Wednesday, 26 October 2016

Kari Sanjana

TV3 akan menyiarkan telefilem khas bersempena hari Deepavali berjudul Kari Sanjana. Dibintangi oleh Syafiq Kyle, Nadiya Nisaa, Jay Iswazir, Mr.Rama, Kalpana Shree dan ramai lagi. Akan ditayangkan di slot Cerekarama pada hari Sabtu jam 9.00 malam.

JUDUL : KARI SANJANA
TARIKH / MASA : Sabtu, 29 Oktober 2016, 9.00 malam
SIARAN : Slot Cerekarama TV3
SKRIP : Mama Bella
PENGARAH : Heykal Hanifah
TERBITAN : Luqsar Kreatif Sdn Bhd
PELAKON : Syafiq Kyle, Nadiya Nisaa, Amyza Aznan, Jay Iswazir, Mr.Rama, Thanam Letchumi, Kalpana Shree, Shruti Sargunan, Nik Adam Mika

LAGU LATAR / OST
Tum Hi Ho - Aarijit Singh

SINOPSIS KARI SANJANA
Farhan dan Linda adalah pasangan suami isteri yang baru berkahwin. Mereka berpindah di sebuah rumah sewa. Suatu hari, Linda kempunan kari selepas terhidu bau masakan jiran di sebelah rumahnya. Menurut Uncle Kumar dan Aunty Sonali, kari resepinya diberi nama Kari Sanjana. Apabila ditanya siapakah Sanjana, mereka seperti masih belum bersedia untuk berkongsi cerita. Farhan dan Linda ingin mencari siapakah Sanjana yang sangat bermakna buat Aunty Sonali dan Uncle Kumar itu. Satu hari, ketika Linda sedang sarat mengandung, dia terkejut mendapat berita bahawa Farhan terlibat dengan kemalangan jalan raya. Apakah yang akan terjadi dengan Farhan? Dapatkah Linda dan Farhan mencari siapakah Sanjana?

Kari Sanjana (TV3)

TV3 akan menyiarkan telefilem khas bersempena hari Deepavali berjudul Kari Sanjana. Dibintangi oleh Syafiq Kyle, Nadiya Nisaa, Jay Iswazir, ...

Tuesday, 25 October 2016

Pencetus Ummah 2016

Program realiti Islamik, Pencetus Ummah kembali bagi musim terbaharu bertemakan 'Penyatuan'. Seramai sembilan peserta telahpun terpilih untuk bertanding di pentas Pencetus Ummah yang kini memasuki musim keempat. Program tersebut bakal bersiaran secara langsung selama tujuh minggu mulai 27 Oktober 2016 (Khamis) jam 9.00 malam di Astro Oasis (saluran 106) serta tayangan serentak di Maya HD (saluran 135). 

Musim terbaharu kali ini turut memperlihatkan pendakwah terkemuka, Prof. Madya Dato Dr. Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali dengan nama Dr. Maza dipilih menjadi juri tetap di samping bekas penyampai radio serta pengacara popular, Fara Fauzana. Manakala penceramah terkenal, Dato� Ustaz Badli Shah Alauddin akan menggalas tugas sebagai Mudir dan pelakon terkenal, Fauziah Nawi akan bertindak selaku Guru Persembahan. Bekas peserta Pencetus Ummah sendiri, PU Azman dan hos popular, Faizal Ismail (FBI) dipertanggungjawabkan untuk menggalas tugas sebagai Pengacara Mimbar Pencetus Ummah. Pelakon jelita, Anis Al Idrus pula akan mengemudi program �Serambi Pencetus Ummah� yang bakal memaparkan aktiviti serta proses pembelajaran yang dilalui para peserta sepanjang mereka berada di Pencetus Ummah.

Peserta Pencetus Ummah 2016
Barisan peserta bersama penaja dan barisan produksi
Terdapat sedikit kelainan dari segi format rancangan, Pencetus Ummah kali ini bakal memperkenalkan segmen perbahasan, di mana 2 peserta dengan markah terendah setiap episod akan berdebat serta menyuarakan pandangan masing-masing. Segmen perbahasan ini bakal memperlihat kebijaksanaan para peserta melontarkan idea dalam berdiskusi mengenai sesuatu isu. Kesediaan menerima pendapat orang lain serta berdebat secara berhemah membantu mengangkat konsep dakwah yang satu kepada sekalian umat sekaligus memberi fokus kepada bakat pengucapan awam serta pengisian peserta dalam menyampaikan dakwah.

