Monday, 7 August 2023

Sinopsis Telefilem Misteri Bilik Bawah (TV9)

Telefilem : Misteri Bilik Bawah
Produksi : ZK Creative Productios
Pengarah : Khairul Anuar Mat Noor
Penulis Skrip : Rohaidah Haron
Siaran : TV3/ TV9
Tayangan Asal : 18 Januaru 2020
Pelakon : Nad Zainal, Zahiril Adzim, Dynas Mokhtar, Roy Azman, Nadia Mustafa, PU Rizz, Nisha

Sinopsis Telefilem Misteri Bilik Bawah

Zalika sering mengalami gangguan dan mimpi yang pelik sejak berpindah ke rumah lama milik mertuanya. Dia mengesyaki bilik bawah yang berkunci dan dilarang daripada membukanya oleh ayah mentuanya itu mempunyai kaitan dengan gangguan yang dialami. 

Arman tidak percaya dengan cerita Zalika sehingga berlakunya perselisihan faham antara mereka berdua. Selepas rahsia terbongkar ketika majlis tahlil dan doa selamat berlangsung, barulah Arman mempercayai segala kata-kata isterinya itu.

Sinopsis Telefilem Misteri Bilik Bawah (TV9)

Dibintangi oleh Nad Zainal sebagai Zalika, Zahiril Adzim, Dynas Mokhtar dan ramai lagi. Misteri Bilik Bawah akan bersiaran semula pada hari isnin ini (7 Ogos 2023) , jam 8.30 malam di TV9.

Sinopsis Telefilem Misteri Bilik Bawah (TV9)

Telefilem : Misteri Bilik Bawah Produksi : ZK Creative Productios Pengarah : Khairul Anuar Mat Noor Penulis Skrip : Rohaidah Haron Siaran : ...

Saturday, 8 April 2023

Resepi Ayam Masak Bali


BAHAN-BAHAN
  • Ayam
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Minyak
  • 3 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • Halia sebesar ibu jari
  • 5 batang serai yang diketuk
  • 5 tangkai daun kari
  • 3 sudu cili boh
  • 1 sudu Sos tiram 
  • Kicap Manis
  • Air asam jawa
  • 2 biji cili padi merah
  • Air


CARA MEMBUATNYA
  1. Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Kemudian goreng sehingga masak dan garing dan ketepikan.
  2. Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan sedikit air sehingga halus.
  3. Tumis daun kari dan batang serai, masukkan bahan kisar tadi. 
  4. Kacau sekejap kemudan masukkan cili boh dan tambah sedikit air, masak sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan sos tiram dan kicap. Kicap tu boleh agak-agak sampai tumisan warna gelap.
  6. Masukkan air asam jawa dan kacau.
  7. Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi. tambah cili dan daun kari untuk lebih wangi, gaulkan sehingga sebati dan boleh angkat untuk dihidang.

Kredit Resepi : Khairul  Aming

Resepi Ayam Masak Bali

BAHAN-BAHAN Ayam Serbuk kunyit Garam Minyak 3 biji bawang merah 5 ulas bawang putih Halia sebesar ibu jari 5 batang serai yang diketuk 5 ta...

Friday, 7 April 2023

Resepi Puding Karamel


BAHAN-BAHAN

Bahan Untuk Gula Karamel
  • 1/4 cawan gula
  • 3 sudu besar air

Bahan Untuk Puding
  • 1 paket agar-agar (10g)
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 4 cawan air
  • 3/4 cawan gula
  • 3 sudu besar tepung kastard
  • 1 sudu kecil esen vanila


CARA MEMBUATNYA
  1. Untuk membuat gula karamel : Panaskan gula dan air di dalam periuk di atas api perlahan sehingga warna bertukar keperangan, kemudian baru kacau sekata.
  2. Tuang dalam loyang dan ketepikan
  3. Cara-cara untuk membuat puding pula : Satukan semua bahan untuk puding di dalam periuk.
  4. Kacau bahan-bahan tadi di atas api sederhana menggunakan whisk atau senduk. Jangan bagi adunan berketul.
  5. Kacau sehingga adunan mendidih dan sedikit pekat.
  6. Tapis dan tuang ke dalam loyang berisi karamel tadi.
  7. Sejukkan sekejap dan masukkan ke dalam peti ais 2-3 jam sebelum di makan.

Kredit Resepi : Che Nom 

Resepi Puding Karamel

BAHAN-BAHAN Bahan Untuk Gula Karamel 1/4 cawan gula 3 sudu besar air Bahan Untuk Puding 1 paket agar-agar (10g) 1 tin susu cair 1/2 cawan su...

