Saturday 7 January 2017

Putih Kemboja

Saksikan Putih Kemboja sebuah telefilem Tribute P.Ramlee arahan Pali Yahya. Disiarkan pada hari Sabtu, 7 Januari 2017 pukul 9.00 malam di TV1. Lakonan Fauziah Nawi, Sura Sojangi, Nur Qistina Raisah, dan Ahmad Ezrinn Loy.

JUDUL : PUTIH KEMBOJA 
TARIKH / MASA : Sabtu, 7 Januari 2017, 9.00 malam
SIARAN : Slot Tribute P.Ramlee TV1 (RTM)
PENGARAH : Fazli Yahya
TERBITAN : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
PELAKON : Fauziah Nawi, Sura Sojangi, Nur Qistina Raishah, Ahmad Ezrinn Loy

SINOPSIS PUTIH KEMBOJA
Mengisahkan Zaleha tidak dapat menerima perkahwinan Dahlia dan Arman, seorang penagih dadah, lalu mereka dihalau dari rumah. Dahlia dan Arman telah dikurniakan zuriat bernama Amira. Setelah Arman meninggal dunia akibat HIV, Amira telah dipelihara oleh Zaleha.

Setelah 7 tahun menghilangkan diri, Dahlia kembali ke pangkuan Mak Leha (ibu) bersama anaknya Mira. Kembalinya Dahlia dalam keadaan sakit hingga menemui ajal, ditambah dengan dosa silamnya telah menjejaskan hubungan Mak Leha dengan penduduk kampung. Mira yang berusia 7 tahun dikatakan pembawa kuman HIV dan jualan kuih Mak Leha makin merosot. Mira membawa diri ke kubur ibunya lalu bertemu dengan Muis seorang remaja yang sedang berkonflik dengan keluarganya. Hidup dalam konflik menyebabkan mereka bersahabat baik.

Pelakon Putih Kemboja
Pelakon telemovie Putih Kemboja

Putih Kemboja (TV1)

Saksikan Putih Kemboja sebuah telefilem Tribute P.Ramlee arahan Pali Yahya. Disiarkan pada hari Sabtu, 7 Januari 2017 pukul 9.00 malam di TV...
Misi Laksa dan Laksam

Drama terbaru Misi Laksa & Laksam menemukan semula gandingan Aqasha dan Rita Rudaini. Drama bersiri 20 episod ini diarahkan oleh Azmi Hatta. Akan ditayangkan di slot Dahlia TV3.

JUDUL : MISI LAKSA & LAKSAM
EPISOD : 20 episod
TARIKH / MASA : 
SIARAN : Slot Dahlia TV3
PENGARAH : Azmi Hatta
TERBITAN : Zeel Production Sdn Bhd
PELAKON : Aqash, Rita Rudaini, Raysha Rizrose, Tengku Fiella, Kuna, Joe Merong, Lidyawati, Farzana Latiff, Umar Harith 

WATAK PELAKON 
Aqasha sebagai Hakimi 
Rita Rudaini sebagai Fiza

SINOPSIS MISI LAKSA DAN LAKSAM
~akan dikemaskini kelak

Drama Misi Laksa Dan Laksam (TV3)

Drama terbaru Misi Laksa & Laksam menemukan semula gandingan Aqasha dan Rita Rudaini. Drama bersiri 20 episod ini diarahkan oleh Azmi Ha...

Friday 6 January 2017

Teman Pengganti TV3

Jangan lupa untuk saksikan telefilem khas sempena AJL 31 di ilham daripada lagu Teman Pengganti nyanyian Black dan Malique. Dibintangi oleh Saharul Ridzwan, Niena Baharun, Erry Putra, dan Nisha Dirr. Disiarkan hari Sabtu ini pukul 9 malam di Slot Cerekarama TV3. 

JUDUL : TEMAN PENGGANTI
TARIKH / MASA : Sabtu, 7 Januari 2017, 9.00 malam
SIARAN : Slot Cerekarama TV3
SKRIP : Wan Mahani Wan Hassan
PENGARAH : Rusdi Ramli
TERBITAN : Jutaan Ringgit Sdn Bhd
PELAKON : Saharul Ridzwan, Niena Baharun, Erry Putra, Nisha Dirr, Zarina Zainuddin, Zaidi Omar

SINOPSIS TEMAN PENGGANTI
Kisah Haiman yang dalam persiapan untuk berkahwin dengan Aisyah. Namun muncul Mariyam bersama seorang anak lalu  dikatakan punca Haiman membatalkan perkahwinan mereka. Aisyah yang tidak percaya dengan apa terjadi mula mencari Haiman untuk mendapatkan penjelasan.

