Setelah menjelajah Korea dan Indonesia, kali ini Myo dan Wak Doyok dibawa pula ke Jepun untuk musim baharu rancangan travelog Ke Jepun Ke Kita?.
Disanan mereka akan melaksanakan tugasan lasak serta permainan mencabar minda yang diberikan oleh pihak penerbit. Wak Doyok dan Myo akan bersaing antara satu sama lain sekali lagi dalam perjalanan mengelilingi Jepun.
Lihatlah gelagat lucu dan aksi spontan mereka ketika menjalani rakaman dan menyelesaikan misi-misi berbeza di beberapa lokasi seperti di gunung Fuji, Pusat Budaya Islam serta Masjid Ibaraki di Osaka, Stadium Kyocera, dan Pulau Arnab yang dipanggil Okunoshima. Antara lain termasuklah Tokyo, Osaka, Tottori, Shizuoka, Yamaguchi, Gunma, Chiba, dan Hiroshima.
Wak Doyok dan Myo
Selain itu mereka juga dapat mempelajari aktiviti-aktiviti kebudayaan yang sinonim dengan negara tersebut iaitu seni pertahan diri iaitu Judo dan kraf tangan yang diperbuat oleh kertas yang dipanggil origami. Antara pesta atau Keraian yang dapat dilihat semasa berada di sana adalah Pesta Hamamatsu dan juga Pesta Namahage.
�Ke Jepun Ke Kita?� pada kali ini turut mengundang selebriti popular sebagai tetamu khas iaitu Ruhainies, Mawar Rashid dan Ain Edruce. Mereka akan ke beberapa tempat yang menarik sekitar Osaka dan Tokyo dan jelajah bersama.
bersama selebriti undangan
Saksikan rancangan Ke Jepun Ke Kita? sebanyak 13 episod disiarkan setiap hari Selasa, pukul 10.30 malam di TV9. Rancangan ini telahpun disiarkan pada 4 Oktober lalu. Bagi anda yang ketinggalan boleh menontonnya di portal tonton.com.my
Filem Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng merupakan karya animasi Malaysia pertama yang menggabungkan teknik animasi 3 Dimensi (3D) dan lakonan hidup. Projek menelan belanja RM4 juta itu diterbitkan secara usaha sama antara Les Copaque Production dan KRU Studio. Filem arahan Erma Fatima dan Ainon Ariff itu menampilkan Asyiela Putri (suara asal Upin & Ipin) bersama Pelakon Wanita Terbaik Asia, Puteri Balqis. Turut membintangi naskhah berkenaan ialah Awie (Wings), Sara Ali, Gambit dan Remy Ishak. Saksikan filem Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng! di pawagam seluruh Malaysia bermula pada 24 November 2016.
TAJUK : UPIN & IPIN JENG, JENG, JENG!
TARIKH TAYANGAN : 24 November 2016
GENRE : Animasi / Pengembaraan
PENGARAH : Erma Fatima & Ainon Ariff
PELAKON : Asyiela Putri, Puteri Balqis, Remy Ishak, Sara Ali, Gambit Saifullah, Remy Ishak
SINOPSIS UPIN & IPIN JENG JENG JENG
Mengisahkan kehidupan seorang anak yatim bernama Balqis. Dia sangat meminati watak animasi kembar popular Upin & Ipin. Suatu hari, seorang lelaki bernama Zaman telah datang ke rumah anak yatim tempat tinggal Balqis. Melalui perbualan Zaman dengan Noreen, Balqis terdengar bahawa Rumah Anak Yatim tersebut hendak diambil alih kembali oleh Zaman yang merupakan anak kepada pemilik tanah tersebut.
Balqis mula berbincang dengan rakan-rakannya untuk menyelamatkan Rumah Anak Yatim tersebut. Balqis kemudian meluahkan masalah itu kepada Upin dan Ipin, tanpa menyedari dua watak itu mendengar luahannya dan muncul di hadapannya. Bagaimanapun, hanya Aqish saja nampak Upin dan Ipin. Pada masa yang sama, Awie penyanyi rock terkenal suatu ketika dahulu turut mengalami masalah kewangan. Dia tidak lagi popular dan sedang mencari peluang untuk menghasilkan album terbarunya bagi mendapatkan pendapatan. Awie dengan pembantunya Bo terserempak dengan Balqis yang sedang kecewa setelah bergaduh dengan Noreen. Atas pujukan dari Upin & Ipin, Balqis bersetuju untuk pulang ke rumah namun dia masih tidak berbaik dengan Noreen.
