Saturday 8 October 2016

Awe Keno Nikah

Saksikan telefilem komedi bertajuk "Awe Keno Nikoh" di slot Panggung Ahad 9hb Oktober 2016 (Ahad) pukul 10.30 pagi di RTM TV1. Lakonan Zahiril Adzim, Uqasha Senrose, Adeg Jiey, Man Khan dan lain-lain lagi. Tonton online di myklik.rtm.gov.my

JUDUL : AWE KENO NIKAH
TARIKH / MASA : Ahad, 9 Oktober 2016, 10.30 pagi
SIARAN : Panggung Ahad TV1 (RTM)
PENGARAH : Dato Seri T.S Jeffry
TERBITAN : Pentas Wayang Production Sdn Bhd
PELAKON : Zahiril Adzim, Uqasha Senrose, Ben Kenobi, Man Khan, Abe Yeo Kaybee, Adeq Jiey, Rosalinda Dikir, Maligi, Khairul Imsan, Nor Hamiza

SINOPSIS  AWE KENO NIKAH
Awe yang baru bertugas di Kelantan sering memperlekehkan Mek Tie, seorang peniaga �Online� yang dirasakan kasar dan menjual barangan tiada kualiti. Namun sikap Mek Tie yang baik terhadap atoknya dan berperwatakan ceria telah menyebabkan Awe mula jatuh cinta kepada Mek Tie hingga sanggup membuat cerita yang bukan-bukan mengenai Mek Tie dengan harapan dia dapat memiliki Mek Tie tanpa saingan daripada lelaki lain yang turut meminati Mek Tie.

Awe Keno Nikah (TV1)

Saksikan telefilem komedi bertajuk "Awe Keno Nikoh" di slot Panggung Ahad 9hb Oktober 2016 (Ahad) pukul 10.30 pagi di RTM TV1. Lak...
Suri Hati Mr Pilot

Nantikan drama terbaru adaptasi novel Suri Hati Mr. Pilot karya Dyla Dyna yang bakal muncul di Astro Ria. Menampilkan gandingan Fattah Amin dan Neelofa sebagai teraju utama. Drama ini mendapat sentuhan pengarah Michael Ang dan Hadith Omar. Diterbitkan oleh Cube Film Sdn Bhd. Akan menemui penonton di Astro Ria mulai 10 Oktober nanti, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 malam.

JUDUL : SURI HATI MR. PILOT
EPISOD : 16 episod
TARIKH TAYANGAN : 10 Oktober 2016
HARI / MASA : Isnin-Khamis / 10.00 malam
SIARAN : Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123
NOVELIS : Dyla Dyna
SKRIP : Fairul Nizam Ablah / Mamu Vies
PENGARAH : Michael Ang / Hadith Omar
TERBITAN : Cube Film Sdn Bhd
PELAKON : Fattah Amin, Neelofa, Eleena Sui, Alvin Chong, Ben Amir, Azar Azmi, Mas Khan, Aleza Shadan, Nina Juren, Azhar Amir, Adriana Adnan, Nizen Ayob, Rahhim Omar, Fahad Iman, Eina Azman, Adrianna Qasmia, Alif Satar, Siti Nordiana

WATAK PELAKON
Fattah Amin sebagai Ejaz Fakhri
Neelofa sebagai Warda Erina
Ben Amir sebagai Dr muslim
Azar Azmi sebagai Humaira
Nina Juren sebagai Puan Sri Nabiha
Aleza Shadan sebagai Datin Afifah
Eleena Sui sebagai Inara
Alvin Chong sebagai Johan
Fahad Iman sebagai Rafeeq
Adriana Adnan sebagai Jannah
Azhar Amir sebagai Tan Sri Khalid Al-Fattah
Mas Khan sebagai Daniel
Eina Azman sebagai Dr Khairina
Adrianna Qasmia sebagai Qisha

LAGU TEMA / OST SURI HATI MR. PILOT
Tajuk : Selamanya Cinta
Penyanyi : Shila Amzah & Alif Satar
Video & Lirik : Link

SINOPSIS SURI HATI MR PILOT
Pertemuan Ejaz, Mr. Pilot dan Warda membuka semula lembaran kisah dua tahun lalu. Peristiwa yang menyebabkan Warda dibuang keluarga atas kebodohan sendiri yang terlalu taksub dengan cinta Muslim.

