Showing posts with label rtm. Show all posts
Showing posts with label rtm. Show all posts

Tuesday, 15 May 2018

Dia Anak Jeneral

Tajuk : Dia Anak Jeneral
Mula Tayangan : 24 Januari 2018
Masa : Setiap Rabu & Khamis, Jam 8.30 Malam
Siaran : Slot Selekta Prima (TV2-RTM)
Terbitan : A.Aida Production Sdn Bhd
Jumlah Episod : 26

Pelakon : Niena Baharun, Fattah Amin, Aida Khalida, Datuk Tarmimi Siregar, Fatimah Azzahra, Qazem Nor, Adiba Yunus, Lan Siro, Mas Khan, Mimi Ernida, Hafizuddin Fazil, Nor Albaniah, Kodi Rasheed, Fad Anuar, Azam Pitt

LAGU TEMA / OST 
Setia Menunggumu - Sabhi Saddi

SINOPSIS DIA ANAK JENERAL
Mengisahkan Leftenan Jeneral Dato Hambali dan isterinya, Noriah mempunyai 3 orang anak perempuan, Shima, Shida dan anak bongsu, Syirin. Shima dan Shida sudah berkahwin dengan Fikri dan Asyraf, pegawai badan beruniform, mengikut kehendak ayahnya. Dato Hambali mahu menjodohkan Syirin dengan Nukman, seorang pegawai beruniform dan juga anak kepada Mustakim dan Saadiah. Syirin dan Nukman berkawan baik semenjak kecil lagi. Syirin dan Nukman cuba mengelak perkara tersebut kerana mereka tidak mempunyai perasaan antara satu sama lain.

Syirin ternyata tidak setuju dengan tindakan ayahnya walaupun dipujuk oleh Shima dan Shida. Beliau mula menunjukkan protes manakala Dato Hambali berkeras dengan keputusannya dan menyuruh isterinya terus memujuk Syirin untuk menerima Nukman sebagai bakal suami.

Zakhif, seorang kontraktor dipanggil untuk menyiapkan kerjakerja pembaikan di rumah Dato�. Syirin bertemu dengan Nukman untuk berbincang tentang hal mereka. Syirin kecewa apabila Nukman seolah-olah bersetuju dengan keputusan keluarga untuk menjodohkan mereka. Beliau terus pulang ke rumah dalam keadaan kecewa. Setibanya di rumah, beliau menjerit terperanjat apabila melihat Zakhif berada di dalam bilik air di biliknya.

Masalah yang dihadapi Syirin membuatkan beliau mula hilang fokus terhadap kerjanya. Majikan beliau, En. Terence mula mengesan perubahan tersebut dan bertanyakan masalah Syirin. Ini kerana beliau juga menaruh hati terhadap Syirin. Zakhif hampir menyiapkan kerja-kerja pembaikan di rumah Dato� Hambali. Beliau kemudiannya pulang ke kampung Mak Ani, keluarga angkatnya untuk mengambil Eja pulang ke Kuala Lumpur. Ibu Nukman masih tidak berpuas hati dengan Nukman yang padanya tidak ikhlas akur dengan kehendaknya untuk dijodohkan bersama Syirin. Beliau merasakan yang Nukman masih mengingati bekas kekasihnya, Diara yang memutuskan hubungan dengan Nukman 4 tahun lepas.

Syirin berbincang dengan Nukman dan akhirnya terpaksa untuk bersetuju dengan desakan keluarga. Ayah dan ibu mereka nyata gembira dengan situasi tersebut dan Dato� terus berbincang tentang majlis bertunang dan perkahwinan. Nukman terserempak dengan bekas kekasihnya, Diara di pusat membeli belah ketika mencari hadiah perkahwinan. Syirin melihat perubahan pada Nukman selepas insiden beliau terserempak dengan Diara. Nukman berjumpa dengan Diara yang menceritakan bahawa dia telah bercerai dengan suaminya. Diara menyatakan yang beliau masih sayangkan Nukman dan sanggup bermadu dengan Syirin. Syirin mengadu dengan Nukman yang Nukman susah untuk berjumpanya dengan alasan sibuk sedangkan dia sudah mula membuka pintu hati pada Nukman.

Syirin kecewa dengan perubahan Nukman. Syirin keluar rumah pada suatu malam ketika ibu bapanya tiada untuk menyertai Zakhif mengagihkan makanan kepada golongan gelandangan. Zakhif menasihati Syirin agar tidak menyertainya pada masa hadapan kerana beliau akan menjadi isteri Nukman tidak lama lagi. Syirin berjumpa dengan Zakhif dan berkongsi masalahnya dengan Zakhif. Beliau meminta agar Zakhif masuk meminang yang membuatkan Zakhif terperanjat. Zakhif menyatakan yang perkara tersebut bukanlah perkara yang mudah dan mereka tidak setaraf. Diara bertemu dengan Syirin dan memujuknya untuk meneruskan perkahwinan dengan Nukman namun sebaliknya Syirin bertegas untuk memberi laluan kepada Diara.

Syirin bertemu dengan Zakhif yang menyatakan kesediaannya untuk menghantar rombongan meminang Syirin. Dato� mengamuk dan menampar Syirin apabila Syirin menyatakan yang beliau tidak mahu meneruskan perkahwinannya dengan Nukman sebaliknya mahu berkahwin dengan Zakhif. Dato� mempunyai pandangan negatif terhadap Zakhif kerana pernah ternampak Zakhif bersama dengan adik angkatnya, Eja.

Dato jadi tidak tentu arah untuk menyampaikan berita tersebut kepada Mustakim, ayah Nukman. Beliau berasa sungguh malu dengan keputusan Syirin. Dato� mengakui yang beliau memang tidak sukakan Zakhif yang padanya tiada masa hadapan dengan kerjayanya. Akhirnya Zakhif memberitahu Eja dan Mak Ani tentang rancangan pertunangannya dengan Syirin minggu hadapan dan meminta mereka turut serta dalam rombongan meminang.

