Saturday 5 November 2016

Encik Guard Dan Cik Tomboy

Saksikan gandingan Aiman Hakim dan Atikah Suhaime dalam telefilem Encik Guard Dan Cik Tomboy yang akan disiarkan di TV2 pada hari Selasa ini jam 10 malam.

JUDUL : ENCIK GUARD DAN CIK TOMBOY
TARIKH / MASA : Selasa, 8 November 2016, 10.00 malam
SIARAN : Slot Citra TV2 (RTM)
SKRIP : Liza Mior
PENGARAH : Saipul Bahri Othman
TERBITAN : Times United Production
PELAKON : Aiman Hakim, Atikah Suhaime, Marisa Yasmin, Rahim Jailani, Aiyuni Hashim

SINOPSIS ENCIK GUARD DAN CIK TOMBOY
Mengisahkan tentang Dato Ikhwan seorang kaya raya. Beliau berkahwin lagi apabila isteri pertama sakit lalu meninggal dunia. Sejak itu anaknya Bella bertukar menjadi liar dan berlagak seperti lelaki, menunggang motosikal berkuasa tinggi, tidak menhormati ayah dan ibu tirinya. Ayahnya mengupah pengawal peribadi bernama Shamil untuk memerhati dia.

Encik Guard Dan Cik Tomboy (TV2)

Saksikan gandingan Aiman Hakim dan Atikah Suhaime dalam telefilem Encik Guard Dan Cik Tomboy yang akan disiarkan di TV2 pada hari Selasa ini...

Friday 4 November 2016

Kembara Nak Dara

Saksikan karya Al-Jafree Mat Yusof lakonan Namron, Nadia Aqeela, Eric Fuji, Lia Natalia dan Azman Hashim dalam telefilem Kembara Nak Dara pada hari Sabtu, 5 Nov 2016 jam 9.00 malam di TV1. Tonton secara online di myklik.rtm.gov.my

JUDUL : KEMBARA NAK DARA
TARIKH / MASA : Sabtu, 5 November 2016, 9.00 malam
SIARAN : Tribute P.Ramlee TV1 (RTM)
PENGARAH : Al-Jafree Mat Yusof
TERBITAN : Suhan Movies & Trading
PELAKON : Namron, Nadia Aqeela, Eric Fuji, Lia Natalia, Azman Hashim, Abby Nour, Azzahra Ahmad

SINOPSIS KEMBARA NAK DARA
Pertemuan Zamiel dan Suraya di sebuah stesen bas membibitkan rasa cinta namun belum sempat cinta mekar, Zamiel menghilangkan diri kerana Zamiel mengidap penyakit ketumbuhan di dalam otak.

Pelakon Kembara Nak Dara
Pelakon telemovie Kembara Nak Dara

Kembara Nak Dara (TV1)

Saksikan karya Al-Jafree Mat Yusof lakonan Namron, Nadia Aqeela, Eric Fuji, Lia Natalia dan Azman Hashim dalam telefilem Kembara Nak Dara pa...

Thursday 3 November 2016

PU WID

Nntikan drama terbaru PU Wid lakonan Kamal Adli, Altimet, Hanna Aqeela bermula 4 November ni setiap Jumaat bermula jam 7.30 malam di Astro Oasis.

JUDUL : P.U WID
EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 4 November 2016
HARI / MASA : Jumaat, 7.30 malam
SIARAN : Astro Oasis 104
PENGARAH : Syed Fariz
TERBITAN : Prima Creative Sdn Bhd
PELAKON : Kamal Adli, Altimet, Hanna Aqeela, Zain Hamid, Aqasha, Ungku Hariz

SINOPSIS PU Wid
Ahmad Widad adalah seorang gengster yang terlibat dengan pelbagai aktiviti tidak sihat. Namun hatinya berubah untuk menjadi seorang Pencetus Ummah.

Pelakon PU Wid
Pelakon drama P.U Wid

Drama PU Wid (Astro Oasis)

Nntikan drama terbaru PU Wid lakonan Kamal Adli, Altimet, Hanna Aqeela bermula 4 November ni setiap Jumaat bermula jam 7.30 malam di Astro O...
Hayat TV3

Saksikan gandingan Fezrul Khan dan Ayu Raudhah dalam telefilem Hayat yang akan disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada hari Sabtu pukul 9.00 malam.