Getar yang hadir buat jiwa Warda dan Ejaz kalut sendiri. Ejaz diasak cemburu dengan kehadiran Daniel dan Razif yang turut menyimpan perasaan istimewa pada Warda. Akhirnya dia nekad untuk mengahwini Warda.

Perkahwinan yang terbina mula menimbulkan bibit cinta di hati mereka. Namun tika bahagia berada di puncak, Muslim kembali menuntut cinta. Inara mula menyusun rencana. Ejaz mula diburu curiga. Hubungan yang retak menanti belah akhirnya runtuh saat satu kemalangan menimpa Ejaz dan meragut pergi semua impian dan cintanya buat Warda dan dunia penerbangan. Masih adakah lagi bahagia buat mereka? Layakkah Warda menjadi suri hati buat Mr. Pilotnya? Atau akan menjadi racun berbisa pada kebahagiaan Ejaz?

GAMBAR PELAKON
Suri Hati Mr Pilot
Pelakon Suri Hati Mr Pilot
Pelakon drama Suri Hati Mr Pilot
Drama Suri Hati Mr.Pilot
antara pelakon lain
Gambar Suri Hati Mr Pilot
penampilan istimewa Alif Satar & Siti Nordiana 

Drama Suri Hati Mr Pilot (Astro)

Nantikan drama terbaru adaptasi novel Suri Hati Mr. Pilot karya Dyla Dyna yang bakal muncul di Astro Ria. Menampilkan gandingan Fattah Amin ...

Friday 7 October 2016

Eleena Harris dan Mark Adam

Dengarkan lagu tema drama Nasi Minyak Kuah Cinta yang akan ditayangkan di Dahlia TV3. Info lanjut drama baca di pautan ini [ Link ].

Tajuk : Hanya Dirimu
Penyanyi : Eleena Harris feat Mark Adam
Lagu : DJ Fuzz/ Eleena Harris
Lirik : Viral

LIRIK LAGU HANYA DIRIMU - ELEENA HARRIS FEAT MARK ADAM

Tak pernah ku merasa
Perasaan begini
Cinta rasa bernyawa
Dah lama aku menanti

Suasana berbeza
Kini mula berarti
Meski cahaya senja
Kau hadir terangi

Hidupku hatiku
Kau lengkapi aku
Dirimu diriku
Kan menjadi satu

Jujur hanya dirimu
Hanya dirimu yang lama ku tunggu
Jujur hanya dirimu
Hanya dirimu yang selalu ku mahu

Oh ada kau ku sempurna
Akan aku hargai
Tanpamu ku derita
Tak sanggup ku lalui

Suasana berbeza
Kini mula berarti
Meski cahaya senja
Kau hadir terangi

Hidupku hatiku
Kau lengkapi aku
Dirimu diriku
Kan menjadi satu

Jujur hanya dirimu
Hanya dirimu yang lama ku tunggu
Jujur hanya dirimu
Hanya dirimu yang selalu ku mahu

Jujur hanya dirimu
Hanya dirimu yang lama ku tunggu
Jujur hanya dirimu
Hanya dirimu yang selalu ku mahu

Jujur hanya dirimu
Hanya dirimu yang lama ku tunggu
Jujur hanya dirimu
Hanya dirimu yang selalu ku mahu

Hanya dirimu


Dengar di Spotify [ Link ]
Download di iTunes [ Link ]

SENARAI LAGU LATAR DRAMA NASI MINYAK KUAH CINTA 

Hani dan Zue - Mulut Tempayan
Hani dan Zue - Jauh
Ernie Zakri - Ini Yang Ku Mahu
Ernie Zakri feat Daly Filsuf - Sedetik Cinta
Grey Sky Morning - Dewi Hatiku
Ippo Hafiz - Rahsia
Wani feat Juzzthin - Lepaskan
Nastia - Xpresi
Nastia feat Liyana Fizi - Esok Belum Tiba
Hey Hazmi - Setiaku
Syed Shamim - I Love You
Syed Shamim - Cinta Terbaik
Syed Shamim & Tasha Mansahar - Ragu-Ragu
Anak Panah - Mengapa Kau Disini
Kelo Band - Cinta Mati
The Colors feat Fatin Afeefa - Tanda-tanda Cinta
KRU & Stacy - Semalam Tanpamu
Qasry - Citarasa Perempuan
Masweera - Jangan Bandingkan Aku
ZiaBella - Unfollow Hatiku
Jacklyn Victor - Jagalah Diri
Jacklyn Victor - Seindah Mimpi
Marsha - Yang Terbaik
#tag - My Crush
#tag - Hey Kamu
Forteen - Tidak Pernah Berjumpa
Forteen - Linangan Terakhir
Forteeen - Dekat Taju Jauh