Adakah hubungan mereka berakhir dengan kebahagiaan?

Tonton Dia Anak Jeneral

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14
Episod 15Episod 16Episod 17Episod 18Episod 19Episod 20Episod 21
Episod 22Episod 23Episod 24Episod 25Episod 26

Drama Dia Anak Jeneral (2018) TV2

Tajuk : Dia Anak Jeneral Mula Tayangan : 24 Januari 2018 Masa : Setiap Rabu & Khamis, Jam 8.30 Malam Siaran : Slot Selekta Prima (TV...

Saturday, 7 January 2017

Putih Kemboja

Saksikan Putih Kemboja sebuah telefilem Tribute P.Ramlee arahan Pali Yahya. Disiarkan pada hari Sabtu, 7 Januari 2017 pukul 9.00 malam di TV1. Lakonan Fauziah Nawi, Sura Sojangi, Nur Qistina Raisah, dan Ahmad Ezrinn Loy.

JUDUL : PUTIH KEMBOJA 
TARIKH / MASA : Sabtu, 7 Januari 2017, 9.00 malam
SIARAN : Slot Tribute P.Ramlee TV1 (RTM)
PENGARAH : Fazli Yahya
TERBITAN : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
PELAKON : Fauziah Nawi, Sura Sojangi, Nur Qistina Raishah, Ahmad Ezrinn Loy

SINOPSIS PUTIH KEMBOJA
Mengisahkan Zaleha tidak dapat menerima perkahwinan Dahlia dan Arman, seorang penagih dadah, lalu mereka dihalau dari rumah. Dahlia dan Arman telah dikurniakan zuriat bernama Amira. Setelah Arman meninggal dunia akibat HIV, Amira telah dipelihara oleh Zaleha.

Setelah 7 tahun menghilangkan diri, Dahlia kembali ke pangkuan Mak Leha (ibu) bersama anaknya Mira. Kembalinya Dahlia dalam keadaan sakit hingga menemui ajal, ditambah dengan dosa silamnya telah menjejaskan hubungan Mak Leha dengan penduduk kampung. Mira yang berusia 7 tahun dikatakan pembawa kuman HIV dan jualan kuih Mak Leha makin merosot. Mira membawa diri ke kubur ibunya lalu bertemu dengan Muis seorang remaja yang sedang berkonflik dengan keluarganya. Hidup dalam konflik menyebabkan mereka bersahabat baik.

Pelakon Putih Kemboja
Pelakon telemovie Putih Kemboja

Putih Kemboja (TV1)

Saksikan Putih Kemboja sebuah telefilem Tribute P.Ramlee arahan Pali Yahya. Disiarkan pada hari Sabtu, 7 Januari 2017 pukul 9.00 malam di TV...

Monday, 2 January 2017

Azam Yang Terlampau

Saksikan telefilem Azam Yang Terlampau lakonan Beto Kusyairy, Ika Nabila, dan Fathiya Latiff, pukul 10.00 malam ini di TV2

JUDUL : AZAM YANG TERLAMPAU
TARIKH / MASA : Selasa, 3 Januari 2017, 10.00 malam
SIARAN : Slot Citra TV2 (RTM)
PENGARAH : Hashim Rejab
TERBITAN : CMA Media Production
PELAKON : Beto Kusyairy, Ika Nabila, Fathiya Latiff, Hairi Safwan, Datuk Jalaluddin Hassan, Didie Alias, Fadhil Dani

SINOPSIS AZAM YANG TERLAMPAU
Mengisahkan Amri, Manisah dan Rosiah berpakat untuk lari dari kampung. Amri lari kerana dia terlibat dengan skim cepat kaya dan dia dikehendaki orang kampung. Rosiah lari kerana dipaksa berkahwin dengan Haji Sahak yang seusia ayahnya. Manisah pula membawa diri kerana bercita-cita untuk menjadi pelakon. Namun, ayah Rosiah berjaya menjejaki mereka! Apakah yang terjadi selepas itu?

Pelakon Azam Yang Terlampau

Azam Yang Terlampau (TV2)

Saksikan telefilem Azam Yang Terlampau lakonan Beto Kusyairy, Ika Nabila, dan Fathiya Latiff, pukul 10.00 malam ini di TV2 JUDUL : AZAM YANG...

Thursday, 29 December 2016

Aku Dan Dia TV1

Jangan ketinggalan menonton sebuah lagi telefilem Tribute P.Ramlee bertajuk Aku dan Dia pada hari sabtu ini jam 9 malam di TV1. Dilakonkan oleh Gambit Saifullah, Janna Nick dan Ryzal Jaafar.  

JUDUL : AKU & DIA
TARIKH / MASA : Sabtu, 31 Disember 2016, 9.00 malam
SIARAN : Tribute P.Ramlee (TV1 - RTM)
PENGARAH : Feroz Khan
TERBITAN : Suhan Movies & Trading
PELAKON : Gambit Saifullah, Janna Nick, Ryzal jaafar, Zaryn Minn, Ahmad Fauzee, Zulkifli Salleh, Norin

SINOPSIS AKU DAN DIA 
Kisah perkahwinan dua darjat antara Izara, anak Dato� Hamid dan Hisyam, seorang pemuda yang terpaksa menanggung seorang kakak kurang upaya. Perkahwinan mereka diuji apabila Izara yang sudah biasa hidup senang akhirnya mengambil keputusan meninggalkan Hisyam dan kembali ke pangkuan keluarganya. Dato� Hamid mengambil kesempatan, dia memperkenalkan Izara kepada anak kenalannya. Apa kesudahan ikatan perkahwinan Izara dan Hisyam?

Pelakon Aku dan Dia
Pelakon telemovie Aku dan Dia
Aku & Dia TV1
gambar

Aku dan Dia (TV1)

Jangan ketinggalan menonton sebuah lagi telefilem Tribute P.Ramlee bertajuk Aku dan Dia pada hari sabtu ini jam 9 malam di TV1. Dilakonkan o...

