Saturday 10 December 2016

Anugerah Melodi 2016

TV3 buat julung kalinya menganjurkan Anugerah Melodi 2016 bagi meraikan ikon industri hiburan yang bakal bersiaran secara langsung pada 10 Disember 2016 (Sabtu) dari Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada pukul 9.00 malam. Anugerah Melodi 2016 mempertandingkan 10 kategori yang ditentukan melalui undian peminat di laman web www.anugerahmelodi.com.my.

Anugerah Melodi 2016 menampilkan AG Hot FM sebagai hos dan beliau akan bergandingan dengan hos Melodi dahulu seperti Datuk Mahadzir Lokman (hos pertama Melodi), Fauziah Dato� Ahmad Daud dan Zizan Razak serta selebriti popular iaitu Erra Fazira, Elizabeth Tan, Bell Ngasri, Datuk Hans Isaac, Sharnaaz Ahmad, Siti Saleha dan Nad Zainal. Kemuncak anugerah akan dihangatkan lagi dengan persembahan hebat oleh artis-artis popular Malaysia seperti Amy Search, Candy, Mus May, Saleem, Sahara Yaacob, Francissca Peter, Misha Omar, Zamani, Projektor Band, Hazama, Azlan Typewriter, Black, Tomok, Sufian Suhaimi, Harris Baba, Aiman Tino dan artis popular Indonesia seperti Afgan, Marcell dan Rizky Febian.

SENARAI KATEGORI, CALON DAN PEMENANG ANUGERAH MELODI 2016

PERSONALITI FILEM MELODI
Memiliki aura tersendiri yang menarik perhatian penonton! Pelakon terkenal dan berbakat besar yang laris di layar perak kerana kredibilitinya membawa watak dan tahap lakonan yang berkesan.
1) Shaheizy Sam
2) Zizan Razak (Pemenang)
3) Shamsul Yusof
4) Nabila Huda
5) Bront Palare

PERSONALITI MUZIK MELODI
Penyanyi tersohor yang berjaya mencipta nama di arena muzik! Selain berpersonaliti unggul dan sering menjadi tumpuan ramai kerana mutu suara dan bakatnya yang berkualiti dan memukau, penyanyi ini pernah memenangi anugerah kerana berpengaruh besar dalam penampilannya.
1) Yuna
2) Faizal Tahir
3) Akim Ahmad
4) Ayda Jebat (Pemenang)
5) Shila Amzah

PERSONALITI DRAMA MELODI
Wajah yang sentiasa menjadi pilihan untuk menghiasi drama � drama di kaca televisyen. Selain memiliki pakej lengkap dan kualiti lakonan yang hebat, personalitinya berjaya mencairkan hati penonton yang sentiasa tertunggu � tunggu setiap episod drama lakonannya.
1) Saharul Ridzwan
2) Mira Filzah
3) Janna Nick
4) Fattah Amin (Pemenang)
5) Amyra Rosli

PERSONALITI PENGACARAAN MELODI
Kredibiliti pengacaraan yang ternyata hebat! Keperibadian yang menarik dan personaliti yang versatil menjadikan dirinya pujaan malah menjadi inspirasi orang ramai dalam dunia pengacaraan. Personaliti yang fasih berbicara sentiasa merancakkan program yang dikendalikan dengan karismanya yang mencuit hati penonton.
1) Awal Ashaari
2) Fauziah Dato Ahmad Daud
3) Alif Satar
4) Neelofa (Pemenang)
5) Datuk Rosyam Nor

PERSONALITI SUKAN MELODI
Ikon berwibawa yang bergelar selebriti pastinya menjadi kebanggaan Malaysia kerana kejayaannya mengharumkan nama negara! Wirawan atau wirawati yang telah mencipta sejarah dan bersungguh-sungguh untuk meningkatkan kualiti mutu sukan.
1) Datuk Lee Chong Wei (Pemenang)
2) Pandelela Rinong
3) Abdul Latif Romly
4) Ridzuan Puzi
5) Muhammad Ziyad Zolkifli

