Saturday, 29 October 2016

Bedah Motor

Jangan lupa untuk saksikan telefilem komedi 'Bedah Motor' arahan Shuhaimi Lua. Dilakonkan oleh Nonny Nadirah, Niezam Zaidi, Lia Natalia dan Ruhainies. Penampilan istimewa Sharifah Shahora dan Rosnah Mat Aris. Bedah Motor akan ditayangkan di slot Skrin d9 (TV9), Isnin ini, pukul 8.30 malam.

JUDUL : BEDAH MOTOR (CIK BELAH BEDAH)
TARIKH / MASA : Isnin, 31 Oktober 2016, 8.30 malam
SIARAN : Slot Skrin di 9 (TV9)
SKRIP : Wahid Nasir
PENGARAH : Shuhaimi Lua
TERBITAN : Tanah Beris Film Production
PELAKON : Nonny Nadirah, Niezam Zaidi, Ruhainies, Lia Natalia, Neera Azizi, Hanif Safuan, Rosnah Mat Aris, Sharifah Shahora

SINOPSIS BEDAH MOTOR 
Mengisahkan seorang graduan pusat pengajian tinggi yang ingin memulakan hidup di ibu kota dengan menjalankan perniagaan penghantaran makanan menggunakan motosikal. Zubaidah atau lebih mesra disapa sebagai Bedah, mendapat jolokan Cik Celah Bedah kerana kepakarannya menunggang basikal dan motosikal di celah-celah kesibukan jalanraya kerana menghantar pesanan makanan yang dipesan melalui pengiklanan pejabat ke pejabat berhampiran. Perniagaan Bedah menerima sambutan yang memberangsangkan. Ketika Bedah dalam perjalanan menghantar makanan ke pelanggannya, dia dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu, Amir. Bedah yang berperwatakan tomboi bergaduh dengan Amir menyebabkan kesesakan jalan raya. Bedah mahu Amir membayar ganti rugi motosikal dan makanan yang rosak. Daripada nak marah, timbul perasaan kasihan Amir terhadap Bedah. Dalam proses Amir mahu membayar ganti rugi Bedah, lelaki itu mula menyukainya. Bagaimanapun, Amir hampir bertunang dengan Azura. Apa akan yang berlaku?

Pelakon Bedah Motor
Pelakon telemovie Bedah Motor

Bedah Motor (TV9)

Jangan lupa untuk saksikan telefilem komedi 'Bedah Motor' arahan Shuhaimi Lua. Dilakonkan oleh Nonny Nadirah, Niezam Zaidi, Lia Nata...

Thursday, 27 October 2016

Malam Ku Bermimpi TV1

Telefilem Tribute P.Ramlee diteruskan dengan karya Megat Fauzi Isa berjudul Malam Ku Bermimpi gandingan mantap Siti Saleha dan Zahiril Adzim. Telefilem arahan Melisa Saila itu bersiaran hari Sabtu ini jam 9 malam di TV1.

JUDUL : MALAM KU BERMIMPI
TARIKH / MASA : Sabtu, 29 Oktober 2016, 9 malam
SIARAN : Slot Tribute P Ramlee TV1 (RTM)
SKRIP : Megat Fauzi Isa
PENGARAH : Melisa Saila
TERBITAN : Kus Semangat Aktor Sdn Bhd
PELAKON : Siti Saleha, Zahiril Adzim, Omar Abdullah, Dian P.Ramlee, Imuda, Azizah Mahzan, Pak Jabit, Fauzuly Hamdan, Mak Engku, Thor Kha Hoong, Syed Zalihafe

SINOPSIS MALAM KU BERMIMPI
Kisah Zaitun seorang gadis yang paling cantik dan cerdik di kampung menjadi kegilaan ramai sama ada yang muda atau tua. Zaiton yang berlakon disihir berkelakuan seperti kucing, burung dan gergasi untuk melihat siapakah gerangan jejaka yang masih menginginkannya untuk dijadikan isteri. Semua lamaran yang ingin memperisterikan Zaitun telah ditolak. Semuanya kerana Zaitun sudah tertambah dengan Karem, seorang pemuda yang telah dipulaukan oleh orang kampung kerana dia dikatakan berasal daripada keturunan serigala jadian.