JUDUL : HAYAT
TARIKH / MASA : Sabtu, 5 November 2016, 9.00 malam
SIARAN : Slot Cerekarama TV3
PENGARAH : Bade Haji Azmi
TERBITAN : Suhan Movies & Trading
PELAKON : Fezrul Khan, Ayu Raudhah, Fimie Don, Fikhree Bakar

LAGU TEMA
Hazman - Tersiksa 
https://youtu.be/7EOX3OaCII0

SINOPSIS HAYAT 
Mengisahkan tentang seorang suami yang diuji oleh Allah dengan kesenangan yang melimpah ruah tatkala hidupnya sedang susah. Cara hidup yang dulunya sederhana kini sudah mewah, tapi adakah kemewahan yang dipinjamkan oleh Allah itu dapat selamanya menjamin kebahagiaan?

Hayat yang merupakan ketua keluarga diuji dengan kemewahan yang dipinjamkan oleh Allah. Adakah harta yang banyak dapat selamanya menjamin kebahagian?

Telefilem HAYAT (TV3)

Saksikan gandingan Fezrul Khan dan Ayu Raudhah dalam telefilem Hayat yang akan disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada hari Sabtu pukul 9.00 m...

Wednesday 2 November 2016

Desolasi

Filem Desolasi sentuhan pengarah muda, Syafiq Yusof akan ditayangkan di pawagam mulai 8 Disember 2016. Membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Syamsul Yusof, Bella Dally, Pekin Ibrahim dan Dato Jalaluddin Hassan. Filem itu dikatakan menggunakan 60 peratus efek kesan khas (CGI). Menceritakan tentang hala tuju kehidupan seseorang di dunia.

TAJUK : DESOLASI
KLASIFIKASI : P13
GENRE : Fiksyen Sains / Ngeri
TARIKH TAYANGAN : 8 Disember 2016
PENGARAH : Syafiq Yusof
TERBITAN : Skop Productions Sdn Bhd
PELAKON : Syamsul Yusof, Bella Dally, Pekin Ibrahim, Dato Jalaluddin Hassan, Aida Khalidah, Jacky Kam, C.Kumaresen, Siraj Sheikh Alsagoff 

FOTOGRAFI : Azami Alias 
PENATA SENI : Ridzuan Bin Mat Hussain 
PENYELIA KESAN KHAS : Dinie Shuhaimi 
PENATA MUZIK & BUNTI : Imaginex Sdn Bhd 
PENOLONG PENGARAH : Shake Al Walled / Raja Daniel Matiin 
PENERBIT : Datuk Yusof Haslam

SINOPSIS DESOLASI 
Mengisahkan mengenai Aiman seorang pelukis remaja yang mencari jawapan dalam persoalan kehidupan selepas melalui pelbagai ujian dan dugaan dalam kehidupan sehariannya sehingga membuatkan dirinya hilang arah. Masalah demi masalah yang dihadapinya telah membuatkannya bertengkar dengan ayahnya. Satu hari, Aiman berdoa agar semua masalahnya hilang dan keesokan harinya, selepas bangun dari tidur, dia mendapati semua manusia sudah lenyap. Ia sekali gus memberi peluang kepada Aiman untuk melakukan pelbagai perkara yang ingin dilakukannya tanpa perlu berfikir panjang. Dalam pada itu, Aiman juga mencari jawapan kepada kehidupan dan persoalan terhadap apa yang dicarinya selama ini.

VIDEO TRAILER 


LAGU TEMA / OST FILEM DESOLASI 
Tajuk : Bukan Propaganda 
Artis : Syamsul Yusof & Mawi 
Komposer Y Lirik : Syamsul Yusof


Poster Desolasi
Poster kedua filem Desolasi

Sinopsis Desolasi (2016)

Filem Desolasi sentuhan pengarah muda, Syafiq Yusof akan ditayangkan di pawagam mulai 8 Disember 2016. Membariskan pelakon-pelakon hebat sep...
Dengan Nama Allah

Nantikan telefilem penuh pengajaran bertajuk 'Dengan Nama Allah' bakal menemui penonton di saluran Astro Ria (104 & HD 123) pada hari Sabtu ini jam 9 malam. Sebuah arahan Murali Abdullah, lakonan Beto Kusyairy, Sherry Ibrahim, Sharul Kamal dan ramai lagi.