PERSONALITI KOMEDI MELODI
Personalitinya sebagai penghibur tidak pernah menghampakan penonton! Keletah mereka yang melucukan dalam bidang lakonan mahupun apa jua program berbentuk hiburan pastinya mencuit hati orang ramai. Ada sahaja cara atau pesona tersendiri yang dipersembahkan ketika berjenaka untuk menceriakan hati orang ramai.
1) Abam
2) Achey
3) Mark Adam
4) Ebby Yus
5) Jep (Pemenang)

PERSONALITI PASANGAN SENSASI MELODI
Pasangan merpati dua sejoli yang pastinya sensasi. Pasangan yang sentiasa menjadi tumpuan dan bahan bualan orang ramai yang sentiasa mengikuti perkembangan mereka! Gaya dan momen romantis pasangan ini membuatkan para pengikut tegar seronok menyaksikan kebahagian mereka.
1) Shaheizy Sam & Syatilla Melvin
2) Awal Ashaari & Scha Alyahya
2) Zain Saidin & Rozita Che Wan
3) Yusry & Lisa Surihani
4) Akim & Stacy (Pemenang)

PERSONALITI DRAMA KOREA PALING BERPENGARUH
Park Bo-Gum

PERSONALITI MEDIA SOSIAL MELODI
Namanya begitu popular sehingga meraih jutaan pengikut di laman sosial! Personaliti ini juga mesra dan sentiasa berinteraksi bersama peminat di laman sosial! Bukan sahaja menjadi tumpuan di lensa kamera, malah dia berjaya mencuri perhatian pengikut- pengikutnya dengan berkongsikan gambar-gambar yang menarik.
1) Nelydia Senrose
2) Nora Danish
3) Emma Maembong
4) Ayda Jebat (Pemenang)
5) Zizan Razak

PERSONALITI FESYEN MELODI
Pasti ada yang tertawan melihat stail unik personaliti ini! Orang ramai tak pernah jemu menyaksikan dia bergaya di lensa kamera mahupun melihat fesyennya di ruang maya. Tidak pernah gagal bergaya! Stailnya yang tersendiri sememangnya menjadi ikutan.
1) Wak Doyok
2) Nazim Othman (Pemenang)
3) Rozita Che Wan
4) Fazura
5) Zahirah Mcwilson

PERSONALITI SENSASI MELODI 2016 (ULTIMATE AWARD)
Personaliti yang sering mendapat perhatian utama dan sokongan positif daripada para peminat dan orang ramai. Berperwatakan menarik, memiliki aura dengan karisma dan daya Tarik yang luar biasa. Sensasi dengan berita dan isu yang mampu memberikan inspirasi tinggi kepada peminat dan masyarakat umum.
1) Sharnaaz Ahmad
2) Mira Filzah
3) Janna Nick
4) Ayda Jebat (Pemenang)
5) Zizan Razak

Senarai Pemenang Anugerah Melodi 2016

TV3 buat julung kalinya menganjurkan Anugerah Melodi 2016 bagi meraikan ikon industri hiburan yang bakal bersiaran secara langsung pada 10 D...

Wednesday 7 December 2016

Oh My English Road to Jogja

Jangan lepaskan peluang menonton teleflem terbaru Oh My English berjudul Oh My English! Road to Jogja menampilkan lakonan Juzzthin, Roax Tan, Zhafir Muzani dan kemunculan istimewa pelakon-pelakon popular seperti Johan Raja Lawak, Jihan Muse, Mark Adam, Elfira Loy, dan Randy Pangalila. Mereka dalam cabaran terbaru mereka untuk menyertai pertandingan memasak di Jogja. Ikuti kisah mereka yang penuh dengan cabaran baru pada 3 Disember dan 11 Disember 2016 jam 9 malam di Astro TVIQ (Saluran 610), Astro Prima (Saluran 105) dan juga dalam definisi tinggi (HD) di Astro Maya HD (Saluran 135)

