Thursday 31 August 2023

Sinopsis Filem Tebus (Prime Video)

Filem : Tebus
Produksi : Vian Media
Pengarah : Jason Chong
Penulis Skrip : Sky Khor
Siaran : Prime Video
Tayangan : 31 Ogos 2023
Pelakon : Aedy Ashraf, Ahirine Ahirudin, Idan Aidan, Azhan Rani, Jay Iswazir, Ng Shu Mun, Samarinna Tolhip, Marisa Yasmin

Sinopsis Filem Tebus

Mengisahkan Johan lakonan Aedy, seorang pengawal keselamatan yang menculik pewaris barangan kemas, Ana (Ahirine) untuk mendapatkan jantung di pasaran gelap bagi membantu adiknya, Jalil (Idan).

Akibat terdesak, Johan melakukan perbuatan jahat itu. Namu, perancangannya tidak lancar apabila bapa tiri Ana, iaitu Bakar (Azhan) tidak mahu membayarnya sesen pun selepas melakukan penculikan.

Sinopsis Filem Tebus (Prime Video)

Filem : Tebus Produksi : Vian Media Pengarah : Jason Chong Penulis Skrip : Sky Khor Siaran : Prime Video Tayangan : 31 Ogos 2023 Pelakon : A...

Wednesday 30 August 2023

Sinopsis Telefilem Dendam Hantu Latah 2: Roh YB Lama

Telefilem : Dendam Hantu Latah 2: Roh YB Lama
Produksi : Arisprops Holding Sdn Bhd
Pengarah : Khir Rahman
Penulis Skrip : Ilham Abata
Siaran : Astro Ria
Tayangan : 31 Ogos 2023
Masa : Khamis | 10.00 Pagi
Pelakon : Kamal Adli, Shiqin Kamal, Joey Daud, Dato Haris, Khir Rahman, Haris Embong, Watiey Razali

Sinopsis Telefilem Dendam Hantu Latah 2: Roh YB Lama (Astro Ria)

Sinopsis Telefilem Dendam Hantu Latah 2: Roh YB Lama

Mengisahkan Kampung Lompat Katak yang kini bakal menghadapi pilihanraya daerah, Hashim Kalimantan nekad mahu menjadi calon kali ini setelah ditolak selama tiga penggal.

Namun suasana menjadi kecoh apabila Roh YB Lama yang sudah meninggal berbelas tahun muncul kembali dan menggangu orang kampung!

Saksikan Dendam Hantu Latah 2: Roh YB Lama arahan Khir Rahman pada Sabtu ini, 31 Ogos jam 10.00 Pagi hanya di Astro Ria saluran 104 atau strim menerusi aplikasi Astro Go dan On Demand.

Sinopsis Telefilem Dendam Hantu Latah 2: Roh YB Lama (Astro Ria)

Telefilem : Dendam Hantu Latah 2: Roh YB Lama Produksi : Arisprops Holding Sdn Bhd Pengarah : Khir Rahman Penulis Skrip : Ilham Abata Siaran...

Tuesday 29 August 2023

Sinopsis Telefilem Angin (TV1)

Telefilem : Angin
Pengarah : Danny Alamsyah
Penulis Skrip : Azrie Izham Hamzah 
Siaran : TV1
Tayangan : 2 September 2023
Masa : Sabtu | 9.00 Malam
Pelakon : Hairi Safwan, Nadiya Nisaa, Hasnul Rahmat, Taufiq Hanafi, Amanda Tan

Sinopsis Telefilem Angin

Mengisahkan tentang dua beradik, Khabir dan Sufiah yang lahir dalam keluarga pengamal seni tradisional Mek Mulung, di sebuah kampung bernama Wang Budi. Ayah mereka, Pak Saad adalah pengasas kepada gerakan seni tradisional Mek Mulung Seri Mayang.

Setelah Pak Saad meninggal dunia, kedua anaknya itu diamanahkan untuk mewarisi amalan seni tradisional tersebut. Konflik bagaimanapun timbul apabila kedua beradik ini mempunyai fahaman dan ideologi yang berbeza mengenai hala tuju seni persembahan tradisional itu.