Thursday, 22 December 2016

Jalan Belakang Rumah

Sempena cuti sekolah, TV2 akan menayangkan telefilem menarik bertajuk Jalan Belakang Rumah yang mengisahkan pengembaraan sekumpulan budak pengakap. Jangan ketinggalan untuk menontonnya hari Jumaat ini, pukul 2 petang. 

JUDUL : JALAN BELAKANG RUMAH
TARIKH / MASA : Jumaat, 23 Disember 2016, 2.00 petang
SIARAN : TV2 (RTM)
SKRIP : Mohd Rahhiemi
IDEA ASAL : S.Balachandran / Muhamad Amirul Muttaqin
PENGARAH : S.Balachandran
TERBITAN : cCubeTV Sdn Bhd
PELAKON : Muhd Shahidan, Ebenezar Ravyn Das, Chong Bao Quan, Farhanna Qismina, Ahmad Dinie Juri

SINOPSIS JALAN BELAKANG RUMAH
Mengenai pengembaraan tiga orang sahabat ke dunia fantasi bagi menggalas satu misi untuk kembali ke zaman asal. Tiga orang sahabat baik iaitu Ian, Ping dan Ruben pergi berkhemah di dalam hutan. Di dalam hutan, mereka bertiga telah menjumpai sebuah rumah usang dan masuk ke dalam rumah usang tersebut. Tiba-tiba mereka diancam oleh seekor raksasa jahat dan cuba berlari menyelamatkan diri. Mereka cuba untuk mencari jalan keluar dari rumah itu namun mereka sesat dan keluar melalui pintu belakang rumah usang tersebut. Keluar sahaja dari pintu itu, mereka telah memasuki alam fantasi yang penuh misteri dan menggalas satu misi untuk kembali ke zaman asal. 

Jalan Belakang Rumah (TV2)

Sempena cuti sekolah, TV2 akan menayangkan telefilem menarik bertajuk Jalan Belakang Rumah yang mengisahkan pengembaraan sekumpulan budak pe...
Peluang Kedua TV1

Saksikan telefilem Peluang Kedua arahan Zamri Zakaria yang akan ditayangkan di TV1 pada Sabtu ini pukul 9 malam. Dibintangi Hafeez Mikail, Wan Nor Azlin, Rykarl Iskandar, dan Fathil Dhani. Boleh juga menontonya menerusi portal myklik (myklik.rtm.gov.my)

JUDUL : PELUANG KEDUA
TARIKH / MASA : Sabtu, 24 Disember 2016, 9.00 malam
SIARAN : Trribute P Ramlee TV1 (RTM)
PENGARAH : Zamri Zakaria
TERBITAN : Suhan Movies & Trading
PELAKON : Hafeez Mikail, Rykarl Iskandar, Wan Nor Azlin, Fathil Dhani, Izzhan Zainuddin, Nina Emelyn, Qaisy Hakimi

SINOPSIS PELUANG KEDUA
Kerana kemiskinan, Atan sering diejek dan dibuli rakan sekolah, kerana kemiskinan juga, Atan menjadi tidak redha dengan nasibnya lalu membesar sebagai seorang yang sangat biadap dan pentingkan dirinya. Atan tidak menghormati ibu bapa, tidak bersyukur dan kedekut dengan adik-beradiknya walaupun kehidupan keluarganya serba kekurangan. Kemalangan menyebabkan Atan koma di hospital dan di dalam komanya dia bertemu seorang kanak-kanak bernama Alif yang mengajarnya tentang erti kehidupan seterusnya membuatkan Atan insaf.

Pelakon Peluang Kedua
Pelakon telemovie Peluang Kedua
Peluang Kedua TV1
gambar pelakon

Peluang Kedua (TV1)

Saksikan telefilem Peluang Kedua arahan Zamri Zakaria yang akan ditayangkan di TV1 pada Sabtu ini pukul 9 malam. Dibintangi Hafeez Mikail, W...

Monday, 19 December 2016

Kapur Kuning Buat Puteh

Saksikan telefilem Kapur Kuning Buat Puteh lakonan adik Puteri Syasya Mashitah, Azhan Rani, Shakila Khoriri dan Ruminah Sidek pada hari Selasa ini pukul 10.00 malam di TV2.

JUDUL : KAPUR KUNING BUAT PUTEH
TARIKH / MASA : Selasa, 20 Disember 2016, 10.00 malam
SIARAN : Slot CitraTV2 (RTM)
SKRIP : Siti Jasmina Ibrahim
PENGARAH : Ujie Farish
TERBITAN : Unit Drama RTM
PELAKON : Puteri Syasya Mashithah, Shakila Khoriri, Syed Ahamad Zukhairi, Mohamad Izuan Fitri, Azhan Rani, Ruminah Sidek, Sabrina, Syahadah  Nurjannah, Muntazar Ghani

SINOPSIS KAPUR KUNING BUAT PUTEH
Puteri Alia seorang budak perempuan sekolah rendah yang bijak, kreatif, rajin dan disenangi di sekolah. Warna kegemarannya ialah warna kuning. Di dalam kelas Puteh Alia sering mendapat tempat pertama dan tidak disengani oleh kawannya, Jaja. Cikgu Suraya akan menulis nama tiga orang pelajar yang terbaik di papan hitam bertujuan untuk murid-murid lebih berusaha mencapai kejayaan. Puteh Alia juga sering membantu kawan-kawan yang lemah untuk terus berjaya seperti Iqram. Andy tidak berpuas hati dengan Puteh kerana dia juga bijak namun tidak popular seperti Puteh. Pada suatu hari Puteh Alia ditolak oleh Andy secara sengaja dan menyebabkan dia bertongkat. Walaupun begitu Puteh tetap cekal dan tabah untuk ke sekolah.

Pelakon Kapur Kuning Buat Puteh
Pelakon telemovie Kapur Kuning Buat Puteh

Kapur Kuning Buat Puteh (TV2)

Saksikan telefilem Kapur Kuning Buat Puteh lakonan adik Puteri Syasya Mashitah, Azhan Rani, Shakila Khoriri dan Ruminah Sidek pada hari Sela...