Friday, 17 March 2023

Resepi Sambal Ikan Bilis dan Kentang
Kredit: Google

Tak lama lagi dah nak masuk bulan ramadan, gigih juga tengok resepi cari idea nak masak untuk berbuk nanti. lama tak update blog ni so sis nak simpan resepi yang best kat sini.

Antara kesukaan aku, sambal ikan bilis kentang. cara nak buat sebenarnya simple dan sedap. Selain makan dengan nasi boleh juga cicah dengan roti tapi lagi best bila makan saja.

Bahan-Bahan: 

  • 2 biji kentang
  • Segenggam ikan bilis
  • Air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 biji bawang merah kecil
  • 3 ulas bawang putih
  •  Cili kering

Cara Membuatnya:

  1. Kupas kulis kentang dan hiris nipis-nipis. Kemudian goreng kentang dan ikan bilis sehingga garing.
  2. Kisar bawang merah, bawang putih dan cili kisar agak-agak la nak letak banyak mana. Dengan minyak menggoreng tadi tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. 
  3. Bila sambal sudah pekat, masukkan gula dan air asam jawa.
  4. Masak sehingga sambal bertukar warna menjadi sedikit gelap dan pekat. Tabur garam secukup rasa.
  5. Tutup api dan gaulkan ikan bilis kemudian masukkan kentang goreng tadi. Kerap kacau dan gaul sehingga semua bahan-bahan sekata.


Resepi Sambal Ikan Bilis dan Kentang

Kredit: Google Tak lama lagi dah nak masuk bulan ramadan, gigih juga tengok resepi cari idea nak masak untuk berbuk nanti. lama tak update b...

Friday, 23 December 2022

Review Novel | Partner in Love oleh Sophia

Novel : Partner in Love
Penulis : Sophia
Helaian : 364
Penerbit : Prolog Media
Terbitan : April 2022

Partner in Love mengisahkan Khalisa, gadis janitor di sebuah hospital yang berkawan baik dengan seorang pesakit di situ yang dipanggil Pak Cik Ariffin. sebelum meninggal, Pacik Ariffin sempat bagi satu task pada dia untuk membantu anaknya, Dr Rayyan menyelesaikan teka-teki berkaitan dengan latar belakang Ariffin yang Rayyan sendiri sejarah dan asal-usul bapanya.

Untuk menyelesaikan teka-teka tersebut, Khalisa dan Rayyan semakin rapat dan mereka juga membuat keputusan untuk berkahwin bagi melengkapkan task seterusnya mengembara ke keliling dunia untuk mencari klu dan menyelesaikan teka-teki yang diberi oleh Ariffin.

Review Novel | Partner in Love oleh Sophia

Yang best pasal buku ni adalah part teka-teki dan misteri tu seriusly aku tak boleh nak teka apa yang cuba disampaikan oleh Pacik Ariffin ni. bila Khalisa dan Rayyan dapat satu demi satu klu so kita pun dalam masa yang sama dapat juga susun puzzle yang diberikan. watak Khalisa juga sangat menarik sebab dia yang menjadi kunci dalam menyelesaikan setiap misteri yang diberikan.

dipendekkan cerita, perjalanan Khalisa dan Rayyan ini adalah mencari asal-usul sejarah keluarganya yang bapanya sendiri tak pernah ceritakan dan di penghujung cerita ni sebenar ada kaitan juga dengan wasiat Pacik Ariffin yang menjadi rebutan satu pihak lagi.

something yang kurang pasal buku ni adalah watak yang ada tidak dikembang dengan baik begitu juga dengan jalan cerita so dari segi emosi, tak berapa nak sampai. buku ni bagi aku terlalu fokus pada misteri dan teka-teki tu, tahu-tahu dah sampai tempat tu tahu-tahu dah jumpa klu tu. memang laju cerita dia, best game pacik Ariffin ni tapi macam nak cakap ye, macam kita tak attach dengan watak tak absorb ke dalam cerita dia gitu. 

but overall, buku yang menarik untuk dibaca. siapa yang suka buku pasal game dan misteri bolehlah try baca buku Partner in Love. :)

**MY RATING : ⭐⭐⭐ 3/5**

Baca juga : 

Review Novel | Partner in Love oleh Sophia

Novel : Partner in Love Penulis : Sophia Helaian : 364 Penerbit : Prolog Media Terbitan : April 2022 Partner in Love mengisahkan Khalisa, ga...

 

Layan Drama Melayu Online Terbaru © 2015 - Blogger Templates Designed by Templateism.com, Plugins By MyBloggerLab.com