Monday, 10 October 2016

Roti Boom Mak Tom

Saksikan telefilem komedi Roti Boom Mak Tom lakonan Lizza Abdullah, Nadia Mustafa, Aliff Hadi, Kazar Saisi, dan Anne Abdullah, pukul 10.00 malam ini menerusi slot Citra TV2. Juga boleh menontonnya di myklik.rtm.gov.my

JUDUL : ROTI BOOM MAK TOM
TARIKH / MASA : Selasa, 11 Oktober 2016, 10.00 malam
SIARAN : Slot Citra TV2 (RTM)
TERBITAN : Hadir Dinamik Sdn Bhd
PELAKON : Liza Abdullah, Kazar Saisi, Alif Hadi, Nadia Mustafa, Aidil Aziz, Anne Abdullah

SINOPSIS ROTI BOOM MAK TOM
Mak Tom (Liza Abdullah) seorang ibu tunggal yang sangat berdikari dan berusaha sedaya upaya untuk mengendalikan sebuah gerai kecilnya yang menjual roti canai, roti boom dan sebagainya.

Selain rajin memasak dia juga tidak mahu ketinggalan untuk mengetahui isu semasa, di samping menjaga penampilan diri, berhias dan adakalanya mulutnya agak celoteh. Namun hatinya baik kerana mengetahui dirinya seorang ibu tunggal yang harus membesarkan anak lelakinya Azlan (Alif Hadi). 

Azlan, lakonan Alif Hadi seorang pelajar kolej swasta yang baru berusia 19 tahun. Saat menjalani kehidupan sebagai anak remaja, Azlan juga rimas dengan cemuhan orangorang kampung tentang ibunya.

Pada masa yang sama Mak Tom menghadapi masalah pekerja lari dan restorannya pula tidak mendapat sambutan. Mak Tom terpaksa mempelajari pelbagai teknik dan cara membuat kuah serta roti boom di kolej anaknya. Kebetulan terdapat kursus khas untuk membuat kek dan roti.

Pelakon Roti Boom Mak Tom
barisan pelakon telemovie Roti Boom Mak Tom
Azlan berasa malu tatkala mendapat tahu bahawa ibunya belajar di kolej itu dan cuba menghalang ibunya menyertai kursus di sana. Mak Tom telah diganggu oleh Pak Hassan (Kazar Saisi) yang sudah pun beristeri dua. Akibat godaan Pak Hassan, Mak Tom tidak dapat menumpukan perhatian dalam kelas tersebut dan terus menolak lamaran Pak Hassan.

Ternyata usaha Mak Tom dan anaknya berjaya. Selepas beberapa bulan restoran Mak Tom menjadi terkenal kerana dia semakin pandai membuat roti boom selepas menyertai kursus. Mak Tom semakin dikenali oleh orang-orang kampung.

Sikap peramah dan mudah bergaul membuatkan para isteri cemburu dengan personaliti Mak Tom. Azlan sudah masak dengan sikap ibunya yang kadang kala tidak tetap pendirian. Dugaannya sentiasa digoda oleh lelaki yang sudah beristeri malah ada juga lelaki muda yang cuba memikat hatinya.

Suatu hari Mak Tom telah berkenalan dengan seorang jejaka tampan bernama Jeffri. Azlan tidak pernah bersetuju dengan tindakan ibunya. Adakah Mak Tom menerima lamaran jejaka yang diidamkan?

Roti Boom Mak Tom (TV2)

Saksikan telefilem komedi Roti Boom Mak Tom lakonan Lizza Abdullah, Nadia Mustafa, Aliff Hadi, Kazar Saisi, dan Anne Abdullah, pukul 10.00 m...

Saturday, 8 October 2016

Awe Keno Nikah

Saksikan telefilem komedi bertajuk "Awe Keno Nikoh" di slot Panggung Ahad 9hb Oktober 2016 (Ahad) pukul 10.30 pagi di RTM TV1. Lakonan Zahiril Adzim, Uqasha Senrose, Adeg Jiey, Man Khan dan lain-lain lagi. Tonton online di myklik.rtm.gov.my

JUDUL : AWE KENO NIKAH
TARIKH / MASA : Ahad, 9 Oktober 2016, 10.30 pagi
SIARAN : Panggung Ahad TV1 (RTM)
PENGARAH : Dato Seri T.S Jeffry
TERBITAN : Pentas Wayang Production Sdn Bhd
PELAKON : Zahiril Adzim, Uqasha Senrose, Ben Kenobi, Man Khan, Abe Yeo Kaybee, Adeq Jiey, Rosalinda Dikir, Maligi, Khairul Imsan, Nor Hamiza

SINOPSIS  AWE KENO NIKAH
Awe yang baru bertugas di Kelantan sering memperlekehkan Mek Tie, seorang peniaga �Online� yang dirasakan kasar dan menjual barangan tiada kualiti. Namun sikap Mek Tie yang baik terhadap atoknya dan berperwatakan ceria telah menyebabkan Awe mula jatuh cinta kepada Mek Tie hingga sanggup membuat cerita yang bukan-bukan mengenai Mek Tie dengan harapan dia dapat memiliki Mek Tie tanpa saingan daripada lelaki lain yang turut meminati Mek Tie.