Thursday, 15 December 2016

Apek Dan Siti TV1

Saksikan telefilem Tribute P Ramlee, Apek & Siti lakonan Ezzaty Abdullah dan Billy Ng. Bersiaran pada hari Sabtu, 17 Disember 2016 ukul 9.00 malam di TV1. Cerita ini jgua boleh ditonton melalui portal MyKlik (myklik.rtm.gov.my)

JUDUL : APEK & SITI 
TARIKH / MASA : Sabtu, 17 Disember 2016, 9.00 malam
SIARAN : Tribute P.Ramlee TV1 (RTM)
PENGARAH : Syed Khairul Fariz
TERBITAN : Suhan Movies & Trading
PELAKON : Ezzaty Abdullah, Billy, Lee Yvonne, Raja Ema, Arash Mohd, Putri Jannah, Lim Xuan

SINOPSIS APEK DAN SITI 
Kisah Apek dan Siti yang terpisah selepas keluarga Apek berpindah ke luar negara. Selepas dewasa, mereka bertemu di cafe namun saling tidak mengenali. Pertemuan itu membibitkan rasa cinta namun hasrat mereka dihalang oleh bapa Siti. Keluarga Apek kemudiannya bertandang ke rumah keluarga Siti untuk memujuk bapa Siti menerima percintaan mereka. Ketika di rumah keluarga Siti, tv menayangkan filem P.Ramlee, lalu keluarga Apek menyatakan mereka menyukainya. Ini mengubah fikira bapa Siti terhadap Apek.

Apek Dan Siti (TV1)

Saksikan telefilem Tribute P Ramlee, Apek & Siti lakonan Ezzaty Abdullah dan Billy Ng. Bersiaran pada hari Sabtu, 17 Disember 2016 ukul ...

Monday, 12 December 2016

Aku Bukan Rasul

Saksikan telefilem Aku Bukan Rasul sempena Maulidur Rasul lakonan Johan As�ari, Mubarak Majid, Fazreen Rafi, Alia Farhan Ahmad dan ramai lagi. Disiarkan di TV2 pukul 10.00 malam. Boleh juga tonton menerusi portal myklik (myklik.rtm.gov.my)

JUDUL : AKU BUKAN RASUL
TARIKH / MASA : Selasa, 13 Disember 2016, 10.00 malam
SIARAN : Slot Citra TV2 (RTM)
PENGARAH : Zulhuzaimy Marzuki
TERBITAN : Aniq Communication Sdn Bhd
PELAKON : Johan As�ari, Mubarak Majid, Fazreen Rafi, Dato Haji Amin Khan, Kodi Rasheed, Liza Othman, Alia Farhan Ahmad, Bohari Ibrahim 

SINOPSIS AKU BUKAN RASUL
Kisah Haziq yang kembali ke kampung halamannya dan cuba berdakwah melalui pengajian agama di sebuah surau yang telah lama ditinggalkan. Usaha Haziq dipandang remeh malah dia berhadapan dengan fitnah dan hasad dengki yang tidak berkesudahan. Namun, kesabaran Haziq nyata utuh dan yakin dengan kebesaran Ilahi.

Pelakon Aku Bukan Rasul
Pelakon telemovie Aku Bukan Rasul

Aku Bukan Rasul (TV2)

Saksikan telefilem Aku Bukan Rasul sempena Maulidur Rasul lakonan Johan As�ari, Mubarak Majid, Fazreen Rafi, Alia Farhan Ahmad dan ramai lag...

Monday, 5 December 2016

Sri bulan TV1

Saksikan telefilem Sri Bulan karya Datin Paduka Shuhaimi Baba untuk slot Tribute P Ramlee. Antara barisan pelakonya ialah Aida Khalida, Amar Asyraf, Eina Azman, Marisa Yasmin, dan Kavita Sidhu. Akan disiarkan di TV1 pada Sabtu, 10 Disember pukul 9.00 malam. Juga boleh ditonton menerusi portal myklik (myklik.rtm.gov.my)

JUDUL : SRI BULAN
TARIKH / MASA : Sabtu, 10 Disember 2016, 9.00 malam
SIARAN : Tribute P.Ramlee TV1 (RTM)
PENGARAH : Datin Paduka Suhaimi Baba
TERBITAN : Pesona Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Aida Khalida, Amar Asyraf, Eina Azman, Marisa Yasmin, Kavita Sidhu, Ain Sufia, Shaheen Firas

SINOPSIS SRI BULAN
Mengisahkan sebuah keluarga yang terpisah kerana Zailan terlibat dalam masalah dan menghilangkan diri kerana malu. Eli isterinya pula membawa anak mereka iaitu Iza ke Australia dan menetap di sana. Mereka dipertemukan semula apabila hasrat Datin Zainon untuk menjual banglo lamanya melalui agensi jualan hartanah telah merungkai kisah silam dan menyatukan semula keluarganya yang dinantikannya hampir dua puluh tahun

Pelakon Sri Bulan
Pelakon telemovie Sri Bulan

Telefilem Sri Bulan (TV1)

Saksikan telefilem Sri Bulan karya Datin Paduka Shuhaimi Baba untuk slot Tribute P Ramlee. Antara barisan pelakonya ialah Aida Khalida, Amar...

Saturday, 26 November 2016

Kalau Jodoh Tak Kemana TV1

Saksikan telefilem Kalau Jodoh Tak Ke Mana karya Raja Ahmad Alauddin dan Azean H.K. Dibintangi oleh Qi Razali, Diana Danielle, Adeline Tsen, dan Noor Khiriah. Ditayangkan pada hari Sabtu ini pukul 9 malam di TV1. Bagi yang ketinggalan boleh menontonya menerusi laman portal myklik (myklik.rtm.gov.my)

JUDUL : KALAU JODOH TAK KE MANA
TARIKH / MASA : Sabtu, 3 Disember 2016, 9.00 malam
SIARAN : Tribute P.Ramlee TV1 (RTM)
PENGARAH : Raja Ahmad Alauddin Raja Mohamad Redzuan
TERBITAN : Suhan Movies & Trading
PELAKON : Qi Razali, Diana Danielle, Wan Sharmila, Adeline Tsen, Noor Khiriah, Akmal Ahmad

SINOPSIS KALAU JODOH TAK KE MANA
Mengisahkan Amer pengusaha kilang kain jatuh hati dengan Susan, wanita kacukan Cina - India yang merupakan seorang pereka pakaian. Namun, hasratnya terpendam kerana Susan telah bertunang dengan jejaka Inggeris. Selepas kematian tunang Susan, Amer dan Susan mula rapat dan akhirnya saling mencintai dan percintaan mereka disokong adik Susan iaitu Shania walaupun mereka berlainan agama serta jarak umur yang jauh.

