Tuesday, 20 September 2016

Arluna

Produksi Global Station Sdn Bhd akan membawakan drama adaptasi novel Arluna tulisan Rin Ahmad. Menampilkan lakonan Saharul Ridzwan dan Anzalna Nasir selaku teraju utama dibantu oleh Adeline Tsen, Putri Najuwa, Zoey Rahman dan ramai lagi. Drama bersiri 16 episod ini mendapat sentuhan pengarah Emi Suffian. Bakal menemui para penonton menerusi saluran Astro Ria. Nantikan!

JUDUL : ARLUNA
EPISOD : 16 episod
TARIKH / MASA : 2016, Isnin-Khamis, 10.00 malam
SALURAN : Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123
PENGARAH : Emi Suffian
NOVELIS : Rin Ahmad
TERBITAN : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Saharul Ridzwan, Anzalna Nasir, Adeline Tsen, Putri Najuwa, Zoey Rahman, Atilia Haron, Syaffiq Sahli, Susan Manen

WATAK PELAKON
Saharul Ridzwan sebagai Johan Arif
Anzalna Nasir sebagai Nia Arluna
Adeline Tsen sebagai Fazleen 
Putri Najuwa sebagai Hanna
Zoey Rahman sebagai Raziq

SINOPSIS ARLUNA
Mengisahkan tentang Johan Arif dan Nia Arluna. Pertemuan pertama mereka di Sands Skypark, Singapura tidaklah begitu romantik. Johan secara tidak sengaja membuatkan Arluna jatuh ke dalam kolam. Mereka berjumpa semula apabila semasa Arluna menjadi pelatih di sebuah syarikat milik Raziq yang merupakan kawan Johan. Pertemuan demi pertemuan seterusnya membibitkan rasa cinta di hati masing-masing. Arluna akhirnya menerima lamaran Johan walaupun masih dalam proses mengenal hati budi masing-masing.

Semasa berkahwin muncul bekas kekasih Johan, Fazleen yang mahu Johan dipangkuannya. Fazleen terus mengacau rumah tangga mereka untuk memiliki semula Johan. Mereka sebelum ini pernah bercinta namun mendapat tentangan daripada Hanna, adik Johan. Gangguan demi gangguan akhirnya menggugat kepercayaan Nia terhadap Johan.

Apa akan berlaku seterusnya? Adakah Arluna dalam menghadapi dugaan yang sering mendatang? Apa rahsia yang tersimpan oleh Hanna tentang siapa sebenarnya Fazleen?

GAMBAR PELAKON

Pelakon Arluna
Pelakon drama Arluna
Drama Arluna
barisan pelakon

Drama Arluna (Astro)

Produksi Global Station Sdn Bhd akan membawakan drama adaptasi novel Arluna tulisan Rin Ahmad. Menampilkan lakonan Saharul Ridzwan dan Anzal...

Monday, 19 September 2016

Qaseh Leyla

Screenart Studio mempersembahkan Qaseh Leyla sebuah telefilem Suhaimi Abd Rahman dibintangi oleh Aida Aris, Eyka Farhana, Taufiq Izmir, Alif Hadi dan Zamarul Hisyam. Saksikan telefilem Qaseh Leyla pada Selasa ini, pukul 10.00 malam di TV2. Bagi anda yang ketinggalan boleh menontonnya di portal myklik.rtm.gov.my

JUDUL : QASEH LEYLA
TARIKH / MASA : Selasa, 20 September 2016, 10.00 malam
SIARAN : Slot Citra TV2
SKRIP : Amin Shakib
PENGARAH : Suhaimi Abd Rahman
TERBITAN : Screenart Studio
PELAKON : Aida Aris, Eyka Farhana, Taufiq Izmir, Alif Hadi, Zamarul Hisyam , Tiaz Al-Khred

SINOPSIS QASEH LEYLA
Mengisahkan Qaseh iaitu seorang ibu tunggal yang mempunyai anak remaja bernama Leyla. Qaseh mengajar anak anak jiran mengaji, namun agak sukar untuk Qaseh membimbing Leyla yang semakin liar sejak berkawan dengan Zek. Disebabkan merasakan dirinya dikonkong, Leyla telah keluar dari rumah. Qaseh terus mencari untuk memujuk Leyla kembali, Qaseh dibantu oleh anak sahabatnya yang bernama Shafiq. Leyla masih berdegil dan Qaseh pula bertemu dengan Ustaz Syed Alwi, rakan lamanya yang mengajak Qaseh mengajar di tahfiznya. Leyla insaf, rasa bersalah dan terharu setelah mendapat tahu ibunya mendermakan buah pinggang untuknya setelah dia terbabit dalam kemalangan. 

