Saturday 26 November 2016

Anugerah Skrin 2016

Kemuncak Anugerah Skrin 2016 (ASK 2016) bakal berlangsung pada 18 November ini untuk memberi pengiktirafan kepada penggiat-penggiat seni dan karyawan tanah air. Acara tahunan itu akan memberi pengiktirafan kepada rancangan-rancangan televisyen dan filem-filem buatan Malaysia, serta para pelakon dan personaliti televisyen yang terbaik. Jangan lupa untuk menonton siaran langsung ASK 2016, dihoskan oleh Alif Satar yang bakal berlangsung pada 18 November ini, jam 9.00 malam di TV3. UPDATE : Berikut senarai calon dan pemenang

SENARAI KATEGORI, CALON & PEMENANG ANUGERAH SKRIN 2016 #ASK2016

KATEGORI DRAMA

1. DRAMA TERBAIK
Fatin (Balang Rimbun Sdn Bhd)
Bila Tiba Saatnya (Luqsar Kreatif Sdn Bhd)
Cermin Kasih (Arie Zaharie Sdn Bhd)
Hujan Malam Itu (Saujana Media Sdn Bhd)
Rekah (Unit Drama TV RTM)

2. PENGARAH TERBAIK DRAMA
Razaisyam Rashid - Fatin
Murali Abdullah (Cermin Kasih)
Sabri Yunus (Hujan Malam Itu)
Wan Afzam Wan Daud (Rekah)

3. VIDEOGRAFI TERBAIK DRAMA
Idham Mad Din (Fatin)
Asri Baq'u Tajuddin (Bila Tiba Saatnya)
Rashyddean Abdul Samad (Calon Syurga)
Mohd Noor Mohd Kassim (Cermin Kasih)
MOhd Azrul Bin Amir Hamzah (Rekah)

4. LAKON TV TERBAIK 
Siti Jasmina Ibrahim (Rekah)
KIP. Noradli Abdul Raub (Cermin Kasih)
Nazri M Anuar (Fatin)
Mazelan Manan (Ramadan Berteduh Syawal)
Amor Rizan (Selamat Hari Jadi Abah)

5. PELAKON LELAKI TERBAIK DRAMA 
Beto Kusyairi (Ramadan Berteduh Syawal)
Johan As'ari (Anak Ibu Buangan Ibu)
Nazim Othman (Bila Tiba Saatnya)
Khir Rahman (Rekah)
Dato Aziz Singah (Selamat Hari Jadi Abah)

6. PELAKON WANITA TERBAIK DRAMA
Tiz Zaqyah (Cermin Kasih)
Norlia Ghani (Calon Syurga)
Sharifah Amani (Fatin)
Syatilla Melvin (Khilaf Seorang Isteri)
Vanidah Imran (Rekah)

7. PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK DRAMA
Jalil Hamid (Calon Syurga)
Azri Iskandar (Anak Ibu Buangan Ibu)
Syazwan Zulkifli (Ku Haramkan Susu Itu)
Saidi Sabri (Hujan Malam Itu)
Fauzi Sulaiman (Rekah)

8. PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK DRAMA
Fazlina Ahmad Daud (Cermin Kasih)
Aida Aris (Anak Ibu Buangan Ibu)
Nadia Aqilah (Fatin)
Amyza Aznan (Ku Haramkan Susu Itu)
Ku Faridah (Ramadan Berteduh Syawal)

9. DRAMA RANTAIAN TERBAIK
Wadi (Luqsar Kreatif Sdn Bhd)
Lambaian Ramadan (A.Aida Production Sdn Bhd)
Maria Terindah (Filmscape Sdn Bhd)
Seindah Takdir Cinta (Zeel Production Sdn Bhd)
Sesal Separuh Nyawa (Darkwave Pictures Sdn Bhd)

10. PENYUNTING TERBAIK DRAMA
Rekah - Izham Masuri
Zaidi Malek (Bila Tiba Saatnya)
Adlan Azemi (Calon Syurga)
Technica Post (Fatin)
Raja Fazli Azmell (Selamat Hari Jadi Abah)

