Thursday, 29 December 2016

Aku Dan Dia TV1

Jangan ketinggalan menonton sebuah lagi telefilem Tribute P.Ramlee bertajuk Aku dan Dia pada hari sabtu ini jam 9 malam di TV1. Dilakonkan oleh Gambit Saifullah, Janna Nick dan Ryzal Jaafar.  

JUDUL : AKU & DIA
TARIKH / MASA : Sabtu, 31 Disember 2016, 9.00 malam
SIARAN : Tribute P.Ramlee (TV1 - RTM)
PENGARAH : Feroz Khan
TERBITAN : Suhan Movies & Trading
PELAKON : Gambit Saifullah, Janna Nick, Ryzal jaafar, Zaryn Minn, Ahmad Fauzee, Zulkifli Salleh, Norin

SINOPSIS AKU DAN DIA 
Kisah perkahwinan dua darjat antara Izara, anak Dato� Hamid dan Hisyam, seorang pemuda yang terpaksa menanggung seorang kakak kurang upaya. Perkahwinan mereka diuji apabila Izara yang sudah biasa hidup senang akhirnya mengambil keputusan meninggalkan Hisyam dan kembali ke pangkuan keluarganya. Dato� Hamid mengambil kesempatan, dia memperkenalkan Izara kepada anak kenalannya. Apa kesudahan ikatan perkahwinan Izara dan Hisyam?

Pelakon Aku dan Dia
Pelakon telemovie Aku dan Dia
Aku & Dia TV1
gambar

Aku dan Dia (TV1)

Jangan ketinggalan menonton sebuah lagi telefilem Tribute P.Ramlee bertajuk Aku dan Dia pada hari sabtu ini jam 9 malam di TV1. Dilakonkan o...

Tuesday, 27 December 2016

Sayang Papa Saya Tak

Nantikan  drama terbaru adaptasi novel Sayang Papa Saya Tak karya Hanni Ramsul. Diarahkan oleh Amie Maziah di bawah terbitan Suhan Movies & Trading. Membawakan gandingan Hisyam Hamid dan Emma Maembong sebagai teraju utama. Dibantu oleh pelakon-pelakon lain seperti Aida Khalida, Wan Sharmila, Luqman Hafidz, Eleena Sui, dan ramai lagi. Drama bersiri Sayang Papa Saya Tak? akan bersiaran mulai 9 Januari 2017, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10.00 malam di Astro Ria saluran 104 dan Astro Ria HD saluran 123.

JUDUL : SAYANG PAPA SAYA TAK?
EPISOD : 16 episod
TARIKH TAYANGAN : 9 Januari 2017
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 10.00 malam
SIARAN : Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123
PENULIS NOVEL : Hanni Ramsul
PENGARAH : Amie Maziah
PENERBIT : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
PELAKON : Hisyam Hamid, Emma Maembong, Seri Aileen, Wan Sharmila, Izara Aishah, Aida Khalida, Luqman Hafidz, Sweet Farhanna Qismina, Eleena Sui, Haleeda Mazlin, Fahad Iman

WATAK PELAKON
Hisyam Hamid sebagai Farish
Emma Maembong sebagai Raisya
Seri Aileen sebagai Qalish
Aida Khalida sebagai Puan Rogayah
Wan Sharmila sebagai Azyan
Eleena Sui sebagai Aleeya
Izara Aishah sebagai Kasih
Luqman Hafidz sebagai Yusri
Sweet Qismina sebagai Fathiya

SINOPSIS SAYANG PAPA SAYA TAK
Mengisahkan Raisya, gadis muda yang spontan, selamba dan mata duitan. Raisya yang enggan menyambung pelajaran, nekad melarikan diri dari rumah anak yatim yang dihuni dan mula bekerja sebagai pengasuh bayi di rumah keluarga Farish. Pengalaman dibesarkan di Rumah Asuhan Budi menjadikannya cekap dalam menguruskan Qalish, anak Farish yang dijaganya. 