Pelakon Kalau Jodoh Tak Ke Mana
Pelakon telemovie Kalau Jodoh Tak Ke Mana

Kalau Jodoh Tak Ke Mana (TV1)

Saksikan telefilem Kalau Jodoh Tak Ke Mana karya Raja Ahmad Alauddin dan Azean H.K. Dibintangi oleh Qi Razali, Diana Danielle, Adeline Tsen,...

Friday, 25 November 2016

2000km Ke Al-Haram

Drama bersiri terbaru berjudul 2000km Ke Al-Haram akan menemui penonton di saluran RTM. Dibintangi oleh Syazwan Zulkifly, Mia Ahmad, Iqram Dinzley, Janna Nick dan ramai lagi. Drama terbitan D'Taja Intergrated Visio Sdn Bhd diarahkan oleh Harris Fadzillah. Bertemakan kekeluargaan, percintaan, dan cenderung ke genre komedi dan Islamik. Mula bersiaran 12 November 2016, pada setiap Sabtu dan Ahad, pukul 7.00 malam di TV1. Bagi anda yang ketinggalan boleh menontonnya di laman portal myklik (myklik.rtm.gov.my).

JUDUL : 200KM KE AL-HARAM
EPISOD : 26 episod
TARIKH TAYANGAN : 12 November 2016
HARI / MASA : Sabtu & Ahad, 7.00 malam
SIARAN : Slot Widuri TV1 (RTM)
IDEA ASAL : Adzim Shahabudin
SKRIP : Sofia J.Ryhland
PENGARAH : Harris Fadzillah Abd Samad
TERBITAN : D'Taja Intergrated Visio Sdn Bhd
PELAKON : Syazwan Zulkifly, Mia Ahmad, Iqram Dinzley, Janna Nick, Mawar Rashid, Dato Jalaludin Hassan, Liza Abdullah, Zulkifli Ismail, Marisa Yasmin, Raja Azrey, Anne Abdullah, Lisdawati, Fauzi Nawawi, Ika Nabella, Laila Nasir, Amyza Aznan, Syuhaida Abraz, Elmy Moin, Hadi Nawawi

WATAK PELAKON
Syazwan Zulkifly sebagai Hadi
Dato Jalaludin Hassan sebagai Suhaimi
Mia Ahmad sebagai Iqa
Iqram Dinzly sebagai Daniel
Janna Nick sebagai Inas
Mawar Rashid sebagau Sazzy
Liza Abdullah sebagai Salmah
Zulkifli Ismail sebagai Azli
Marisa Yasmin sebagai Maria
Amyza Aznan sebagai Noni
Kahiril Anuar sebagai Farid
Fauzi Nawawi sebagai Suhaimi (Muda)
Lisdawati sebagai Salmah (Muda)
Anne Abdullah sebagai Eda
Raja Azrey sebagai Doktor Wan Hazim
Ika Nabila sebagai Noni (Muda)

LAGU TEMA / OST 2000KM KE AL-HARAM
Tajuk Lagu : Haruskah Berpisah
Artis : Aman Nassim

Tajuk Lagu : Hanya Padamu
Artis : Wadi Band

Tajuk Lagu : Patah Hati
Penyanyi : Mojo

SINOPSIS 200KM KE AL-HARAM
Perkahwinan Salmah bersama Suhaimi tidak direstui keluarganya yang menganggap Suhaimi tidak setaraf mereka. Salmah tetap setia mencintai Shuhaimi seikhlas hati dan dikurniakan seorang anak bernama Hadi. Hidup mereka mula diuji bila Suhaimi yang telah tamat kontrak kerja dan mula mengalami masalah kewangan. Suhaimi bukan sahaja terpaksa akur dengan keputusan Salmah untuk bercerai, malah terpaksa reda apabila Salmah mahu memisahkan dirinya dengan satu-satunya anak tunggal mereka, Hadi.

Hadi dibesarkan oleh ibunya, Salmah dan bapa tirinya Azli. Apabila dewasa, Hadi menyambung pelajaran ke luar negara. Sekembalinya ke tanah air, Hadi berubah menjadi seorang anak yang liar dan jauh dari pegangan agama hingga dia terlewat mengetahui keadaan Salmah yang sakit akibat kanser.

Bapa kandung Hadi yang berada di Doha begitu ingin mengenali Hadi walaupun Hadi kelihatan dingin. Dia merancang untuk membawa Hadi ke Doha dan mengerjakan ibadah umrah bersamanya dengan harapan Hadi berubah menjadi lebih baik.

Perkenalan tanpa dirancang antara Hadi dengan Iqa tidak bermula dengan baik. Mereka sering bertelagah dan menyebabkan hubungan mereka amat dingin. Namun, pertunangan mereka sedikit sebanyak telah merubah dirinya menjadi seorang yang baik. Hadi mula menunjukkan perubahan sikapnya apabila dia kehilangan pekerjaan. Hadi akhirnya bersetuju untuk mengikut bapanya, Suhaimi ke Doha.

Di sana, Hadi sekali lagi bertemu Iqa. Pertemuan secara tidak sengaja antara dia dan Iqa telah menimbulkan satu perasaan istimewa. Namun kedua-duanya cuba menafikan dan Hadi mahu menyembunyikan perasaan terhadap Iqa. Sepanjang di Doha, Suhami telah membimbing Hadi ke arah agama. Hadi diajar mengenai ibadah dan ilmu agama dengan harapan Hadi berubah menjadi hamba Allah yang baik.