11. DRAMA RANTAIAN POPULAR MEDIA SOSIAL TERBAIK
Kau, Aku, Kita (JS Pictures Sdn Bhd)
Menongkah Kasih (Sha's Media Sdn Bhd)
Satu Cinta (JS Pictures Sdn Bhd)

12. DRAMA KOMEDI TERBAIK
Mak Cun 2 (Rumah Karya Citra)
Jom Kahwin (Filmscape Sdn Bhd)
Rajuk (Tanah Beris Film Production Sdn Bhd)
Si Montel (A.Aida Production Sdn Bhd)
Ahli Mesyuarat Tingkap (JS Pictures Sdn Bhd)

13. PELAKON KOMEDI TERBAIK DRAMA
Erma Fatima (Mak Cun 2)
Reen Rahim (Jom Kahwin)
Sherry Alhadad (Ahli Mesyuarat Tingkap)
Syamsul Ghau Ghau (Rajuk)
Dottie (Si Montel)

KATEGORI FILEM

1. FILEM TERBAIK
Redha (Current Pictures Sdn Bhd)
Munafik (Skop Production Sdn Bhd)
Polis Evo (Astro Shaw Sdn Bhd)
Love Supermoon (Primeworks Studios Sdn Bhd)
Nota (42nd Pictures Sdn Bhd)

2. PENGARAH TERBAIK FILEM
Syamsul Yusof (Munafik)
Ghaz Abu Bakar (Polis Evo)
Tunku Mona Riza (Redha)
Wan Hasliza (Love Supermoon)
Pekin Ibrahim (Mat Moto : Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit)

3. LAKON LAYAR TERBAIK FILEM
Love Supermoon (Wan Hasliza)
Nota (Bea Tanaka)
Redha (Tunku Mona Riza)
Munafik (Syamsul Yusof)
Polis Evo (Joel Soh, Kyle Goonting, Anwari Ashraf, Adib Zaini)

4. PELAKON LELAKI TERBAIK FILEM
Namron (Redha)
Syamsul Yusof (Munafik)
Zizan Razak (Polis Evo)
Pekin Ibrahim (Mat Moto)
Shaheizy Sam (Polis Evo)

5. PELAKON WANITA TERBAIK FILEM
Maya Karin (Nota)
Nabila Huda (Munafik)
June Lojong (Redha)
Nadiya Nisaa (Love Supermoon)
Falisha Crossley (Mat Moto)

6. PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK FILEM
Hushairi Hussain (Polis Evo)
Datuk Rahim Razali (Munafik)
Ramli Hassan (Nota)
Azad Jazmin (Girlfriend Kontrak)
Beto Kusyairy (Bravo 5)

7. PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK FILEM
Fauziah Ahmad Daud (Langir Cinta)
Anne Ngasri (Love Supermoon)
Cristina Suzanne (Jwanita)
Sabrina Ali (Munafik)
Nadiya Nisaa (Redha)

KATEGORI BUKAN DRAMA

1. RANCANGAN DOKUMENTARI & MAJALAH TERBAIK
Majalah 3: Wira Beret Semerah Hati
Panorama - Jaguh Laut
Xplorasi Memori Pondok Kuroyuri
Bolly Hunter
Best In The World Japan

2. RANCANGAN BUAL BICARA TERBAIK
Halaqah 2016 (Penerbit : Ahmad Noor Sulaiman) 
Ruang Bicara (Penerbit : Roslan Ariffin)
Autozone (Penerbit : Hairul Nizwan)
Wanita Hari Ini (Penerbit : Mohd Rose Abdullah)
Malaysia Hari Ini (Penerbit : Dian Maisarah Jasri)

3. RANCANGAN HIBURAN TERBAIK
Buskestra (TV9) - Nurhidayah Sohan
Konsert Gema Tujuh Petala
Muzik-muzik Separuh Akhir
Muzika Ekstravaganza
YeKe?

