Friday, 30 July 2021


Telefilem : Tiada Lagi

Produksi : Ace Technoscience Sdn Bhd
Pengarah : Man Kobena
Siaran : Cerekarama TV3
Tayangan : 22 Februari 2020
Pelakon : Rita Rudaini, Eizlan Yusof, Jay Iswazir, Dayang Areeda

Telefilem Tiada Lagi akan ditayangkan semula di slot Cerekarama TV2 pada 31 Julai 2021 mengisahkan Datin Nureen Azalea (Rita Rudaini) yang meraikan ulangtahun perkahwinannya yang ke-15 bersama Datuk Nizar (Eizlan Yusof).

berlaku peristiwa malang apabila kediaman mereka dipecah masuk seterusnya salah seorang perompak tersebut yang bernama Iskandar (Jay Iswazir) membongkar rahsia perkahwinan kedua Datuk Nizar bersama Fatin (Dayang Areeda).

Datuk Nizar membuat keputusan untuk tidak melaporkan kejadian tersebut kepada polis demi menjaga reputasi beliau manakala Datin Nureen pula sangat kecewa dan mahukan perceraian.

Namun siapa sangka semua yang berlaku adalah perancangan Datin Nureen sendiri, apakah sebenarnya yang berlaku? tonton kesemuanya dalam Cerekarama Tiada Lagi pada 31 Julai 2021 jam 10 malam di TV3.

Telefilem | Tiada Lagi (Cerekarama TV3)

Telefilem : Tiada Lagi Produksi : Ace Technoscience Sdn Bhd Pengarah : Man Kobena Siaran : Cerekarama TV3 Tayangan : 22 Februari 2020 Pela...

Saturday, 24 July 2021



Telefilem : Balasan Dosa
Produksi : Rashbir Media Sdn Bhd
Pengarah : Rashid Sibir
Siaran : TV9
Tayangan : 19 Jun 2017
Pelakon : Jalil Hamid, Jasmin Hamid, Nad Zainal, Fahrin Ahmad, Octovia Manrose

Telefilem Balasan Dosa pernah ditayangkan di TV9 kini diulang tayang semula di TV3 pada 24 Julai 2021 jam 12.30 malam. sebuah telefilem arahan Rashid Sibir dan dibarisi barisan pelakon hebat seperti Jalil Hamid, Nad Zainal dan Jasmin Hamid.

Balasan Dosa mengisahkan tentang seorang ibu angkat yang tidak adil dalam membahagikan kasih sayang kepada anak-anaknya. Timah (Jasmin Hamid) yang terpengaruh dengan hasutan kawannya lalu bertindak mendera Aminah (Nad Zainal) dan menghalau Aminah keluar dari rumah tersebut.

Sahak (Jalil Hamid) selalu menenangkan Aminah tapi adakah Asnah (Octovia Manrose) akan melayan Aminah seperti kakak kandungnya atau mengikut perlakuan Timah?

Telefilem | Balasan Dosa (2017)

Telefilem : Balasan Dosa Produksi : Rashbir Media Sdn Bhd Pengarah : Rashid Sibir Siaran : TV9 Tayangan : 19 Jun 2017 Pelakon : Jalil Hamid,...

Friday, 23 July 2021



Telefilem : Haji Gugel
Produksi : A.Aida Production
Pengarah : Bade Haji Azmi
Penulis Skrip : Azlina Din
Siaran : TV3
Tayangan : 22 Ogos 2018
Pelakon : Kazar Saisi, Liyana Jasmay, Aida Aris, Ridzuan Hashim

Telefilem Haji Gugel pernah ditayangkan di slot Cerekarama TV3 dan akan diulang semula pada 24 Julai 2021. telemovie arahan Bade Azmi dan dibintangi barisan pelakon terkenal seperti Kazar Saisi, Liyana Jasmay dan Aida Aris.

Haji Gugel mengisahkan Arman (Kazar) yang tak pernah menjejakkan kaki ke Mekah apatah lagi mengerjakan haji tapi setiap kali musim haji, Arman yang paling teruja dan mendominasi keadaan untuk bercerita kepada penduduk kampung tentang ibadah haji seperti pernah ke sana.

semua info dan maklumat haji tersebut bukanlah berdasarkan pengalaman Arman tapi diperoleh melalui hasil carian google. anak dan isteri Arman tak suka Arman terus menipu kepada orang kampung tentang kisah dia menunaikan haji.

Telefilem | Haji Gugel (Cerekarama TV3)

Telefilem : Haji Gugel Produksi : A.Aida Production Pengarah : Bade Haji Azmi Penulis Skrip : Azlina Din Siaran : TV3 Tayangan : 22 Ogos 201...

