Friday, 23 December 2016

OST Biar Aku Jadi Penunggu

Ippo Hafiz dan Janna Nick berkolaborasi menghasilkan lirik untuk lagu tema drama Biar Aku Jadi Penunggu yang akan disiarkan di slot Akasia TV3 pada bulan 26 Disember ini. Lagu berjudul Menanti Janji itu dinyanyikan Ronnie Hussein. Info lanjut drama baca disini. 

Tajuk : Menanti Janji
Penyanyi : Ronnie Hussien
Lirik : Janna Nick & Ippo Hafiz
Lagu : Ippo Hafiz

LIRIK LAGU MENANTI JANJI - RONNIE HUSSEIN
(OST BIAR AKU JADI PENUNGGU)

Telah lama ku rasa sebegini
Meniti masa silih berganti
Ku harapkan engkau datang kepadaku
Walau sekadar mimpi

Ku cuba untuk mengejar kamu
Makin ku genggam Ia terlerai
Sedari diri kian menjauh
Jauh.. terpisah dari diri kamu

Biar hatiku menanti
Biar ku terus menunggu
Di dalam kegelapan hariku
Tanpa cinta kamu

Biar jiwa terus mati
Menanti janji kamu
Biar aku jadi penunggu

VIDEO MUZIK


Dengar di Spotify

OST Biar Aku Jadi Penunggu (Lagu Tema)

Ippo Hafiz dan Janna Nick berkolaborasi menghasilkan lirik untuk lagu tema drama Biar Aku Jadi Penunggu yang akan disiarkan di slot Akasia T...
Hanya Aku TV3

Saksikan telefilem istimewa sempena Anugerah Juara Lagu Ke-31 bertajuk Hanya Aku. Kisah diilhamkan daripada lagu kumpulan Hyper Act ini dilakonkan oleh Amar Baharin, Tash Yong, Sabhi Saddi dan ramai lagi. Akan disiarkan pada hari Sabtu ini pukul 9 malam menerusi slot Cerekarama TV3.

JUDUL : HANYA AKU
TARIKH / MASA : Sabtu, 24 Disember 2016, 9.00 malam
SIARAN : Slot Cerekarama TV3 (Istimewa AJL 31)
IDEA ASAL : Zulkefli
SKRIP : PGRs Team(Rozie Rashid, Amka Ahmad)
PENGARAH : Samsul Lizam
TERBITAN : Primeworks Studios
PELAKON : Amar Baharin, Tash Yong, Sabhi Saddi, Indah Emeerlda, Amirul Faqeem, Azar Azmi

SINOPSIS HANYA AKU
Iqram dan Malik merupakan pasangan kembar yang telah terlibat dalam sebuah kemalangan di mana Malik meninggal dunia dan Iqram pula hilang ingatan. Bertahun-tahun Erin mencari suaminya yang tiba-tiba menghilangkan diri. Pada suatu hari, Erin berpindah ke Kuala Lumpur dan bertemu dengan Iqram dan menyangka bahawa Iqram adalah Malik, walhal Iqram langsung tidak mengenalinya kerana dia hilang ingatan. Erin berasa amat sedih, namun berusaha untuk mengenali Iqram. Mampukah Erin menerima kenyataan bahawa suaminya Malik sudah meninggal dunia?

Hanya Aku (TV3)

Saksikan telefilem istimewa sempena Anugerah Juara Lagu Ke-31 bertajuk Hanya Aku. Kisah diilhamkan daripada lagu kumpulan Hyper Act ini dila...

Thursday, 22 December 2016

Jalan Belakang Rumah

Sempena cuti sekolah, TV2 akan menayangkan telefilem menarik bertajuk Jalan Belakang Rumah yang mengisahkan pengembaraan sekumpulan budak pengakap. Jangan ketinggalan untuk menontonnya hari Jumaat ini, pukul 2 petang. 