4. LAPORAN KHAS BERITA TERBAIK
Berita TV9 (Pertemuan Semula Highland Towers)
Berita Mandarin TV2 (Kasih Antara Manusia dan Beruk)
Berita Nasional 5 (Nenek Jurutera Solar Kampung Sonsogon)
Buletin Utama (Ambulan Lorong Kecemasan)
Berita TV9 (Perit Derita Si Miskin Bandar)

5. RANCANGAN REALITI TERBAIK
Let's Cycle Musim 2 (8TV)
I Wanna Be A Model 2016
Da'i Musim 3
Mentor Milenia
Clever Girl Malaysia


6. RANCANGAN ANUGERAH TERBAIK
Anugerah Juara Lagu 30 2015
Anugerah Skrin 2015
Drama Festival Kuala Lumpur 2016

KATEGORI TEKNIKAL

1. REKABENTUK SET TERBAIK
Kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2016 (Siti Nur Binti Mat Arip)

2. MONTAJ TERBAIK
Ariff Suzaidy Azmi (Anugerah Juara Lagu 30)

3. SUNTINGAN TERBAIK
Syahadah 2016 - The Rise of Islam (Mohd Hapis Ismail & Umi Raihana Hj Marjikan)
Jejak Rasul As Salam (TV3)
Menjadi Diriku Azmil (TV3)
Projek Da�I (TV3)
Sounds Of Muslims: Komotini, Greece (TV9)
Ramadan Sana Sini: Oman (TV9)
Ke Indonesia Ke Kita (TV9)

4. VIDEOGRAFI TERBAIK
Sounds Of Muslims: Komotini, Greece (TV9)
Menjadi Diriku Azmil (TV3)
Majalah 3 Ep 25: Surat Dari Banding/ Ramadan Di Samudera/Ramadan Di Ruang Angkasa (TV3)
Jejak Rasul As Salam ( Ukhuwah Muslim Tanah Tinggi) (TV3)
Ke Indonesia Ke Kita (TV9)
Ramadan Sana Sini: Oman (TV9)

5. PENATAAN CAHAYA TERBAIK RANCANGAN SIARAN LANGSUNG
Anugerah Juara Lagu 30 (Mohd Razi Ramli)
Anugerah Bintang Popular 29
Mentor Milenia Final

6. PENATAAN BUNYI TERBAIK RANCANGAN SIARAN LANGSUNG
Anugerah Juara Lagu 30 (Mohd Zaidi Mohd Taib)
Anugerah Bintang Popular 29
Konsert Festival AJL 30


Senarai Pemenang Anugerah Skrin 2016

Kemuncak Anugerah Skrin 2016 (ASK 2016) bakal berlangsung pada 18 November ini untuk memberi pengiktirafan kepada penggiat-penggiat seni dan...
Cinta Roller Coaster

Syarikat produksi Suhan Movies & Trading Sdn Bhd akan membawakan drama komedi romantik berjudul Cinta Roller Coaster. Drama genre komedi romantik arahan Amor Rizan itu menampilkan barisan pelakon berbakat seperti Syazwan Zulkifly, Puteri Aishah, Nas-T, Nadzmi Adhwa, Arissa Afrina dan ramai lagi. Drama bersiri Cinta Roller Coaster bakal muncul di kaca televisyen di slot Dahlia TV3 bermula 26 November 2016, setiap Jumaat hingga Ahad pukul 6.58 petang.

JUDUL : CINTA ROLLER COASTER
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 26 November 2016
HARI / MASA : Jumaat-Ahad, 6.58 petang
SIARAN : Slot Dahlia TV3
SKRIP : Yus Paul & Izan Aris
PENGARAH : Amor Rizan
TERBITAN : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
PELAKON : Syazwan Zulkifly, Puteri Aishah, Arissa Afrina, Nadzmi Adhwa, Nas Muammar Zar, Natasha Elyzza, Julia Farhana, Ruminah Sidek, Eyra Hazali, Rashid Jaafar, Hashimah Zaki, Azlan Mokhtar, Syafiq M. Nazri, Natasya Mahyan, Halimah Naim, Haneesya Hanee, Nur Qaireen Medyna, Haszriq Syakirin

