Tuesday, 13 December 2016

J Revolusi

Produksi Grand Brilliance Sdn Bhd dengan kerjasama Infinitus Productions akan mengeluarkan filem aksi tempatan terbaru, J Revolusi yang diarahkan oleh sutradara Zulkarnain Azhar. Filem yang memaparkan kehidupan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) ini membarikan ramai pelakon popular seperti Zul Ariffin, Izara Aisyah, Nur Fazura, Farid Kamil, Iedil Putra dan ramai lagi. Filem yang menelan belanja RM2.7 juta ini akan ditayangkan di pawagam pada 2 Mac 2017.
  
TAJUK : J REVOLUSI
Tarikh Tayangan : 2 Mac 2017
Genre : Aksi
Pengarah : Zulkarnain Azhar
Terbitan : Infinitus Productions & Grand Brilliance
Pelakon : Zul Ariffin, Izara Aishah, Nur Fazura, Farid Kamil, Azad Jazmin, Iedil Putra

SINOPSIS J REVOLUSI
Mengisahkan tentang Jay Zulkarnain yang merupakan seorang ketua pegawai Unit Tindakan Khas (UTK). Pasukannya begitu digeruni penjenayah kerana kepakaran mereka berdepan musuh. Konflik bermula apabila adik Jay, Dian (Nur Fazura) yang juga seorang ejen ditangkap oleh pengganas misteri. Dalam misi menyelamat adiknya itu, Jay terperangkap dan dituduh membunuh seorang rakan setugasnya. Tercetuslah pelbagai konflik dan insiden mengejutkan yang menghantui Jay.

TEASER TRAILER


Sinopsis J Revolusi (2017)

Produksi Grand Brilliance Sdn Bhd dengan kerjasama Infinitus Productions akan mengeluarkan filem aksi tempatan terbaru, J Revolusi yang diar...
Sein Dan Luna

Drama bersiri terbaru berjudul Sein & Luna bakal ditayangkan di slot Lestary TV3. Drama arahan Pali Yahya itu menampilkan barisan pelakon baru dan kian meningkat naik seperti Mimi Lana, Syazuwan Hassan, Ika Nabella, Ariz Lufias dan ramai lagi. Drama Sein dan Luna akan ditayangkan mulai 9 Disember 2016, setiap hari Rabu hingga Jumaat pukul 9 malam di TV3.

JUDUL : SEIN DAN LUNA
EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 9 Disember 2016
HARI / MASA : Rabu-Jumaat, 9.00 malam
SIARAN : Slot Lestary TV3
SKRIP : Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil
PENGARAH : Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya)
TERBITAN : Primeworks Studios
PELAKON : Mimi Lana, Syazuwan Hassan, Ika Nabella, Ariz Lufias, Shiqin Kamal, Rosnah Johari, Azri Iskandar, Ungku Ismail Aziz, Meor Mohd, Kay Maria, Azzam Zamani, Putri Qaseh

WATAK PELAKON
Mimi Lana sebagai Luna / Siti Aminah
Syazuwan Hassan sebagai Sein (Hussein)
Ika Nabella sebagai Wardah
Ariz Lufias sebagai Aziz
Ungku Ismail Aziz sebagai Huzair
Shiqin Kamal sebagai Siti Maziah
Rosnah Johari sebagai Suraya
Azri Iskandar sebagai Dato Kamal
Meor Mohd sebagai Nazman
Kay Maria sebagai Azizah
Nu'man Salleh sebagai Pak Murab
Abby Nour sebagai Celina
Atiq Lokman sebagai Nominasi
Remy sebagai Wahab
Putri Qaseh sebagai Masura

LAGU TEMA / OST 
Tajuk Lagu : Pulang
Penyanyi : Yuna feat Sonaone

SINOPSIS SEIN DAN LUNA
Mengisahkan Sein dan Luna berkawan baik sejak zaman kolej. Dalam diam, mereka menyintai antara satu sama lain tetapi tidak berani untuk mengaku perasaan mereka. Sehingga satu hari, Sein memberitahu Luna bahawa dia akan berkahwin dengan Wardah. Luna kecewa dan mengambil keputusan untuk belajar di luar negara.