Pelakon Qaseh Leyla
Pelakon telemovie Qaseh Leyla
Qaseh Leyla TV2
gambar

Qaseh Leyla (TV2)

Screenart Studio mempersembahkan Qaseh Leyla sebuah telefilem Suhaimi Abd Rahman dibintangi oleh Aida Aris, Eyka Farhana, Taufiq Izmir, Alif...
Patahnya Sebelah Sayap

Nantikan kemunculan drama terbaru berjudul 'Patahnya Sebelah Sayap' yang bakal menghiasi slot samarinda TV3. Menampilkan gandingan tiga pelakon popular Aeril Zafrel, Ummi Nazeera, dan Izzue Islam. Drama bersiri 15 episod, terbitan Creative Skill Solution Sdn Bhd di bawah arahan saudara Ayie Mustafa. Saksikan drama Patahnya Sebelah Sayap setiap Isnin hingga Rabu bermula 20 September 2016 pada jam 10 malam di TV3.

JUDUL : PATAHNYA SEBELAH SAYAP
EPISOD : 15 episod
TARIKH TAYANGAN : 20 September 2016
HARI / MASA : Isnin-Rabu / 10.00 malam
SIARAN : Slot Samarinda TV3
SKRIP : Mia Marziah Manaf
PENGARAH : Ayie Mustafa
TERBITAN : Creative Skill Solution Sdn Bhd
PELAKON : Ummi Nazeera, Aeril Zafrel, Izzue Islam, Wawa Zainal, Putra Amaris, Syainie Shuhaimi, Zainab Othman, Normah Damansuri, Neera Azizi, Muhamad Faiz, Wan Nor Azlin, Azhar Amir, Siti Mili, Arash Mohd, Faiz Hak, Zainab Othman, Syamiera Farha, Helvera Susanti, Norzila Abu Samad, Iskandar Zulkarnaian, Nur Amisah Abdullah, Mohd Syuk, Aman Shah

WATAK PELAKON
Ummi Nazeera sebagai Alisha
Aeril Zafrel sebagai Kuzairi
Izzue Islam sebagai Amzar
Wawa Zainal sebagai Tania
Normah Damansuri sebagai Salbiah
Putra Amaris sebagai Rizal
Syainie Shuhaimi sebagai Leen
Zainab Othman sebagai Halimah
Azhar Amir sebagai Datuk Farid
Norzila Abu Samad sebagai Datin Sofea
Iskandar Zulkarnaian sebagai Edmund
Neera Azizi sebagai Mira
Nur Amisah Abdullah sebagai Midah
Mohd Syuk sebagai Ramli
Helvera Susanti sebagai Seri
Syamiera Farha sebagai Siti
Siti Mili sebagai Habibah
Aman Shah sebagai Dr Taslim
Wan Nor Azlin sebagai Dr Zaleha

LAGU TEMA / OST PATAHNYA SEBELAH SAYAP
Tajuk : Hancur Aku
Artis : Estranged feat Fazura
Video & Lirik : Link

SINOPSIS PATAHNYA SEBELAH SAYAP
Mengisahkan Alisha (Ummi Nazeera), seorang gadis kampung yang telah diberikan ujian percintaan yang berat daripada kekasihnya, Amzar (Izzue Islam). Pada awalnya hubungan mereka amat baik dan harmoni kerana Alisha banyak membantu keluarga Amzar ketika Amzar sedang mencari peluang pekerjaan sebagai seorang peguam. Namun, segalanya berubah apabila Amzar lulus temuduga dan diterima untuk bekerja sebagai seorang peguam di sebuah firma guaman.

Alisha dan Amzar amat teruja apabila impian Amzar untuk menjadi peguam tercapai. Alisha membelikan Amzar pelbagai jenis kemeja agar Amzar selesa bekerja. Atas keterujaan itu, Amzar berjaya membicarakan kesnya yang pertama. Mereka berdua meraikan kejayaan Amzar di kedai makan kegemaran mereka. Amzar juga melamar Alisha dan Alisha menerima lamaran Amzar tanpa syarat dek terlalu gembira.

Selesai mereka menjamu selera, hujan pula turun dengan selebat-lebatnya. Mereka terus gegas ke kereta Alisha dan beransur pulang. Namun, kerana terlalu asyik bergurau, Amzar terlanggar sesuatu ketika mengelak kereta dari arah bertentangan. Dalam keadaan hujan yang lebat Amzar dan Alisha tidak pasti apa yang telah dilanggar mereka. Setelah Amzar turun melihat apa yang dilanggarnya, Amzar kembali masuk memandu dan memberi alasan pada Alisha bahawa mereka hanya terlanggar tong besar dan enggan memberitahu hal sebenar.

Suatu hari, terpampang di dada akhbar mengenai sebuah kes langgar lari dan Alisha yakin bahawa kes itu mempunyai kaitan dengan kejadian malam bersama Amzar. Trauma Alisha makin bertambah apabila sekumpulan anggota polis datang ke rumahnya dan menahannya. Menurut mereka, Alisha adalah suspek utama kes langgar lari yang disiarkan di media massa. Alisha akhirnya dijatuhkan hukuman penjara dua tahun di atas �kesalahannya� itu apabila Amzar yang pada mulanya berjanji akan membela Alisha menyepikan diri dan membiarkan Alisha menanggung akibatnya sendirian. Selepas dua tahun, Alisha dibebaskan dan menjadi tukang cuci di pejabat Kuzairi (Aeril Zafrel), suami kepada mangsa langgar lari Amzar.