Thursday, 15 July 2021


Novel : Ayat-Ayat Halal
Penulis : Syamnuerizmil
Helaian : 264
Penerbit : The Chapter
Terbitan : Julai 2017

seminggu dua ni langsung tak ada mood nak tengok drama, ingatkan nak habiskan novel yg borong waktu bulan puasa hari itu tapi baru baca dua tiga bab lepas tu pegang buat cukup syarat saja. aku beli novel ni selepas tengok drama Ayat-Ayat Halal, best juga dramanya tapi malas pula nak follow setiap hari, itu yg terus order. nipis saja bukunya tak sampai sehari dah habis baca.


Ayat-Ayat Halal mengisahkan Ebrahim Alfarez yg bekerja di Qatar tiba-tiba buat keputusan bercuti selama tiga minggu untuk menyambut bulan puasa bersama keluarganya di Malaysia. rancangannya nak buat kejutan tapi Ebrahim pula dikejutkan dengan berita ibunya pergi menunaikan umrah bersama adik-adiknya. nak tak nak terpaksalah berpuasa seorang diri di Malaysia.

sebelum berangkat ibunya sempat berpesan yg makanannya akan diuruskan oleh anak jiran sebelah rumah bernama Ulya Ayani. kali pertama bertentang mata, Ebrahim dah jatuh cinta dengan Ulya tambahan pula Ulya pandai buat kek pandan kegemarannya.

demi Ulya tak pasal dia jadi ustaz Ebrahim bila Pak Ayob (ayah Ulya) minta Ebrahim mengajarnya mengaji Al-Quran bak kata Pak Ayob kalau dah lama duduk Qatar mesti pandai cakap arab.


masalahnya sekarang, saingan Ebrahim bukan kaleng-kaleng orangnya, Ustaz Hassan anak tok imam kampung baru balik dari Mesir dan Ebrahim pula cuma ustaz celup. lagi tak senang duduk bila tahu Ulya adalah sepupu Murni, bekas kekasihnya dulu.

walaupun ada sokongan daripada Pak Ayob bukan senang juga nak memikat Ulya, macam-macam ayat-ayat halal yg keluar tapi langsung tak dapat respon positif daripada Ulya. berjayakah Ebrahim mencari jodohnya sebelum pulang semula ke Qatar. siapakah pilihan hati Ulya Ayani?

overall, jalan ceritanya Ayat-Ayat Halal sangat menghiburkan, walaupun nipis saja bukunya tapi padat dengan isi dan pengajaran.

Review Novel | Ayat-Ayat Halal by Syamnuerizmil

Novel : Ayat-Ayat Halal Penulis : Syamnuerizmil Helaian : 264 Penerbit : The Chapter Terbitan : Julai 2017 seminggu dua ni langsung tak ada ...
Cik Buah Hati Encik Sendu by Airisz

Novel : Cik Buah Hati Encik Sendu
Penulis : Airisz
Helaian : 397
Penerbit : Karya Seni
Terbitan : November 2020

Cik Buah Hati Encik Sendu mengisahkan Fauziah@Jee yg terpaksa mengalaskan tanggungjawab menjadi ketua keluarga selepas ayahnya meninggal di awal usia 18 tahun. bukan senang nak cari nafkah nak besarkan 6 orang adik-beradik yg masih sekolah dengan emaknya pula meroyan selepas melahirkan adiknya yg bongsu tak dapat menerima kenyataan kepergian suami tercinta.

Jee rela berkorban tak sambung belajar untuk pastikan kehidupan mereka terjamin nasib baiklah adik-beradiknya saling memahami dan meringankan tugasnya. ada juga yg prihatin dengan nasib mereka sekeluarga dan turut membantu.

bab yg sakit hati dalam novel ni tentang keluarga belah bapanya yg lepas tangan dengan nasib Jee keluarga. dah la nak tanya khabar pun susah, asal datang sahaja menambahkan masalah dan menyakitkan hati sahaja. memang puaslah bila di hujung cerita masing-masing dapat pengajaran yg sewajarnya.

Uzair, watak hero pula walaupun di permulaan cerita nampak tak ada masa depan kemudiannya lebih serius dengan hidup dia. Jee pun mula terbuka hati bila nampak perubahan Uzair dan selalu bersama dengan dia di saat susah dan senang.

walaupun tajuk novel ni Cik Buah Hati Encik Sendu nampak macam santai tapi jalan cerita dia lebih kepada kehidupan, tentang tanggungjawab dan tentang Jee yg bersusah payah dan rela berkorban segalanya untuk menjaga keluarga. overall, jalan cerita yg menarik dan banyak mesej dan juga pengajaran yg cuba disampaikan melalui novel ni.

**MY RATING: ⭐⭐⭐3/5**

Review Novel | Cik Buah Hati Encik Sendu by Airisz

Novel : Cik Buah Hati Encik Sendu Penulis : Airisz Helaian : 397 Penerbit : Karya Seni Terbitan : November 2020 Cik Buah Hati Encik Sendu me...

 

Layan Drama Melayu Online Terbaru © 2015 - Blogger Templates Designed by Templateism.com, Plugins By MyBloggerLab.com