WATAK PELAKON
Puteri Aishah sebagai Ziany
Syazwan Zulkifly sebagai Syakir
Arissa Afrina sebagai Zara
Nas T (Nas Muammar Zar) sebagai Izzat
Nadzmi Adhwa sebagai Muzammil
Natasha Elyzza sebagai Athirah
Julia Farhana Marin sebagai Batrisya
Ruminah Sidek sebagai Nek Mah
Eyra Hazali sebagai Nana
Rashid Jaafar sebagai Mokhtar
Hashimah Zaki sebagai Asfarina
Lan Siro (Azlan Mokhtar) sebagai Hykal
Syafiq M.Nazri sebagai Ryzal
Natasya Mahyan sebagai Mariam
Halimah Naim sebagai Mak Muna
Haneesya Hanee sebagai Fariza
Nur Qaireen Medyna sebagai Baby Zara
Haszriq Syakirin sebagai Syakir

LAGU TEMA / OST CINTA ROLLER COASTER
Sakura Band - Polaroid
Nadzmi Adhwa - Kamulah Wanita
Ir Radzi - Stay

SINOPSIS CINTA ROLLER COASTER
Berkisar tentang percintaan Syakir(Syazwan Zulkifly) dan Ziany (Puteri Aishah) yang berputik sejak di bangku sekolah lagi. Kisah mereka begitu manis dan mendapat restu kedua-dua orang tua mereka. Ziany merupakan anak yatim piatu yang dijaga oleh neneknya. Manakala Shakir pula merupakan anak tunggal yang berasal daripada sebuah keluarga yang penyayang.

Perjalanan percintaan mereka dipenuhi dengan kegembiraan sehingga ke jinjang pelamin. Syakir dan Ziany berkahwin pada usia muda. Pasangan suami isteri muda ini melalui pelbagai suka duka hidup berumah tangga selepas berkahwin sejurus tamatnya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Kedua mereka mendapat tawaran belajar ke sebuah universiti tempatan yang sama. Segala kemanisan percintaan mereka berubah menjadi pahit apabila Ziany mula hamil. Oleh kerana tertekan dengan keadaannya yang sering loya, Ziany sering tidak hadir ke kuliah. Tambahan pula Ziany menghidap satu alahan yang teruk ketika hamil itu. Malahan perangai Ziany juga mula dingin terhadap Shakir dan mula berpaling kepada rakan sekelas Shakir, Muzzamil yang jauh lebih kacak. Akhirnya mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Zara.

Walaupun mereka amat cinta dengan satu sama lain, mereka sentiasa bergaduh lalu membawa kepada perceraian. Tetapi mereka takut untuk memberitahu ibu bapa mereka. Oleh itu, mereka telah bersetuju untuk merahsiakan perceraian mereka daripada pengetahuan ibu bapa masing-masing selama lima tahun dan tinggal bersebelahan rumah masing-masing. 

Dalam perjalanan kisah hidup Syakir dan Ziany. Mereka bertemu dengan ramai sahabat antaranya Izat (Nas-T), Muzammil (Nadzmi Adhwa), Athirah (Natasya Eliza), Nana (Eyra Hazali) dan ramai lagi yang masing masing mempunyai kisah dan impian tersendiri.
 
Apakah kesudahan kisah percintaan Shakir dan Ziany?

GAMBAR PELAKON
Cinta Roller Coaster

Pelakon Cinta Roller Coaster
watak utama
Drama Cinta Roller Coaster tv3
Pelakon drama Cinta Roller Coaster

Drama Cinta Roller Coaster (TV3)

Syarikat produksi Suhan Movies & Trading Sdn Bhd akan membawakan drama komedi romantik berjudul Cinta Roller Coaster. Drama genre komedi...
Filem Interchange

Filem Interchange arahan pengarah terbaik FFM25 (Festival Filem Malaysia) iaitu Dain Iskandar Said bakal menemui peminat di pawagam mulai 1 Disember 2016. Filem ini menggandingkan pelakon-pelakon ternama dari Malaysia dan Indonesia seperti Shaheizy Sam, Nicholas Saputra, Iedil Putra, Prisia Nasution dan Nadiya Nisaa. Filem terbitkan Apparat Sdn Bhd ini dikatakan menelan perbelanjaan RM3.5 juta dan telah menyertai beberapa sirkit festival filem di serata dunia antaranya Locarno International Film Festival, Toronto International Film Festival, �trange Paris Film Festival, Vladivostok International Film Festival, BFI London International Film Festival, Sitges International Fantastic Film Festival dan Singapore International Film Festival.