OST Nasi Minyak Kuah Cinta (Lagu Tema)

Dengarkan lagu tema drama Nasi Minyak Kuah Cinta yang akan ditayangkan di Dahlia TV3. Info lanjut drama baca di pautan ini [ Link ]. Tajuk ...
Ketika Daun Berzikir

Jangan lupa saksikan telefilem arahan Murali Abdullah berjudul Ketika Daun Berzikir. Antara barisan pelakonnya ialah Razak Ahmad, Zamarul Hisham, Nazeera Sardi, Naim Daniel dan ramai lagi. Akan ditayangkan di slot Cerekarama TV3 pada hari Sabtu ini, 8 Oktober 2016 pukul 9 malam. 

JUDUL : KETIKA DAUN BERZIKIR
TARIKH / MASA : Sabtu, 8 Oktober 2016, 9.00 malam
SIARAN : Slot Cerekarama TV3
SKRIP : Didi Wahida Rosdi
PENGARAH : Murali Abdullah
TERBITAN : Enuja Production Sdn Bhd
PELAKON : Razak Ahmad, Zamarul Hisham, Nazeera Sardi, Naim Daniel, Acong Sweetchild, Zarina Zainuddin, Dai Tajdid Hadhari, Nafiz Muaz

SINOPSIS KETIKA DAUN BERZIKIR
Kisah Muzir yang kecewa terhadap anak-anaknya, Farid dan Asyraf yang langsung tidak mempunyai perasaan ketika arwah isterinya meninggal dunia. Muzir nekad berhijrah ke bandar untuk berdakwah kepada anak-anaknya sendiri setelah melihat mereka leka dengan duniawi. Muzir juga membeli beberapa barangan ibadah kerana keperluan ibadah di rumah Farid dan Asyraf serba tidak lengkap. Berkat usaha dan dia Muzir untuk membentuk anak-anaknya membuatkan mereka mula berubah. Muzir pulang ke kampung untuk meneruskan hidupnya seperti biasa.

Ketika Daun Berzikir (TV3)

Jangan lupa saksikan telefilem arahan Murali Abdullah berjudul Ketika Daun Berzikir. Antara barisan pelakonnya ialah Razak Ahmad, Zamarul Hi...
Rock Bro
Saksikan kesudahan pengembaraan Rimba Bara dalam Rock Bro! �Kembali Ke Pangkal Jalan� yang bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 27 Oktober ini. Sebuah filem trilogi arahan Mamat Khalid di terajui Khir Rahman serta penampilan bersama Soffi Jikan, Pekin Ibrahim dan Azmi Bahron. Turut menampilkan penampilan khas bintang-bintang rock ternama seperti Dato� Hattan, Man Kidal dan Black Wings.

TAJUK : ROCK BRO
Tarikh Tayangan : 27 Oktober 2016
Genre : Komedi / Drama 
Pengarah : Mamat Khalid
Terbitan : Grand Brilliance Sdn Bhd
Pelakon : Khir Rahman, Pekin Ibrahim, Soffi Jikan, Azmi Bahron, Amy Jueliet, Kamarul Hj Yusof, Hasnul Rahmat, Shuib Sepahtu, Juliana Iskandar, Shawarni, Dato� Hattan, Man Kidal, Black Wings

SINOPSIS ROCK BRO
Filem Rock Bro! mengangkat kisah perjuangan rockers tanah air sekitar era 80-an serta 90-an, melalui penceritaan yang disulami dengan lawak jenaka dan drama kehidupan. Dalam trilogi terakhir ini, diceritakan dari sudut pandangan ketua Rimba Bara, Jijoe (Khir Rahman), di mana pada zaman itu era rock telah berada di kemuncaknya dan seakan menanti fasa kejatuhan dengan kemasukan aliran muzik baharu seperti rap dan hip hop pada awal 90-an.

