Saturday 12 August 2023

Sinopsis Telefilem Wanita Di Hujung Kuala (TV Okey)

Telefilem : Wanita Di Hujung Kuala
Produksi : Saphire Screen Sdn Bhd
Pengarah : Raja Mukhriz
Penulis Skrip : Ellyna Ahmad
Siaran : TV Okey
Tayangan Asal : 31 Ogos 2019
Pelakon : Nazeera Sardi, Daler Yusof, Riz Amin, Sharifah Shahora, Zahid Baharudin, Iqram Dinzly, Maulana Mohamed, Hafiz Nafiah

Sinopsis Telefilem Wanita Di Hujung Kuala (TV Okey)

Sinopsis Telefilem Wanita Di Hujung Kuala

Mengisahkan Nur seorang gadis yang mempunyai impian untuk belajar di Maktab Melayu Kuala Kangsar seperti abangnya namun ayah mereka membantah sekerasnya kerana baginya kaum hawa tempatnya di dapur, tak perlu belajar tinggi-tinggi.

Nur yang bekerja di pejabat Tuan Andrew dimana Tuan Andrew kagum dengan sikap Nur yang rajin untuk membaca buku dan belajar bahasa Inggeris dalam waktu yang sama.

Pelbagai cabaran yang dihadapi oleh Nur dalam menuntut ilmu sehinggalah beliau berjaya ditawarkan oleh pihak British untuk menyambung pelajaran di England.

Keadaan menjadi semakin sukar apabila Jepun menyerang Tanah Melayu. Apakah yang berlaku kepada Nur?

Sinopsis Telefilem Wanita Di Hujung Kuala (TV Okey)

Telefilem : Wanita Di Hujung Kuala Produksi : Saphire Screen Sdn Bhd Pengarah : Raja Mukhriz Penulis Skrip : Ellyna Ahmad Siaran : TV Okey T...

Thursday 10 August 2023

Sinopsis Telefilem Pinang Durian

Telefilem : Pinang Durian
Produksi : Along Kamaludin Production
Pengarah : Along Kamaludin
Penulis Skrip : Azlina Din
Siaran : Tonton
Tayangan : 9 Ogos 2023
Pelakon : Pelakon: Khai Bahar, Tiz Zaqyah, Farouk Hussain, Usop Wilcha, Kiah Propa, Syanie Hisham, Delimawati, Amir Amirreka, Din Dangerous, Josiah Hogan, Man RL, Anas Ridzuan, Along Kamaludin


Sinopsis Pinang Durian

Diinspirasi daripada karya Allahyarham Mamat Khalid, Pinang Durian mengisahkan babak cinta pasangan kekasih iaitu Hamid dan Intan yang terhalang kerana pergaduhan yang tercetus antara ibu bapa mereka.

Permusuhan tersebut bermula 18 tahun yang lalu berpunca dari insiden buah durian. Mampukah Hamid dan Intan mempertahankan cinta mereka?


Pelakon Pinang Durian

  • Khai Bahar sebagai Hamid
  • Tiz Zaqyah sebagai Intan
  • Farouk Hussain sebagai Maidin
  • Usop Wilcha sebagai Seman
  • Kiah Propa sebagai Mak Mah
  • Delimawati sebagai Cik Kiah

Sinopsis Telefilem Pinang Durian

Muat turun aplikasi Tonton atau layari www.tonton.com.my untuk menonton telefilem Pinang Durian lakonan Tiz Zaqyah dan Khai Bahar.

Sinopsis Telefilem Pinang Durian

Telefilem : Pinang Durian Produksi : Along Kamaludin Production Pengarah : Along Kamaludin Penulis Skrip : Azlina Din Siaran : Tonton Tayang...

Tuesday 8 August 2023

Sinopsis Telefilem Cinta Paling Indah (TV2)

Telefilem : Cinta Paling Indah
Produksi : CMA Media Sdn Bhd
Pengarah : Shirin Hj Khuzaimi
Siaran : TV2
Tayangan Asal : 21 Jun 2019
Pelakon : Aliff Aziz, Nadia Brian, Aprena Manrose, Mustaqim Bahadon, Beego, Didi Astillah

Sinopsis Telefilem Cinta Paling Indah

Kisah penghijrahan kehidupan seorang lelaki ke arah kebaikan dan meninggalkan kemungkaran. Dia berkahwin selepas berkenalan dengan seorang gadis yang diselamatkannya ketika lemas. Ketika mereka mula mengecapi kebahagiaan, muncul pula kekasih lelaki tersebut menuntut janji.

Sinopsis Telefilem Cinta Paling Indah (TV2)

Dibintangi oleh Aliff Aziz sebagai Raes, Aprena Manrose sebagai Damiah, Nadia Brian sebagai Latifah, Mustaqim Bahadon sebagai Solih dan ramai lagi.

Cinta Paling Indah akan ditayangkan semula pada 8 Ogos 2023, pukul 9.00 malam di TV2.

Sinopsis Telefilem Cinta Paling Indah (TV2)

Telefilem : Cinta Paling Indah Produksi : CMA Media Sdn Bhd Pengarah : Shirin Hj Khuzaimi Siaran : TV2 Tayangan Asal : 21 Jun 2019 Pelakon :...

Monday 7 August 2023

Sinopsis Telefilem Misteri Bilik Bawah (TV9)

Telefilem : Misteri Bilik Bawah
Produksi : ZK Creative Productios
Pengarah : Khairul Anuar Mat Noor
Penulis Skrip : Rohaidah Haron
Siaran : TV3/ TV9
Tayangan Asal : 18 Januaru 2020
Pelakon : Nad Zainal, Zahiril Adzim, Dynas Mokhtar, Roy Azman, Nadia Mustafa, PU Rizz, Nisha

Sinopsis Telefilem Misteri Bilik Bawah

Zalika sering mengalami gangguan dan mimpi yang pelik sejak berpindah ke rumah lama milik mertuanya. Dia mengesyaki bilik bawah yang berkunci dan dilarang daripada membukanya oleh ayah mentuanya itu mempunyai kaitan dengan gangguan yang dialami. 

Arman tidak percaya dengan cerita Zalika sehingga berlakunya perselisihan faham antara mereka berdua. Selepas rahsia terbongkar ketika majlis tahlil dan doa selamat berlangsung, barulah Arman mempercayai segala kata-kata isterinya itu.

Sinopsis Telefilem Misteri Bilik Bawah (TV9)

Dibintangi oleh Nad Zainal sebagai Zalika, Zahiril Adzim, Dynas Mokhtar dan ramai lagi. Misteri Bilik Bawah akan bersiaran semula pada hari isnin ini (7 Ogos 2023) , jam 8.30 malam di TV9.

Sinopsis Telefilem Misteri Bilik Bawah (TV9)

Telefilem : Misteri Bilik Bawah Produksi : ZK Creative Productios Pengarah : Khairul Anuar Mat Noor Penulis Skrip : Rohaidah Haron Siaran : ...

 

Layan Drama Melayu Online Terbaru © 2015 - Blogger Templates Designed by Templateism.com, Plugins By MyBloggerLab.com