JUDUL : OH MY ENGLISH! ROAD TO JOGJA!
TARIKH / MASA : 3 & 11 Disember 2016 / 9.00 malam
SIARAN : Astro TVIQ, Astro Prima, Maya HD
PENGARAH : Umi Salwana Omar ini
PELAKON : Juzzthin, Roax Tan, Zhafir Muzani, Johan Raja Lawak, Jihan Muse, Mark Adam, Elfira Loy, Randy Pangalila

SINOPSIS OH MY ENGLISH : ROAD TO JOGJA

BAHAGIAN PERTAMA (PART 1)
Mengisahkan perjalanan Zack (Juzzthin), See Yew Soon (Roax Tan) dan Mazlee (Zhafir Muzani) mencapai impian mereka bergelar chef dan pengusaha kafe berjaya. Setelah buntu mencari idea baru untuk melariskan kembali perniagaan kafe �After School� mereka, mereka bercadang untuk bertanding di dalam sebuah pertandingan memasak peringkat antarabangsa di mana mereka bukan sahaja boleh memenangi wang tunai, tetapi juga mengembalikan reputasi perniagaan mereka. Dengan bantuan Mr. A, mereka mengembara ke seluruh Malaysia untuk mengembalikan nama bersih kafe �After School�, menggunakan sebuah �food truck�. Dalam kekalutan itu, mereka bertemu Chef Bru (Mark Adam) yang dalam diam, ingin mengambil kesempatan terhadap mereka untuk kepentingan peribadi. Chef Bru memberikan tugasan mencabar, mengarahkan Zack, See Yew Soon dan Mazlee mencari 3 bahan rahsia; ayam hitam kaki satu, sos popia meletop dan rempah kari menangis. Sebagai tukaran beliau akan berkongsi rahsia masakan beliau. Pelbagai perkara lucu, cabaran dan rintangan dihadapi tiga sahabat ini dalam pencarian penuh mendebarkan itu. Berjayakan ketiga-tiga bahan itu ditemui dan adakah mereka akan berjaya menawan kembali hati pelanggan mereka? 

Pelakon Oh My English Road to Jogja
Pelakon telemovie Oh My English Road to Jogja
BAHAGIAN KEDUA (PART 2)
Menyaksikan perjalanan Zack, See Yew Soon dan Mazlee membawa panji Malaysia dan kafe �After School� dalam sebuah pertandingan masakan antarabangsa berprestij di Jogjakarta, Indonesia. Setibanya mereka di sana, terdapat chef-chef handal lain yang turut sama mengambil bahagian termasuklah Jazlin lakonan Elfira Loy, seorang gadis dari Malaysia yang mahir menyediakan hidangan istimewa resipi turun temurun neneknya dan juga Maskor (Randy Pangalila), seorang jejaka Indonesia yang memiliki karakter yang aneh. Dengan gelaran juara dan ganjaran tunai menjadi pertaruhan, mereka mencuba sehabis baik menampilkan persembahan dan kreativiti dalam setiap masakan mereka. Keadaan menjadi semakin pelik apabila beberapa kejadian tidak diingini berlaku dan seorang demi seorang chef yang bertanding mula ditimpa musibah. Adakah semua ini satu muslihat dan apakah yang akan berlaku di Jogjakarta? Dapakah Zack, See Yew Soon dan Mazlee merungkai misteri ini dan melepaskan diri? 

Oh My English Road to Jogja

Jangan lepaskan peluang menonton teleflem terbaru Oh My English berjudul Oh My English! Road to Jogja menampilkan lakonan Juzzthin, Roax Tan...