Selepas beberapa bulan berlalu Aisyah masih tidak dapat melupakan Haiman. Ibu Aisyah yang risau menyuruh Aisyah untuk berkahwin dengan Uzair yang setia dengannya. Suatu hari Haiman berjumpa dengan Uzair menjelaskan segalanya yang dia tidak akan hidup lama mengidap sakit jantung. Manakala perempuan yang bersamanya itu hanyalah adik ibu susuannya.

Pelakon Teman Pengganti
Pelakon telemovie Teman Pengganti

Teman Pengganti (TV3)

Jangan lupa untuk saksikan telefilem khas sempena AJL 31 di ilham daripada lagu Teman Pengganti nyanyian Black dan Malique. Dibintangi oleh ...
3 Juara

Konsert Akhir 3 JUARA akan berlangsung pada Ahad ini, 8 Januari jam 9 malam di TV3. Menyaksikan enam peserta bakal berentap untuk bergelar pemenang setiap kategori. Masing-masing dua peserta daripada kategori Balada, Rock dan Irama Malaysia yang diwakili Salma dan Hady daripada ketegori Balada, Kudien dan Eva Maria (Rock) manakala Azizul dan Nura (Irama Malaysia)

Pada peringkat akhir nanti, enam finalis berkenaan akan berentap bagi untuk bergelar pemenang setiap kategori, sekali gus berpeluang merebut gelaran juara antara juara pada pentas Grand Final yang akan diadakan pada 15 Januari depan. Pemenang peringkat Grand Final bakal memenangi hadiah wang tunai RM100,000. Program realiti 3 Juara diadali tiga juri tetap, Noraniza Idris (Irama Malaysia), Awie (Rock), dan Dato� Rossa (Balada). Manakala Ajai, Pak Ngah dan Edrie Hashim pula selaku produser bagi setiap kategori.

Ikuti juga setiap latihan dan persediaan para peserta 3 Juara di belakang tabir dalam Nota 3 Juara hari Ahad, pada jam 6 petang. Untuk maklumat lanjut layari www.tv3.com.my/3juara

SENARAI ENAM FINALIS PERINGKAT AKHIR 3 JUARA 

KATEGORI BALADA 
1. Salma (Salmah Binti A.Asis, Selangor, 26 tahun)
2. Hady (Mohd Nor Hadli Bin Rosli, Melaka, 28 tahun)
3 Juara Balada

KATEGORI ROCK 
1. Kudien (Muhammad Ariffuden Bin Mohd Rafee, Johor, 22 tahun)
2. Eva Maria (Anni Binti Pisali, Kuala Lumpur, 23 tahun)
3 Juara Rock

KATEGORI IRAMA MALAYSIA 
1. Azizul (Azizul Haqim Bin Md Anuwar, Johor, 28 tahun)
2. Nura (Nor Atikah Binti Mohd Yousof, Johor, 18 tahun)
3 Juara Irama Malaysia

Finalis Konsert Akhir 3 Juara (TV3)

Konsert Akhir 3 JUARA akan berlangsung pada Ahad ini, 8 Januari jam 9 malam di TV3. Menyaksikan enam peserta bakal berentap untuk bergelar p...

Thursday 5 January 2017

Papa Ricky

Siri drama terbaru Papa Ricky akan mengantikan drama Lara Aishah yang berakhir tidak lama lagi. Drama yang diadaptasi daripada telenovela Chile ini diarahkan oleh Harris Fadzilah. Menampilkan gandingan Fadlan Hazim, Elizad Sharifuddin, dan adik Nur Qistina Raisah sebagai teraju utama. Nantikan drama rantaian Papa Ricky sebanyak 80 episod bermula 16 Januari 2017, setiap Isnin hingga Jumaat di Astro Prima dan Maya HD. 

JUDUL : PAPA RICKY
EPISOD : 80 episod
TARIKH TAYANGAN : 16 Januari 2017
HARI / MASA : Isnin-Jumaat, 6.00 petang 
SIARAN : Astro Prima 105 &  Astro Maya HD 135 
PENGARAH : Harris Fadzillah
TERBITAN : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Fadlan Hazim, Elizad Sharifuddin, Nur Qistina Raisah, Farah Nabilah, Ewal, Hafizul Kamal, Nazmi Nordin, Hafiz Bahari, Tunku Hanis, Riz Amin, Shakilla Khoriri

WATAK PELAKON
Fadlan Hazim sebagai Ricky
Elizad Sharifuddin sebagai Zara
Nur Qistina Raisah sebagai Alisya

SINOPSIS PAPA RICKY 
Mengisahkan cabaran seorang bapa tunggal yang terpaksa membesarkan anaknya selepas isterinya meninggalkannya. 