JUDUL : DENGAN NAMA ALLAH 
TARIKH / MASA : Sabtu, 5 November 2016, 9.00 malam
SIARAN : Astro Ria 104 & Ria HD 123
PENGARAH : Murali Abdullah
TERBITAN : Zeel Production Sdn Bhd
PELAKON : Beto Kusyairy, Sherry Ibrahim, Sharul Kamal, Ika Nabella, Farzana Latiff

SINOPSIS DENGAN NAMA ALLAH 
Kebahagiaan Halim diragut selepas kematian isteri dan anaknya. Dia mula hilang pedoman dan tidak percaya kepada takdir. Kehadiran Fatimah membuka lembaran baru tentang takdir mubram yang diuji oleh Allah.

Dengan Nama Allah (Astro Ria)

Nantikan telefilem penuh pengajaran bertajuk 'Dengan Nama Allah' bakal menemui penonton di saluran Astro Ria (104 & HD 123) pada...
7 Hari Mencintaiku

Drama terbaru adaptasi novel 7 Hari Mencintaiku karya tulisan Siti Rosmizah bakal mengisi slot Akasia TV3. Mengandingkan Shukri Yahaya dan Siti Saleha sebagai pelakon utama. Drama bersiri 28 episod tersebut mendapat sentuhan sutradara terkenal, Jamal Khan dibawah penerbitan Pena Creative Pictures Sdn Bhd. Nantikan tayangannya bermula 7 November 2016, setiap hari Isnin hingga Khamis pukl 6.58 petang di TV3.

JUDUL : 7 HARI MENCINTAIKU
EPISOD : 28 Episod
TARIKH TAYANGAN : 7 November 2016
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 6.58 petang
SIARAN : Slot Akasia TV3
SKRIP : PGRs Team, Rozie Rashid, Ainaa Hanez
KARYA ASAL : Siti Rosmizah Semail
PENGARAH : Jamal Khan
TERBITAN : Pena Creative Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Shukri Yahaya, Siti Saleha, Wan Sharmila, Syazwan Zulkifly, Ungku Hariz, Bil Azali, Zulkifli Ismail, Zila Bakarin, Zarynn Min, Anne Abdullah, Idris Md Diah, Lia Natalia, Liza Abdullah, Rosnah Johari, Aman Graseka, Shaharuddin Thamby, Ariff, Mak Wan Latah, Faye Kusairi, Megat, Jaja Iliyes DFKL, Ira Ghani, Nor Amisah, Nurfatin Amalina, Dato Ahmad Fauzee, Shadip Azan

WATAK PELAKON
Shukri Yahaya sebagai Khuzairi
Siti Saleha sebagai Mia Adriana
Wan Sharmila sebagai Sofi
Aman Graseka sebagai Pak Samad
Liza abdullah sebagai Mak Leha
Idris Md Diah sebagai Pak Andak
Anne Abdullah sebagai Mak Andak
Rosnah Johari sebagai Roziah
Bil Azali sebagai Zaidi
Mohd Ariff sebagai Buntat (Shahrul)
Syazwan Zulkifly sebagai Helmi
Faye Kusairi sebagai Syakilla
Ungku Hariz sebagai Khalil
Jaja Iliyes sebagai Nadia
Zarynn Min sebagai Nurul Ain
Zulkifli Ismail sebagai Datuk Megat Idrus
Dato Ahmad Fauzee sebagai Dato Razman
Shaharuddin Thamby sebagai Dato Johari
Datin Ira Ghani sebagai Maria
Ben Ryzlan sebagai Tan Sri Raziq
Zila Bakarin sebagai Datin Hayati
Lia Natalia sebagai Zurita
Mak Wan sebagai Mak Limah 

LAGU TEMA / OST 7 HARI MENCINTAIKU
Tajuk : Lelaki Teragung 
Penyanyi : Dayang Nurfaizah 
Video & Lirik : LINK

SINOPSIS 7 HARI MENCINTAIKU
Sejak kecil, Mia menganggap dirinya lebih bagus daripada orang lain dan enggan bergaul dengan orang yang tidak setaraf dengannya. Mia seorang yang angkuh dan ego. Apabila dia terpaksa berkahwin dengan Khuzairi yang berasal dari kampung, keegoan Mia telah mencetuskan krisis rumah tangga sehingga hati Khuzairi sudah tertutup buat wanita yang dia amat sayangi itu. Jika hanya diberikan 7 hari untuk menyelamatkan krisis rumah tangga itu, mampukah Mia membuka hati Khuzairi yang sudah dilukainya berkali-kali?

