Thursday, 29 September 2016

Natasha Sass Hello Dunia

Berikut lagu tema drama Sweetie Nanie yang ditayangkan di slot Lestary TV3. Info lanjut drama klik disini.

Tajuk : Hello Dunia
Penyanyi : Natasha Sass

LIRIK LAGU HELLO DUNIA - NATASHA SAAS

Bila ku bangun pagi
Terasa malas di hati
Tak mahu, tak mahu berdiri

Ku hanya, ku hanya nak bermimpi

Harus ku tabahkan hati
Menjadi lebih berani
Biarlah mereka berkata
Tapi ku hanya selamba

Cukuplah cukup
Ingat ku takut
Inilah diriku

Hello dunia, hello
Hello hidupku, hello
Segalanya indah bila aku bersamamu

Helo sayangku, hello
Hello kawanku, hello
Segalanya baik bila aku ada kamu
Ku ada kamu (3x)
Hello

Papaku pesan agar bercita-cita tinggi
Mamaku pesan supaya jangan lupa diri
Bila kawan jangan lawan ey
Kalau lawan bermaafan ey
Jangan ingat aku muda kau main-mainkan
Jangan lihat aku kecil kau main-mainkan
Walau jauh lagi mimpi ey
Tak akan aku berhenti

Cukuplah cukup
Ingat ku takut
Inilah diriku

Hello dunia, hello
Hello hidupku, hello
Segalanya indah bila aku bersamamu

Helo sayangku, hello
Hello kawanku, hello
Segalanya baik bila aku ada kamu

Berikan aku sedikit waktu
Satu hari ku kan tunjukkan padamu
Ingin ku rasa bila ku dewasa
Ku bawa mimpiku ke angkasa

Hello dunia, hello
Hello hidupku, hello
Segalanya indah bila aku bersamamu

Helo sayangku, hello
Hello kawanku, hello
Segalanya baik bila aku ada kamu
Ku ada kamu (4x)



Cherpen Band

Tajuk : Selalu Denganmu
Penyanyi : Cherpen Band
Komposer : Gjie 6ixthsense
Lirik : Gjie 6ixthsense

LIRIK LAGU SELALU DENGANMU - CHERPEN BAND

Lelah hati ku menanti
Cinta yang mengisi hidupku
Engkau tiba hadir memenuhi
Relung hatiku yang telah lama sepi

Andainya kau tahu bertapa
Ku memerlukan mu
Hingga hujung waktu

Aku ingin selalu
Selalu denganmu
Dalam hidup dan matiku

Aku ingin selalu
Selalu didekatmu
Mendakap mu sepenuh jiwaku


OST Sweetie Nanie (Lagu Tema)

Berikut lagu tema drama Sweetie Nanie yang ditayangkan di slot Lestary TV3. Info lanjut drama klik disini . Tajuk : Hello Dunia Penyanyi : N...
Buku Cinta Abah

Saksikan telefilem Buku Cinta Abah yang bakal disiarkan di slot Cerekarama TV3. Dibintangi pelakon-pelakon hebat seperti Faizal Hussein, Vadinah Imran, Aeril Zafrel, Arash Mohd, Jasmin Hamid dan ramai lagi. Telefilem arahan Amie Maziah ini akan ditayangkan hari Sabtu ini, 1 Oktober jam 9 malam di TV3.

JUDUL : BUKU CINTA ABAH
TARIKH / MASA : Sabtu, 1 Oktober 2016, 9.00 malam
SIARAN : Slot Cerekarama TV3
SKRIP : Tok Uban
PENGARAH : Amie Maziah
TERBITAN : Quiara One Production Sdn.Bhd
PELAKON : Faizal Hussein, Vadinah Imran, Aeril Zafrel, Arash Mohd, Jasmin Hamid, Hanna Aqeela, Ku Faridah, Fariz Isqandar

LAGU 
Isyana Sarasvati - Tetap Dalam Jiwa
Nirvana Band - Kau Curangi Aku

SINOPSIS BUKU CINTA ABAH
Kisah Aizad, pengarang di sebuah syarikat penerbitan novel dan kini sedang mencari bahan-bahan baharu untuk dibukukan. Pada suatu hari, dia telah menerima sebuah buku yang ditulis sendiri oleh seorang banduan.