Awe Keno Nikah (TV1)

Saksikan telefilem komedi bertajuk "Awe Keno Nikoh" di slot Panggung Ahad 9hb Oktober 2016 (Ahad) pukul 10.30 pagi di RTM TV1. Lak...
Suri Hati Mr Pilot

Nantikan drama terbaru adaptasi novel Suri Hati Mr. Pilot karya Dyla Dyna yang bakal muncul di Astro Ria. Menampilkan gandingan Fattah Amin dan Neelofa sebagai teraju utama. Drama ini mendapat sentuhan pengarah Michael Ang dan Hadith Omar. Diterbitkan oleh Cube Film Sdn Bhd. Akan menemui penonton di Astro Ria mulai 10 Oktober nanti, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 malam.

JUDUL : SURI HATI MR. PILOT
EPISOD : 16 episod
TARIKH TAYANGAN : 10 Oktober 2016
HARI / MASA : Isnin-Khamis / 10.00 malam
SIARAN : Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123
NOVELIS : Dyla Dyna
SKRIP : Fairul Nizam Ablah / Mamu Vies
PENGARAH : Michael Ang / Hadith Omar
TERBITAN : Cube Film Sdn Bhd
PELAKON : Fattah Amin, Neelofa, Eleena Sui, Alvin Chong, Ben Amir, Azar Azmi, Mas Khan, Aleza Shadan, Nina Juren, Azhar Amir, Adriana Adnan, Nizen Ayob, Rahhim Omar, Fahad Iman, Eina Azman, Adrianna Qasmia, Alif Satar, Siti Nordiana

WATAK PELAKON
Fattah Amin sebagai Ejaz Fakhri
Neelofa sebagai Warda Erina
Ben Amir sebagai Dr muslim
Azar Azmi sebagai Humaira
Nina Juren sebagai Puan Sri Nabiha
Aleza Shadan sebagai Datin Afifah
Eleena Sui sebagai Inara
Alvin Chong sebagai Johan
Fahad Iman sebagai Rafeeq
Adriana Adnan sebagai Jannah
Azhar Amir sebagai Tan Sri Khalid Al-Fattah
Mas Khan sebagai Daniel
Eina Azman sebagai Dr Khairina
Adrianna Qasmia sebagai Qisha

LAGU TEMA / OST SURI HATI MR. PILOT
Tajuk : Selamanya Cinta
Penyanyi : Shila Amzah & Alif Satar
Video & Lirik : Link

SINOPSIS SURI HATI MR PILOT
Pertemuan Ejaz, Mr. Pilot dan Warda membuka semula lembaran kisah dua tahun lalu. Peristiwa yang menyebabkan Warda dibuang keluarga atas kebodohan sendiri yang terlalu taksub dengan cinta Muslim.

Getar yang hadir buat jiwa Warda dan Ejaz kalut sendiri. Ejaz diasak cemburu dengan kehadiran Daniel dan Razif yang turut menyimpan perasaan istimewa pada Warda. Akhirnya dia nekad untuk mengahwini Warda.

Perkahwinan yang terbina mula menimbulkan bibit cinta di hati mereka. Namun tika bahagia berada di puncak, Muslim kembali menuntut cinta. Inara mula menyusun rencana. Ejaz mula diburu curiga. Hubungan yang retak menanti belah akhirnya runtuh saat satu kemalangan menimpa Ejaz dan meragut pergi semua impian dan cintanya buat Warda dan dunia penerbangan. Masih adakah lagi bahagia buat mereka? Layakkah Warda menjadi suri hati buat Mr. Pilotnya? Atau akan menjadi racun berbisa pada kebahagiaan Ejaz?

GAMBAR PELAKON
Suri Hati Mr Pilot
Pelakon Suri Hati Mr Pilot
Pelakon drama Suri Hati Mr Pilot
Drama Suri Hati Mr.Pilot
antara pelakon lain
Gambar Suri Hati Mr Pilot
penampilan istimewa Alif Satar & Siti Nordiana 

Drama Suri Hati Mr Pilot (Astro)

Nantikan drama terbaru adaptasi novel Suri Hati Mr. Pilot karya Dyla Dyna yang bakal muncul di Astro Ria. Menampilkan gandingan Fattah Amin ...

Friday, 7 October 2016

Eleena Harris dan Mark Adam

Dengarkan lagu tema drama Nasi Minyak Kuah Cinta yang akan ditayangkan di Dahlia TV3. Info lanjut drama baca di pautan ini [ Link ].