GAMBAR PELAKON
Pelakon Malam Ku Bermimpi
Pelakon telemvoie Malam Ku Bermimpi
Pelakon Malam Ku Bermimpi TV1
tribute P.Ramlee

Malam Ku Bermimpi (TV1)

Telefilem Tribute P.Ramlee diteruskan dengan karya Megat Fauzi Isa berjudul Malam Ku Bermimpi gandingan mantap Siti Saleha dan Zahiril Adzim...
Umairah TV3

Nantikan drama terbaharu arahan Along Kamaludin bertajuk 'UMAIRAH'. Drama terbitan Layar Ceritera Sdn Bhd ini membariskan pelakon seperti Lufya Omar, Amar Asyraf, Shah Iskandar, Shiqin kamal dan ramai lagi. Bakal menemui penonton bermula 25 Oktober ini, setiap hari Isnin hingga Rabu jam 10 malam menerusi slot Samarinda TV3 .

JUDUL : UMAIRAH
EPISOD : 15 episod
TARIKH TAYANGAN : 25 Oktober 2016
HARI / MASA : Isnin-Rabu, 10.00 malam
SIARAN : Slot Samarinda TV3
SKRIP : Eja Lorena
PENGARAH : Along Kamaludin
TERBITAN : Layar Ceritera Sdn Bhd
PELAKON : Lufya Omar, Amar Asyraf, Shah Iskandar, Rahim Jailani, Dilla Ahmad, Shiqin Kamal, Shah Sulaiman, Octovia Manrose, Kodi Rasheed, Anne Abdullah, Shajiry, Baby Sofea, Anne Abdullah

WATAK PELAKON
Amar Asyraf sebagai Shahrizal
Lufya Omar sebagai Puteri Nur Umairah
Shah Iskandar sebagai Adam
Octovia Manrose sebagai Puteri Nur Sabrina
Shajiry sebagai Andy
Shiqin Kamal sebagai Nadia
Rahim Jailani sebagai Dato� Amir
Dilla Ahmad sebagai Maryam
Anne Abdullah sebagai Datin Rubiah
Halimah Naim sebagai Tok Ma

Kodi Rasheed sebagai Ben
Aisyah Along Kamaludin sebagai Atikah
Shah Sulaiman sebagai Amar
Baby Sofea sebagai Aisyah
GM Fauzan sebagai Dato Jalal
Shahrul Zaman Sebagai Khairil

LAGU TEMA / OST DRAMA UMAIRAH
Lagu : Demi Cinta / Penyanyi : Ezad Lazim
Lagu : Ku Rindu / Penyanyi : Superchild
Lagu : Cinta Pura-Pura / Penyanyi : Aman Nassim
Video & Lirik : Link

SINOPSIS UMAIRAH
Mengisahkan tentang liku-liku perjalanan hidup yang dilalui oleh seorang wanita bernama Puteri Nur Umairah Dato Amir. Puteri sulung kepada seorang jutawan dan usahawan terkenal iaitu Dato� Amir yang juga pemilik syarikat perkapalan terkemuka negara, Garuda Global. Ibunya Datin Sumaiyyah meninggal dunia ketika melahirkan adiknya, Puteri Nur Sabrina. Umairah dan Sabrina dibesarkan oleh papa mereka, Dato� Amir dan pembantu rumah mereka yang dikenali sebagai Tokma . Perlakuan dan sifat Umairah dan Sabrina ketara berbeza. Umairah gadis yang lemah lembut dan bersopan santun serta penyabar. Manakala Sabrina pula kasar perlakuannya, suka memberontak dan lebih agresif. Namun dia sangat rapat dan sayangkan kakaknya.

Kedatangan Shahrizal ke syarikat Garuda Global untuk mencari pekerjaan. Dia membawa keratan akhbar mengenai syarikat tersebut yang memaparkan jawatan kosong sebagai Akauntan. Dia ingin mencuba jawatan tersebut yang sesuai dengan kelayakannya sebagai Pemegang Ijazah Perakaunan. Apatah lagi, syarikat ini sememangnya tempat yang dia idamkan untuk bekerja sebelum ini. Akhirnya Shahrizal ditawarkan bekerja di syarikat Garuda Global sebagai Akauntan. Sementara itu Nadia, setiausaha Dato� Amir tertekan apabila kekasihnya Andy yang merupakan bekas akauntan syarikat telah dipecat kerana kes pecah amanah. Dia mendesak Nadia untuk menjatuhkan Garuda Global secara perlahan-lahan dengan menyeludup beberapa dokumen penting untuk Andy.