GAMBAR PELAKON 
Pelakon Papa Ricky
Pelakon drama Papa Ricky

Drama Papa Ricky (Astro Prima)

Siri drama terbaru Papa Ricky akan mengantikan drama Lara Aishah yang berakhir tidak lama lagi. Drama yang diadaptasi daripada telenovela Ch...
Jejak Karmila

Nantikan drama terbaru di slot Zehra TV3 berjudul Jejak Karmila. Adaptasi daripada novel karya Nilam Himawari dan Rizalwan Ramli. Menampilkan gandingan Mia Ahmad, Ruhainies, Asyraf Ali bersama primadona ulung, Fauziah Dato Ahmad Daud. Drama bersiri Jejak Karmila arahan Murali Abdullah bakal ditayangkan mulai 11 Januari 2017, setiap Rabu hingga Jumaat pukul 9.00 malam di TV3. 

JUDUL : JEJAK KARMILA
TARIKH TAYANGAN : 11 Januari 2017
HARI / MASA : Rabu-Jumaat, 9.00 malam
SIARAN : Slot Zehra TV3
PENULIS NOVEL : Nilam Himawari / Rizalwan Ramli
PENGARAH : Murali Abdullah
TERBITAN : Zeel Production Sdn Bhd
PELAKON : Fauziah Ahmad Daud, Mia Ahmad, Ruhainies, Asyraf Aley, Amy Mastura, Fauziah Nawi, Wani De'fam, Nafiz Muaz, Johan As'ari, Wan Sharmila, Azri Iskandar, Duerra Mitilda

WATAK PELAKON
Fauziah Ahmad Daud sebagai Karmila 
Mia Ahmad sebagai Suraya
Ruhainies sebagai Nonie
Asyraf Ali sebagai Syed Haikal
Amy Mastura sebagai Syarifah Aniza
Fauziah Nawi sebagai Hamidah

SINOPSIS JEJAK KARMILA 
Jejak Karmila adalah pembukaan setiap langkah Suraya, Nonie dan Karmila untuk bersatu kembali. Konflik demi konflik yang cuba menguji sejauh mana tahap keimanan mereka menghadapi ujian-ujian Allah SWT.  Karmila dihukum penjara 20 tahun kerana membunuh suaminya tanpa sengaja demi menyelamatkan anaknya, Suraya dan Nonie.

Apabila ada yang merana di dalam sana, yang diluar ini sedikitpun tidak mensyukuri kesenangan yang ada. Bila adik cemburukan kakak sendiri pasal lelaki bernama Syed Haikal, segala-galanya jadi kacau bilai. Si lelaki pula tamak. Yang kakak dia mahu, yang adik juga mahu disapunya. Payah-payah dia beralih pula pada gadis lain. 

Konflik cinta tiga segi antara Syed Haikal dengan dua beradik itu mula pudar sebaik sahaja bongkar rahsia perhubungan Syed Hamidi dengan Karmila. 

Siapakah sebenarnya Karmila? 
Siapa wanita itu kepada gadis-gadis yang disukainya?
Dan yang paling penting, siapa wanita itu dengan ayahnya sendiri?

GAMBAR PELAKON
Jejak Karmila

Pelakon Jejak Karmila
antara pelakon drama Jejak Karmila

Drama Jejak Karmila (TV3)

Nantikan drama terbaru di slot Zehra TV3 berjudul Jejak Karmila. Adaptasi daripada novel karya Nilam Himawari dan Rizalwan Ramli. Menampilka...
Urusan Hati Cik Drama Queen

Drama adaptasi novel Urusan Hati Cik Drama Queen karya Areila Sahimi akan menemui penonton di Astro Ria. Drama sentuhan pengarah Michael Ang ini membariskan pelakon-pelakon popular seperti Aiman Hakim, Scha Alyahya, Randy Pangalila, Ozlynn, Ungku Hariz ramai lagi. Nantikan drama bersiri Urusan Hati Cik Drama Queen dijadualkan bersiaran pada bulan Februari nanti. 