Upin & Ipin mendapat idea untuk menyelamatkan rumah anak yatim dengan memujuk Awie untuk melakukan konsert amal. Awie bersetuju untuk membuat konsert amal, Balqis kerana terlalu teruja telah membuat pengumuman bahawa Upin & Ipin akan turut bersama dalam konsert tersebut. Ini mendatangkan panik kepada Awie dan Bo yang tahu bahawa Upin & Ipin hanyalah watak animasi yang tidak wujud. Namun, pada konsert tersebut, Upin dan Ipin muncul dan membuat persembahan hebat hingga menyebabkan semua penonton teruja dan yakin dengan kewujudan Upin & Ipin.
Balqis bukan sahaja berjaya menyelamatkan rumah anak yatim tempat tinggalnya malah mendapat keluarga baru apabila Noreen berkahwin dengan Zaman. Awie telah menandatangi kontrak dengan syarikat ternama dan namanya juga semakin meningkat naik seperti zaman kegemilangannya. Upin & Ipin terpaksa pergi bagi menggembirakan kanak-kanak lain, dengan berat hati Balqis melepaskan Upin & Ipin pergi.
WATAK PELAKON
ASYIELA PUTRI pelakon Suara Upin & Ipin
Asyiela Putri merupakan pelakon suara bagi watak animasi popular, Upin & Ipin. Asyiela Putri telah menyumbangkan suara emasnya untuk kedua-dua watak kembar comel ini hampir 7 tahun.
PUTERI BALQISH sebagai Aqish
Seorang anak yatim yang periang dan merupakan peminat tegar Upin & Ipin sehinggakan beliau dapat melihat Upin & Ipin setiap kali menyebut � Jeng, Jeng, Jeng!�
AWIE sebagai AWIE
Merupakan penyanyi rock yang sudah tidak popular lagi. Bagi menaikkan kembali namanya di persada seni, beliau secara tidak sengaja terlibat dengan perancangan Aqish, Upin dan Ipin.
SARA ALI sebagai NOREEN
Noreen seorang yang penyayang namun beliau amat cepat berputus asa apabila ditimpa masalah. Beliau juga merupakan penjaga rumah anak yatim yang menempatkan Aqish dan kawan-kawan yang lain.
REMY ISHAK sebagai BO
Merupakan kawan baik Awie sejak kecil lagi. Beliau seorang yang kelakar dan sentiasa berada bersama-sama Awie di mana sahaja dan menyokong segala yang dilakukan oleh Awie.
OFFICIAL TRAILER
LAGU TEMA / OST UPIN & IPIN JENG JENG JENG
Tajuk : Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!
Penyanyi : Yubi Band feat. Asyiela Putri (Upin & Ipin)
Saksikan telefilem Sabotaj karya Allahyarham Keoi Hj Khalid dan Sharifah Abu Salem yang akan disiarkan hari Sabtu ini, pukul 9.00 malam di TV1.Dibintangi oleh Luqman Hafidz, Hana Aqilah, Hafeez Roshdi dan ramai lagi. Bagi yang ketinggalan boleh menonton di laman portal myklik | myklik.rtm.gov.my
JUDUL : SABOTAJ
TARIKH / MASA : Sabtu, 26 November 2016, 9.00 malam
SIARAN : Tribute P.Ramlee TV1 (RTM)
PENULIS SKRIP : Sharifah Abu Salem
PENGARAH : Keoi
TERBITAN : Suhan Movies & Trading
PELAKON : Luqman Hafidz, Hana Aqilah, Hafidz Roshdi, Mawar Rashid, Sharifah Shahora, Acong Sweetchild, Kazar Saisi
SINOPSIS SABOTAJ
Fadlan dan Katrina adalah adik beradik tiri. Semenjak kecil lagi, Fadlan telah dijaga oleh keluarga Katrina. Oleh kerana mereka membesar bersama, timbul rasa cinta dihati Fadlan terhadap Katrina. Namun begitu Katrina telah jatuh hati dengan Syarul, senior di tempat kerjanya. Fadlan mula tidak senang duduk lalu merancang pelbagai halangan termasuk mengupah seorang wanita untuk menggoda Syarul dengan harapan hubungan cinta Kat dan Syarul putus. Berjayakah Fadlan memikat hati Katrina?
Nantikan drama terbaru adaptasi novel Awak Sangat Nakal karya Syamnuriezmil yang akan ditayangkan di Astro Ria. Dibintangi oleh Sharnaaz Ahmad dan Ayda Jebat sebagai teraju utama. Drama ini mendapat sentuhan pengarah berkaliber Azmi Hatta. Bersiaran mulai 7 November 2016, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di saluran Astro Ria 104 dan Astro Ria HD 123.
JUDUL : AWAK SANGAT NAKAL!
