Monday, 2 January 2017

Azam Yang Terlampau

Saksikan telefilem Azam Yang Terlampau lakonan Beto Kusyairy, Ika Nabila, dan Fathiya Latiff, pukul 10.00 malam ini di TV2

JUDUL : AZAM YANG TERLAMPAU
TARIKH / MASA : Selasa, 3 Januari 2017, 10.00 malam
SIARAN : Slot Citra TV2 (RTM)
PENGARAH : Hashim Rejab
TERBITAN : CMA Media Production
PELAKON : Beto Kusyairy, Ika Nabila, Fathiya Latiff, Hairi Safwan, Datuk Jalaluddin Hassan, Didie Alias, Fadhil Dani

SINOPSIS AZAM YANG TERLAMPAU
Mengisahkan Amri, Manisah dan Rosiah berpakat untuk lari dari kampung. Amri lari kerana dia terlibat dengan skim cepat kaya dan dia dikehendaki orang kampung. Rosiah lari kerana dipaksa berkahwin dengan Haji Sahak yang seusia ayahnya. Manisah pula membawa diri kerana bercita-cita untuk menjadi pelakon. Namun, ayah Rosiah berjaya menjejaki mereka! Apakah yang terjadi selepas itu?

Pelakon Azam Yang Terlampau

Azam Yang Terlampau (TV2)

Saksikan telefilem Azam Yang Terlampau lakonan Beto Kusyairy, Ika Nabila, dan Fathiya Latiff, pukul 10.00 malam ini di TV2 JUDUL : AZAM YANG...
Mentor Milenia 2017

Program realiti Mentor Milenia bakal kembali mencari dan mencungkil bakat anak-anak muda dalam bidang nyanyian. Tertumpu kepada golongan muda dalam lingkungan umur dari 17 hingga 21 tahun, Mentor Milenia bertujuan mencari dan mengasah bakat-bakat baharu untuk menjadi penghibur yang berjaya dan berkemampuan melakar nama mereka di dunia seni. 

Mentor Milenia musim baharu ini masih lagi mengekalkan format yang sama dengan menampilkan empat orang mentor iaitu Black, Hazama, Akim dan terbaharu Tomok. Mentor Milenia bakal menemui penonton TV3 bermula 5 Februari 2017 pada setiap hari Ahad, pukul 9.00-11.00 malam dan Jurnal Mentor Milenia juga akan bersiaran pada 12 Februari 2017, setiap Ahad, pukul 6.00 petang. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my/mentormilenia 

MentorMilenia2017
Sesi uji bakat Mentor Milenia 2017

Mentor Milenia 2017 (TV3)

Program realiti Mentor Milenia bakal kembali mencari dan mencungkil bakat anak-anak muda dalam bidang nyanyian. Tertumpu kepada golongan mud...

Sunday, 1 January 2017

Rombongan Marhaban Sesat Jalan

Jangan lupa untuk saksikan telefilem komedi Rombongan Marhaban Sesat Jalan hari Isnin ini, 8.30 malam di TV9. Lakonan Jue Aziz, Kazar Saisi, Hairi Safwan, Syainie Aida dan ramai lagi. 

JUDUL : ROMBONGAN MARHABAN SESAT JALAN
TARIKH / MASA : Isnin, 2 Januari, 8.30 malam
SIARAN : Slot Skrin Di 9 (TV9)
SKRIP : Zarihah Hassan
PENGARAH : Khalid Nadzri
TERBITAN : Alfanazra Productions Sdn Bhd
PELAKON : Jue Aziz, Kazar Saisi, Sahronizam, Hairi Safwan, Syainie Aida, Mak Jah, Aliff Yasraff, Mak Wan Latah, Raja Afiq

SINOPSIS ROMBONGAN MARHABAN SESAT JALAN
Kumpulan marhaban pimpinan Che Rose telah memenangi pertandingan berzanji peringkat daerah. Mereka dijemput membuat persembahan yang akan berlangsung di Kuala Lumpur. Setelah berbincang, mereka sepakat untuk pergi ke sana dengan menaiki bas. Sepanjang perjalanan, pelbagai kerenah para peserta dapat dilihat.

Pelakon Rombongan Marhaban Sesat Jalan
gambar pelakon

Rombongan Marhaban Sesat Jalan (TV9)

Jangan lupa untuk saksikan telefilem komedi Rombongan Marhaban Sesat Jalan hari Isnin ini, 8.30 malam di TV9. Lakonan Jue Aziz, Kazar Saisi,...
Sumpah Ibu

Drama bersiri Sumpah Ibu akan mengisi slot Azalea TV9. Sebuah drama terbitan A.Aida Production hasil arahan Rusdi Ramli. Membariskan pelakon seperti Adiba Yunus, Nafiez Zaidi, Faiz Tapaw, dan Rashidah Jaffar. Drama Sumpah Ibu bersiaran mulai 8 Januari 2017, setiap hari Selasa hingga Ahad pukul 8.30 malam di TV9. Ulangan di TV3 sejurus tamatnya tayangan di TV9. Drama ini boleh juga menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.