Memaparkan kisah Khuzairi (Shukri Yahaya) yang menikahi Mia (Siti Saleha) dalam keadaan terpaksa apabila tunangnya, Khalil (Ungku Hariz) menghilangkan diri pada hari pernikahan. Mia amat sayang dan percayakan Khalil.

Tanpa usul periksa dan berbincang dengan ayahnya Datuk Megat Idrus (Zulkifli Ismail), Mia telah menggunakan wang syarikat sebanyak RM23 juta untuk membantu syarikat Datuk Johari (Shaharuddin Thamby), iaitu ayah kepada Khalil yang sedang dibelenggui masalah kewangan. Mia yakin bahawa Khalil akan memulangkan wang tersebut.

Pada hari pernikahannya, penantian Mia hanya menjadi sia-sia kerana rombongan Khalil bersama keluarganya tidak kunjung tiba. Rupa-rupanya, Datuk Johari yang licik telah memujuk anak lelakinya itu agar pergi ke Paris untuk berkahwin dengan perempuan pilihannya. Khalil sanggup mengkhianati Mia untuk menyelamatkan syarikat ayahnya.

Suasana bertambah huru-hara lagi apabila Datuk Megat Idrus diserang sakit jantung. Untuk menyelamatkan maruah Mia, Datuk Megat Idrus membuat permintaan agar Khuzairi berkahwin dengan Mia. Bermulalah kehidupan baharu Mia bersama Khuzairi di kampung. Mia tidak senang dengan kehidupan di kampung kerana dia menganggap tempat itu tidak sepadan dengan statusnya. Malahan, Mia juga melakukan pelbagai perkara supaya diceraikan oleh Khuzairi.

Khuzairi seorang yang penyabar dan mencuba sedaya upaya untuk memikat hati Mia. Sayangnya cinta seorang suami tidak mampu menandingi ego isterinya itu. Hubungan mereka selalu pasang surut sehinggalah pada suatu hari, Mia sanggup bertindak untuk meninggalkan suami dan anak kecilnya. Khuzairi terkilan dengan kedegilan Mia yang enggan menyusukan anaknya itu walaupun telah dipujuk.

Tiadanya Khuzairi di sisinya, barulah Mia sedar bahawa sebenarnya dia juga menyayangi Khuzairi. Mia akui dengan kesilapannya dahulu dan memohon maaf dengan Khuzairi. Mia juga merayu agar diberikan peluang kedua untuk membuktikan cintanya kepada Khuzairi dan anak mereka dalam tempoh tujuh hari.

Namun, cukupkah masa selama 7 hari itu untuk Mia cuba meraih kembali cinta Khuzairi?

GAMBAR PELAKON
7 Hari Mencintaiku TV3
pelakon utama
Pelakon 7 Hari Mencintaiku
Pelakon drama 7 Hari Mencintaiku
Pelakon 7HariMencintaiku
barisan pelakon
7 Hari Mencintaiku

Drama 7 Hari Mencintaiku (TV3)

Drama terbaru adaptasi novel 7 Hari Mencintaiku karya tulisan Siti Rosmizah bakal mengisi slot Akasia TV3. Mengandingkan Shukri Yahaya dan S...

Tuesday 1 November 2016

Gegar Vaganza 2016

Gegar Vaganza musim ketiga bakal menyaksikan 12 orang artis terkenal tanah air kembali bertanding di pentas Gegar Vaganza untuk merebut wang tunai RM100,000. Gegar Vaganza kali ini bakal bersiaran selama lapan minggu secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) disiarkan secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam bermula 16 Oktober ini. Dihoskan oleh Jihan Musa dan Nabil Ahmad. Dua juri tetap iaitu Dato Haji Ramli MS dan Dato Khadijah Ibrahim. Format program juga masih dikekalkan yang mana para peserta akan dinilai sepenuhnya oleh juri profesional.

Juara Gegar Vaganza musim ketiga ini bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara. Manakala tempat ketiga, keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000 dan RM15,000, RM10,000 dan RM5,000 beserta trofi dan hadiah.