JUDUL : URUSAN HATI CIK DRAMA QUEEN
TARIKH / MASA : Februari 2017
SIARAN : Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123
PENULIS NOVEL : Areila Sahimi 
PENGARAH : Michael Ang & Hadith Omar
TERBITAN : Cube Film Sdn Bhd
PELAKON : Scha Alyahya, Aiman Hakim Ridza, Randy Pangalila, Shalma Ainaa, Adriana Adnan, Ozlynn, Ungku Hariz

WATAK PELAKON 
Scha Alyahya sebagai Syazlin
Aiman Hakim Ridza sebagai Fadhlan
Randy Pangalila sebagai Faris
Ozlynn sebagai Husna
Ungku Hariz sebagai Yeop

SINOPSIS URUSAN HATI CIK DRAMA QUEEN
Betul kata orang. Nak lupakan cinta lama, kita kena temui cinta yang baru. Perkenalan dengan jiran baru yang awalnya kelat-kelat masam, akhirnya melahirkan rasa cinta yang baru.

Lantaklah kalau lelaki itu anak Che Yam sekalipun. Nak buat macam mana? Hati Syazlin sudah tersuka pada Fadhlan. Kali ini dia nekad. Perasaan harus diluahkan. Di atas tiga helai kertas, dia karang ayat-ayat cinta untuk lelaki itu. Siap tabur bedak wangi lagi. Tapi rupa-rupanya Fadhlan sudah ada kekasih hati. Malunya dia apabila mengenangkan surat tiga helai yang boleh mengundang sesiapa pun untuk �termuntah hijau� selepas membacanya.

Macam mana ni?! Kenapalah hidup dia terlalu banyak drama? Pantang bercinta� pasti putus cinta. Syazlin pun tak tahu sama ada putera idamannya itu sebenarnya wujud ataupun tidak. Mungkinkah putera idamannya itu ialah Faris yang sudah menjadi suami orang atau Fadhlan yang baru sekadar menjadi tunangan orang?

Eh! Tapi� takkanlah budak Nizam si rambut Kpop itu pulak?

�Selagi hati dia begitu dan hati aku begini, sampai bila-bila pun urusan hati kita belum selesai.� 

GAMBAR PELAKON
Pelakon Urusan Hati Cik Drama Queen
Pelakon drama Urusan Hati Cik Drama Queen

Drama Urusan Hati Cik Drama Queen

Drama adaptasi novel Urusan Hati Cik Drama Queen karya Areila Sahimi akan menemui penonton di Astro Ria. Drama sentuhan pengarah Michael Ang...

Wednesday 4 January 2017

Kerana Anisa

Nantikan drama terbaru terbitan Enuja Production Sdn Bhd berjudul Kerana Anisa. Ditunjangi oleh Zara Zya, Mustaqim Bahadon dan Fahrin Ahmad. Drama bersiri arahan Jamal Khan itu bakal menemui penonton bermula 9 Januari ini, disiarkan setiap hari Isnin hingga Rabu jam 10 malam menerusi slot Samarinda di TV3.

JUDUL : KERANA ANISA
EPISOD : 15 episod
TARIKH TAYANGAN : 9 Januari 2017
HARI / MASA : Isnin-Rabu, 10.00 malam
SIARAN : Slot Samarinda TV3
PENGARAH : Jamal Khan
TERBITAN : Enuja Production Sdn Bhd
PELAKON : Zara Zya, Mustaqim Bahadon, Fahrin Ahmad, Sura Sojangi, Uqasha Senrose, Syaffiq Sahli, Aman Graseka, Ellie Suriati, Ira ghani

WATAK PELAKON
Zara Zya sebagai Anisa
Mustaqim Bahadon sebagai Syukri
Fahrin Ahmad sebagai Zahid
Sura Sojangi sebagai Adira

SINOPSIS KERANA ANISA
Mengisahkan Anisa dan Syukri yang berkawan baik di kampung. Anisa mempunyai impian besar dalam hidup apabila bercita-cita menjadi peguam dan meminta Syukri menjadi 'guru' dan penguat semangatnya.

Bagaimanapun, bapa Anisa, Long Yahya menentang persahabatan Syukri dan Anisa. Selepas Anisa tamat menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Syukri berangkat ke London untuk menyambung pengajian namun mereka meneruskan hubungan menerusi surat.

Satu hari, Anisa dikejutkan dengan rombongan peminangan daripada Zahid. Anisa menentang kerana mahu meneruskan pelajaran kerana dia lulus cemerlang dalam SPM. Bagaimanapun, Anisa dipaksa berkahwin. Selepas berkahwin, Zahid bertindak kejam terhadap zahir dan batin Anisa.