Shahrizal diminta oleh Dato� Amir untuk menjemput Umairah di lapangan terbang. Setibanya di lapangan, Rizal tercari-cari Umairah. Setelah menghubungi Umairah, dia seakan-akan tertarik dengan kelunakan suara Umairah memberi salam dan hatinya meronta-ronta untuk bertemu Umairah. Sangkaannya Umairah sudah tentulah cantik dan bergaya seperti Nadia namun sangkaannya meleset. Umairah memberi salam dan memperkenalkan dirinya kepada Shahruzal yang sedang tercari-carinya. Sebaik saja Rizal toleh pandang Umairah. Dia sangat terkejut melihat penampilan Umairah yang berjubah dan tudung labuh serta nampak sangat kekampungan, muslimah sejati.

Dato Amir mahukan anaknya-anaknya kelak mengambil alih tempatnya di syarikat namun anaknya Umairah mahupun Sabrina tidak mempunyai kemahuan untuk mewarisi syarikat ayahnya itu. Suatu hari di pejabat, Dato� Amir meminta Shahrizal untuk menjadi manantunya dan mengahwini Umairah. Apakah keputusan Shahrizal?

Umairah sabar dan tabah dalam menghadapi pelbagai ujian. Bagaimana dia mencari kebenaran diatas apa yang terjadi pada adiknya Puteri Nur Sabrina. Bagaimana dia bangkit dari kekecewaan apabila melihat cinta hatinya Adam berkahwin dengan orang lain. Malah dirinya sendiri telah dijodohkan dengan orang kepercayaan ayahnya iaitu Shahrizal. Siapakah Shahrizal ni sebenarnya?

GAMBAR PELAKON 
Umairah TV3

Pelakon Umairah TV3
tahajud cinta Umairah
Tahajud Cinta Umairah
pelakon drama Umairah

Drama Umairah (TV3)

Nantikan drama terbaharu arahan Along Kamaludin bertajuk 'UMAIRAH'. Drama terbitan Layar Ceritera Sdn Bhd ini membariskan pelakon se...

Wednesday, 26 October 2016

Amsyar

Nantikan drama bersiri baharu terbitan Zeel Production berjudul Amsyar. Sebuah kisah kekeluargaan yang mencengkam emosi. Membariskan pelakon seperti Ben Ladin, Redza Rosli, Elly Mazlein, Nafiz Muaz, Hairi Safwan, Faralyna Idris dan ramai lagi. Drama arahan Murali Abdullah itu akan bersiaran mulai 28 Oktober 2016, setiap hari Selasa hingga Ahad jam 8.30 malam di slot Azalea TV9 dan akan diulang tayang di TV3.

JUDUL : AMSYAR
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 28 Oktober 2016
HARI / MASA : Selasa-Ahad, 8.30 malam
SIARAN : Slot Azalea TV9
SKRIP : Mufid Suhaimi
PENGARAH : Murali Abdullah
TERBITAN : Zeel Production Sdn Bhd
PELAKON : Ben Ladin, Redza Rosli, Elly Mazlein, Nafiz Muaz, Hairi Safwan, Wina Azlan, Nada Syuhada, Juedian Omar, Wan Umar Harith , Tatty Hassan, Puteri Danyllea, Haff Ridzwan, Sabhi Saddi, Kairul Nizam, Faralyna Idris, Asyraf Aley, Farzana Latif, Alyana

WATAK PELAKON
Ben Ladin sebagai Amsyar
Redza Rosli sebagai Shahrul
Elly Mazlein sebagai Waheeda
Hairi Safwan sebagai Azhar
Nafiz Muaz sebagai Hisyam
Wina Azlan sebagai Azwa
Nada Syuhada sebagai Mariah
Juedian Omar sebagai Lia
Wan Umar Harith sebagai Fariz
Tatty Hassan sebagai Aisya Fellah

LAGU TEMA / OST AMSYAR
Lagu : Percuma
Penyanyi : Sabhi Saddi

Lagu : Sabarlah Hati
Penyanyi : Elly Mazlein

Video & Lirik : LINK

SINOPSIS AMSYAR
Mengisahkan Amsyar (Ben Ladin) yang merupakan anak tunggal kepada Farid (Kairul Nizam) dan Arfah (Faralyna Idris). Selepas pemergian ibu bapanya, tiada siapa yang hendak menjaganya. Apatah lagi Amsyar masih muda dan masih bersekolah.