Kumpulan Rimba Bara sudah lama tidak membuat persembahan, menyara hidup dengan melakukan kerja sambilan dan menjayakan gig di tapak ekspo tani. Mereka dibayar dengan durian dan sayur-sayuran termasuklah petai dan terung daripada penganjur. Mereka hilang taring apabila Zul Kapan menyertai kumpulan rap 4URU.

Rimba Bara gigih meneruskan perjuangan mereka dalam industri muzik yang penuh dengan permainan politik. Pada masa yang sama, Jijoe telah jatuh cinta pandang pertama dengan Ratu Rock Ella (Amy Jueliet) semasa terserempak di studio rakaman King�s Studio. Jijoe terlalu menyayangi Ella hingga sanggup meninggalkan kehidupannya sebagai rockers untuk menjadi seorang kontraktor kelas F sebagai bukti yang dia benar-benar sayangkan Ella dan mahukan hidup yang lebih terjamin. Keputusan Jijoe membuatkan Rimba Bara semakin goyah hingga tercetus konflik antara anggota.

Apa kesudahan kisah cinta Ella dan Jijoe? Dan ke mana arah Rimba Bara selepas ini? Mampukah Rimba Bara menuju ke puncak demi mempertahankan kewujudan mereka di persada muzik tanah air?

VIDEO TRAILER


LAGU TEMA / OST
Lagu : Sekelip Mata Kau Berubah
Artis : Rimba Bara
Asal : Lestari

Ikuti perkembangan filem Rock Bro melalui akaun media sosial :
https://www.facebook.com/grandbrilliance
https://twitter.com/GrandBrilliance
http://instagram.com/grandbrilliance

Sinopsis Rock Bro 2016

Saksikan kesudahan pengembaraan Rimba Bara dalam Rock Bro! �Kembali Ke Pangkal Jalan� yang bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara ...

Wednesday 5 October 2016

Shila Amzah dan Alif Satar

Dengarkan lagu Selamanya Cinta gandingan duet Shila Amzah dan Alif Satar. Lagu ini diangkat sebagai lagu tema drama Suri Hati Mr Pilot yang bakal ditayangkan di Astro Ria. Info lanjut drama klik disini

Tajuk : Selamanya Cinta
Penyanyi : Shila Amzah & Alif Satar 
Komposer & Lirik : Shila Amzah
OST : Drama Suri Hati Mr Pilot

LIRIK LAGU SELAMANYA CINTA - SHILA AMZAH DAN ALIF SATAR

Pabila ku lihat senyumanmu
Terdetik memori pertemuan kali pertama kita berdua

Ada sesuatu tentang kita
Kemesraan bersama membuatku alpa
Tak pernah terlintas untuk aku kehilanganmu

Aku tahu kau juga pun turut rasakan itu
Lebarkanlah sayapmu ke pangkuanku
Agar bayangan hitamku berlalu

Tanpa cintamu
Ku merasakan hidup tak lagi bererti
Tanpa dirimu aku rapuh

Tiada tanda tanya
Tentang ketulusan kasih kita berdua
Bersemi cinta
Ku harap kita kan selamanya cinta

Jarak itu buat ku celaru memikirkanmu merindukanmu
Namun itulah menguatkan cinta kita

Tanpa cintamu
Ku merasakan hidup tak lagi bererti
Tanpa dirimu aku rapuh

Tiada tanda tanya
Tentang ketulusan kasih kita berdua
Bersemi cinta
Ku harap kita kan selamanya cinta

Tanpa cintamu
Ku merasakan hidup tak lagi bererti
Tanpa dirimu aku rapuh

Tiada tanda tanya
Tentang ketulusan kasih kita berdua
Bersemi cinta
Ku harap kita kan selamanya cinta
Bersemi cinta
Ku harap kita kan selamanya cinta





LAGU LATAR DRAMA SURI HATI MR PILOT

Tajuk : Redha
Penyanyi : Irfan Haris
YouTube : https://youtu.be/hjhDGntoRro

Tajuk : Aku Cuma Punya Hati
Penyanyi : Mytha Lestari
YouTube : https://youtu.be/e-2C_vi8ImA