Malah, Zahid makin menyakiti Anisa terutama selepas mendapat tahu hubungan Anisa dengan Syukri.

GAMBAR PELAKON
Pelakon Kerana Anisa
Pelakon drama Kerana Anisa
Kerana Anisa TV3
barisan pelakon

Drama Kerana Anisa (TV3)

Nantikan drama terbaru terbitan Enuja Production Sdn Bhd berjudul Kerana Anisa. Ditunjangi oleh Zara Zya, Mustaqim Bahadon dan Fahrin Ahmad....
Filem Malaysia 2017

Berikut senarai filem-filem tempatan yang akan keluar tahun 2017 ini. Mana-mana filem yang berkenan silalah pergi tengok di wayang tanda sokongan anda. 

SENARAI FILEM MALAYSIA 2017

BULAN JANUARI

Dorm Melati

JUDUL : DORM MELATI
Tarikh Tayangan : 12 Januari 2017
Genre : Seram
Pengarah : Eyra Rahman
Terbitan : Metrowealth
Pelakon : Aedy Ashraf, Nadia Aqilah, Aizat Hassan, Ardell Aryana



aku bukan spy

JUDUL : AKU BUKAN SPY
Tarikh Tayangan : 19 Januari 2017
Genre : Aksi, Komedi, Romantik 
Pengarah : Danial Rifki
Terbitan : Fimtab Unik
Pelakon : Keith Foo, Siti Saleha, Nasha Aziz, Hamish Daud, Ray Sahetapy




Love From Kampung

JUDUL: LOVE FROM KAMPUNG
Tarikh Tayangan : 26 Januari 2017
Bahasa : Kantonis
Genre : Drama
Pengarah : Silver Yee
Terbitan : MIG Pictures Sdn Bhd
Pelakon : Jack Lim, Jeff Chin, Emily Chan, January So

BULAN FEBRUARI

Aku Haus Darahmu

JUDUL: AKU HAUS DARAH MU
Tarikh Tayangan : 2 Februari 2017
Genre : Seram
Pengarah : Aidilfitri Mohamed Yunos
Terbitan : Tsar Asia Sdn Bhd
Pelakon : Deanna Yusoff, Nad Zainal, Zoey Rahman, Farhanna Qismina, Amalia Syakirah




Bisik Pada Langit

JUDUL : BISIK PADA LANGIT
Tarikh Tayangan : 9 Februari 2017
Genre : Drama
Pengarah : Kabir Bhatia
Pelakon : Jalil Hamid, Ummi Nazeera, Beto Khusyairi, Erwin Dawson
Terbitan : Astro Shaw Sdn Bhd




Soulmate Hingga Jannah

JUDUL : SOULMATE HINGGA JANNAH
Tarikh Tayangan : 16 Februari 2017
Genre : Romantik
Pengarah : Prof Dr A.Razak Mohaideen
Terbitan : FiTA Studios Sdn Bhd
Pelakon : Taufik Batisah, Raja Ilya, Erra Fazira, Azhari Zain, Reen Rahim




JUDUL : PAK PONG
Tarikh Tayangan : 23 Februari 2017
Genre : Epik
Pengarah : Fauzi Nawawi
Terbitan : 9 Country Creativity
Pelakon : Hairul Azreen, Siti Saleha, Dato Eizlan Yusof, Saiful Apek, Shawal AF, Badrul, Kaza, Jasmin Hamid, Rahim R2, Marsha, Nur Ristina, Awan Ceplos, Sathia, Lisdawati, Bell


BULAN MAC

J Revolusi

JUDUL : J REVOLUSI
Tarikh Tayangan : 2 Mac 2017
Genre : Aksi
Pengarah : Zulkarnain Azhar
Terbitan : Grand Brilliance Sdn Bhd
Pelakon : Zul Ariffin, Izara Aishah, Nur Fazura, Farid Kamil, Azad Jazmin, Iedil Putra




Adiwira Ku

JUDUL : ADIWIRA KU
Tarikh Tayangan : 9 Mac 2017
Genre : Drama
Pengarah : Eric Ong
Terbitan : Sol Pictures Sdn Bhd
Pelakon : Sangeetha Krishnasamy, Xavier Fong, Adnin Zidane, Irdina Tasnim, Rizal, Balqis




