aqil (Izzue Islam), seorang penulis novel romantik dan aksi yang terkenal di Malaysia sehinggakan karyanya juga diangkat untuk menjadi filem oleh penerbit-penerbit terkenal di Malaysia. Pada suatu hari, setelah menghadiri majlis pratonton filem seram timbul keinginannya untuk menulis novel bergenre seram. Namun, apabila Aqil mula ketandusan idea, Aqil bersama rakan baiknya Baihaqi, mengembara ke sebuah kampung yang bernama Kampung Sungai Ajal. Di situ, Aqil meminta izin daripada Tok Penghulu untuk mengumpulkan kisah-kisah seram yang tidak pernah diceritakan oleh sesiapa lagi. Di kampung itu, Aqil berkenalan dengan Sabri, Asmat dan Johan yang kemudiannya menjadi sahabat baiknya. Selain mereka, Aqil turut berkenalan dengan seorang gadis cantik manis, Suri Bakawali. Melalui bantuan mereka, Aqil mula mengumpul cerita-cerita seram yang diingininya. Namun, ketika Aqil mahu mula menaip kisah-kisah seramnya, computer riba yang dibawanya rosak dan Suri menggantikannya dengan sebuah mesin taip lama milik datuknya. Tanpa disedari Aqil, setiap kisah seram yang ditaipnya menjadi kenyataan. Pada awalnya, Aqil tidak menyedari hal ini namun lama-kelamaan dia seperti dapat mengesan sesuatu yang aneh tentang kampung tersebut. Aqil mula menyiasat sendiri dan pelbagai peristiwa berlaku pada dirinya sehinggalah dia menemui kebenaran bahawa kampung tersebut.

Tonton Kisah Yang Hilang

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14
Episod 15Episod 16Episod 17Episod 18Episod 19Episod 20

Download Kisah Yang Hilang

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14
Episod 15Episod 16Episod 17Episod 18Episod 19Episod 20

Drama Kisah Yang Hilang (2017) TV3

Tajuk : Kisah Yang Hilang Mula Tayangan : 26 Disember 2017 Masa : Setiap Isnin-Rabu, 10.00 mlm Siaran : Slot Seramedi TV3 Terbitan : metr...

Wednesday, 15 November 2017

Drama Muzium Misteri (2017) TV3

Tajuk : Muzium Misteri
Mula Tayangan : 3 Oktober 2017
Masa : Setiap Isnin-Rabu, 10.00 Malam
Siaran : Slot Seramedi (TV3)
Terbitan : Zamriez Golden Picture
Jumlah Episod: 16

Pelakon : Bell Ngasri, Shah Sulaiman, Along Eyzendy, AR Badul, Chacha Maembong, Kuza, Kamarul Hj. Yusof, Sasqia Dahuri, Iswan Ismail, Syazuwan Hassan, Man Raja Lawak, Da'i Annas, Hilal Azman, Gbob, Annie Arifin, Firdaus Ghufran

SINOPSIS MUZIUM MISTERI 
Mengisahkan Adam (Along Eyzendy) dan Shah (Bell Ngasri), penuntut kejuruteraan di Jepun kembali pulang ke Malaysia pulang setelah tamat pengajian. Mereka berdua merupakan pelajar yang bijak. Sekembalinya ke Malaysia, mereka berdua masih belum mendapat peluang pekerjaan.

Sewaktu menuntut di Jepun, mereka mencipta alat untuk menangkap lembaga atau hantu bersama beberapa penuntut dari Jepun. Mereka mendapat idea untuk menjadi penangkap hantu dengan alat ciptaan mereka. Adam dan Shah mengajak Danial (Shah Sulaiman), rakan sekampung mereka untuk membantu. Bermulalah mereka bertiga dengan pekerjaan ala �Ghostbusters� di seluruh pelusuk kampung. Walaupun begitu, niat mereka untuk menjadi penangkap hantu pada mulanya tidak mendapat restu ibu Adam kerana ibunya merasakan ia adalah perbuatan yang sia-sia sedangkan dia berkelulusan tinggi.

Shah pula ditinggalkan Hana (Sasqia) kekasihnya kerana keluarga Hana enggan bermenantukan Shah yang hanya bekerja mencari hantu sedangkan itu hanyalah alasan Hana kerana dia sudah punya pilihan lain yang lebih kacak daripada Shah. Danial pula mempunyai ramai adik beradik yang bersekolah jadi dia tiada pilihan pekerjaan selain mengikut Shah dan Adam mencari hantu. Tetapi pekerjaan mereka ini kemudiannya viral di Facebook dan mula mendapat permintaan yang tinggi daripada orang ramai.

Sementara itu, Encik Bad (AR. Badul) memiliki sebuah muzim yang mempamerkan replika makhluk ghaib dan lembaga yang menakutkan iaitu Muzium Misteri. Encik Bad merasakan tubuhnya bagai telah diganggu sesuatu. Apabila terlihat video viral Adam, Danial dan Shah, Encik Bad menghubungi mereka bertiga dan meminta bantuan untuk mengimbas badannya. Ternyata memang benar Encik Bad telah diganggu oleh Penunggu yang menumpang di badannya. Encik Bad kemudian mendapat idea untuk memajukan lagi perniagaanya. Sejak kebelakangan ini, muzium kurang mendapat sambutan lebih-lebih lagi apabila terdapat muzium baharu yang diusahakan oleh pesaingnya iaitu Encik Tar (Kamarul Hj. Yusof).

Encik Bad mengupah Adam, Danial dan Shah dengan kepakaran mereka untuk menangkap hantu yang seterusnya akan dipamerkan di muziumnya. Sudah pasti jika menggunakan hantu atau lembaga yang betul, muziumnya bakal mendapat sambutan. Pada mulanya Adam dan Shah enggan. Danial pula hanya ikut sahaja. Tetapi sebaik sahaja Adam dan Shah ternampak Nur (Chacha Maembong), anak Encik Bad yang cantik mereka berdua terus setuju.

Encik Tar pula apabila melihat muzim Encik Bad semakin ramai dengan pengunjung mula tidak senang duduk. Encik Tar sanggup melakukan apa saja untuk memusnahkan Muzium Lembaga Encik Bad. Adakah Encik Tar akan berjaya? Apakah Adam, Danial dan Shah akan kekal bersatu selamanya untuk menangkap hantu?

Tonton Muzium Misteri

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14
Episod 15Episod 16Episod 17Episod 18Episod 19Episod 20

Download Muzium Misteri Full

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14
Episod 15Episod 16Episod 17Episod 18Episod 19Episod 20

Drama Muzium Misteri (2017) TV3

Tajuk : Muzium Misteri Mula Tayangan : 3 Oktober 2017 Masa : Setiap Isnin-Rabu, 10.00 Malam Siaran : Slot Seramedi (TV3) Terbitan : Zam...

 

Layan Drama Melayu Online Terbaru © 2015 - Blogger Templates Designed by Templateism.com, Plugins By MyBloggerLab.com