Namun, sebagai manusia bukan mudah untuk berubah menjadi insan yang baik. Malah setiap perubahan harus dilaksanakan dengan perlahan-lahan dengan niat yang murni. Bagi Hadi, �cinta� adalah kunci buat segala-galanya. Cinta juga bakal membawa perubahan dalam hidupnya terutama membina cinta ke jalan yang diredhai Allah SWT.

Adakah Suhaimi berjaya membimbing Hadi ke arah yang lebih baik? Bagaimana hubungan Hadi dan Iqa?

GAMBAR PELAKON 
Pelakon Gambar 2000km Ke Al-Haram
Iqa, Hadi & Daniel
Drama Gambar 2000km Ke Al Haram
Iqa & Inas
Pelakon drama 2000km Ke Al Haram
Pelakon drama 2000km Ke Al Haram
Gambar 2000km Ke Al Haram
Perkahwinan Iqa dan Inas

Drama 2000km Ke Al-Haram

Drama bersiri terbaru berjudul 2000km Ke Al-Haram akan menemui penonton di saluran RTM. Dibintangi oleh Syazwan Zulkifly, Mia Ahmad, Iqram D...

Thursday, 24 November 2016

Sabotaj TV1

Saksikan telefilem Sabotaj karya Allahyarham Keoi Hj Khalid dan Sharifah Abu Salem yang akan disiarkan hari Sabtu ini, pukul 9.00 malam di TV1.Dibintangi oleh Luqman Hafidz, Hana Aqilah, Hafeez Roshdi dan ramai lagi. Bagi yang ketinggalan boleh menonton di laman portal myklik | myklik.rtm.gov.my

JUDUL : SABOTAJ
TARIKH / MASA : Sabtu, 26 November 2016, 9.00 malam
SIARAN : Tribute P.Ramlee TV1 (RTM)
PENULIS SKRIP : Sharifah Abu Salem
PENGARAH : Keoi
TERBITAN : Suhan Movies & Trading
PELAKON : Luqman Hafidz, Hana Aqilah, Hafidz Roshdi, Mawar Rashid, Sharifah Shahora, Acong Sweetchild, Kazar Saisi

SINOPSIS SABOTAJ
Fadlan dan Katrina adalah adik beradik tiri. Semenjak kecil lagi, Fadlan telah dijaga oleh keluarga Katrina. Oleh kerana mereka membesar bersama, timbul rasa cinta dihati Fadlan terhadap Katrina. Namun begitu Katrina telah jatuh hati dengan Syarul, senior di tempat kerjanya. Fadlan mula tidak senang duduk lalu merancang pelbagai halangan termasuk mengupah seorang wanita untuk menggoda Syarul dengan harapan hubungan cinta Kat dan Syarul putus. Berjayakah Fadlan memikat hati Katrina?  

Pelakon Sabotaj
Pelakon telemovie Sabotaj

Telefilem Sabotaj (TV1)

Saksikan telefilem Sabotaj karya Allahyarham Keoi Hj Khalid dan Sharifah Abu Salem yang akan disiarkan hari Sabtu ini, pukul 9.00 malam di T...

Saturday, 19 November 2016

Bapa Mentuaku

Saksikan telefilem Bapa Mentuaku pada Ahad ini, 20 November 2016, pukul 10.00 pagi di TV1. Lakonan Kazar Saisi, Syafiq Kyle, Nazeera Sardi, Aisyah Atan dan ramai lagi. Bagi mereka yang tidak berkesempatan boleh menontonnya menerusi portal Myklik (myklik.rtm.gov.my). 

JUDUL : BAPA MENTUAKU
TARIKH / MASA : Ahad, 20 November 2016, 10.00 pagi 
SIARAN : Slot Panggung Ahad TV1(RTM)
PELAKON : Kazar Saisi, Syafiq Kyle, Nazeera Sardi, Aisyah Atan, Mustaqim Bahadon, A.Galak, Muhammad Safie, Amir Ameezan, Zaim Zainal

SINOPSIS BAPA MENTUAKU
Mengisahkan tentang Pak Mansor tidak berkenan dengan Mazlan kekasih anaknya Ros, lalu merancang sesuatu untuk memisahkan mereka. Pak Mansor cuba menghalang cinta Mazlan dan Ros dengan berbagai helahnya, supaya anak perempuannya itu dapat dikahwinkan dengan Suhaimi, anak Tok Penghulu.

Mazlan, yang bekerja di Kuala Lumpur tetapi berasal dari Sarawak, mengambil keputusan untuk pergi ke kampung Ros untuk berkenalan dengan bakal bapa mertuanya, Pak Mansur dan isterinya, Mak Kiah. Pak Mansur, telah meminta Ros pulang ke kampung kerana pengajian anaknya baru sahaja tamat. Pada masa yang sama Pak Mansur mempunyai niat lain dalam cuba menyegerakan pertunangan anaknya dengan Suhaimi.

Rosnida terpaksa menyatakan kepada ayahnya bahawa dia sedang bercinta dengan Mazlan. Mansur tidak bersetuju, tetapi Rosnida walaubagaimanapun bertegas bahawa dia akan membawa Mazlan pulang ke kampung untuk berkenalan dengan Pak Mansur. Pak Mansur seterusnya berpakat dengan seluruh orang kampung untuk tidak bercakap dengan Mazlan, apabila Mazlan tiba di kampung mereka.

Mazlan tiba di kampung dan merasa janggal kerana semua orang tidak bercakap dengannya. Tetapi dengan sifat Mazlan yang peramah dan pandai mengambil hati orang, dia berjaya menambat hati penduduk di situ. Mazlan, dengan sifat peramahnya, mula bermesra dengan semua orang di kampung itu.