Kecekapan dan keikhlasan Raisya menjaga Qalish menyentuh hati tua ibu Farish, puan Rogayah lantas diaturkan supaya Farish mengahwini Raisya. Farish yang murung sejak kematian bekas isterinya Kasih, telah didesak oleh ibunya untuk mengahwini Raisya demi masa depan Qalish. Raisya pula bersetuju berkahwin dengan imbuhan RM100,000. Dicap sebagai mata duitan oleh suami sendiri tidak berbekas di hati Raisya kerana yang lebih penting adalah sumbangannya kepada Rumah Asuhan Budi.

Mereka berkahwin dan mula mencipta kisah yang penuh warna-warni dalam rumah tangga mereka. Saling mengenali satu sama lain, Raisya memberi impak positif untuk dia bangkit semula. Perlahan-lahan dia mula jatuh cinta untuk kali kedua, memberi ruang untuk Raisya sesuaikan diri sebagai seorang isteri.

Namun emosi Raisya terdera dengan kehadiran Azyan, kawan baik arwah Kasih dan juga Aleya, bakal tunang Fakhrul, adik kembar Farish yang turut meninggal dunia bersama Kasih.

GAMBAR PELAKON
Pelakon Sayang Papa Saya Tak
Pelakon drama Sayang Papa Saya Tak
Drama Sayang Papa Saya Tak
antara pelakon lain

Drama Sayang Papa Saya Tak? (Astro)

Nantikan  drama terbaru adaptasi novel Sayang Papa Saya Tak karya Hanni Ramsul. Diarahkan oleh Amie Maziah di bawah terbitan Suhan Movies ...
Raisha TV3

Nantikan drama terbaru Raisha yang akan mengisi slot Lestary TV3. Bakal menampilkan lakonan Diana Danielle, Hafidz Roshdi, Taib Zamannuri, Puteri Aishah, Ariff Aziz dan ramai lagi. Diarahkan oleh saudara Nizam Zakaria, terbitan OrangeTree Production. Akan menemui penonton pada awal tahun 2017 nanti. 

JUDUL : RAISHA
EPISOD :  -
TARIKH / MASA : 2017
SIARAN : Slot Lestary TV3
PENGARAH : Nizam Zakaria
TERBITAN : OrangeTree Production Sdn Bhd
PELAKON : Diana Danielle, Hafidz Roshdi, Taib Zamannuri, Puteri Aishah, Ariff Aziz, Aishah Azman, Tash Yong, Abil, Tunku Hanis, Megat Amir, Adam Lee, Rais Hazlin

WATAK PELAKON
Diana Danielle sebagai Raisha
Hafidz Roshdi sebagai Fuad
Taib Zamannuri sebagai Remy
Puteri Aishah sebagai Siti Aishah
Aishah Azman sebagai Melly 

SINOPSIS RAISHA 
~akan dikemaskini kelak

GAMBAR PELAKON
Pelakon Raisha
barisan pelakon drama Raisha

Drama Raisha (TV3)

Nantikan drama terbaru Raisha yang akan mengisi slot Lestary TV3. Bakal menampilkan lakonan Diana Danielle, Hafidz Roshdi, Taib Zamannuri, P...

Monday, 26 December 2016

Hantu Punya Bos

MIG Production akan membawakan drama komedi romantik bertajuk Hantu Punya Bos adaptasi daripada novel karya Dekna Lee terbitan Love Novel. Menampilkan gandingan Shukri Yahaya dengan pelakon baru, Intan Najuwa selaku teraju utama. Drama bersiri 20 episod itu diarahkan oleh Feroz Kader. Akan menemui penonton bermula 28 Disember ini, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 6.30 petang di TV3.