Musim kali ini juga bakal memperlihatkan keupayaan peserta menjawab persoalan yang diberikan menerusi segmen �Soal dan Jawab� di mana pihak produksi Pencetus Ummah akan memberi lebih penekanan kepada pengisian kandungan untuk segmen ini. Selain itu, juri jemputan juga akan diberi peluang untuk menyampaikan tazkirah masing-masing dalam cara yang tersendiri, bagi memberi lebih banyak peluang untuk peserta menimba ilmu dan mempelajari pelbagai teknik dan cara dakwah yang pelbagai.

Juara Pencetus Ummah musim keempat bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM 100,000.00 dan sebuah trofi. Manakala pemenang tempat kedua, akan membawa pulang wang tunai RM 30,000 berserta trofi dan tempat ketiga dan keempat masing-masing akan meraih wang tunai RM 20,000 dan RM 10,000.00 berserta trofi setiap seorang.

SENARAI PESERTA PENCETUS UMMAH MUSIM KE-4 2016
1. Mohamad Faris Abu Bak | 20 tahun
2. Muhammad Haris Mohd Ismail | 21 tahun
3. Raihan Husni | 26 tahun
4. Akram Ikram Taib Azamudden | 27 tahun
5. Muhammad Rozi Harun | 28 tahun
6. Abdul Latif Yahaya | 31 tahun
7. Mohd Affendi Mohamed Nor | 34 tahun
8. Zulkornain Md Rejab | 41 tahun
9. Nor Hamizi Jamaluddin | 41 tahun

Peserta Pencetus Ummah 2016
Barisan peserta Pencetus Ummah 2016

Senarai Peserta Pencetus Ummah 4 (2016)

Program realiti Islamik, Pencetus Ummah kembali bagi musim terbaharu bertemakan 'Penyatuan'. Seramai sembilan peserta telahpun terpi...

Monday, 24 October 2016

Maduku Telefon Bimbit

Saksikan telefilem Maduku Telefon Bimbit menampilkan gandingan artis popular Keith Foo dan Siti Saleha. Bersiaran pada hari Selasa ini pukul 10 malam di TV2. Bagi yang ketinggalan boleh menontonnya di portal myklik.rtm gov.my

JUDUL : MADUKU TELEFON BIMBIT
TARIKH / MASA : Selasa, 25 Oktober 2016, 10.00 malam
SIARAN : Slot Citra TV2 (RTM)
SKRIP : Liza Mior Rashidi
PENGARAH : Rahila Ali
TERBITAN : Elisa Vision Sdn Bhd
PELAKON : Keith Foo, Siti Saleha, Acong Sweetchild, Ieda Moin, Aznah Hamid, Liza Abdullah, Afique Hussain

SINOPSIS MADUKU TELEFON BIMBIT
Kisah Salman dan Mastura, sepasang suami isteri yang muda kelas menengah. Mastura hilang sabar dengan sikap suaminya, Salman yang asyik menghadap telefon bimbit seolah-olah dirinya tidak wujud lagi. Mereka sering bermasam muka dan bertengkar kerana sikap Salman itu. Apabila tiada pilihan lain, Mastura menemui Shafie, seorang kaunselor rumah tangga. Melihat kepada penampilan Mastura yang membosankan, Shafie mencadangkan agar dia mengubah penampilannya. Mastura cuba penampilan serba moden tetapi tidak berhasil juga. Sementara itu, Mastura berpuara-pura berhubung rapat dengan Shafie dan sering menghadap telefon bimbitnya. Salman mula menyedari perubahan Mastura. Dia berdepan dengan Mastura dan Mastura mengugut untuk menceraikannya dan mengahwini Shafie. Salman berjumpa dengan Shafie dan menangis agar Shafie tidak mengambil isterinya dan sesudah itu baharulah dia mendapatkan penjelasan bahawa Shafie dan Mastura hanya berpuara-pura bercinta untuk menyedarkan dirinya yang bercinta dengan telefon bimbit.

Maduku Telefon Bimbit (TV2)

Saksikan telefilem Maduku Telefon Bimbit menampilkan gandingan artis popular Keith Foo dan Siti Saleha. Bersiaran pada hari Selasa ini pukul...
OST Umairah TV3

Berikut lagu tema drama Umairah yang disiarkan di slot Samarinda TV3. Senarai lagu lain akan dikemaskini kelak. Info lanjut drama baca disini.