Kanang Anak Langkau

JUDUL : KANANG ANAK LANGKAU THE IBAN WARRIOR
Tarikh Tayangan : 16 Mac 2017
Genre : Aksi
Pengarah : Bade Haji Azmi
Terbitan : Tangan Seni Sdn Bhd
Pelakon : Adi Putra, Johan As�ari, Aidil Aziz, Jay Izwazir, Adam Shah, Livonia Ricky, Langgi



TAJUK : KIMCHI UNTUK AWAK
Tarikh Tayangan : Mac 2017
Genre : Romantik
Pengarah : Michael Ang
Terbitan : Darkwave Pictures Sdn Bhd
Pelakon : Aiman Hakim Ridza, Emma Maembong



XX Ray 3

JUDUL : XX RAY III
Tarikh Tayangan : Mac 2017
Genre : Sains Fiksyen
Pengarah : Aziz M. Osman
Terbitan : Ace Motion Pictures Sdn Bhd
Pelakon : Izzue Islam, Puteri Aisyah, Adam John, Afdlin Shauki



Filem Malaysia Tahun 2017

Berikut senarai filem-filem tempatan yang akan keluar tahun 2017 ini. Mana-mana filem yang berkenan silalah pergi tengok di wayang tanda sok...
Misteri Wan Peah

Nantikan drama terbaharu terbitan JS Pictures Sdn Bhd berjudul Misteri Wan Peah. Membariskan pelakon seperti Normah Damanhuri, Ariff Aziz, Sasqia Dahuri, Ashraf Jamaludin, Zee Zainal, Faiz Tapaw, Sweet Qismina dan ramai lagi. Drama bersiri 20 episod arahan Azman Yahya ini akan ditayangkan pada bulan Februari nanti di slot baharu, Seram Komedi di TV3.

JUDUL : MISTERI WAN PEAH
EPISOD : 20 episod
TARIKH / MASA : Februari 2017
SIARAN : Slot Seram Komedi TV3
PENGARAH : Azman Yahya (Jinggo)
TERBITAN : JS Pictures Sdn Bhd 
PELAKON : Normah Damanhuri, Ariff Aziz, Sasqia Dahuri, Acap Jamaludin, Zee Zainal, Faiz Tapaw, Sweet Qismina, Sherry Alhadad, Usop Wilcha, Indah Emeerlda, 

WATAK PELAKON
Normah Damanhuri sebagai Wan Peah 
Acap Jamaluddin  sebagai Yeh
Zee Zainal sebagai Lie
Faiz Tapaw sebagai Ghani

SINOPSIS MISTERI WAN PEAH
Kisah misteri seorang wanita tua yang tinggal di Kampung Kuala Pari Hilir.

GAMBAR PELAKON
Pelakon Misteri Wan Peah
Pelakon drama Misteri Wan Peah

Drama Misteri Wan Peah (TV3)

Nantikan drama terbaharu terbitan JS Pictures Sdn Bhd berjudul Misteri Wan Peah. Membariskan pelakon seperti Normah Damanhuri, Ariff Aziz, S...

Monday 2 January 2017

Azam Yang Terlampau

Saksikan telefilem Azam Yang Terlampau lakonan Beto Kusyairy, Ika Nabila, dan Fathiya Latiff, pukul 10.00 malam ini di TV2

JUDUL : AZAM YANG TERLAMPAU
TARIKH / MASA : Selasa, 3 Januari 2017, 10.00 malam
SIARAN : Slot Citra TV2 (RTM)
PENGARAH : Hashim Rejab
TERBITAN : CMA Media Production
PELAKON : Beto Kusyairy, Ika Nabila, Fathiya Latiff, Hairi Safwan, Datuk Jalaluddin Hassan, Didie Alias, Fadhil Dani

SINOPSIS AZAM YANG TERLAMPAU
Mengisahkan Amri, Manisah dan Rosiah berpakat untuk lari dari kampung. Amri lari kerana dia terlibat dengan skim cepat kaya dan dia dikehendaki orang kampung. Rosiah lari kerana dipaksa berkahwin dengan Haji Sahak yang seusia ayahnya. Manisah pula membawa diri kerana bercita-cita untuk menjadi pelakon. Namun, ayah Rosiah berjaya menjejaki mereka! Apakah yang terjadi selepas itu?