JUDUL : JALAN BELAKANG RUMAH
TARIKH / MASA : Jumaat, 23 Disember 2016, 2.00 petang
SIARAN : TV2 (RTM)
SKRIP : Mohd Rahhiemi
IDEA ASAL : S.Balachandran / Muhamad Amirul Muttaqin
PENGARAH : S.Balachandran
TERBITAN : cCubeTV Sdn Bhd
PELAKON : Muhd Shahidan, Ebenezar Ravyn Das, Chong Bao Quan, Farhanna Qismina, Ahmad Dinie Juri

SINOPSIS JALAN BELAKANG RUMAH
Mengenai pengembaraan tiga orang sahabat ke dunia fantasi bagi menggalas satu misi untuk kembali ke zaman asal. Tiga orang sahabat baik iaitu Ian, Ping dan Ruben pergi berkhemah di dalam hutan. Di dalam hutan, mereka bertiga telah menjumpai sebuah rumah usang dan masuk ke dalam rumah usang tersebut. Tiba-tiba mereka diancam oleh seekor raksasa jahat dan cuba berlari menyelamatkan diri. Mereka cuba untuk mencari jalan keluar dari rumah itu namun mereka sesat dan keluar melalui pintu belakang rumah usang tersebut. Keluar sahaja dari pintu itu, mereka telah memasuki alam fantasi yang penuh misteri dan menggalas satu misi untuk kembali ke zaman asal. 

Jalan Belakang Rumah (TV2)

Sempena cuti sekolah, TV2 akan menayangkan telefilem menarik bertajuk Jalan Belakang Rumah yang mengisahkan pengembaraan sekumpulan budak pe...
Peluang Kedua TV1

Saksikan telefilem Peluang Kedua arahan Zamri Zakaria yang akan ditayangkan di TV1 pada Sabtu ini pukul 9 malam. Dibintangi Hafeez Mikail, Wan Nor Azlin, Rykarl Iskandar, dan Fathil Dhani. Boleh juga menontonya menerusi portal myklik (myklik.rtm.gov.my)

JUDUL : PELUANG KEDUA
TARIKH / MASA : Sabtu, 24 Disember 2016, 9.00 malam
SIARAN : Trribute P Ramlee TV1 (RTM)
PENGARAH : Zamri Zakaria
TERBITAN : Suhan Movies & Trading
PELAKON : Hafeez Mikail, Rykarl Iskandar, Wan Nor Azlin, Fathil Dhani, Izzhan Zainuddin, Nina Emelyn, Qaisy Hakimi

SINOPSIS PELUANG KEDUA
Kerana kemiskinan, Atan sering diejek dan dibuli rakan sekolah, kerana kemiskinan juga, Atan menjadi tidak redha dengan nasibnya lalu membesar sebagai seorang yang sangat biadap dan pentingkan dirinya. Atan tidak menghormati ibu bapa, tidak bersyukur dan kedekut dengan adik-beradiknya walaupun kehidupan keluarganya serba kekurangan. Kemalangan menyebabkan Atan koma di hospital dan di dalam komanya dia bertemu seorang kanak-kanak bernama Alif yang mengajarnya tentang erti kehidupan seterusnya membuatkan Atan insaf.

Pelakon Peluang Kedua
Pelakon telemovie Peluang Kedua
Peluang Kedua TV1
gambar pelakon

Peluang Kedua (TV1)

Saksikan telefilem Peluang Kedua arahan Zamri Zakaria yang akan ditayangkan di TV1 pada Sabtu ini pukul 9 malam. Dibintangi Hafeez Mikail, W...

Tuesday, 20 December 2016

Sepahtu Reunion Live

Sitkom komedi Sepahtu Reunion kembali untuk musim kedua dengan sketsa terbaharu mereka kali ini secara langsung di hadapan penonton, bersama selebriti-selebriti undangan tanah air. Jangan lupa saksikan Sepahtu Reunion LIVE setiap Jumaat 10 malam di Astro Warna dan Mustika HD. Boleh juga menonton episod-episod lalu di laman sesawang www.sepahtureunionlive.com.my

PROGRAM : SEPAHTU REUNION LIVE
TARIKH / MASA : Setiap Jumaat, 10.00 malam
TEMPAT : Studio Sound Stage, Kompleks Studio Merdeka FINAS
SIARAN : Astro Warna 132 & Astro Mustika HD 134
KUMPULAN SEPAHTU : Jep, Shuib, Rahim, Ilya Buang

MINGGU 1: Ayahku Kahwin Lagi
Artis Jemputan: Erra Fazira, Ebby Yus & Michael Ang

Sepahtu Reunion Live 2016

Sitkom komedi Sepahtu Reunion kembali untuk musim kedua dengan sketsa terbaharu mereka kali ini secara langsung di hadapan penonton, bersama...

 

Layan Drama Melayu Online Terbaru © 2015 - Blogger Templates Designed by Templateism.com, Plugins By MyBloggerLab.com