Peserta Gegar Vaganza 2016
12 Peserta Gegar Vaganza 2016
SENARAI PESERTA GEGAR VAGANZA MUSIM KETIGA 2016:
1. Ameng Spring (WAN AMINUDDIN WAN ISMAIL - 47 TAHUN - BESUT, TERENGGANU)
2. Azharina (AZHARINA AZHAR - 31 TAHUN - sabah)
3. Elly Mazlein (SHARIFAH AIDA MAZLINA SYED HANAFI - 35 TAHUN - PERAK)
4. G-Mie Screen (HAJMI HAJI IBRAHIM - 45 TAHUN - KLANG)
5. Intan Sarafina (UNGKU INTAN SARAFINA UNGKU YAHYA - 35 TAHUN - SHAH ALAM)
6. Nora (WAN NORAFIZAH ARIFFIN - 43 TAHUN - KELANTAN)
7. Razis Ismail (MOHAMED GHAZALI ISMAIL - 56 TAHUN - PULAI PINANG)
8. Rem (RAMZANI KASSIM - 42 TAHUN - SIBU, SARAWAK)
9. Shidi Data (RASHIDI RASHID - 43 TAHUN - PULAI PINANG)
10. Siti Sarah (SITI SARAH RAISUDDIN - 32 TAHUN - KUALA LUMPUR)
11. Zarul Umbrella (ZARULKEFLI HUSIN - 43 TAHUN - KAJANG, SELANGOR)
12. Zur Eda (ZUR EDA MOKHTAR - 51 TAHUN - SG BULOH, SELANGOR)

Peserta Gegar Vaganza 3
Peserta Gegar Vaganza 3

Senarai Peserta Gegar Vaganza 3 (2016)

Gegar Vaganza musim ketiga bakal menyaksikan 12 orang artis terkenal tanah air kembali bertanding di pentas Gegar Vaganza untuk merebut wang...

Monday 31 October 2016

MrDonatKaramel

Nantikan drama rantaian adaptasi novel Mr Donat Karamel karya Hanny Esandra yang akan mengisi slot Lestary TV3. Diterajui oleh Hafidz Roshdi dan Azira Shafinaz sebagai pelakon utama. Drama terbitan JS Pictures Sdn Bhd arahan sutradara Azman Yahya dan skrip oleh Rehal Nuharis. Drama bersiri 13 episod itu bersiaran mulai 2 November ini, setiap hari Rabu hingga Jumaat, jam 9.00 malam di TV3. 

JUDUL : MR. DONAT KARAMEL
EPISOD : 13 Episod
TARIKH TAYANGAN : 2 November 2016
HARI / MASA : Rabu-Jumaat, 9.00 malam
SIARAN : Slot Lestary TV3
NOVELIS : Hanny Esandra
SKRIP : Rehal Nuharis
PENGARAH : Azman Yahya (Jinggo)
TERBITAN : JS Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Hafidz Roshdi, Azira Shafinaz, Idris Khan, Fimie Don, Syazuwan Hassan DFKL, Roy Azman, Noniswara, Mona Allen, Sheila Rusly, Shamsul Ghau Ghau, Maria Jaafar, Sophia Liana

WATAK PELAKON
Hafidz Roshdi sebagai Faiq Faiqal
Azira Shafinaz sebagai Anggun Qairah
Idris Khan sebagai Zharif
Fimie Don sebagai Kamil
Syazuwan Hassan DFKL sebagai Redwan
Roy Azman sebagai Dato Azman
Noniswara sebagai Datin Azie

LAGU TEMA / OST MR DONAT KARAMEL
Lagu : Jangan Kecam Cintaku
Penyanyi : Bahrain Rahman
Video & Lirik : LINK

SINOPSIS MR DONAT KARAMEL
Kisah seorang novelis bernama Anggun Qairah yang kerjanya menulis dan makan donat karamel di sebuah kafe. Hari-hari tanpa jemu. Di situ dia mencurahkan ilham. Di situ dia khusyuk dan tenggelam dalam dunia ciptaannya.

Suatu hari dia bertemu dengan Faiq Faiqal secara tidak sengaja dalam satu kemalangan kecil yang merosakkan segala khazanah pentingnya. Cermin mata dan komputer ribanya hancur digilis kereta. Dengan rasa simpati, Faiq membantu Anggun dan menggantikan dua barang penting milik Anggun. Anggun yang rabun, tidak cam siapa lelaki yang melanggarnya.

Faiq pula sudah gila bayang. Dia, CEO Design Dynamic Berhad turun pangkat sebagai pelayan di Kafe Donat Karamel semata-mata kerana mahu mendekati gadis idamannya dengan menyamar sebagai Rafiqi. Rafiqi yang konon-kononnya meminati semua karya garapan Anggun.