Pelakon Azam Yang Terlampau

Azam Yang Terlampau (TV2)

Saksikan telefilem Azam Yang Terlampau lakonan Beto Kusyairy, Ika Nabila, dan Fathiya Latiff, pukul 10.00 malam ini di TV2 JUDUL : AZAM YANG...
Mentor Milenia 2017

Program realiti Mentor Milenia bakal kembali mencari dan mencungkil bakat anak-anak muda dalam bidang nyanyian. Tertumpu kepada golongan muda dalam lingkungan umur dari 17 hingga 21 tahun, Mentor Milenia bertujuan mencari dan mengasah bakat-bakat baharu untuk menjadi penghibur yang berjaya dan berkemampuan melakar nama mereka di dunia seni. 

Mentor Milenia musim baharu ini masih lagi mengekalkan format yang sama dengan menampilkan empat orang mentor iaitu Black, Hazama, Akim dan terbaharu Tomok. Mentor Milenia bakal menemui penonton TV3 bermula 5 Februari 2017 pada setiap hari Ahad, pukul 9.00-11.00 malam dan Jurnal Mentor Milenia juga akan bersiaran pada 12 Februari 2017, setiap Ahad, pukul 6.00 petang. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my/mentormilenia 

MentorMilenia2017
Sesi uji bakat Mentor Milenia 2017

Mentor Milenia 2017 (TV3)

Program realiti Mentor Milenia bakal kembali mencari dan mencungkil bakat anak-anak muda dalam bidang nyanyian. Tertumpu kepada golongan mud...

Sunday 1 January 2017

Rombongan Marhaban Sesat Jalan

Jangan lupa untuk saksikan telefilem komedi Rombongan Marhaban Sesat Jalan hari Isnin ini, 8.30 malam di TV9. Lakonan Jue Aziz, Kazar Saisi, Hairi Safwan, Syainie Aida dan ramai lagi. 

JUDUL : ROMBONGAN MARHABAN SESAT JALAN
TARIKH / MASA : Isnin, 2 Januari, 8.30 malam
SIARAN : Slot Skrin Di 9 (TV9)
SKRIP : Zarihah Hassan
PENGARAH : Khalid Nadzri
TERBITAN : Alfanazra Productions Sdn Bhd
PELAKON : Jue Aziz, Kazar Saisi, Sahronizam, Hairi Safwan, Syainie Aida, Mak Jah, Aliff Yasraff, Mak Wan Latah, Raja Afiq

SINOPSIS ROMBONGAN MARHABAN SESAT JALAN
Kumpulan marhaban pimpinan Che Rose telah memenangi pertandingan berzanji peringkat daerah. Mereka dijemput membuat persembahan yang akan berlangsung di Kuala Lumpur. Setelah berbincang, mereka sepakat untuk pergi ke sana dengan menaiki bas. Sepanjang perjalanan, pelbagai kerenah para peserta dapat dilihat.

Pelakon Rombongan Marhaban Sesat Jalan
gambar pelakon

Rombongan Marhaban Sesat Jalan (TV9)

Jangan lupa untuk saksikan telefilem komedi Rombongan Marhaban Sesat Jalan hari Isnin ini, 8.30 malam di TV9. Lakonan Jue Aziz, Kazar Saisi,...
Sumpah Ibu

Drama bersiri Sumpah Ibu akan mengisi slot Azalea TV9. Sebuah drama terbitan A.Aida Production hasil arahan Rusdi Ramli. Membariskan pelakon seperti Adiba Yunus, Nafiez Zaidi, Faiz Tapaw, dan Rashidah Jaffar. Drama Sumpah Ibu bersiaran mulai 8 Januari 2017, setiap hari Selasa hingga Ahad pukul 8.30 malam di TV9. Ulangan di TV3 sejurus tamatnya tayangan di TV9. Drama ini boleh juga menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.

JUDUL : SUMPAH IBU
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 8 Januari 2017
HARI / MASA : Selasa-Ahad, 8.30 malam
SIARAN : Slot Azalea TV9 & TV3
PENGARAH : Rusdi Ramli
TERBITAN : A.Aida Production Sdn Bhd
PELAKON : Adiba Yunus, Nafiez Zaidi, Faiz Tapaw, Rashidah Jaffar, Eyka Darhana, Chomat Samad, Erry Putra, Ramli Salleh, Fazli Zainal, Natasya Mahyan, Julia Farhana Marin, Fad Anuar, Comel Fana

WATAK PELAKON
Adiba Yunus sebagai Intan
Nafiez Zaidi sebagai Farhan
Faiz Tapaw sebagai Fauzi
Rashidah Jaffar sebagai Kasmah
Ramli Salleh sebagai Mansur
Chomat Samad sebagai Haris
Erry Putra sebagai Nasir 