Tajuk : Wahai Kekasih
Penyanyi : Katahati
YouTube : https://youtu.be/lmuZsTSA-zA

Tajuk : Tak Akan Pernah Jauh
Penyanyi : Katahati
YouTube : https://youtu.be/i4RKm_NogKg

Tajuk : Dari Mata
Penyanyi : JAZ
YouTube : https://youtu.be/D0MlOGYo-ls

Tajuk : Bukan Yang Pertama
Penyanyi : Ari And D project
YouTube : https://youtu.be/i_dR99aC9-E

Tajuk : Bila
Penyanyi : Alif Satar
YouTube : https://youtu.be/UUw1Tn8P7nU

OST Suri Hati Mr Pilot (Lagu Tema)

Dengarkan lagu Selamanya Cinta gandingan duet Shila Amzah dan Alif Satar. Lagu ini diangkat sebagai lagu tema drama Suri Hati Mr Pilot yang ...

Monday 3 October 2016

Gelap Yang Terang TV2

Saksikan telefilem Gelap Yang Terang tayangan khas sempena Maal Hijrah 1438H. Dibintangi oleh Ashraf Muslim, Fikhree Bakar, Puteri Sarah Liyana, Sharisa Haris dan ramai lagi. Telefilem terbitan Al Hidayah Production itu akan disiarkan hari Selasa,4 October 2016 jam 10 malam di TV2. 

JUDUL : GELAP YANG TERANG
TARIKH / MASA : Selasa, 4 Oktober 2016, 10.00 malam
SIARAN : Citra TV2 (RTM)
PENULIS : Aieesya Adam
PENGARAH : Ahmad Rusli Mohamed Khadri 
TERBITAN : Al Hidayah Productions 
PELAKON : Ashraf Muslim, Fikhree Bakar, Puteri Sarah Liyana, Sharisa Haris, Erynne Erynna, Azzahra Ahmad, Gen Darwish

SINOPSIS GELAP YANG TERANG
Kisah perit seorang jurufoto profesional, ketika di kemuncak kejayaan, dia menghadapi sejenis penyakit mata. Keadaan ini seolah merampas segala keindahan dalam hidupnya, paling menyiksakan, dia tidak lagi mampu melihat anaknya.

Gelap Yang Terang (TV2)

Saksikan telefilem Gelap Yang Terang tayangan khas sempena Maal Hijrah 1438H. Dibintangi oleh Ashraf Muslim, Fikhree Bakar, Puteri Sarah Liy...
Cinta FB

Saksikan drama terbaharu berjudul Cinta FB yang akan disiarkan di HyppTV. Dibintangi oleh Zara Zya, Hafizul Kamal, Erwin Dawson, Chacha Maembong dan ramai lagi. Drama arahan Rusdi Ramli ini akan bersiaran mulai 3 Oktober 2016, pada setiap hari Isnin dan Selasa jam 9 malam di saluran HyppSensasi 116. Bagi anda yang tidak memiliki hypptv boleh menontonnya melalui aplikasi HyppTVEverywhere di apps/google store.
  
JUDUL : CINTA FB
EPISOD : 30 episod
TARIKH TAYANGAN : 3 Oktober 2016
HARI / MASA : Isnin & Selasa / 9.00 malam
SIARAN : Hypp Sensasi 116 (HyppTV)
PENGARAH : Rusdi Ramli
TERBITAN : Nafalia Corporation
PELAKON : Zara Zya, Hafizul Kamal, Erwin Dawson, Chacha Maembong, Azhar Azhael, Nisha Dirr, Noralbaniah, Arja Lee, Zalfa Zin, Reza Hsbi

WATAK PELAKON
Zara Zya sebagai Emelda
Hafizul Kamal sebagai Shah
Erwin Dawson sebagai Syafik
Chacha Maembong sebagai Syira
Azhar Azhael sebagai Fitri 

LAGU TEMA / OST CINTA FB
Lagu : Tanda Tanya
Penyanyi : Aisyah Aziz

SINOPSIS CINTA FB
Shah terpaksa melepaskan kekasihnya Natasha. Ayah Natasya, En Zaman mahu Natasha mengahwini Nik Kamarul. Shah adalah jejaka kacak, seorang novelis yang menggunakan nama pena Nina Syakina dalam novel.