Apabila hendak menumpang duduk di rumah bapa saudaranya ada sahaja yang tidak menyukainya. Adik beradik kepada arwah ayahnya cukup benci akan Amsyar. Mereka bukan sahaja sering memarahinya, malah menderanya dan memikulnya semahu hati.

Tiada sesiapa yang ingin menjaganya kecuali Shahrul (Redza Rosli), Pak Ngahnya. Isteri Shahrul, Lia (Juedian Omar) langsung tidak menyukainya dan mengangap dia adalah satu bebanan. Shahrul tidak sampai hati untuk menghantar anak saudaranya itu ke rumah anak-anak yatim.

Tidak ingin menyusahkan bapa saudaranya, Amsyar lebih rela menetap di sebuah rumah yang menempatkan anak-anak yang kurang bernasib baik sepertinya. Malangnya, Teratak Kasih itu tidak dapat menerima penghuni baharu pada ketika itu. Jadi terpaksalah dia berpindah-randah ke rumah ahli keluarga yang membencinya itu dan terus terseksa. Kehidupan Amsyar amat derita dan dia diperlakukan seperti bola.

Amsyar pernah jatih sakit dan pengsan akibat tidak tahan dengan penderaan yang diharunginya. Siapakah Amysar ini? Adakah penderaan akan berakahir?

GAMBAR PELAKON
Amsyar TV9

Pelakon drama Amsyar
Pelakon utama drama Amsyar

Drama Amsyar (TV9)

Nantikan drama bersiri baharu terbitan Zeel Production berjudul Amsyar. Sebuah kisah kekeluargaan yang mencengkam emosi. Membariskan pelakon...
OST Amsyar TV3

Lagu Sabarlah Hati nyanyian Elly Mazlein dan Percuma daripada Sabhi Saddi diangkat sebagai lagu tema drama Amsyar yang bakal disiarkan di slot Azalea TV9. Info lanjut drama Amsyar baca disini.

LIRIK LAGU SABARLAH HATI - ELLY MAZLEIN

Saat kau datang dalam hidupku
Ku sangka ini cinta terakhir
Ternyata malam penuh bintang
Berakhir dengan mendung

Menari aku dengan gelisah
Lagi lagi lagi ku menangis
Sabarlah hati menahan perih
Terluka lagi dan lagi dalam kisahku

Tenang la jiwa iring langkahku
Ku yakin pasti ada yang terbaik untukmu

Ternyata malam penuh bintang
Berakhir dengan mendung

Menari aku dalam gelisah
Lagi lagi lagi ku menangis

Meski hati sering dilukai
Takkan menyerah aku mencari cinta

Sabarlah hati menahan perih
Terluka lagi dan lagi dalam kisahku
Tenang la jiwa iring langkahku
Ku yakin pasti ada yang terbaik untukmu

Sabarlah hati menahan perih
Terluka lagi dan lagi dalam kisahku
Tenang lah jiwa� uhh.. uhuu

Sabarlah wahai hati
Jangan menangis


Download di iTunes
Dengar di Spotify


LIRIK LAGU PERCUMA - SABHI SADDI

Sepertinya
Kita tak mampu Bertahan
Karena kita
Selalu saja Berbeda

Percuma percuma
Bila terus bersama
Percuma percuma
Bila rasa telah Hilang

Kini aku pergi
Semua telah berakhir
Perpisahan ini
Satu-satunya jalan
Terbaik untuk kita berdua

Selamat tinggal
Perjalanan panjang kita

Percuma percuma
Bila terus bersama
Percuma percuma
Bila rasa telah Hilang

Kini aku pergi
Semua telah berakhir
Perpisahan ini
Satu-satunya jalan
Terbaik untuk kita berdua

Kini aku pergi
Semua telah berakhir
Perpisahan ini
Satu-satunya jalan
Terbaik untuk kita berdua

Semua telah berakhir
Perpisahan ini
Satu-satunya Jalan
Terbaik untuk kita berdua

Selamat tinggal
Perjalanan panjang
Kita



Dengar di Spotify
Download di iTunes

OST Drama Amsyar TV3 (Lagu Tema)

Lagu Sabarlah Hati nyanyian Elly Mazlein dan Percuma daripada Sabhi Saddi diangkat sebagai lagu tema drama Amsyar yang bakal disiarkan di sl...

 

Layan Drama Melayu Online Terbaru © 2015 - Blogger Templates Designed by Templateism.com, Plugins By MyBloggerLab.com