Pelakon Buku Cinta Abah
Pelakon telemovie Buku Cinta Abah

VIDEO PROMO

Buku Cinta Abah (TV3)

Saksikan telefilem Buku Cinta Abah yang bakal disiarkan di slot Cerekarama TV3. Dibintangi pelakon-pelakon hebat seperti Faizal Hussein, Vad...

Tuesday, 27 September 2016

Tentang Hati 2

Saksikan kesinambungan drama Tentang Hati menampilkan lakonan Aaron Aziz, Fasha Sandha, Sherry Ibrahim dan ramai lagi. Drama bersiri 26 episod itu diarahkan oleh MP Roslin Mohd Sharif terbitan Global Station Sdn Bhd. Drama Tentang Hati 2 disiarkan setiap Selasa hingga Khamis, pukul 9.00 malam dalam slot Selekta Prima TV2. Bagi yang anda yang ketinggalan boleh menontonnya menerusi portal Myklik (myklik.rtm.gov.my)

JUDUL : TENTANG HATI 2
EPISOD : 26 episod
TARIKH TAYANGAN : 15 September 2016
HARI / MASA : Selasa hingga Khamis, 9.00 malam
SIARAN : Selekta Prima TV2 (RTM)
PENGARAH : MP Roslin Mohd Sharif
TERBITAN : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Aaron Aziz, Fasha Sandha, Sherry Ibrahim, Rusdi Ramli, Syakilla Khoriri, Nik Adam Mika

WATAK PELAKON
Aaron Aziz sebagai Zakuan
Fasha Sandha sebagai Azeya 
Sherry Ibrahim sebagai Shireen
Nik Adam Mika sebagai Qalish

SINOPSIS TENTANG HATI 2
Mengisahkan tentang Zakuan yang berkahwin dengan Azeya secara rahsia kemudian dikahwinkan pula oleh keluarganya dengan Shireen. Meskipun sukar Azeya terpaksa menerima keputusan suami dan keluarga mentuanya itu.

Namun ternyata janjinya mahu bertindak adil kepada Azeya hanya sia-sia dan tidak dikotakan. Sebaliknya Zakuan telah mengabaikan Azeya kerana tidak mahu rahsia mereka terbongkar dan seterusnya hanya menumpukan perhatian kepada Shireen sahaja.

Malang buat Azeya kerana terpaksa meneruskan hidup bersendirian sambil membesarkan anak perempuannya yang bernama Qistina. Sementara itu hubungan suami isteri antara Zakuan dan Shireen pula dikurniakan anak lelaki yang sebaya dengan Qistina iaitu Qalish.

Setelah masa berlalu dan berbagai konflik terjadi, keadaan menjadi pulih dan Zakuan dapat bersatu semula dengan Azeya setelah Shireen sanggup bermadu.

Bagaimana pun Azeya kemudiannya nekad mahu berpisah dengan Zakuan dan akhirnya dia mengambil keputusan berkahwin dengan orang lain. Namun siapakah penghantar bunga misterinya bernama Zilzal yang berjaya membuka pintu hati Azeya dan seterusnya menerima lelaki itu sebagai suaminya?

GAMBAR PELAKON
Drama Tentang Hati 2
watak utama
Pelakon Tentang Hati 2
Pelakon drama Tentang Hati 2

Tentang Hati 2 (TV2)

Saksikan kesinambungan drama Tentang Hati menampilkan lakonan Aaron Aziz, Fasha Sandha, Sherry Ibrahim dan ramai lagi. Drama bersiri 26 epis...

Sunday, 25 September 2016

Mat Chia Chia

Saksikan telefilem romantik komedi Mat Chia Chia dilakonkan oleh Issey Fazlizam, Sura Sojangi, Syafiq Kyle, Miera Leyana dan ramai lagi. Telefilem arahan Heykal Hanifah itu akan bersiaran pada hari Isnin jam 8.30 malam di TV9.