JUDUL : HANTU PUNYA BOS !
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 28 Disember 2016
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 6.30 petang
SIARAN : Slot Iris TV3
PENULIS NOVEL : Dekna Lee
PENGARAH : Mohamed Feroz Kader Abdul Kader
TERBITAN : MIG Production Sdn Bhd
PELAKON : Syukri Yahya, Intan Najuwa, Aizat Hassan, Julia Marin, Afiera Riana, Fahmy Reza, Iszander Nor, Vicha Saywho, Serina Redzuawan, Tengku Fiella, Tash Yong, Faried War, Yan Ibrahim, Nur Qistina Raisah, Manan Sulaiman, Airis Yasmin, Ben Ryzlan, Syerinie 

WATAK PELAKON
Shukri Yahaya sebagai Arrayyan Zainuddin
Intan Najuwa sebagai Abby
Aizat Hassan sebagai Hisyam
Julia Marin sebagai Diela
Afiera Riana sebagai Suzanna
Fahmy Reza sebagai Azham
Iszander Nor sebagai Wandi
Tengku Fiella sebagai Lisa
Vicha Saywho sebagai Maira
Serina Redzuawan sebagai Rozie
Tash Yong sebagai Ain 

LAGU TEMA / OST 
Tajuk : Hantu Atau Buaya
Artis : Nanasheme
Komposer & Lirik : DJ Fuzz

SINOPSIS HANTU PUNYA BOS
Mengisahkan Abby (Intan Najuwa) yang mengambil keputusan secara mengejut untuk menggantikan tempat kerja sahabat baiknya, Diela kerana memerlukan wang untuk mengubati ibunya yang sedang sakit di kampung. Diela pula tidak sabar untuk berhenti bekerja dengan bos yang berperangai seperti hantu.

Arrayyan (Shukri Yahaya) terkejut apabila Diela dapat cari penggantinya dalam masa yang singkat. Namun, Arrayyan akur dan menerima Abby sebagai pembantu peribadinya. Yang Arrayyan tidak sangka, sikap Abby yang cepat melatah dan suka menjawab bakal mencabar dirinya sebagai seorang bos yang sering ditakuti oleh pekerjanya.

Pada hari pertama, Arrayyan menyuruh Abby memperkenalkan diri kepada semua staf. Abby cemas dan terus dimarah oleh Arrayyan, Abby menjawab secara spontan dan membuatkan semua orang terpaku dengan keberaniannya. Arrayyan memaafkannya sebab baru hari pertama Abby bekerja.

Arrayyan mula naik angin apabila Abby membalas tengkingannya. Itu merupakan kali pertama Arrayyan ditengking dalam seumur hidup. Pada mulanya, Arrayyan sukar untuk menerima telatah Abby yang suka melatah. Namun, dia akur apabila Abby segera meminta maaf.

Seluruh pejabat mentertawakan Arrayyan yang terkebil-kebil ditengking Abby. Oleh kerana terlalu bengang, Arrayyan hendak memotong gaji semua orang sebanyak 20%. Abby rasa bersalah dan meminta Arrayyan memotong gajinya.

Dato� Zainuddin, ayah kepada Arrayyan membuat lawatan mengejut ke pejabat. Dia memerhatikan sikap garang Arrayyan pada Abby. Dato� Zainuddin berpesan kepada Arrayyan untuk mengawal kemarahan. Dato� Zainuddin turut memberi amaran supaya Abby ialah pembantu peribadinya yang terakhir.

Pada masa yang sama, Abby berusaha mengambil hati Arrayyan. Arrayyan mula tertarik dengan kepetahan Abby ketika berinteraksi dengan klien. Kerjaya Abby yang baru bermula di syarikat Arrayyan terjejas dengan tuduhan bekas majikannya, kononnya dia dipecat kerana menggoda bos. Arrayyan marah dan mahu memecat Abby.

Apakah jalan penyelesaian yang dilakukan oleh Arrayyan untuk mengetahui perkara sebenar tentang pembantu peribadinya itu? Adakah perbuatan Abby itu seburuk seperti diperkatakan?