Hari demi hari hubungan mereka semakin berkembang mekar sehinggalah Zhariff, lelaki sekampung dengan Anggun, mula mengganggu hubungan mereka. Namun, hubungan mereka tetap kukuh sehinggalah hari bersejarah mereka.

Anggun kecewa bila tahu Rafiqi yang sebenarnya adalah Faiq. Dia rasakan Faiq tidak ikhlas bila Faiq tidak jujur dan menipunya selama ini. Bermulalah misi ops pikat isteri yang dijalankan oleh Faiq. Pelbagai adegan lucu yang Faiq ciptakan.

Zhariff pula tidak jemu meminta-minta Anggun daripada Faiq. Sebagai suami Faiq rasa tercabar. Anggun pula salah faham bila terdengar pertengkaran mereka lalu membawa diri ke kampung. Bahagiakah Anggun di sisi Faiq? Faiq pula, masih ada lagikah kesabaran dalam menempuh rumah tangga yang dibina? Cinta perlukan kesabaran. Faiq pasti, akan ada bahagia di penghujung jalan.

GAMBAR PELAKON
Mr Donat Karamel

Pelakon Mr Donat Karamel
pelakon drama Mr Donat Karamel
Mr Donat Karamel TV3
barisan pelakon

Drama Mr Donat Karamel (TV3)

Nantikan drama rantaian adaptasi novel Mr Donat Karamel karya Hanny Esandra yang akan mengisi slot Lestary TV3. Diterajui oleh Hafidz Roshdi...
Muzik-Muzik 31

Sebanyak 30 lagu bakal bertanding di Separuh Akhir Muzik-Muzik Ke-31 yang akan berlangsung pada 4 dan 11 November 2016 (Jumaat) di TV3. Bersiaran secara langsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam jam 9.00 malam. 30 buah lagu terbaik telah dipilih ke peringkat separuh akhir Muzik-Muzik, lima lagu daripadanya layak menerusi Showcase Muzik Muzik 31. Hanya 12 lagu yang bertanding bakal menuju ke Anugerah Juara Lagu (AJL31) yang akan diadakan pada 22 Januari 2017. Muzik-Muzik 31 Separuh Akhir bakal dihoskan oleh Fara Fauzana dan Fizie Hot FM manakala Amelina, Haiza dan Sarah Fazny bakal mengadakan persembahan istimewa.

*Lagu Darah Muda dari kumpulan Bunkface telah menarik diri dan ia digantikan dengan lagu Demi Cinta oleh Ezad Lazim.

SENARAI LAGU LAYAK KE SEPARUH AKHIR MUZIK-MUZIK 31 (2016)

MINGGU PERTAMA (4 NOVEMBER 2016)
1. Hyper Act - Takkan Pergi
2. Projector Band - Sudah Ku Tahu
3. Khalifah - Hang Pi Mana
4. Estranged feat Fazura - Hancur Aku
5. Sufian Suhaimi - Terakhir
6. Elizabeth Tan feat Faizal Tahir - Setia (Pengganti : Awi Rafael)
7. Harris Baba - Katakan
8. Ezad Lazim - Demi Cinta
9. Azhael - Mencinta
10. Ippo Hafiz - Kekal Bahagia
11. Dayang Nurfaizah - Lelaki Teragung
12. Tasha Manshahar & Syed Syamim - Ragu-Ragu (Pengganti : Ernie Zakri)
13. Shiha - Seperti Novel Cinta
14. Mal Imran - Cinta Sukar Ditafsirkan
15. Janna Nick - Mungkin Saja
16. Mark Adam - Berat
17. Amyra Rosli feat Waris & Juzzthin - Ada Saja

MINGGU KEDUA (11 NOVEMBER 2016)
1. Hazama & The Penglipur Lara - Di Amaran Mama
2. Akim & The Majistret - Obses
3. Sakura Band - Polaroid
4. Syamel - Hidup Dalam Mati
5. KRU - Hingga Ke Jannah (Pengganti : Calpih Buskers)
6. Jaclyn Victor - Seindah Mimpi
7. Ayda Jebat - Pencuri Hati
8. Hafiz Suip & Misha Omar - Terimaku Seadanya
9. Aiman Tino - Ku Rela Dibenci
10. Shila Amzah & Alif Satar - Selamanya Cinta
11. Syamsul Yusof & Mawi - Kalah Dalam Menang
12. Stacy - Romeo (Pengganti : Mimifly)
13. Black - Anugerah Terindah

