Thursday 21 September 2023

Sinopsis Drama From Saga With Love (VIU)

Drama : From Saga With Love
Produksi: Red Communications Sdn Bhd
Pengarah: Umie Salwana Omar
Penulis Skrip: Rafidah Abdullah, Hadi M. Nor
Genre : Romantik, Komedi
OST/ Lagu Tema : Cin-Ta (Amir Johari)
Siaran : VIU
Mula Tayangan : 21 September 2023
Masa : Khamis
Episod : 10
Durasi : 20 minit

Sinopsis Drama From Saga With Love

Karma seorang influencer yang menipu untuk menjadi pembantu peribadi serta jurubahasa bagi pelakon terkenal, Bianca Rozario semasa lawatannya di Saga, Jepun. Pelbagai usaha dan rancangan dilakukan oleh Karma agar rahsia berkaitan penipuannya terhadap Bianca tidak terbongkar.

Karma yang terikat dengan misi rahsia oleh Ibu Bianca serta impiannya ingin menjadi influencer terkenal membuat dia tetap meneruskan walaupun diganggu dengan kehadiran juruvideo Bianca, Bob serta seorang jejaka pendiam, Sham yang menambah masalah dan huru-hara kejadian di Saga.

Dapatkah Karma menyelesaikan tugas dengan berjaya atau rahsianya terbongkar? Adakah Bob serta Sham mempunyai perasaan hati terhadap Bianca?

Pelakon dan Watak From Saga With Love

  • Siti Khadijah Halim sebagai Karma
  • Sophia AlBarakbah sebagai Bianca
  • Fimie Don sebagai Bob
  • Ikmal Amry sebagai Sham
  • Vanidah Imran sebagai Kathy
  • Fatimah Abu Bakar sebagai Rozita
  • Zulin Aziz sebagai Suhaila
  • Sharifah Amani sebagai Fadhila
  • Zoey Rahman sebagai Zairin

Sinopsis Drama From Saga With Love (VIU)

From Saga With Love akan bersiaran pada setiap hari khamis bermula 21 September 2023 di platform penstriman VIU Malaysia.

Sinopsis Drama From Saga With Love (VIU)

Drama : From Saga With Love Produksi: Red Communications Sdn Bhd Pengarah: Umie Salwana Omar Penulis Skrip: Rafidah Abdullah, Hadi M. Nor Ge...
Sinopsis Telefilem Pencipta Pegang Waktu (TV3)

Telefilem : Pencipta Pegang Waktu
Produksi : Gambo.TV
Pengarah : Zainorhisyam Samudin
Penulis Skrip : Siti Jasmina Ibrahim
Siaran : TV3
Tayangan Asal : 31 Julai 2020
Pelakon : Que Haidar, Fauziah Ahmad Daud, Puteri Balqis, Khir Rahman, Jalil Hamid, Azman Hassan, Haidin Nasir

Sinopsis Telefilem Pencipta Pegang Waktu (TV3)

Sinopsis Telefilem Pencipta Pegang Waktu

Mengisahkan Zaman (Khir Rahman) yang malu apabila orang kampung mengelar adiknya, Zee (Que Haidar) sebagai lintah lembik kerana perwatakan Zee yang lembut menyebabkan hubungan dua beradik ini menjadi dingin dan renggang.

Selepas ibunya meninggal dunia, Zee merasakan dirinya makin terpinggir dari ayah dan abangnya menyebabkan dia membuat keputusan untuk mencuba nasib di bandar dengan bakat menjahit dan seni sulaman yang diwarisi dari arwah ibunya.

Walaupun Zee tahu rutin harian abangnya di bandar, tetapi dia hanya memerhati dari jauh. Zee tidak pernah berhenti mendoakan ayah dan abangnya.

Sinopsis Telefilem Pencipta Pegang Waktu (TV3)

Telefilem : Pencipta Pegang Waktu Produksi : Gambo.TV Pengarah : Zainorhisyam Samudin Penulis Skrip : Siti Jasmina Ibrahim Siaran : TV3 Taya...

Tuesday 19 September 2023

Sinopsis Telefilem Tebus (TV2)

Telefilem : Tebus
Produksi : AR Factor Resources Sdn Bhd
Pengarah : Abdul Latif Ismail
Penulis Skrip : Rina Khan
Siaran : TV2
Tayangan : 19 September 2023
Masa : Selasa | 9.00 Malam
Pelakon : Reen Rahim, Risteena Munim, Alya Iman, Rania Humaira, Daniel Lim Santoso, Qazem Nor

Sinopsis Telefilem Tebus (TV2)

Sinopsis Telefilem Tebus

Mengisahkan Sofia (Reen Rahim) seorang ibu yang cuba menyelamatkan anaknya, Aira (Rania Humaira) yang dipercayai menjadi mangsa penculikan seorang lelaki.

Sofia tidak menyedari anaknya sebenarnya diculik oleh seorang wanita yang merupakan jirannya, Elly ( Risteena Munim). Elly mengalami tekanan mental kerana kehilangan anaknya dalam satu kemalangan yang menyebabkan dia bertindak menyembunyikan Aira di rumahnya.

Sinopsis Telefilem Tebus (TV2)

Telefilem : Tebus Produksi : AR Factor Resources Sdn Bhd Pengarah : Abdul Latif Ismail Penulis Skrip : Rina Khan Siaran : TV2 Tayangan : 19 ...

 

Layan Drama Melayu Online Terbaru © 2015 - Blogger Templates Designed by Templateism.com, Plugins By MyBloggerLab.com