Di kampung tersebut, Mazlan sering nampak dua orang pemuda yang tidak bekerja dan selalu menjadi bahan bualan penduduk kampung itu. Mazlan menghampiri dua pemuda ini, dan mendapat tahu kenapa mereka tidak bekerja. Kesusahan untuk ke bandar yang jauh, tambang yang mahal, dan ketiadaan kerja kampung yang berterusan menghalang mereka untuk mencari rezeki yang baik.

Mazlan mencadangkan supaya mereka mula mengusahakan perkhidmatan memotong rumput di kampung mereka dan menghantar barang keperluan dapur terus ke rumah penduduk kampung dengan mengenakan caj yang berpatutan. Cadangan ini diikuti dan perniagaan mereka mula berkembang baik.

Suhaimi, anak ketua kampung itu, selepas mendengar saranan Pak Mansur untuk dijodohkan dengan Ros, mengambil peluang ini berusaha untuk memikat Ros. Ros dan Suhaimi adalah kawan sepermainan sejak kecil lagi, jadi Suhaimi merasa yakin pelan Pak Mansur bakal berjaya.

Tetapi cinta Ros kepada Mazlan tidak dapat diatasi. Di dalam masa yang sekejap, Mazlan dengan usaha pintarnya telah membawa perubahan besar kepada penduduk kampung di situ dan telah membuatkan seluruh orang kampung amat menyukai Mazlan. Malah ibu Ros dan adik lelakinya juga mula menyukai kehadiran Mazlan yang pandai memasak.

Pak Mansur merasa tergugat dengan rancangannya dan masih berkeras hati dan tidak menerima Mazlan sebagai pilihan Ros. Mazlan telah memberikan sepasang baju batik Sarawak kepada Pak Mansur sebagai syarat jika dia diterima sebagai bakal menantu maka Pak Mansur akan memakai baju tersebut. Walaubagaimanapun, Pak Mansur telah mencampak pakaian tersebut. Orang-orang kampung yang melihat kejadian itu merasa sedih.

Keesokannya, Mazlan terkejut melihat Pak Mansur memakai pakaian yang telah diberikan olehnya. Walaubagaimanapun Pak Mansur mempunyai alasannya yang tersendiri untuk memakai baju batik tersebut

Bapa Mentuaku (TV1)

Saksikan telefilem Bapa Mentuaku pada Ahad ini, 20 November 2016, pukul 10.00 pagi di TV1. Lakonan Kazar Saisi, Syafiq Kyle, Nazeera Sardi, ...

Sunday, 13 November 2016

Penjaga Garisan Itu Suami Aku

Saksikan telefilem berjudul Penjaga Garisan Itu Suamiku lakonan Fahrin Ahmad dan Rita Rudaini yang akan bersiaran di slot Citra TV2 hari Selasa ini pukul 10 malam. Boleh juga tonton melalui portal myklik.rtm.gov.my

JUDUL : PENJAGA GARISAN ITU SUAMI AKU
TARIKH / MASA : Selasa, 15 November 2016, 10.00 malam
SIARAN : Slot Citra TV2 (RTM)
SKRIP : MF Kencana & Wan Mahani
PENGARAH : Azmi Hata
TERBITAN : Quiara One Prodiction Sdn Bhd
PELAKON : Fahrin Ahmad, Rita Rudaini, Fazlina Ahmad Daud, Tasha Shila, Beego, Joseph Joe, adik Carl Zali

SINOPSIS PENJAGA GARISAN ITU SUAMI AKU
Memaparkan kisah Osman seorang penjaga garisan yang berkonflik dengan isterinya akibat ingin berpoligami. Osman cuba menipu artis popular dengan memberitahu yang isterinya telah memberi izin dia kahwin seorang lagi. Satu hari Maria telah mendapat viral kecoh tentang cerita Osman ingin berkahwin dengan Riyana. Dengan rasa kecewa Maria telah halau Osman keluar dari rumah.

Pelakon Penjaga Garisan Itu Suami Aku
Pelakon telemovie Penjaga Garisan Itu Suami Aku

Penjaga Garisan Itu Suami Aku (TV2)

Saksikan telefilem berjudul Penjaga Garisan Itu Suamiku lakonan Fahrin Ahmad dan Rita Rudaini yang akan bersiaran di slot Citra TV2 hari Sel...

Friday, 11 November 2016

Konsert Perdana 100 Tahun Pandu Puteri

RTM akan membawakan secara langsung Konsert Perdana 100 Tahun Persatuan Pandu Puteri yang di siarkan secara langsung dari Auditorium Perdana, Angkasapuri pada 12 November 2016, jam 9 malam hanya di TV1. Saksikan persembahan istimewa bakat-bakat cilik sempena 100 tahun Persatuan Pandu Puteri Malaysia dihebatkan lagi dengan persembahan artis-artis popular seperti Fauziah Latif, Farhan, Ezad Lazim, Datin Alyah, Tomok dan Aizat Amdan. Tidak ketinggalan bintang-bintang kelahiran RTM, Eryn, Idris, Ernie Zakri dan Farhan.

Konsert Perdana 100 Tahun Persatuan Pandu Puteri (TV1)

RTM akan membawakan secara langsung Konsert Perdana 100 Tahun Persatuan Pandu Puteri yang di siarkan secara langsung dari Auditorium Perdana...

Saturday, 5 November 2016

Encik Guard Dan Cik Tomboy

Saksikan gandingan Aiman Hakim dan Atikah Suhaime dalam telefilem Encik Guard Dan Cik Tomboy yang akan disiarkan di TV2 pada hari Selasa ini jam 10 malam.

JUDUL : ENCIK GUARD DAN CIK TOMBOY
TARIKH / MASA : Selasa, 8 November 2016, 10.00 malam
SIARAN : Slot Citra TV2 (RTM)
SKRIP : Liza Mior
PENGARAH : Saipul Bahri Othman
TERBITAN : Times United Production
PELAKON : Aiman Hakim, Atikah Suhaime, Marisa Yasmin, Rahim Jailani, Aiyuni Hashim

SINOPSIS ENCIK GUARD DAN CIK TOMBOY
Mengisahkan tentang Dato Ikhwan seorang kaya raya. Beliau berkahwin lagi apabila isteri pertama sakit lalu meninggal dunia. Sejak itu anaknya Bella bertukar menjadi liar dan berlagak seperti lelaki, menunggang motosikal berkuasa tinggi, tidak menhormati ayah dan ibu tirinya. Ayahnya mengupah pengawal peribadi bernama Shamil untuk memerhati dia.