Separuh Akhir Muzik Muzik 31 (2016)

Sebanyak 30 lagu bakal bertanding di Separuh Akhir Muzik-Muzik Ke-31 yang akan berlangsung pada 4 dan 11 November 2016 (Jumaat) di TV3. Bers...
Tawar TV2

Jangan lupa menyaksikan telefilem Tawar lakonan Syafiq Kyle, Syed Ali dan Faye Kusairi. Bersiaran di TV2 Pada 1 November 2016 jam 10.00 malam. Tonton secara online di myklik.rtm.gov.my/live

JUDUL : TAWAR
TARIKH / MASA : Selasa, 1 November 2016, 10.00 malam
SIARAN : Slot Citra TV2 (RTM)
SKRIP : Adza Emie
PENGARAH : Fahizal Abdullah
TERBITAN : Allen Tinggie Trading Sdn Bhd
PELAKON : Syafiq Kyle, Faye Kusairi, Syed Ali, Syaiena, Man Belon, Ucop Cecupak

SINOPSIS TAWAR
Kisah Que Dani atau Dani, blogger terkenal di Malaysia. Dani merupakan seorang pengkritik makanan yang dibayar untuk makan di restoran-restoran dan memberikan ulasan mengenainya. Que Dani, seorang pengkritik makanan yang sangat lancang mulutnya mengkritik masakan-masakan orang lain. Suatu hari, dia kehilangan deria rasa! Hancur musnah kariernya, semua makanan bagaikan langsung tiada rasa! 

Pelakon Tawar TV2
Pelakon telemovie Tawar di TV2

Telefilem TAWAR (TV2)

Jangan lupa menyaksikan telefilem Tawar lakonan Syafiq Kyle, Syed Ali dan Faye Kusairi. Bersiaran di TV2 Pada 1 November 2016 jam 10.00 mala...

Sunday 30 October 2016

Cermin Kasih

JUDUL : CERMIN KASIH
TARIKH / MASA : Ahad, 30 Oktober 2016, 3.00 petang
SIARAN : TV3 (Drama Terbaik Anugerah Skrin )
CERITA ASAL:  Kip Adlie
PENGARAH : Murali Abdullah
TERBITAN : Arie Zaharie Production Sdn Bhd
PELAKON : Tiz Zaqyah, Shahiezy Sam, Fazlina Ahmad Daud, Raja Ilya, Sri Nurmannis Norhazman, Alif Hilman, Mak Engku, Adik Luvvna, Fazlina Ahmad Daud, Wilma, Zulkifli Ismail

LAGU TEMA / OST CERMIN KASIH
Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu - Uji Rashid
Gelombang - Salamiah Hassan 

SINOPSIS CERMIN KASIH
Kehidupan Marina bertukar apabila dijodohkan dengan pemuda pilihan orang tuanya iaitu Amran. Hakikatnya, Amran adalah pengedar dadah. Marina dipaksa oleh Amran untuk terlibat sama dan akhirnya dia diberkas polis. Amran pula meninggal dunia akibat ditembak polis. Melalui sisi gelap di penjara, Marina disahkan mengandung. Gangguan emosi melanda Marina dan akhirnya lahirlah Maryam. Selaras dengan peraturan penjara, Maryam dipisahkan daripada Marina apabila menginjak 3 tahun. Maryam dipelihara oleh ibu bapa Marina iaitu Pak Hamdan dan Mak Jah. Mereka hanya dipertemukan di antara cermin kaca setiap kali melawat Marina di penjara. Tiba hari pembebasan Marina. Dia pulang dan mendapati sekujur tubuh Maryam di atas katil menanti kepulangannya. Maryam meninggal dunia pada hari yang sama Marina dibebaskan. Namun, hajatnya untuk mengucup dahi anaknya tercapai sebelum Maryam pergi buat selamanya.

Cermin Kasih (TV3)

JUDUL : CERMIN KASIH TARIKH / MASA : Ahad, 30 Oktober 2016, 3.00 petang SIARAN : TV3 (Drama Terbaik Anugerah Skrin ) CERITA ASAL:  Kip Adlie...

 

Layan Drama Melayu Online Terbaru © 2015 - Blogger Templates Designed by Templateism.com, Plugins By MyBloggerLab.com