TAJUK : INTERCHANGE
Tarikh Tayangan : 1 Disember 2016
Genre : Seram, Mistik, Fiksyen,  Fantasi, Ngeri, 
Pengarah : Dain Iskandar Said
Terbitan : Apparat Sdn Bhd
Pelakon : Shaheizy Sam, Nicholas Saputra, Iedil Putra, Prisia Nasution, Nadiya NisSa, Alvin Wong, Chew Kin Wah, 

SINOPSIS INTERCHANGE
Mengisahkan tentang Adam (Iedil Putra) seorang jurufoto forensik yang telah dibawa oleh rakan baiknya, Detektif Man (Shaheizy Sam) untuk menyiasat satu siri kes pembunuhan ngeri di sebuah bandar yang penuh dengan rahsia.

Kes itu menjadi igauan dan memberi kesan mendalam kepada Adam. Sejak peristiwa itu, Adam mula menyendiri dan menghindari dunia nyata serta sering meluangkan masa mengambil foto dari balkoni apartmennya.

Satu lagi kes pembunuhan berlaku di mana terdapat banyak persamaan dengan kes yang berlaku sebelum ini menjadikan Adam terdesak untuk menyelesaikan misteri tersebut yang dipenuhi dengan darah dan mayat, bulu-bulu yang tidak pernah wujud dan fotograf antik yang berpunca daripada rakaman-rakaman Iva (Prisia Nasution), seorang wanita menawan berasal dari Borneo yang baru sahaja berpindah ke apartmen berhadapan dengan Adam. Iva dalam misi untuk membebaskan jiwa suku kaumnya yang terperangkap dalam plat kaca negatif masa lampau.

Adam mula mendekati Iva, lalu membawanya lebih mendalam mengenai kes yang disiasat hingga akhirnya menemukan seorang lelaki dengan kuasa luar biasa iaitu Belian (Nicholas Saputra) yang muncul dari tahyul kuno.

Tatkala Adam dibawa masuk ke dalam dunia puak asli Iva, Man berjaya mengorek kes pembunuhan yang berlaku dan akhirnya berhadapan dengan pelbagai kejadian mistik, ngeri dan dipenuhi dengan kepercayaan-kepercayaan dahulukala yang kembali hidup.  

VIDEO TRAILER

Sinopsis Filem Interchange (2016)

Filem Interchange arahan pengarah terbaik FFM25 (Festival Filem Malaysia) iaitu Dain Iskandar Said bakal menemui peminat di pawagam mulai 1 ...
Kalau Jodoh Tak Kemana TV1

Saksikan telefilem Kalau Jodoh Tak Ke Mana karya Raja Ahmad Alauddin dan Azean H.K. Dibintangi oleh Qi Razali, Diana Danielle, Adeline Tsen, dan Noor Khiriah. Ditayangkan pada hari Sabtu ini pukul 9 malam di TV1. Bagi yang ketinggalan boleh menontonya menerusi laman portal myklik (myklik.rtm.gov.my)

JUDUL : KALAU JODOH TAK KE MANA
TARIKH / MASA : Sabtu, 3 Disember 2016, 9.00 malam
SIARAN : Tribute P.Ramlee TV1 (RTM)
PENGARAH : Raja Ahmad Alauddin Raja Mohamad Redzuan
TERBITAN : Suhan Movies & Trading
PELAKON : Qi Razali, Diana Danielle, Wan Sharmila, Adeline Tsen, Noor Khiriah, Akmal Ahmad

SINOPSIS KALAU JODOH TAK KE MANA
Mengisahkan Amer pengusaha kilang kain jatuh hati dengan Susan, wanita kacukan Cina - India yang merupakan seorang pereka pakaian. Namun, hasratnya terpendam kerana Susan telah bertunang dengan jejaka Inggeris. Selepas kematian tunang Susan, Amer dan Susan mula rapat dan akhirnya saling mencintai dan percintaan mereka disokong adik Susan iaitu Shania walaupun mereka berlainan agama serta jarak umur yang jauh.