Cerita bermula dengan kemunculan Sein yang sombong dan tidak bergaul membuatkan pelajar lain termasuklah Luna bengang. Luna selalu mengganggu dan menguji kesabaran Sein. Sein menjadi tidak keruan apabila mendapati kekasihnya di bandar berselingkuh. Pelajaran Seyn merosot. Oleh sebab itu, dia menjadi pemarah. Sein hampir dipukul oleh pelajar senior membuatkan dia melarikan diri dan berteduh di rumah Suraya

Suraya merupakan ibu kepada Luna yang bekerja sebagai penjual kuih di pasar borong. Sein menjadi rapat dengan Suraya kerana dia tidak pernah merasai kasih sayang seorang ibu sedari kecil. Suraya menganggap Suraya seperti anak angkat membuatkan Luna bengang. Luna banyak menceritakan perihal Sein kepada Aziz, teman sekampungnya. Sikap Luna yang suka mengganggu pelajar membuatkan Sein campur tangan.

GAMBAR PELAKON
Sein dan Luna
Pelakon Sein dan Luna
Pelakon drama Sein dan Luna
Pelakon drama Sein dan Luna
barisan pelakon

Drama Sein dan Luna (TV3)

Drama bersiri terbaru berjudul Sein & Luna bakal ditayangkan di slot Lestary TV3. Drama arahan Pali Yahya itu menampilkan barisan pelako...

Monday, 12 December 2016

Aku Bukan Rasul

Saksikan telefilem Aku Bukan Rasul sempena Maulidur Rasul lakonan Johan As�ari, Mubarak Majid, Fazreen Rafi, Alia Farhan Ahmad dan ramai lagi. Disiarkan di TV2 pukul 10.00 malam. Boleh juga tonton menerusi portal myklik (myklik.rtm.gov.my)

JUDUL : AKU BUKAN RASUL
TARIKH / MASA : Selasa, 13 Disember 2016, 10.00 malam
SIARAN : Slot Citra TV2 (RTM)
PENGARAH : Zulhuzaimy Marzuki
TERBITAN : Aniq Communication Sdn Bhd
PELAKON : Johan As�ari, Mubarak Majid, Fazreen Rafi, Dato Haji Amin Khan, Kodi Rasheed, Liza Othman, Alia Farhan Ahmad, Bohari Ibrahim 

SINOPSIS AKU BUKAN RASUL
Kisah Haziq yang kembali ke kampung halamannya dan cuba berdakwah melalui pengajian agama di sebuah surau yang telah lama ditinggalkan. Usaha Haziq dipandang remeh malah dia berhadapan dengan fitnah dan hasad dengki yang tidak berkesudahan. Namun, kesabaran Haziq nyata utuh dan yakin dengan kebesaran Ilahi.

Pelakon Aku Bukan Rasul
Pelakon telemovie Aku Bukan Rasul

Aku Bukan Rasul (TV2)

Saksikan telefilem Aku Bukan Rasul sempena Maulidur Rasul lakonan Johan As�ari, Mubarak Majid, Fazreen Rafi, Alia Farhan Ahmad dan ramai lag...

Sunday, 11 December 2016

Syurga Di Hujung Jalan

Saksikan telefilem istimewa sempena Maulidur Rasul berjudul Syurga Di Hujung Jalan. Dibintangi oleh Iedil Putra, Nazeera Sardi, Mawar Rashid, dan Zarina Zainuddin. Akan disiarkan menerusi slot Skrin Di 9 pada hari Isnin jam 8.30 di saluran TV9.