Tajuk : Demi Cinta
Artis: Ezad Lazim
Lagu : Mohd Yasin & Ezad Lazim
Lirik : Iman Imran

LIRIK LAGU DEMI CINTA - EZAD CINTA

Ku sedar ku berdosa
Kerna sering menyakitimu
Membuatkan kau terluka
Berteman rasa kecewa

Walau berdepan derita
Kau selalu terus setia
Dan bertahan demi cinta
Yang pernah ku janji dulu

Besar salahku pada dirimu
Tak terbanding kasih yang kau beri
Dan tetap menggenggam erat cinta

Sayang kaulah cahaya
Menyuluh jalanku untuk kembali
Dan pegang pada tali cinta
Yang pernah ku lafaz dahulu

Sayang buka hatimu
Biar ku rawat segala deritamu
Agar kita mampu terus hidup
Nikmati bahagia

Walau berdepan derita
Kau selalu terus setia
Dan bertahan demi cinta
Yang pernah ku janji dulu

Besar salahku pada dirimu
Tak terbanding kasih yang kau beri
Dan tetap menggenggam erat cinta

Sayang kaulah cahaya
Menyuluh jalanku untuk kembali
Dan pegang pada tali cinta
Yang pernah ku lafaz dahulu

Sayang buka hatimu
Biar ku rawat segala deritamu
Agar kita mampu terus hidup
Nikmati bahagia

Sayang kaulah cahaya
Menyuluh jalanku untuk kembali
Dan pegang pada tali cinta
Yang pernah ku lafaz dahulu

Sayang buka hatimu
Biar ku rawat segala deritamu
Agar kita mampu terus hidup
Nikmati bahagia

Bahagia


Download di iTunes
Dengar di Spotify

OST Umairah TV3 (Lagu Tema)

Berikut lagu tema drama Umairah yang disiarkan di slot Samarinda TV3. Senarai lagu lain akan dikemaskini kelak. Info lanjut drama baca disin...

Sunday, 23 October 2016

Cahaya Muthusamy

Saksikan telefilem Cahaya Muthusamy tayangan sempena hari Deepavali yang akan disiarkan di TV9 pada hari Isnin ini jam 8.30 malam. Dilakonkan oleh Shashi Tharan, Azizul Ammar, Sangeeta Krishnasamy dan ramai lagi. Telefilem arahan Megat Sharizal.

JUDUL : CAHAYA MUTHUSAMY
TARIKH / MASA : Isnin, 24 Oktober 2016, 8.30 malam
SIARAN : Slot Skrin Di 9 (TV9)
SKRIP : Nazri M Annuar
PENGARAH : Megat Sharizal
TERBITAN : Playground Productions
PELAKON : Shashi Tharan, Azizul Ammar BMB, Sangeeta Krishnasamy, Sangabalan, Thashwini Gunaseelan, KS Maniam, Susila Devi, Gandhi Nathen, Jay Iswazir, Ruzana Ibrahim, Farah Rani, Ameera Ramlee

SINOPSIS CAHAYA MUTHUSAMY
Kisah Sam dan keluarganya sudah lama tidak menyambut Deepavali. Hubungan Sam dan keluarganya juga menjadi semakin renggang. Oleh itu, Sam menjadi lebih tekad untuk menerima tawaran bekerja di sebuat studio fotografi yang terletak di Sydney, Australia. Sam menganggap tawaran itu sebagai jalan yang terbaik untuk fasa seterusnya dalam kehidupan. Pada suatu hari, Atuk Sam telah dimasukkan ke hospital akibat serangan sakit jantung. Peristiwa ini menyebabkan Sam mula berusaha untuk merapatkan kembali hubungan antara semua ahli keluarganya. Namun, dia harus berdepan dengan pelbagai cabaran dan masa semakin suntuk. Dia cuba memasak makan malam untuk keluarganya. Tapi kesudahannya semua ahli keluarganya saling bergaduh di meja makan. Sam tidak putus asa, dia membawa keluarganya ke Batu Caves dengan harapan 'family-outing' ini dapat merapatkan ahli keluarganya. Sekali lagi mereka saling bergaduh. Adakah Sam berjaya menyambut Deepavali bersama ahli keluarganya tahun ini?

Pelakon Cahaya Muthusamy
Pelakon telemovie Cahaya Muthusamy

Cahaya Muthusamy (TV9)

Saksikan telefilem Cahaya Muthusamy tayangan sempena hari Deepavali yang akan disiarkan di TV9 pada hari Isnin ini jam 8.30 malam. Dilakonka...

 

Layan Drama Melayu Online Terbaru © 2015 - Blogger Templates Designed by Templateism.com, Plugins By MyBloggerLab.com