Pelakon Kalau Jodoh Tak Ke Mana
Pelakon telemovie Kalau Jodoh Tak Ke Mana

Kalau Jodoh Tak Ke Mana (TV1)

Saksikan telefilem Kalau Jodoh Tak Ke Mana karya Raja Ahmad Alauddin dan Azean H.K. Dibintangi oleh Qi Razali, Diana Danielle, Adeline Tsen,...
BoBoiBoy Galaxy

Siri animasi popular BoBoiBoy diteruskan dengan siri terbaru berjudul BoBoiBoy Galaxy. Penjenamaan semula siri animasi BoBoiBoy itu bakal menyaksikan kelainan pada penampilan hero cilik mereka yang dilihat semakin matang. Sekuel baru ini akan memfokuskan lebih banyak aksi pengembaraan BoBoiBoy bersama rakan-rakannya iaitu Yaya, Gopal, Ying dan Fang menghadapi penjalanan yang lebih mencabar. BoBoiBoy Galaxy berkisar mengenai kisah Boboiboy dan kawan-kawannya yang mengembara dari planet ke planet sekitar galaksi untuk mencari Sfera Kuasa baru. Akan disiarkan di slot Bananana TV3 bermula 25 November 2016, setiap Jumaat pada pukul 5 petang. Juga boleh ikuti setiap episod di laman Youtube Monsta.

TAJUK : BOBOIBOY GALAXY
EPISOD : 20 episod
GENRE : Superhero, Action, Adventure, Sci-Fiction
TARIKH TAYANGAN : 25 November 2016
HARI / MASA : Jumaat, 5.00 petang
SIARAN : Slot Bananana TV3
PENGARAH : Nizam Razak
CERITA ASAL : Nizam Razak & Anas Abdul Aziz
TERBITAN : Animonsta Studios Sdn Bhd

PELAKON SUARA
Boboiboy - Nurfathiah Diaz
Gopal - Dzubir Mohammed Zakaria
Yaya - Nur Sarah Alisya Zainal Rashid
Yins - Yap Ee Jean
Fans - Wons Wai Kay
Ochobot - Muhammad Abdur Rahman Solahuddin
Tok Aba - Anas Abdul Aziz
Papa Zola - Nizam Razak
Ciciko - Anak Abdul Aziz
Motobot - Mohd Ariff Abd Rahman
Adudu - Anas Abdul Aziz
Probe - ANas Abdul Aizi
Computer Adudu - Sharifah Sarah Syed Idros

Info lanjut Boboiboy Galaxy
Lawan Web Rasmi : http://www.monsta.com/v2
Facebook - https://www.facebook.com/boboiboy
Youtube - https://www.youtube.com/user/monsta

Twitter - https://twitter.com/boboiboy


LAGU TEMA BOBOIBOY GALAXY
Tajuk Lagu : Dunia Baru
Artis : Bunkface
Komposer & Lirik : Sam Bunkface

karakter BoBoiBoy Galaxy
BoBoiBoy berwajah baru

BoBoiBoy Galaxy (TV3)

Siri animasi popular BoBoiBoy diteruskan dengan siri terbaru berjudul BoBoiBoy Galaxy. Penjenamaan semula siri animasi BoBoiBoy itu bakal me...