Monday 5 December 2016

Sri bulan TV1

Saksikan telefilem Sri Bulan karya Datin Paduka Shuhaimi Baba untuk slot Tribute P Ramlee. Antara barisan pelakonya ialah Aida Khalida, Amar Asyraf, Eina Azman, Marisa Yasmin, dan Kavita Sidhu. Akan disiarkan di TV1 pada Sabtu, 10 Disember pukul 9.00 malam. Juga boleh ditonton menerusi portal myklik (myklik.rtm.gov.my)

JUDUL : SRI BULAN
TARIKH / MASA : Sabtu, 10 Disember 2016, 9.00 malam
SIARAN : Tribute P.Ramlee TV1 (RTM)
PENGARAH : Datin Paduka Suhaimi Baba
TERBITAN : Pesona Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Aida Khalida, Amar Asyraf, Eina Azman, Marisa Yasmin, Kavita Sidhu, Ain Sufia, Shaheen Firas

SINOPSIS SRI BULAN
Mengisahkan sebuah keluarga yang terpisah kerana Zailan terlibat dalam masalah dan menghilangkan diri kerana malu. Eli isterinya pula membawa anak mereka iaitu Iza ke Australia dan menetap di sana. Mereka dipertemukan semula apabila hasrat Datin Zainon untuk menjual banglo lamanya melalui agensi jualan hartanah telah merungkai kisah silam dan menyatukan semula keluarganya yang dinantikannya hampir dua puluh tahun

Pelakon Sri Bulan
Pelakon telemovie Sri Bulan

Telefilem Sri Bulan (TV1)

Saksikan telefilem Sri Bulan karya Datin Paduka Shuhaimi Baba untuk slot Tribute P Ramlee. Antara barisan pelakonya ialah Aida Khalida, Amar...
Mencari Indah

Jangan lupa untuk saksikan telefilem Mencari Indah lakonan Amar Asyraf dan Kilafairy yang akan disiarkan di TV9 menerusi slot Skrin Di 9, Isnin jam 8.30 malam. 

JUDUL : MENCARI INDAH
TARIKH / MASA : Isnin, 5 Disember 2016, 8.30 malam
SIARAN : Slot Skrin Di 9 (TV9)
SKRIP : Suzanna Zaily
PENGARAH : Shuhaimi Lua
TERBITAN : Tanah Beris Film Production
PELAKON : Amar Asyraf, Kilafairy, Indah Emeerlda, Dalimawati, Mardiana Alwi

SINOPSIS MENCARI INDAH
Mengisahkan Mariam (Kilafairy), gadis yang hidup sosial mula berubah apabila dia menemui bayi yang ditinggalkan ibu kandungnya. Maryam yang tinggal bersama Mak Som menjaga Indah bagai menatang minyak yang penuh. Indah juga tidak pernah mengetahui siapakah ibu bapa kandungnya. Suatu hari, muncul Amri (Amar Asyraf) yang mula mendekati Maryam. Amri menceritakan bagaimana hatinya kembali terbuka setelah ditingalkan kekasih, Nina (Mardiana Alwi) yang dicintai tujuh tahun lalu setelah melihat Maryam dan Indah. Mereka berpisah setelah terlanjur, Amri ingin bertanggungjawab namun Nina malu dan ingin mengugurkan kandungannya. Setelah itu, Nina hilang tanpa khabar berita. Tanpa Maryam ketahui, Nina pembantunya di pejabat adalah bekas kekasih Amri.

Pelakon Mencari Indah
Pelakon telemovie Mencari Indah
Mencari Indah TV9
gambar pelakon

Mencari Indah (TV9)

Jangan lupa untuk saksikan telefilem Mencari Indah lakonan Amar Asyraf dan Kilafairy yang akan disiarkan di TV9 menerusi slot Skrin Di 9, Is...
OST Isteri Tuan Ihsan

Berikut senarai lagu tema drama Isteri Tuan Ihsan. Lagu lain akan dikemaskini kelak. Info lanjut drama klik disini

LIRIK LAGU BUKAN YANG PERTAMA - FAIZAL TAHIR

Kau bukan yang pertama
Bukan juga kedua
Kau hanya yang terkini
Terakhir dan selamanya

Tunggu, dengar dahulu
Jangan begitu dan berlalu
Mungkin kau juga tahu
Cerita dahulu tentang diriku

Namun itu ceritaku
Sewaktu hati bagai batu
Kamu juga pasti ada kisahmu dulu
Tiada lagi biar berlalu
Tak perlu paranoid
Gadis