Encik Guard Dan Cik Tomboy (TV2)

Saksikan gandingan Aiman Hakim dan Atikah Suhaime dalam telefilem Encik Guard Dan Cik Tomboy yang akan disiarkan di TV2 pada hari Selasa ini...

Friday, 4 November 2016

Kembara Nak Dara

Saksikan karya Al-Jafree Mat Yusof lakonan Namron, Nadia Aqeela, Eric Fuji, Lia Natalia dan Azman Hashim dalam telefilem Kembara Nak Dara pada hari Sabtu, 5 Nov 2016 jam 9.00 malam di TV1. Tonton secara online di myklik.rtm.gov.my

JUDUL : KEMBARA NAK DARA
TARIKH / MASA : Sabtu, 5 November 2016, 9.00 malam
SIARAN : Tribute P.Ramlee TV1 (RTM)
PENGARAH : Al-Jafree Mat Yusof
TERBITAN : Suhan Movies & Trading
PELAKON : Namron, Nadia Aqeela, Eric Fuji, Lia Natalia, Azman Hashim, Abby Nour, Azzahra Ahmad

SINOPSIS KEMBARA NAK DARA
Pertemuan Zamiel dan Suraya di sebuah stesen bas membibitkan rasa cinta namun belum sempat cinta mekar, Zamiel menghilangkan diri kerana Zamiel mengidap penyakit ketumbuhan di dalam otak.

Pelakon Kembara Nak Dara
Pelakon telemovie Kembara Nak Dara

Kembara Nak Dara (TV1)

Saksikan karya Al-Jafree Mat Yusof lakonan Namron, Nadia Aqeela, Eric Fuji, Lia Natalia dan Azman Hashim dalam telefilem Kembara Nak Dara pa...

Monday, 31 October 2016

Tawar TV2

Jangan lupa menyaksikan telefilem Tawar lakonan Syafiq Kyle, Syed Ali dan Faye Kusairi. Bersiaran di TV2 Pada 1 November 2016 jam 10.00 malam. Tonton secara online di myklik.rtm.gov.my/live

JUDUL : TAWAR
TARIKH / MASA : Selasa, 1 November 2016, 10.00 malam
SIARAN : Slot Citra TV2 (RTM)
SKRIP : Adza Emie
PENGARAH : Fahizal Abdullah
TERBITAN : Allen Tinggie Trading Sdn Bhd
PELAKON : Syafiq Kyle, Faye Kusairi, Syed Ali, Syaiena, Man Belon, Ucop Cecupak

SINOPSIS TAWAR
Kisah Que Dani atau Dani, blogger terkenal di Malaysia. Dani merupakan seorang pengkritik makanan yang dibayar untuk makan di restoran-restoran dan memberikan ulasan mengenainya. Que Dani, seorang pengkritik makanan yang sangat lancang mulutnya mengkritik masakan-masakan orang lain. Suatu hari, dia kehilangan deria rasa! Hancur musnah kariernya, semua makanan bagaikan langsung tiada rasa! 

Pelakon Tawar TV2
Pelakon telemovie Tawar di TV2

Telefilem TAWAR (TV2)

Jangan lupa menyaksikan telefilem Tawar lakonan Syafiq Kyle, Syed Ali dan Faye Kusairi. Bersiaran di TV2 Pada 1 November 2016 jam 10.00 mala...

Thursday, 27 October 2016

Malam Ku Bermimpi TV1

Telefilem Tribute P.Ramlee diteruskan dengan karya Megat Fauzi Isa berjudul Malam Ku Bermimpi gandingan mantap Siti Saleha dan Zahiril Adzim. Telefilem arahan Melisa Saila itu bersiaran hari Sabtu ini jam 9 malam di TV1.

JUDUL : MALAM KU BERMIMPI
TARIKH / MASA : Sabtu, 29 Oktober 2016, 9 malam
SIARAN : Slot Tribute P Ramlee TV1 (RTM)
SKRIP : Megat Fauzi Isa
PENGARAH : Melisa Saila
TERBITAN : Kus Semangat Aktor Sdn Bhd
PELAKON : Siti Saleha, Zahiril Adzim, Omar Abdullah, Dian P.Ramlee, Imuda, Azizah Mahzan, Pak Jabit, Fauzuly Hamdan, Mak Engku, Thor Kha Hoong, Syed Zalihafe

SINOPSIS MALAM KU BERMIMPI
Kisah Zaitun seorang gadis yang paling cantik dan cerdik di kampung menjadi kegilaan ramai sama ada yang muda atau tua. Zaiton yang berlakon disihir berkelakuan seperti kucing, burung dan gergasi untuk melihat siapakah gerangan jejaka yang masih menginginkannya untuk dijadikan isteri. Semua lamaran yang ingin memperisterikan Zaitun telah ditolak. Semuanya kerana Zaitun sudah tertambah dengan Karem, seorang pemuda yang telah dipulaukan oleh orang kampung kerana dia dikatakan berasal daripada keturunan serigala jadian.

GAMBAR PELAKON
Pelakon Malam Ku Bermimpi
Pelakon telemvoie Malam Ku Bermimpi
Pelakon Malam Ku Bermimpi TV1
tribute P.Ramlee

Malam Ku Bermimpi (TV1)

Telefilem Tribute P.Ramlee diteruskan dengan karya Megat Fauzi Isa berjudul Malam Ku Bermimpi gandingan mantap Siti Saleha dan Zahiril Adzim...

 

Layan Drama Melayu Online Terbaru © 2015 - Blogger Templates Designed by Templateism.com, Plugins By MyBloggerLab.com