Dia gemar bersosial di laman sosial menggunakan nama pena Mawar Merah untuk mencari kenalan sebagai proses kreatif. Syafik kawan karibnya yang banyak menguruskan jadual hidupnya dan membantunya.

Emelda seorang gadis yang agak kasar tetapi mempunyai wajah yang ayu cantik jelita. Fitri sudah berulang kali berusaha untuk mendapatkan cintanya tetapi hati Emelda begitu keras untuk menerimanya. Sebagai seorang usahawan produk kuruskan badan, Emelda aktif dengan syarikat kecil-kecilannya dibantu oleh sahabat baiknya bernama Syira.

Melalui Syira, Fitri menjadikan Syira informer nya untuk mendekati Emelda tetapi masih gagal. Sebenarnya, Emelda masih tidak dapat melupakan kekasihnya yang telah meninggal dunia.

Melalui laman sosial Facebook, Emelda menggunakan nama pena Mawar Putih dan berkenalan dengan Mawar Merah. Masing2 tidak menggunakan profil picture wajah sendiri, dan hanya menggunakan gambar bunga. Mereka menggunakan nama pena bunga mawar di facebook dan menulis madah cinta di status FB masing2 sebagai luahan kekecewaan cinta.

Perkenalan mereka berlanjutan hampir 6 bulan, saling berkongsi kisah cinta. Emelda khuatir kalau-kalau Shah jejaka yang tidak kacak. Shah pula risau Emelda wanita yang tidak berapa cantik. Kerisauan itu membuatkan mereka merahsiakan wajah masing-masing. Novel-novel Shah laris di Malaysia dan menjadi novel koleksi Emelda. Semua orang tidak tahu Nina Syakina adalah nama pena kepada  Shah.

Shah membeli sebuah rumah tanpa diketahui rumah itu bersebelahan dengan rumah Emelda (Mawar Putih). Dia membawa Syafik untuk  mengumpulkan bahan idea dan cerita. Shah merahsiakan identitinya sebagai penulis novel.

Sejak itu Shah dan Emelda bertekak dan saling bermusuh dalam keadaan komedi. Masing2 tidak tahu sebenarnya Emelda adalah Mawar Putih dan Shah adalah Mawar Merah.

GAMBAR PELAKON
Pelakon Cinta FB
Pelakon drama Cinta FB

Drama Cinta FB (HyppTV)

Saksikan drama terbaharu berjudul Cinta FB yang akan disiarkan di HyppTV. Dibintangi oleh Zara Zya, Hafizul Kamal, Erwin Dawson, Chacha Maem...

Sunday 2 October 2016

Ayah Tak Pernah Kalah

Jangan lupa untuk saksikan telefilem Ayah Tak Pernah dilakonkan oleh Fauzi Nawawi, Ruhainies, Sharifah Shahora, dan Lisdawati. Telefilem arahan Along Kamaludin itu akan disiarkan di TV9 pada hari Isnin ini pukul 8.30 malam.

JUDUL : AYAH TAK PERNAH KALAH
TARIKH / MASA : Isnin, 3 Oktober 2016, 8.30 malam
SIARAN : Slot Skrin Di 9 (TV9)
PENGARAH : Along Kamaludin
TERBITAN : Primeworks Studios Sdn Bhd
PELAKON : Fauzi Nawawi, Ruhainies, Sharifah Shahora, Lisdawati, Indah Emeerlda

SINOPSIS AYAH TAK PERNAH KALAH
Mengisahkan perjuangan Badrul, seorang bapa yang menharungi pelbagai cabaran getir dalam membesarkan tiga orang anaknya serta sanggup melakukan apa sahaja demi kebahagian mereka walaupun terpaksa mengadai nyawaya sendiri. Badrul telah ditahan polis kerana terlibat dalam satu pergaduhan kongsi gelap.

pelakon ayah tak pernah kalah
gambar pelakon telemovie ayah tak pernah kalah

Ayah Tak Pernah Kalah (TV9)

Jangan lupa untuk saksikan telefilem Ayah Tak Pernah dilakonkan oleh Fauzi Nawawi, Ruhainies, Sharifah Shahora, dan Lisdawati. Telefilem ara...

 

Layan Drama Melayu Online Terbaru © 2015 - Blogger Templates Designed by Templateism.com, Plugins By MyBloggerLab.com