Wednesday, 10 March 2021

Sinopsis Drama Romantika 4 Hari 3 Malam (TV3)

Drama : Romantika 4 Hari 3 Malam
Produksi : Wiranusa Corporation Sdn Bhd
Pengarah : Nizam Zakaria
Penulis Skrip : Wizana Emilia
Slot : Lestary TV3
Mula Tayangan : 10 Mac 2021
Episod : 13
Masa : Rabu-Sabtu | 9.00 Malam
Pelakon : Amelia Henderson, Sean Lee, Syafi Tee, Nynaa Harizal, Wafariena, Ziela Bakarin, Sahronizam Noor, Lisdawati, Aida Aris

Drama adaptasi novel Romantika 4 Hari 3 Malam karya Wizana Emilia mengisahkan Lana Analia (Emilia Henderson) seorang penulis artikel yg diberi tugas menulis mengenai blind date. 

Sinopsis Drama Romantika 4 Hari 3 Malam

Cik Nor (Aida Aris), ketuanya menyuruh Lana sendiri pergi blind date untuk mendapat inspirasi menulis. hasilnya, artikel Lana Analia menjadi artikel paling popular yg ditulis melalui pengalamannya sendiri.

Amar (Sean Lee) tertekan bila ibunya tak habis mahu menjodohkan dia dengan gadis pilihan ibunya. Amar membuat keputusan pergi bercuti untuk menenangkan fikirannya.


Tanpa diduga, Lana Analia memenangi cabutan bertuah iaitu sebuah percutian eksklusif 4 hari 3 malam di Pulau Impian mencipta pertemuan tanpa dirancang. Seorang lelaki yang dianggapnya panas baran telah berjaya mencuri hati dan jiwanya. Segala-galanya cukup indah sepanjang 4 hari 3 malam di pulau itu.

Namun salah faham menyebabkan Amar pulang lebih awal. Lana cuba menghubungi tapi Amar terus menyepi tanpa pesan mahupun menjawab panggilannya. Lana putus harap dan cuba meneruskan hidupnya seperti biasa, namun percutian itu telah mengubah dirinya. Rindu dan cintanya terlalu dalam buat Amar. Kenangan demi kenangan begitu payah dilupakan.

Sinopsis Drama Romantika 4 Hari 3 Malam (TV3)

Drama : Romantika 4 Hari 3 Malam Produksi : Wiranusa Corporation Sdn Bhd Pengarah : Nizam Zakaria Penulis Skrip : Wizana Emilia Slot : Lesta...

Saturday, 6 March 2021

 Alhamdulillah bulan Februari ni murah rezeki bila dapat hadiah daripada rakan blogger lain. rasanya dah lama juga tak dapat hadiah join giveaway ni, bila sekali sekala dapat hadiah siapa tak happy..hehe


Hadiah Top Commentator Bulan Februari blog Shikin Razali



Hadiah Sayang Giveaway by Syeeda Saniey



Hadiah wang tunai Giveaway by Ejulz & Anakdenesor



blog kedua tersenarai dalam 55 Best Blogs You Need To Follow in 2021 

Terima kasih kepada semua rakan blogger yg selalu bermurah hati buat giveaway dan beri hadiah. Semoga dimurahkan rezeki kalian 😊

Rezeki Blogging Bulan Februari

 Alhamdulillah bulan Februari ni murah rezeki bila dapat hadiah daripada rakan blogger lain. rasanya dah lama juga tak dapat hadiah join giv...

Friday, 26 February 2021


kalau makan di kedai makan thai mesti wajib order sup tulang. nak buat sendiri memang tak rajin sebab nak bagi tulang empuk macam kat kedai bukan main lama nak merebusnya.
sejak dah ada Primada Pressure Cooker, nak masak sup tulang pun cepat dan pantas, dalam masa setengah jam dah dapat sup tulang yg begitu empuk.