JUDUL : MAT CHIA CHIA
TARIKH / MASA : Isnin, 26 September 2016, 8.30 malam
SIARAN : Skrin Di 9 (TV9)
SKRIP : Wan Mahani Wan Hassan
PENGARAH : Heykal Hanifah
TERBITAN : Luqsar Creative Sdn Bhd
PELAKON : Issey Fazlizam, Sura Sojangi, Syafiq Kyle, Miera Leyana, Zaidi Rock, Feiyna Tajudin, Fara Mendoza, Shah Iskandar

SINOPSIS MAT CHIA CHIA
Ahmad digelar Mat Chia Chia setelah berjaya membantu serta membuka perkhidmatan memikat wanita idaman. Ahmad terpaksa membantu Fatimah memikat semula bekas tunangnya, Arif yang berjaya meraih cinta Fida, anak bos mereka dengan menggunakan perkhidmatan Ahmad. Pada masa yang sama, Ahmad semakin poyo seiring kejayaannya sehingga Jannah muncul. Sedang Ahmad dan Fatimah berjaya meraih semula cinta daripada pasangan masing-masing, akhirnya, Ahmad dan Fatimah baru sedar bahawa mereka pula saling jatuh cinta.

Mat Chia Chia (TV9)

Saksikan telefilem romantik komedi Mat Chia Chia dilakonkan oleh Issey Fazlizam, Sura Sojangi, Syafiq Kyle, Miera Leyana dan ramai lagi. Tel...

Saturday, 24 September 2016

Cinta Masam Manis

Orangetree Production Sdn Bhd akan membawakan drama bersiri terbaharu berjudul 'Cinta Masam Manis' untuk slot Akasia TV3. Drama sebanyak 24 episod ini diarahkan oleh pengarah tersohor Eoon Shuhaini. Mengandingkan Zamarul Hisham dan Izara Aishah sebagai tonggak utama. Turut dibintangi oleh Raja Ilya, Sweet Farhanna, Shah Jaszle, Nur Alis Maria dan ramai lagi. Drama ini sudah boleh di tonton melalui portal tonton.com.my dan akan ditayangkan di kaca televisyen pada 26 September ini, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.58 petang di TV3.

JUDUL : CINTA MASAM MANIS
EPISOD : 24 Episod
TARIKH TAYANGAN : 26 September 2016
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 6.58 petang
SIARAN : Slot Akasia TV3
SKRIP : Shuhadatul Ain Zakaria
IDEA ASAL : Raja Azidah
PENGARAH : Eoon Shuhaini
TERBITAN : Orangetree Production Sdn Bhd
PELAKON : Izara Aishah, Zamarul Hisham, Shah Jaszle, Sweet Farhanna, Nur Alis Maria, Raja Ilya, Rahim Omar, Wan Nur Azlin, Liza Abdullah, Syaffiq Sahli, Ku Faridah, Mimi Ernida, Siti Chubby, Gbob, Nu'man Salleh, Erry Putra, Tash Yong, Khairuddin Ab Rahman, Cinta Diana Dargasi, Ben Amir, Danny X-Factor, Zalfa Zin

WATAK PELAKON
Zamarul Hisham sebagai Johan
Izara Aishah sebagai Sarah (Nor Sarah Mahmud)
Raja Ilya sebagai Tasya
Sweet Farhanna sebagai Hanna
Nur Alis Maria sebagai Hanis
Shah Jaszle sebagai Erman
Rahim Omar sebagai Dato Mahmud
Wan Nur Azlin sebagai Faridah
Syaffiq Sahli sebagai Zaidi
Erry Putra sebagai Azmi
Siti Chubby sebagai Wati
Mimi Ernida sebagai Syira
Tash Yong sebagai Fia
Liza Abdullah sebagai Datin Mel
Nu'man Salleh sebagai Samad
Ku Faridah sebagai Hasnah
Gbob sebagai Alex
Khairuddin Ab Rahman sebagai Shaffiq
Cinta Diana Dargasi sebagai Cinta
Danny X-Factor sebagai Asraff Halim
Zalfa Zin sebagai Puteri