Tajuk : Hanya Dirimu
Penyanyi : Eleena Harris feat Mark Adam
Lagu : DJ Fuzz/ Eleena Harris
Lirik : Viral

LIRIK LAGU HANYA DIRIMU - ELEENA HARRIS FEAT MARK ADAM

Tak pernah ku merasa
Perasaan begini
Cinta rasa bernyawa
Dah lama aku menanti

Suasana berbeza
Kini mula berarti
Meski cahaya senja
Kau hadir terangi

Hidupku hatiku
Kau lengkapi aku
Dirimu diriku
Kan menjadi satu

Jujur hanya dirimu
Hanya dirimu yang lama ku tunggu
Jujur hanya dirimu
Hanya dirimu yang selalu ku mahu

Oh ada kau ku sempurna
Akan aku hargai
Tanpamu ku derita
Tak sanggup ku lalui

Suasana berbeza
Kini mula berarti
Meski cahaya senja
Kau hadir terangi

Hidupku hatiku
Kau lengkapi aku
Dirimu diriku
Kan menjadi satu

Jujur hanya dirimu
Hanya dirimu yang lama ku tunggu
Jujur hanya dirimu
Hanya dirimu yang selalu ku mahu

Jujur hanya dirimu
Hanya dirimu yang lama ku tunggu
Jujur hanya dirimu
Hanya dirimu yang selalu ku mahu

Jujur hanya dirimu
Hanya dirimu yang lama ku tunggu
Jujur hanya dirimu
Hanya dirimu yang selalu ku mahu

Hanya dirimu


Dengar di Spotify [ Link ]
Download di iTunes [ Link ]

SENARAI LAGU LATAR DRAMA NASI MINYAK KUAH CINTA 

Hani dan Zue - Mulut Tempayan
Hani dan Zue - Jauh
Ernie Zakri - Ini Yang Ku Mahu
Ernie Zakri feat Daly Filsuf - Sedetik Cinta
Grey Sky Morning - Dewi Hatiku
Ippo Hafiz - Rahsia
Wani feat Juzzthin - Lepaskan
Nastia - Xpresi
Nastia feat Liyana Fizi - Esok Belum Tiba
Hey Hazmi - Setiaku
Syed Shamim - I Love You
Syed Shamim - Cinta Terbaik
Syed Shamim & Tasha Mansahar - Ragu-Ragu
Anak Panah - Mengapa Kau Disini
Kelo Band - Cinta Mati
The Colors feat Fatin Afeefa - Tanda-tanda Cinta
KRU & Stacy - Semalam Tanpamu
Qasry - Citarasa Perempuan
Masweera - Jangan Bandingkan Aku
ZiaBella - Unfollow Hatiku
Jacklyn Victor - Jagalah Diri
Jacklyn Victor - Seindah Mimpi
Marsha - Yang Terbaik
#tag - My Crush
#tag - Hey Kamu
Forteen - Tidak Pernah Berjumpa
Forteen - Linangan Terakhir
Forteeen - Dekat Taju Jauh

OST Nasi Minyak Kuah Cinta (Lagu Tema)

Dengarkan lagu tema drama Nasi Minyak Kuah Cinta yang akan ditayangkan di Dahlia TV3. Info lanjut drama baca di pautan ini [ Link ]. Tajuk ...
Ketika Daun Berzikir

Jangan lupa saksikan telefilem arahan Murali Abdullah berjudul Ketika Daun Berzikir. Antara barisan pelakonnya ialah Razak Ahmad, Zamarul Hisham, Nazeera Sardi, Naim Daniel dan ramai lagi. Akan ditayangkan di slot Cerekarama TV3 pada hari Sabtu ini, 8 Oktober 2016 pukul 9 malam. 

JUDUL : KETIKA DAUN BERZIKIR
TARIKH / MASA : Sabtu, 8 Oktober 2016, 9.00 malam
SIARAN : Slot Cerekarama TV3
SKRIP : Didi Wahida Rosdi
PENGARAH : Murali Abdullah
TERBITAN : Enuja Production Sdn Bhd
PELAKON : Razak Ahmad, Zamarul Hisham, Nazeera Sardi, Naim Daniel, Acong Sweetchild, Zarina Zainuddin, Dai Tajdid Hadhari, Nafiz Muaz

SINOPSIS KETIKA DAUN BERZIKIR
Kisah Muzir yang kecewa terhadap anak-anaknya, Farid dan Asyraf yang langsung tidak mempunyai perasaan ketika arwah isterinya meninggal dunia. Muzir nekad berhijrah ke bandar untuk berdakwah kepada anak-anaknya sendiri setelah melihat mereka leka dengan duniawi. Muzir juga membeli beberapa barangan ibadah kerana keperluan ibadah di rumah Farid dan Asyraf serba tidak lengkap. Berkat usaha dan dia Muzir untuk membentuk anak-anaknya membuatkan mereka mula berubah. Muzir pulang ke kampung untuk meneruskan hidupnya seperti biasa.

Ketika Daun Berzikir (TV3)

Jangan lupa saksikan telefilem arahan Murali Abdullah berjudul Ketika Daun Berzikir. Antara barisan pelakonnya ialah Razak Ahmad, Zamarul Hi...

 

Layan Drama Melayu Online Terbaru © 2015 - Blogger Templates Designed by Templateism.com, Plugins By MyBloggerLab.com