BAHAN YANG DIPERLUKAN 
  • 1/2 biji bawang holland (hiris)
  • 2 ulas bawang putih (hiris)
  • 1 inci halia (hiris)
  • 2 batang serai (ketuk)
  • tulang
  • minyak masak
  • air secukupnya
  • 1 biji limau nipis
  • 2 sudu sos ikan
  • 1 biji tomato (dibelah 4)
  • cili padi (ikut suka)
  • 2 biji kentang
  • secubit ladang hitam
  • garam dan gula secukup rasa
  • daun sup (hiris)
  • daun bawang (hiris)

CARA MEMASAK
  1. Panaskan minyak. tumis bawang putih, bawang holland, halia, serai sehingga kekuningan dan naik bau. kalau guna pressure cooker boleh terus tumis dalam tu.
  2. masukkan air. kemudian masukkan tulang dan juga kentang. masak dalam pressure cooker dalam 30 minit.
  3. bila daging dah empuk, masukan sos ikan dan perahan jus limau nipis, tomato dan cili padi.
  4. kemudian, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa dan secubit lada hitam.
  5. Akhir sekali masukkan daun sup, daun bawang dan sedia untuk dihidang.
Kredit Resepi: Geng Makan

Selamat Memasak 😊

Resepi Sup Tulang Ala Thai Mudah dan Ringkas

kalau makan di kedai makan thai mesti wajib order sup tulang. nak buat sendiri memang tak rajin sebab nak bagi tulang empuk macam kat keda...

Thursday, 25 February 2021


ternampak kangkung kat tesco aritu terus beli, ingat nak masak kangkung goreng belacan. oh lupa Tesco dah tukar Lotus sekarang tapi tetap juga nak panggil tesco..haha. kebetulan pula hari ini rajin snap gambar lepas masak so bolehlah simpan resepi kat sini.

BAHAN YG DIPERLUKANN
  • 1 ikat sayur kangkung
  • sedikit minyak masak
  • garam dan gula secukup rasa
#Bahan Kisar
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji cili merah
  • 1 cm belacan 

CARA MEMASAK
  1. Bersihkan kangkung. Asingkan bahagian batang dan daunnya.
  2. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
  3. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan kacau sekejap.
  4. kemudian masukkan batang dan goreng sampai sedikit layu. masukkan pula bahagian daun.
  5. gaul rata dan kacau seketika, jangan sampai sayur terlebih masak.
  6. Angkat dan hidangkan.

Selamat Memasak 😊

Resepi Kangkung Goreng Belacan Mudah dan Ringkas

ternampak kangkung kat tesco aritu terus beli, ingat nak masak kangkung goreng belacan. oh lupa Tesco dah tukar Lotus sekarang tapi tetap ...

Monday, 22 February 2021


Artis : Naim Daniel
Lagu : Purnama
Lirik : Amzar Razqa
Komposer : Amzar Razqa, Naim Daniel

LIRIK

Tak terungkap kata
Menyedari masa
Kemana perginya dia

Jika ditakdirkan
Begini rasanya
Terpaksa aku terima

Gantikan la jika ini
Yang terbaik buatmu
Ku relakan ikhlasnya

Kurindukan purnamaku
Doaku kan bersamamu
Semoga hatimu kan kekal abadi
Terhadap diriku
Tuhan ku mohon jaga
Dia tanpa ada noktah
Tuhan ku mohon kuatkan hatinya
Selamanya

Aku perlu dia
Ku rindu purnamaku
Dan ku masih begitu
Andai ini takdirnya
Tuhan ku mohon pada-Mu kuatkan lah hatinya

Ku rindukan purnamaku
Doaku kan bersamamu
Semoga hatimu kan kekal abadi terhadap diriku
Tuhan ku mohon jaga
Dia tanpa ada noktah
Tuhan ku mohon kuatkan hatinya
Selamanya

Ku rindukan purnamaku
Doaku kan bersamamu
Semoga hatimu kan kekal abadi terhadap diriku
Tuhan ku mohon jaga dia tanpa noktah
Tuhan ku mohon kuatkan hatinya selamanya

Aku perlu dia (ooo)
Aku perlu dia (ooo)

Lagu | Naim Daniel - Purnama (OST Aku Yang Kau Gelar Isteri)

Artis : Naim Daniel Lagu : Purnama Lirik : Amzar Razqa Komposer : Amzar Razqa, Naim Daniel LIRIK Tak terungkap kata Menyedari masa Kemana pe...

 

Layan Drama Melayu Online Terbaru © 2015 - Blogger Templates Designed by Templateism.com, Plugins By MyBloggerLab.com