Friday 25 November 2016

Anugerah Juara Lagu 31

Sebanyak 12 buah lagu telah diumumkan layak ke Anugerah Juara Lagu 31 setelah berentap di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 31. Kesemua lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 31 dinilai oleh barisan juri professional iaitu Johan Nawawi, Habsah Hassan, Azlan Abu Hassan, Edrie Hashim, Yassin Sulaiman, AG Coco dan Azlan Typewriter dan Datuk Ramli MS selaku ketua juri. Kebanyakan lagu yang layak pada AJL 31 kali ini adalah lagu popular dan bakal memperlihatkan kemunculan bekas pemenang Vokal Terbaik AJL terdahulu iaitu Dayang Nurfaizah, Hafiz Suip, Black dan Misha Omar. Antara wajah baru yang bersaing di pentas AJL seperti Aiman Tino, Sufian Suhaimi, Elizabeth Tan, Syamsul Yusof dan kumpulan Projector Band. Malam kemuncak AJL 31 bakal berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 22 Januari 2017. Info lanjut akan diberitahu kelak.

SENARAI LAGU LAYAK KE ANUGERAH JUARA LAGU (AJL 31)

Lagu : Lelaki Teragung
Artis : Dayang Nurfaizah
Komposer : Natasyah
Penulis Lirik : Iman Imran


Lagu : Terakhir
Artis : Sufian Suhaimi
Komposer : Shirkhan& Rinkarnaen
Penulis Lirik : Sirkhan

Lagu : Sudah Ku Tahu
Artis : Projector Band
Komposer : Razif
Penulis Lirik : Razif

Lagu : Selamanya Cinta
Artis : Shila Amzah & Alif Satar
Komposer : Shila Amzah
Penulis Lirik : Shila Amzah

Lagu : Terimaku Seadanya
Artis : Misha Omar & Hafiz Suip
Komposer : Ajai
Penulis Lirik : Ajai

Lagu : Ku Rela Dibenci
Artis : Aiman Tino
Komposer : A.C.K
Penulis Lirik : Riena

Lagu : Di Amaran Mama
Artis : Hazama
Komposer : Ajai
Penulis Lirik : Ad Samad

Lagu : Obses
Artis : Akim & The Majistret
Komposer : Hang Nadim
Penulis Lirik : Laq

Lagu : Setia
Artis : Elizabeth Tan & Faizal Tahir /  Awi Rafael
Komposer : Faizal Tahir/Mike Chan/Ezra Kong
Penulis Lirik : Faizal Tahir/Mike Chan/Ezra Kong

Lagu : Kalah Dalam Menang
Artis : Syamsul Yusof & Mawi
Komposer : Syamsul Yusof
Penulis Lirik : Syamsul Yusof

Lagu : Hang Pi Mana
Artis : Khalifah
Komposer : Harry Khalifah
Penulis Lirik : Yabang Khalifah

Lagu : Anugerah Terindah
Artis : Black
Komposer : Omar K
Penulis Lirik : Omar K

#AJL31

Finalis Anugerah Juara Lagu 31 (AJL 31)

Sebanyak 12 buah lagu telah diumumkan layak ke Anugerah Juara Lagu 31 setelah berentap di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 31. Kesemua lagu ...
Nasi Minyak Kuah Cinta

Drama Nasi Minyak Kuah Cinta adalah sebuah drama bersiri terbaharu yang akan disiarkan dalam slot Dahlia TV3. Drama sebanyak 20 episod itu diterbitkan oleh Orangetree Production Sdn Bhd di bawah arahan saudara Eoon Shuhaini. Dibintangi oleh Nazrief Nazri, Emma Maembong, Aishah Ilias dan Shahz Jaszle. Jangan ketinggalan untuk menonton Nasi Minyak Kuah Cinta mulai 9 Oktober 2016, setiap hari Jumaat hingga Ahad jam 6.58 petang di TV3.