Kau bukan yang pertama
Bukan juga kedua
Kau hanya yang terkini
Terakhir dan selamanya

Kau bukan yang pertama
Bukan juga kedua
Kau hanya yang terkini
Terakhir dan selamanya

Jangan menilai dulu
Jangan terburu, beri waktu
Biar ku jadikanmu
Satunya ratu dalam hidupku

Kerna kini, ku tak mahu
Menyakiti dan disakiti
Kamu juga pasti ada kisahmu dulu
Yang dah lalu biar berlalu
Tak perlu paranoid
Gadis

Kau bukan yang pertama
Bukan juga kedua
Kau hanya yang terkini
Terakhir dan selamanya

Kau bukan yang pertama
Bukan juga kedua
Kau hanya yang terkini
Terakhir dan selamanya

Nananana nana
Ku bukan sempurna
Nananana nana
Kau pun juga sama
Ku bukan Romeo
Kau bukan Juliet
We go

Oh oh no no
Kau bukan permata
Oh oh no no
Bukan yang kedua
Ah ah ye ye
Kamu yang terkini
Terakhir dan selamanya

Kau bukan yang pertama
Bukan juga kedua
Kau hanya yang terkini
Terakhir dan selamanya

Kau bukan yang pertama
Bukan juga kedua
Kau hanya yang terkini
Terakhir dan selamanya


Dengar di Spotify 

SENARAI LAGU LATAR DRAMA ISTERI TUAN ISHAN

Lagu : Sendiri
Penyanyi : Hazman

Lagu : Tanpa Kamu
Penyanyi : Syuhada

Lagu : Biar Aku Yang Tahu
Penyanyi : Zahid

Lagu : Hidup Ini Indahnya
Penyanyi : Zahid

Lagu : Sendiri
Penyanyi : Zahid

Lagu : Lebih Sempurna
Penyanyi : Syamel AF

Lagu : Dengarkan Aku
Penyanyi : Aliff Aziz

Lagu : Dan Lagi Cinta
Penyanyi : Aliff Aziz

Lagu : Setelah Aku Pergi
Penyanyi : Aliff Aziz

Lagu : Kumbang & Bunga
Penyanyi : Wanie Kayrie feat Viral

Lagu : Jangan-Jangan
Penyanyi : Wanie Kayrie

Lagu : Tetap Dalam Jiwa
Penyanyi : Isyana Sarasvati

Lagu : Kertas Hati
Penyanyi : Syara Azhar

Lagu : Anugerah Terindah
Penyanyi : Black

Lagu : Paling
Penyanyi : Firman Bansir

Lagu : Berteman Saja
Penyanyi : Wanie Kayrie

Lagu : Sayang
Penyanyi : Nadira Adnan

Lagu : Pujangga
Penyanyi : Aliff Aziz

Lagu : Sakit Hatiku
Penyanyi : Zahra Damariva

Lagu : Menahan Rindu
Penyanyi : Wany Hasrita

Lagu : Jangan Marah
Penyanyi : Erni Zakri

Lagu : Rindu Bukan Teman
Penyanyi : Erni Zakri

Lagu : Harus Aku
Penyanyi : Suffian Suhaimi

Lagu : Pelangi
Penyanyi : Ahfai

OST Isteri Tuan Ihsan (Lagu Tema)

Berikut senarai lagu tema drama Isteri Tuan Ihsan. Lagu lain akan dikemaskini kelak. Info lanjut drama klik disini .  LIRIK LAGU BUKAN YANG ...

Sunday 4 December 2016

Isteri Tuan Ihsan

Nantikan drama terbaharu menggantikan drama Awak Sangat Nakal di Astro Ria bertajuk Isteri Tuan Ihsan. Sebuah drama adaptasi novel karya Sara Kyoko. Diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin, terbitan Global Station Sdn Bhd. Drama bersiri 20 episod itu diterajui oleh Aaron Aziz dan Amyra Rosli. Akan ditayangkan mulai 5 Disember 2016, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam di saluran Astro Ria 104 dan Astro Ria HD 123.