LAGU TEMA / OST CINTA MASAM MANIS
Lagu : Hingga Ke Jannah
Penyanyi : KRU
Video & Lirik : Link

SINOPSIS CINTA MASAM MANIS
Mengisahkan cinta antara seorang duda berusia 40-an bernama Johan (Zamarul Hisham), dan Sarah (Izara Aishah) yang baru mencecah usia 20 tahun. Pelbagai dugaan yang harus ditempuhi untuk mengukuhkan percintaan mereka berdua.

Johan ialah seorang ahli perniagaan yang sudah bercerai dengan isterinya pada tiga tahun lepas. Walaupun demikian, dia selesa dengan hidup menduda dan membesarkan dua orang anaknya iaitu Hanna (18 tahun) dan Hanis (12 tahun) tanpa bantuan orang lain selepas bekas isterinya meninggalkan mereka untuk pergi ke luar negara.

Ibu dan bapa Johan teringin untuk menjodohkan anak mereka dengan beberapa wanita, namun Johan langsung tidak mempunyai hati untuk berkahwin semula. Sehinggalah pada suatu hari, segalanya berubah dan hati Johan terbuka untuk menerima wanita dalam hidupnya apabila dia bertemu dengan Sarah, seorang gadis jelita dan manja yang berjaya menambat hatinya.

Sarah diperkenalkan kepada anak-anak Johan dan mereka memberikan reaksi yang berbeza terhadap Sarah. Anak sulung Johan, Hanna (Sweet Farhana), membantah hubungan mereka kerana jarak usia Sarah dan Hanna hanya beza dua tahun. Selain itu, Hanna juga berprasangka buruk terhadap Sarah. Dia menganggap Sarah hanya mahukan harta ayahnya. Sebaliknya, Hanis gembira buat ayahnya kerana merasakan sudah tiba masanya untuk ayahnya mencari teman hidup baru.

Hubungan Sarah dan Johan bukan menerima bantahan daripada Hanna sahaja, malahan, Faridah (Wan Nur Azlin) iaitu ibu kepada Sarah juga tidak berkenan dengan Johan kerana status dudanya. Faridah mahu anaknya untuk berkahwin dengan anak kepada kawan baiknya, Erman (Shah Jaszle).

Tidak lama kemudian, bekas isteri Johan, Tasha (Raja Ilya) pulang ke Malaysia dengan harapan untuk memenangi cinta Johan kembali setelah insaf dengan kesilapannya. Akan tetapi, dia amat kecewa apabila mendapat tahu bahawa Johan sedang menjalinkan hubungan dengan Sarah.

Tasha mendapat tahu yang Faridah tidak merestui hubungan Johan dan Sarah, lalu dia mula bersekongkol dengannya untuk memutuskan hubungan mereka. Lebih menarik lagi, anak Johan sendiri bersetuju dengan cadangan ibunya untuk memisahkan Johan dan Sarah!

Pelbagai agenda telah dirancang oleh mereka untuk memusnahkan percintaan Johan dan Sarah. Mampukah mereka berdua mengatasi segala ujian yang akan datang? Adakah Hanna akan merestui hubungan ayahnya dengan Sarah?

GAMBAR PELAKON

Cinta Masam Manis

Pelakon Cinta Masam Manis
Pelakon drama Cinta Masam Manis
Cinta Masam Manis TV3
Pelakon lain
Cinta Masam Manis

Drama Cinta Masam Manis (TV3)

Orangetree Production Sdn Bhd akan membawakan drama bersiri terbaharu berjudul 'Cinta Masam Manis' untuk slot Akasia TV3. Drama seba...

 

Layan Drama Melayu Online Terbaru © 2015 - Blogger Templates Designed by Templateism.com, Plugins By MyBloggerLab.com