SINOPSIS SUMPAH IBU
Menigsahkan Intan (Adiba Yunus) seorang gadis bijak tekad untuk belajar bersungguh-sungguh kerana dia mahu keluar dari kemiskinan keluarganya. Dia merasa terbeban untuk memikul tangggungjawab ibunya, Kasmah (Rashidah Jaafar) setelah ayahnya, Mansur (Ramli Saleh), lumpuh. Intan mempunyai seorang abang, Fauzi (Faiz Tapaw) yang cacat dan juga seorang adik iaitu Farhan (Nafiez Zaidi). Intan juga mempunyai seorang kekasih, bernama Haris (Chomatt Samad). Haris seorang pemuda yang baik hati, dia sentiasa memberikan dorongan dan tidak lokek untuk membantu keluarga Intan.

Kasmah sangat menyayangi Intan walaupun Intan sering memarahinya kerana Intan merasa terbeban dengan pelbagai masalah keluarga mereka. Walaupun begitu, demi masa depan Intan, Kasmah sanggup berkorban dengan menjual semua barang kemasnya bagi membolehkan Intan melanjutkan pelajarannya dan mendapat pekerjaan yang baik untuk membantu keluarga. Namun, Intan mula lupa diri dan pada sumpahnya untuk membantu keluarga apabila dia sudah berjaya.

Lebih ironi, Intan langsung tidak peduli apabila projek pembinaan yang bakal diuruskan oleh syarikat Nasir (Erry Putra), kekasih barunya itu akan memusnahkan penduduk kampung tempat dia membesar termasuk keluarganya sendiri. Bagai tiada perasaan, sudahlah tidak mengaku asal usulnya, Intan mencadangkan supaya Nasir memberi wang pampasan untuk menghalau mereka daripada kawasan tersebut.

Kerana ingin hidup senang dan mewah membuatkan Intan lupa segala pengorbanan dan kasih sayang ibunya. Intan curang pada kesetiaan Haris yang sentiasa berada disisi sewaktu dia susah dahulu. Intan juga kejam kerana tidak langsung pulang melawat Mansur yang sakit, sehinggalah Mansur meninggal dunia. Intan juga berpura-pura tidak mengenali Farhan malah hanya membiarkan adiknya itu dipukul ketika Farhan ingin memujuknya untuk pulang ke rumah mereka. Kamsah menjadi murung dan sentiasa dalam kesedihan mengenangkan Intan yang sudah lupa akan janji-janjinya dahulu.

Adakah selamanya Intan dapat hidup tenang dengan melupakan sumpah yang dilafazkan dahulu? Dapatkan Kasmah memaafkan Intan?

GAMBAR PELAKON
Sumpah Ibu
Pelakon drama Sumpah Ibu

Drama Sumpah Ibu (TV9)

Drama bersiri Sumpah Ibu akan mengisi slot Azalea TV9. Sebuah drama terbitan A.Aida Production hasil arahan Rusdi Ramli. Membariskan pelakon...
Menanti Februari

Nantikan drama terbaru di slot Samarinda TV3 bertajuk Menanti Februari. Sebuah drama terbitan Sha's Media Sdn Bhd dan diarahkan oleh Ayie Mustafa. Menampilkan gandingan Nur Fathia Latiff, Zul Ariffin dan Afiq Muiz sebagai pelakon utama. Drama bersiri Menanti Februari dijadual bersiaran pada bulan Mac nanti. 

JUDUL : MENANTI FEBRUARI 
EPISOD : 16 episod
TARIKH / MASA : Mac 2017
SIARAN : Slot Samarinda TV3
PENGARAH : Ayie Mustafa
TERBITAN : Sha's Media Sdn.Bhd
PELAKON : Nur Fathia Latiff, Zul Ariffin, Afiq Muiz, Wan Nor Azlin, Riz Amin

WATAK PELAKON 
Fathia Latiff as Fiza
Zul Ariffin sebagai Arie
Afiq Muiz sebagai Edi

SINOPSIS MENANTI FEBRUARI 
~akan dikemaskini kelak

GAMBAR PELAKON
Pelakon Menanti Februari
Pelakon drama Menanti Februari

Drama Menanti Februari (TV3)

Nantikan drama terbaru di slot Samarinda TV3 bertajuk Menanti Februari. Sebuah drama terbitan Sha's Media Sdn Bhd dan diarahkan oleh Ayi...

 

Layan Drama Melayu Online Terbaru © 2015 - Blogger Templates Designed by Templateism.com, Plugins By MyBloggerLab.com