Bagaimanakah hubungan Alisha, Kuzairi dan Amzar? Adakah masa depan buat gadis yang bergelar bekas banduan itu?

GAMBAR PELAKON
Patahnya Sebelah Sayap

Patahnya Sebelah Sayap TV3
Khuzairi dan Alisha
Pelakon Patahnya Sebelah Sayap
Pelakon drama Patahnya Sebelah Sayap

Drama Patahnya Sebelah Sayap (TV3)

Nantikan kemunculan drama terbaru berjudul 'Patahnya Sebelah Sayap' yang bakal menghiasi slot samarinda TV3. Menampilkan gandingan t...

Sunday, 18 September 2016

Cinta 3 Rasa TV9

Saksikan telefilem Cinta 3 Rasa arahan Datuk Ahmad Tarmimi Siregar dibintangi oleh Ben Amir, Niena Baharun, Mia Ahmad, dan Jessica Kueh. Akan ditayangkan dalam slot Skrin di 9 pada hari Isnin ini, jam 8.30 malam

JUDUL : CINTA 3 RASA
TARIKH / MASA : Isnin, 19 September 2016, 8.30 malam
SIARAN : Skrin Di 9 (TV9)
IDEA ASAL : Nasa Khalil
PENGARAH : Datuk Ahmad Tarmimi Siregar
TERBITAN : Zamriez Golden Picture Sdn Bhd
PELAKON : Ben Amir, Niena Baharun, Mia Ahmad, Jessica Kueh, Lia Natalia, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar

SINOPSIS CINTA 3 RASA
Tiga orang gadis melayu berlainan etnik yang bercita-cita ingin menjadi isteri kepada Mukriz, seorang CEO yang bujang. Jejaka itu sangat cerewet bab makanan dan hanya ingin yang terbaik mengikut selera makannya. Mereka bertiga mula bertungkus lumus untuk menyediakan pelbagai jenis juadah mengikut etnik masing-masing demi memenuhi selera jejaka tersebut. Siapakah yang berjaya menawan hati Mukriz?

Pelakon Cinta 3 Rasa
Pelakon telemovie Cinta 3 Rasa

Cinta 3 Rasa (TV9)

Saksikan telefilem Cinta 3 Rasa arahan Datuk Ahmad Tarmimi Siregar dibintangi oleh Ben Amir, Niena Baharun, Mia Ahmad, dan Jessica Kueh. Aka...
Estranged feat Fazura Hancur Aku
Lagu gandingan antara kumpulan Estranged dan Fazura berjudul Hancur Aku diangkat sebagai lagu tema untuk drama Patahnya Sebelah Sayap yang akan disiarkan di slot Samarinda TV3. Info lanjut drama klik disini.  

Tajuk : Hancur Aku
Artis : Estranged feat Fazura
ost : Patahnya Sebelah Sayap

LIRIK LAGU HANCUR AKU - ESTRANGED FEAT FAZURA

Apa khabar teman ?
Ku perlu bicara
Kerna aku hilang
Tanpa kamu
Apakah ertinya ?
Ke semua ini
Ku merindukan kehadiranmu

Hancur, hancur aku
Bila-bila saja
Hancur, hancur aku
Hancur, Hancur aku
Bila-bila saja
Hancur, hancur aku

Apa khabar teman ?
Ku tunggu bicara
Harap engkau cari diri aku
Apakah ertinya ?
Kesudahan ini
Sepatutnya kau rindu
Kehadiranku

Hancur, hancur aku
Bila-bila saja
Hancur, hancur aku
Hancur, Hancur aku
Bila-bila saja
Hancur, hancur aku

Bila engkau tiada (bila engkau tiada)
Rindu kau bicara
Hancur, hancur aku

Bila teringatkanmu (ku teringatkanmu)
Hancur, hancur saja
Bila inginkan mu
Hancur aku (hancur aku)

VIDEO MUZIK




SENARAI LAGU LATAR DRAMA PATAHNYA SEBELAH SAYAP

Tajuk : Lebih Dari Kata
Penyanyi : Erul Samah
YouTube : https://youtu.be/Ge02zzA_8EM

Tajuk : Satu Peluang Lagi
Penyanyi : Fiq
YouTube : https://youtu.be/K8DR1-o6xoo

Tajuk : Serpihan Jiwa
Penyanyi : Fidz
YouTube : https://youtu.be/Re7LOBKTik8

Tajuk : Dustamu
Penyanyi : Milla Bellynna
YouTube : https://youtu.be/lqRQoxw5wdY

OST Patahnya Sebelah Sayap (Lagu Tema)

Lagu gandingan antara kumpulan Estranged dan Fazura berjudul Hancur Aku diangkat sebagai lagu tema untuk drama Patahnya Sebelah Sayap yang a...

 

Layan Drama Melayu Online Terbaru © 2015 - Blogger Templates Designed by Templateism.com, Plugins By MyBloggerLab.com