JUDUL : ISTERI TUAN IHSAN
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 5 Disember 2016
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 10.00 malam
SIARAN : Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123
PENULIS NOVEL : Sara Kyoko
SKRIP : PGR'S Team, Rozie Rashid, Amka Ahmad
PENGARAH : Raja Ahmad Alauddin
TERBITAN : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Aaron Aziz, Amyra Rosli, Gambit Saifullah, Mardiana Alwi, Qazem Nor, Nazia Mustafar, Harris Baba, Livonia Ricky, Awie Sobri, Shah Rezza, Ruzana Ibrahim, Ungku Ismail Aziz, Doria Rachel Jolly, Helvera Susanti, Idan Aedan, Zalfa Zin, Azhar Sulaiman, Zarina Zainuddin

WATAK PELAKON
Aaron Aziz sebagai Tuan Ihsan Iskandar
Amyra Rosli sebagai Seroja Irdina
Gambit Saifullah sebagai Haziq
Qazem Nor sebagai Yusri
Ruzana Ibrahim sebagai Hanani
Mardiana Alwi sebagai Ratna
Nazia Mustafar sebagai Pn Maznah
Harris Baba sebagai Dr Zaim
Dato Shah Rezza sebagai Dr Amin
Abu Bakar Juah sebagai Tan Sri Syamsuddin
Doria Rachel Jolly sebagai Fatin
Livonia Guing sebagai Violet
Awie Sobri sebagai Mat Siam
Ungku Ismail Aziz sebagai Pak Su

LAGU TEMA / OST ISTERI TUAN IHSAN
Tajuk Lagu : Bukan Yang Pertama
Penyanyi : Faizal Tahir
Video & Lirik ? LINK

SINOPSIS ISTERI TUAN IHSAN
Seroja Irdina, gadis remaja mebesar di kota. Hidupnya tampak mudah. Siang dia seorang pelajar universiti, malam dia ke kelab malam untuk berhibur bersama teman-teman. Berbusana moden bak artis Hollywood dan bertas tangan berjenama. Bergaya dan dunianya penuh warna-warni. Namun, tidak siapa yang tahu perang di jiwanya.

Tuan Ihsan, si kaya-raya yang terlajak usia. Hidupnya bergelumang dengan kisah lama yang penuh duka. Duka itu akhirnya menjadi kepompong menyaluti diri, menghindar hati untuk jatuh cinta lagi. Dunianya hanya ada warna hitam dan putih. Putih untuk, YA. Hitam untuk, TIDAK. Harta dan kejayaan yang dimiliki, malangnya tidak mampu menafikan jiwanya.

Sekeping wasiat dan satu amanah menjadi titik pertemuan antara dua insan yang berbeza. Tuan Ihsan dipertemukan dengan Seroja Irdina, gadis yang diamanahkan untuk dijaga oleh ibu seroja (Imaninah) selepas meninggal dunia. Ibu seroja, Imaninah merupakan bekas gadis istimewa Tuan Ihsan pada masa lalu. Seroja yang hidup sebatang kara memulakan hidup baru di banglo mewah Tuan Ihsan. 

Apabila dua dunia bertembung, mampukah si diva sengal semarakkan warna-warni cinta ke atas kanvas hitam dan putih hati si pak cik tua?

Mampukah satu persoalan mudah dijawab si pak cik tua kalau maruah seorang Seroja perlu dibela?

Dan dapatkan Seroja Irdina mendakap jawatan idaman menjadi hak milik kekalnya?

GAMBAR PELAKON

Pelakon Isteri Tuan Ihsan
Pelakon drama Isteri Tuan Ihsan
Isteri Tuan Ihsan 2016
barisan pelakon

Drama Isteri Tuan Ihsan (Astro)

Nantikan drama terbaharu menggantikan drama Awak Sangat Nakal di Astro Ria bertajuk Isteri Tuan Ihsan. Sebuah drama adaptasi novel karya Sar...

 

Layan Drama Melayu Online Terbaru © 2015 - Blogger Templates Designed by Templateism.com, Plugins By MyBloggerLab.com