JUDUL : SYURGA DI HUJUNG JALAN
TARIKH / MASA : Isnin, 12 Disember 2016, 8.30 malam
SIARAN : Slot Skrin Di 9 (TV9)
SKRIP : Lynnda Sharudin
PENGARAH : Zulhuzaimy Marzuki
TERBITAN : Primeworks Studios Sdn Bhd
PELAKON : Iedil Putra, Nazeera Sardi, Mawar Rashid, Zarina Zainuddin, Rafe Ghazali, Delimawati

SINOPSIS SYURGA DI HUJUNG JALAN
Mengisahkan Zaliya, seorang pelajar pintar di sekolah namun kerana salah memilih rakan, hidupnya berubah. Dia ditangkap oleh polis kerana mengikut rakannya, Marini yang menjual dadah tanpa diketahui Zaliya. Malang bagi Zaliya, sudahlah terpaksa meringkuk di sekolah pemulihan akhlah, dia turut dibuang Salmah, ibunya sendiri yang malu dengan perbuatan Zaliya. Hidupnya juga tertekan dengan pandangan serong masyarakat sekeliling yang tidak henti berkata jahat padanya. Setelah keluar daripada sekolah pemulihan akhlak, Zaliya menggunakan kemahiran menjahit yang telah dipelajari, untuk membuka perniagaan menjahit di kampung. Muncul pula Hadif, anak Haji Ramli yang jatuh hati dengan ketulusan Zaliya. Hadif meminang Zaliya dan tanpa persetujuan Zaliya, ibunya telah menerima pinangan tersebut, Muslihat di sebalik kesungguhan Haji Ramli ingin bermenantukan Zaliya rupanya palsu. Mampukah Zaliya mengharungi segala ujian dalam hidupnya itu?

Syurga Di Hujung Jalan (TV9)

Saksikan telefilem istimewa sempena Maulidur Rasul berjudul Syurga Di Hujung Jalan. Dibintangi oleh Iedil Putra, Nazeera Sardi, Mawar Rashid...
Bening Cahaya Maulid

Sempena Maulidur Rasul, TV3 akan menyiarkan telefilem istimewa berjudul Bening Cahaya Maulid yang dilakonkan oleh Elvina Mohamad, Idris Khan dan Zamarul Hisham. Telefilem Bening Cahaya Maulid akan ditayangkan pada hari Isnin ini pukul 10 malam. 

JUDUL : BENING CAHAYA MAULID
TARIKH / MASA : Isnin, 12 Disember 2016, 10.00 malam
SIARAN : TV3 - Istimewa Maulidur Rasul
SKRIP : Radzemah Bolhassan, Yus Waizar, Azizi Awang
PENGARAH : Abdul Azizi Awang Ghazali
TERBITAN : Dewan Bahasa dan Pustaka
PELAKON : Elvina Mohamad, Idris Khan, Zamarul Hisham, Da'i Hadhari 

SINOPSIS BENING CAHAYA MAULID
Kisah Suria bakal melahirkan anak sulungnya tetapi suaminya Hamdan, masih sibuk dengan persiapan Perarakan Maulidur Rasul. Walaupun Hamdan melakukan suatu perkara yang baik, dia sering mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami di rumah. Suatu hari, Suria mengejut Hamdan dan meminta bantuan untuk membawanya ke hospital pada pukul 5 pagi. Hamdan panik kerana dia perlu ke perkarangan masjid untuk memulakan perarakan pada pukul 6 pagi. Adakah Hamdan akan menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan membawa isterinya ke hospital?
Pelakon Bening Cahaya Maulid
Pelakon telemovie Bening Cahaya Maulid

Bening Cahaya Maulid (TV3)

Sempena Maulidur Rasul, TV3 akan menyiarkan telefilem istimewa berjudul Bening Cahaya Maulid yang dilakonkan oleh Elvina Mohamad, Idris Khan...

 

Layan Drama Melayu Online Terbaru © 2015 - Blogger Templates Designed by Templateism.com, Plugins By MyBloggerLab.com