JUDUL : SUMPAH IBU
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 8 Januari 2017
HARI / MASA : Selasa-Ahad, 8.30 malam
SIARAN : Slot Azalea TV9 & TV3
PENGARAH : Rusdi Ramli
TERBITAN : A.Aida Production Sdn Bhd
PELAKON : Adiba Yunus, Nafiez Zaidi, Faiz Tapaw, Rashidah Jaffar, Eyka Darhana, Chomat Samad, Erry Putra, Ramli Salleh, Fazli Zainal, Natasya Mahyan, Julia Farhana Marin, Fad Anuar, Comel Fana

WATAK PELAKON
Adiba Yunus sebagai Intan
Nafiez Zaidi sebagai Farhan
Faiz Tapaw sebagai Fauzi
Rashidah Jaffar sebagai Kasmah
Ramli Salleh sebagai Mansur
Chomat Samad sebagai Haris
Erry Putra sebagai Nasir 

SINOPSIS SUMPAH IBU
Menigsahkan Intan (Adiba Yunus) seorang gadis bijak tekad untuk belajar bersungguh-sungguh kerana dia mahu keluar dari kemiskinan keluarganya. Dia merasa terbeban untuk memikul tangggungjawab ibunya, Kasmah (Rashidah Jaafar) setelah ayahnya, Mansur (Ramli Saleh), lumpuh. Intan mempunyai seorang abang, Fauzi (Faiz Tapaw) yang cacat dan juga seorang adik iaitu Farhan (Nafiez Zaidi). Intan juga mempunyai seorang kekasih, bernama Haris (Chomatt Samad). Haris seorang pemuda yang baik hati, dia sentiasa memberikan dorongan dan tidak lokek untuk membantu keluarga Intan.

Kasmah sangat menyayangi Intan walaupun Intan sering memarahinya kerana Intan merasa terbeban dengan pelbagai masalah keluarga mereka. Walaupun begitu, demi masa depan Intan, Kasmah sanggup berkorban dengan menjual semua barang kemasnya bagi membolehkan Intan melanjutkan pelajarannya dan mendapat pekerjaan yang baik untuk membantu keluarga. Namun, Intan mula lupa diri dan pada sumpahnya untuk membantu keluarga apabila dia sudah berjaya.

Lebih ironi, Intan langsung tidak peduli apabila projek pembinaan yang bakal diuruskan oleh syarikat Nasir (Erry Putra), kekasih barunya itu akan memusnahkan penduduk kampung tempat dia membesar termasuk keluarganya sendiri. Bagai tiada perasaan, sudahlah tidak mengaku asal usulnya, Intan mencadangkan supaya Nasir memberi wang pampasan untuk menghalau mereka daripada kawasan tersebut.

Kerana ingin hidup senang dan mewah membuatkan Intan lupa segala pengorbanan dan kasih sayang ibunya. Intan curang pada kesetiaan Haris yang sentiasa berada disisi sewaktu dia susah dahulu. Intan juga kejam kerana tidak langsung pulang melawat Mansur yang sakit, sehinggalah Mansur meninggal dunia. Intan juga berpura-pura tidak mengenali Farhan malah hanya membiarkan adiknya itu dipukul ketika Farhan ingin memujuknya untuk pulang ke rumah mereka. Kamsah menjadi murung dan sentiasa dalam kesedihan mengenangkan Intan yang sudah lupa akan janji-janjinya dahulu.

Adakah selamanya Intan dapat hidup tenang dengan melupakan sumpah yang dilafazkan dahulu? Dapatkan Kasmah memaafkan Intan?

GAMBAR PELAKON
Sumpah Ibu
Pelakon drama Sumpah Ibu

Drama Sumpah Ibu (TV9)

Drama bersiri Sumpah Ibu akan mengisi slot Azalea TV9. Sebuah drama terbitan A.Aida Production hasil arahan Rusdi Ramli. Membariskan pelakon...
Menanti Februari

Nantikan drama terbaru di slot Samarinda TV3 bertajuk Menanti Februari. Sebuah drama terbitan Sha's Media Sdn Bhd dan diarahkan oleh Ayie Mustafa. Menampilkan gandingan Nur Fathia Latiff, Zul Ariffin dan Afiq Muiz sebagai pelakon utama. Drama bersiri Menanti Februari dijadual bersiaran pada bulan Mac nanti. 

JUDUL : MENANTI FEBRUARI 
EPISOD : 16 episod
TARIKH / MASA : Mac 2017
SIARAN : Slot Samarinda TV3
PENGARAH : Ayie Mustafa
TERBITAN : Sha's Media Sdn.Bhd
PELAKON : Nur Fathia Latiff, Zul Ariffin, Afiq Muiz, Wan Nor Azlin, Riz Amin

WATAK PELAKON 
Fathia Latiff as Fiza
Zul Ariffin sebagai Arie
Afiq Muiz sebagai Edi

SINOPSIS MENANTI FEBRUARI 
~akan dikemaskini kelak

GAMBAR PELAKON
Pelakon Menanti Februari
Pelakon drama Menanti Februari

Drama Menanti Februari (TV3)

Nantikan drama terbaru di slot Samarinda TV3 bertajuk Menanti Februari. Sebuah drama terbitan Sha's Media Sdn Bhd dan diarahkan oleh Ayi...

 

Layan Drama Melayu Online Terbaru © 2015 - Blogger Templates Designed by Templateism.com, Plugins By MyBloggerLab.com