Friday 13 October 2023

Jangan Panjat Pagar Itu (TV1) | Sinopsis Telefilem

Telefilem : Jangan Panjat Pagar Itu
Produksi: Hundo Kreatif Sdn Bhd
Pengarah: Paly Ishak
Penulis Skrip: Amira Zahra, Paly Ishak, Hafizee Hatta
Siaran : TV
Tayangan : 14 Oktober 2023
Masa : Sabtu | 9.00 Malam
Pelakon: Jalil Hamid, Kenji Sawahi, Sathiya, Hafizee Hatta, Dboy Hamdan, Putera Qamarul

Sinopsis Jangan Panjat Pagar Itu

Kisah tiga orang sahabat baik yang tinggal di rumah warga emas iaitu Rahmat, Boon dan Jaya. Sempena hari lahir Rahmat, Jaya dan Boon berhasrat akan menunaikan apa saja permintaan sahabat mereka itu.

Rupa-rupanya Rahmat menyimpan keinginan mahu bebas dan lari dari rumah warga emas tempat mereka tinggal. Meskipun ragu-ragu dan bimbang dengan tindakan yang diambil, mereka bertiga memutuskan untuk melarikan diri dari situ. Mereka lari tanpa membawa sebarang pengenalan diri.

Kehilangan mereka akhirnya disedari warden rumah warga emas itu. Warden tersebut telah meminta bantuan Inspektor Betul untuk mencari mereka bertiga. Pelbagai insiden berlaku sepanjang pencarian menjejak tiga sahabat itu. 

Akhirnya mereka dijumpai di rumah Che Yah. Namun siapakah Che Yah? Apakah hubungan mereka dengan wanita tersebut?

Sinopsis Telefilem Jangan Panjat Pagar Itu (TV1)

Telefilem : Jangan Panjat Pagar Itu Produksi: Hundo Kreatif Sdn Bhd Pengarah: Paly Ishak Penulis Skrip: Amira Zahra, Paly Ishak, Hafizee Hat...
Sinopsis Telefilem Lima Kali Cinta (TV3)

Telefilem : 5 Kali Cinta
Produksi : Tenview Sdn Bhd
Pengarah : Amie Maziah
Siaran : TV3
Tayangan Asal : 30 Mei 2015
Pelakon : Izreen Azminda, Johan As'hari, Fezrul Khan, Hafreez Adam, Iqram Dinzly, Nazrief Nazri, Riz Amin, Kay Maria, Emelie Hanif

Sinopsis Telefilem Lima Kali Cinta (TV3)
Sinopsis Telefilem Lima Kali Cinta (TV3)

Sinopsis Telefilem Lima Kali Cinta

Mengisahkan Ayuni (Izreen Azminda) seorang gadis cantik dan bekerja sebagai pereka fesyen telah dilamar Zarif (Johan Ashari), seorang mekanik, tapi Ayuni bimbang Zarif bukanlah calon suami terbaik untuknya kerana merasakan kerjaya Zarif tidak menjamin masa depan.

Rakannya Shila mencadangkan Ayuni berjumpa bekas-bekas kekasihnya. Ayuni berjuma dengan semua bekas kekasihnya untuk membuat perbandingan. Siapakah yang menjadi pilihan sebagai calon suami Ayuni?

Sinopsis Telefilem Lima Kali Cinta (TV3)

Telefilem : 5 Kali Cinta Produksi : Tenview Sdn Bhd Pengarah : Amie Maziah Siaran : TV3 Tayangan Asal : 30 Mei 2015 Pelakon : Izreen Azminda...
Sinopsis Telefilem Jangan Ambil Botol Itu (TV9)

Telefilem : Jangan Ambil Botol Itu
Produksi : Tinta Unik Sdn Bhd
Pengarah : Shuhaimi Lua
Siaran : TV9
Tayangan Asal : 4 Januari 2015
Pelakon : Hairul Azreen, Nadzmi Adhwa, Jalil Hamid, Rashidah Jaafar, Wan Ahmad, Izzmad Harun, Wans Ahmad, Shahrzril Ahmad, Fert Jasni, Sheeda Ali, Syafiq Kyle, Ben Amir, Zaidi Rock

Sinopsis Telefilem Jangan Ambil Botol Itu (TV9)

Sinopsis Telefilem Jangan Ambil Botol Itu

Mengisahkan Jamal (Hairul Azreen) anak kepada Lebai Tahir (Jalil Hamid) seorang imam dan penceramah yang dihormati di kampung mereka.

Namun sikap Jamal sangat berbeza dan nakal, walaupuun telah dihantar belajar di sekolah agama, Jamal lebih suka melepak dengan kawan-kawan di kampung yang suka berpeleseran. Selepas tamat sekolah, sikap Jamal juga masih lagi belum berubah dan malas mencari kerja.

Pada suatu hari, Jamal tidak menyedari rakannya Jizan (Nadzmi Adhwa) telah memberikan pil yang boleh membuatkannya berkhayal. Jamal pula telah tersalah masukkan pil khayal tersebut ke dalam botol minuman bapanya dan Lebai Tahir telah membawa botol tersebut untuk memberi ceramah.

Sinopsis Telefilem Jangan Ambil Botol Itu (TV9)

Telefilem : Jangan Ambil Botol Itu Produksi : Tinta Unik Sdn Bhd Pengarah : Shuhaimi Lua Siaran : TV9 Tayangan Asal : 4 Januari 2015 Pelakon...
Sinopsis Telefilem Doktor Idaman (TV3)

Telefilem : Doktor Idaman
Produksi : Mermaid Studios
Pengarah : Liyana Jasmay
Penulis Skrip : Fatin Syamimie
Siaran : TV3
Tayangan Asal : 3 April 2022
Pelakon : Bella Astilah, Nadiya Nisaa, Azrel Ismail, Dee Alhadi, Nik Rafaie

Sinopsis Telefilem Doktor Idaman (TV3)

Sinopsis Telefilem Doktor Idaman

Mengisahkan tiga wanita iaitu Sara (Nadiya Nisaa), Meen (Bella Astillah) dan Dada (Dee Alhadi) yang telah jatuh hati pada seorang doktor kacak bernama Imal (Azrel Ismail) yang bekerja di Klinik Idaman.

Mereka bertiga sangat menyukai Doktor Imal dan berusaha mendapatkan perhatian lelaki tersebut namun hanya seorang sahaja yang berjaya mencuri hatinya.

Adakah mereka jatuh sakit atau sebenarnya jatuh cinta? Siapakah yang berjaya mendapatkan hati Doktor Imal?

Sinopsis Telefilem Doktor Idaman (TV3)

Telefilem : Doktor Idaman Produksi : Mermaid Studios Pengarah : Liyana Jasmay Penulis Skrip : Fatin Syamimie Siaran : TV3 Tayangan Asal : 3 ...

 

Layan Drama Melayu Online Terbaru © 2015 - Blogger Templates Designed by Templateism.com, Plugins By MyBloggerLab.com