SINOPSIS NOVEL HANTU PUNYA BOS!
Bekerja sebumbung dengan Arrayyan Zainuddin, memang tidak pernah terlintas di fikiran Abby. Tambahan pula setelah mendengar kutukan Diela terhadap lelaki itu. Setiap hari, ada sahaja aduan yang Abby terima daripada Diela sehinggakan hatinya ikut menyimpan rasa benci terhadap lelaki bernama Arrayyan itu.

Baru hari pertama Abby bekerja di situ, Arrayyan sudah naik gila! Setiap kali dia menjerkah, Abby ikut membalasnya dengan jerkahan, �hantu punya bos!�. Kadang-kadang Abby sertakan dengan bonus, iaitu penampar! Terkedu Arrayyan dibuatnya. Mujurlah Abby ada alasan! Melatah! Kalau tidak sudah pasti tapak tangannya singgah ke muka Abby semula.

Entah sejak bila, dari meluat tengok Abby, kini dia mahu melihat Abby selalu! Kewujudan Wandi membuatkan dia tidak tentu hala. Dia terpaksa mengambil langkah agresif dengan �mengheret� gadis itu ke Melaka bersamanya untuk meluahkan rasa cinta yang baru berputik itu. Dapatkah Abby menerima bos yang berperangai hantu itu?

GAMBAR PELAKON
Hantu Punya Bos

Hantu Punya Bos TV3
Pelakon drama Hantu Punya Bos
Pelakon Hantu Punya Bos
Barisan pelakon

Drama Hantu Punya Bos (TV3)

MIG Production akan membawakan drama komedi romantik bertajuk Hantu Punya Bos adaptasi daripada novel karya Dekna Lee terbitan Love Novel. M...
Cikgu Dina Pakai  Prada

Saksikan telefilem Cikgu Dina Pakai Prada lakonan Ruhainies, Redza Rosli, dan Jaja Iliyes di TV9 hari Isnin ini pukul 8.30 malam. 

JUDUL : CIKGU DINA PAKAI PRADA
TARIKH / MASA : Isnin, 26 Disember 2016, 8.30 malam
SIARAN : Slot Skrin Di 9 (TV9)
SKRIP : Syarifah Kirana
PENGARAH : Fadzil Teh
TERBITAN : Zeel Production Sdn Bhd
PELAKON : Ruhainies, Redza Rosli, Jaja Iliyes, Hanis Nabilah, Rozita Che Wan

SINOPSIS CIKGU DINA PAKAI PRADA
Mengisahkan Dina merupakan seorang lepasan jurusan fesyen yang teringin sangat nak jadi pereka fesyen. Hidupnya dipenuhi dengan pelbagai angan-angan untuk menjadi seperti selebriti, hidup mewah dan memakai pakaian yang mahal-mahal. Ibunya marah dengan Dina kerana masih tidak mahu bekerja dan hanya menghabiskan duit keluarga. Sehinggalah suatu hari Dina mendapat surat tawaran untuk menjadi seorang guru. Atas desakan ibunya, Dina akur walaupun dia tak bersedia menjadi seorang guru, apatah lagi ditempatkan di sebuah kampung. Hidup Dina kini berubah 360 darjah kerana ini bukan kehidupan yang dia inginkan.

Pelakon Cikgu Dina Pakai Prada
Pelakon telemovie Cikgu Dina Pakai Prada

Cikgu Dina Pakai Prada (TV9)

Saksikan telefilem Cikgu Dina Pakai Prada lakonan Ruhainies, Redza Rosli, dan Jaja Iliyes di TV9 hari Isnin ini pukul 8.30 malam.  JUDUL : C...

 

Layan Drama Melayu Online Terbaru © 2015 - Blogger Templates Designed by Templateism.com, Plugins By MyBloggerLab.com