Keadaan bertambah buruk apabila Sufiah membawa orang luar yang merupakan bangsa lain masuk menyertai Seri Mayang membuatkan Khabir yang mempunyai pendirian konservatif bertambah berang.

Di satu sisi lagi, Khabir pula menggadaikan tanah pusaka tempat di mana Mek Mulung di Wang Budi bertapak menyebabkan kumpulan Seri Mayang berisiko kehilangan tempat. Perseteruan antara dua beradik ini kemudiannya menyebabkan kumpulan Seri Mayang berpecah sekaligus menjejaskan masa depan seni dan budaya Mek Mulung di Wang Budi yang semakin hilang ditelan arus pemodenan. 

Apakah kesudahannya? Dapatkah kedua beradik ini bersatu semula demi menunaikan amanah arwah ayah mereka mempertahankan warisan budaya ini?

Sinopsis Telefilem Angin (TV1)

Telefilem : Angin Pengarah : Danny Alamsyah Penulis Skrip : Azrie Izham Hamzah  Siaran : TV1 Tayangan : 2 September 2023 Masa : Sabtu | 9.00...

Monday 28 August 2023

Sinopsis Telefilem Tentang Ogos (TV2)

Telefilem : Tentang Ogos
Produksi : Early Bird Production
Pengarah : Yus Yusop
Siaran : TV2
Tayangan : 28 Ogos 2023
Masa : Isnin | 9.00 Malam
Pelakon : Eman Manan, Syafie Naswip, Hilal Azman, Umar Al-Amsyar, Zack Zabhas, Ammar Bahri, Sri Idrina, Shahkimin, Siti Ruwiwani, Naque Ariffin

Sinopsis Telefilem Tentang Ogos

Mengisahkan Ismail seorang bekas tentera yang masih dibayangi rutin tugasnya masuk hutan memburu komunis yang dianggapnya masih menjadi ancaman negara, sehingga beliau dianggap nyanyuk oleh orang kampung.

Namun kebiasaannya itu akhirnya memberi manfaat kepada penduduk kampung kerana Ismail berjaya membongkar sindiket menyeludup minyak bersubsidi.

Sinopsis Telefilem Tentang Ogos (TV2)

Saksikan telemovie khas, Tentang Ogos sempena Hari Kemerdekaan ini pada Isnin 28 Ogos 2023 pukul 9:00 malam hanya di TV2.

Sinopsis Telefilem Tentang Ogos (TV2)

Telefilem : Tentang Ogos Produksi : Early Bird Production Pengarah : Yus Yusop Siaran : TV2 Tayangan : 28 Ogos 2023 Masa : Isnin | 9.00 Mala...

Sunday 27 August 2023

Sinopsis Telefilem Misi Penculikan Cinta (TV3)

Telefilem : Misi Penculikan Cinta
Produksi : Padi Pictures Sdn Bhd
Pengarah : Amor Rizan
Siaran : TV3
Tayangan Asal : 2 Februari 2019
Pelakon : Sissy Iman, Niezam Zaidi, Sweet Qismina, Alif Hadi, Nor Aliah Lee

Sinopsis Telefilem Misi Penculikan Cinta (TV3)

Sinopsis Telefilem Misi Penculikan Cinta 

Mengisahkan Cinta Farhani seorang penyanyi popular yang mahu melarikan diri daripada kehidupan glamor seorang bintang terkenal. 

Hal ini kerana kehidupan Cinta dikawal oleh ibunya, Datin Julia yang mengupah seorang pengawal peribadi bernama Mika untuk menjaga dan mengawal pengerakkannya.

Cinta berjaya melarikan diri ketika bekerja di Langkawi dengan bantuan seorang peminat setianya bernama Lili. Adakah Cinta dapat merasai kehidupan bebas yang dicarinya?. 

Sinopsis Telefilem Misi Penculikan Cinta (TV3)

Telefilem : Misi Penculikan Cinta Produksi : Padi Pictures Sdn Bhd Pengarah : Amor Rizan Siaran : TV3 Tayangan Asal : 2 Februari 2019 Pelako...

 

Layan Drama Melayu Online Terbaru © 2015 - Blogger Templates Designed by Templateism.com, Plugins By MyBloggerLab.com