EPISOD : 16 episod TARIKH TAYANGAN : 7 November 2016 HARI / MASA : Isnin-Khamis, 10.00 malam SIARAN : Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123 PENULIS NOVEL : Syamnuriezmil SKRIP : Shida Zali PENGARAH : Azmi Hatta TERBITAN : Orangetree Production Sdn Bhd PELAKON : Ayda Jebat, Sharnaaz Ahmad, Afiq Muiz, Ika Nabella, Hefny Sahad, Aleza Shadan, Rahim Jailani, Tash Yong, Fadilah Mansor, Farouk Hussain, Ku Faridah, GBob, Henzi Andalas, Erry Putra, Syaffiq Sahli
WATAK PELAKON
Ayda Jebat sebagai Erine Johanna Sharnaaz Ahmad sebagai Johan Rizqin Fadilah Mansor sebagai Mak Munah Ika Nabella sebagai Ain Humaira Tash Yong sebagai Sue Hefny Sahad sebagai Habib Afiq Muiz sebagai Ustaz Hafsham Aleza Shadan sebagai Puan Sri Zariah Rahim Jailani sebagai Tan Sri Emran Ku Faridah sebagai Mak Tok Erry Putra sebgai Hassan G-Bob sebagai Bob Farouk Hussain sebagai Pak Mat Henzi Andalas sebagai Hitam Syaffiq Sahli sebagai Cikgu Johan Ariff
LAGU TEMA / OST AWAK SANGAT NAKAL Tajuk : Nakal! Nakal! Nakal! Penyanyi : Ayda Jebat Lirik & Komposer : Ayda Jebat & Irwan Simanjuntak Video & Lirik : LINK
SINOPSIS AWAK SANGAT NAKAL
Pertemuan antara Johan Rizqin dan Erine Johanna bermula apabila gadis itu ditinggalkan mama dan papanya selama sebulan di bawah jagaan orang gajinya, Mak Munah. Erine Johanna yang bosan dengan suasana di kampung telah menjadikan Johan Rizqin, mangsa usikkannya.
Masalahnya, Johan Rizqin sudah bertunang dengan Ain Humaira, anak angkat Mak Munah. Tetapi kehadiran Erine, menyebabkan Johan mula berubah hati. Entah kenapa, dia merasakan perasaannya lain sejak diusik Erine. Tetapi untuk mendapatkan Erine, Johan terpaksa berdepan banyak cabaran.
Walaupun begitu, Erine masih tidak boleh menerima cinta yang Johan berikan. Bukan kerana soal hati, bukan kerana tidak cinta, tetapi kerana amanah arwah suami Mak Munah kepada Johan. Erine merasakan dia menjadi penghalang kepada amanah itu.
Gara-gara kenakalan dan sikap ingin tahunya untuk mencari siapa yang diamanahkan kepada Johan, Erine berjaya merungkai seribu satu rahsia, teori dan konspirasi yang disimpan Mak Munah selama 23 tahun. Erine kemudian mula merancang dan membuat pakatan sulit untuk menyelamatkan Johan daripada dibunuh.
Tapi, sehebat mana pun rancangannya, hebat lagi perancangan Allah SWT. Adakah pengorbanan Erine kepada Johan, tidak sia-sia? Atau, hidupnya berakhir dengan hukuman mati?
Jangan lupa untuk menyaksikan telefilem Bella Mencari Cinta yang akan disiarkan menerusi slot Skrin Di 9 (TV9). Telefilem arahan M Nazir Juhan itu dilakonkan oleh Aeril Zafrel, Elvina Mohamad, Chacha Maembong dan Nadzmi Adhwa. Ditayangkan pada hari Isnin ini pukul 8.30 malam di TV9.
JUDUL : BELLA MENCARI CINTA
TARIKH / MASA : Isnin, 21 November 2016, 8.30 malam SIARAN : Slot Skrin Di 9 (TV9) SKRIP : Adza Emie PENGARAH : M Nazir Juhan (Jet Lee) TERBITAN : ZK Creative Production Sdn Bhd PELAKON : Aeril Zafrel, Elvina Mohamad, Chacha Maembong, Nadzmi Adhwa, Fazlina Ahmad Daud, Ika Nabila, Shahronizam
SINOPSIS BELLA MENCARI CINTA
Bella seorang pelajar tahun kedua IPTA. Seumur hidupnya dia tidak pernah didekati oleh mana-mana lelaki. Dia mencemburui rakan-rakanya yang mempunyai ramai rakan lelaki dan juga ada yang sudah mempunyai kekasih hati. Hinggalah suatu petang ketika Bella sedang menunggu bas, Bella seperti terkena panahan petir. Apbila dia sedar di hospital, Bella mendapati dirinya seperti 'guy magnet'. Bella disukai oleh semua lelaki yang dijumpainya.