JUDUL : NASI MINYAK KUAH CINTA
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 9 Oktober 2016
HARI / MASA : Jumaat-Ahad, 6.58 petang
SIARAN : Slot Dahlia TV3
SKRIP : Azmu Ariff / Nadhirah Megat Osman
IDEA ASAL : Raja Azidah
PENGARAH : Eoon Shuhaini
TERBITAN : Orangetree Production Sdn Bhd
PELAKON : Nazrief Nazri, Emma Maembong, Aishah Ilias, Shahz Jaszle, Anas Ridzuan, Idzham Ismail, Riezman Khuzaimi, Ieka Simone, Fara Lyna Gbob, Henzi Andalas, Wan Nor Azlin, Laila Nasir, Aleza Shadan, Tunku Hanis, Acong Sweetchild, Mak Wan Latah, Shakilla Khoriri, Nu'man, Roslan Shah

WATAK PELAKON
Nazrief Nazri sebagai Izka
Emma Maembong sebagai Mia (Rosmia)
Aishah Ilias sebagai Suraya
Shahz Jaszle sebagai Dr Haris
Ieka Simone sebagai Ninie
Anas Ridzuan sebagai Faiz
Fara Lyna sebagai Bella
Idzham Ismail sebagai Midi
Riezman Khuzaimi sebagai Penerbit / Zul
Gbob sebagai Jurukamera
Henzi Andalas sebagai Juruteknik
Aishah Azman sebagai Fida
Tunku Hanis sebagai Juliana
Shakila Khoriri sebagai Nita
Wan Nor Azlin sebagai Azizah
Laila Nasir sebagai Mak Teh
Aleza Shadan sebagai Datin Farida 

LAGU TEMA / OST NASI MINYAK KUAH CINTA
Tajuk : Hanya Dirimu
Penyanyi : Eleena Harris & Mark Adam
Video & Lirik : Link

SINOPSIS NASI MINYAK KUAH CINTA
Mengisahkan tentang Izka (Nazrief Nazri), seorang wartawan di sebuah stesen televisyen, secara tidak sengaja telah bertemu dengan Mia (Emma Maembong) di dalam sebuah bas ketika ingin bercuti pulang ke kampung. Mia baru sahaja menamatkan pengajian di peringkat ijazah dalam bidang komunikasi massa. Dia masih mencari pekerjaan yang sesuai dengan dirinya.

Ketika di dalam bas, Izka dan Mia mendapati nombor tempat duduk mereka sama. Oleh kerana kedua-duanya mempunyai tahap ego yang tinggi, maka tercetuslah pertengkaran antara mereka. Akhirnya, mereka berdua terpaksa menaiki bas yang berlainan setelah dihalau keluar oleh pemandu bas tersebut. Kedua-dua terpaksa mengambil bas di waktu petang. Mia menyalahkan Izka kerana tidak sempat menghantar ibu dan bapanya ke lapangan terbang untuk mengerjakan umrah.

Drama antara mereka berdua berlanjutan apabila Mia mula menjalani latihan praktikal di stesen televisyen yang sama dengan Izka. Ini memberi peluang kepada Izka untuk membalas dendam terhadap Mia. Izka kurang bertuah dalam percintaan dan telah dua kali putus cinta. Mungkin disebabkan itu Izka agak dingin dengan perempuan dan menyerah soal jodoh kepada ibunya Azizah.

Satu hari, Izka menghantar kereta antik kesayangannya ke bengkel. Suraya (Aishah Ilias) yang merupakan seorang pengasas produk kecantikan, turut menghantar keretanya di bengkel yang sama. Suraya perli kereta Izka yang buruk itu. Izka tidak mengendahkan kata-kata Suraya. Tanpa disangka, Suraya bertemu semula dengan Izka kerana dia ditugaskan untuk membuat liputan produk kecantikan milik Suraya. Ini membuatkan Suraya berasa serba salah dan terus berubah perangai menjadi baik dan bermulut manis.

Di kampung, Azizah telah mengaturkan pertunangan Izka dengan gadis bernama Zulaikha. Pada masa yang sama, ibu dan bapa Mia juga telah mengaturkan jodoh untuk Mia dengan jejaka pilihan mereka bernama Putra. Sekali lagi ibu Izka menyuruh Izka pulang ke kampung untuk bertemu dengan Zulaikha.

Namun, Izka terpaksa pulang sehari selepas tarikh yang ditetapkan ibunya kerana Mia pun bercuti pada hari yang sama. Zulaikha ada meninggalkan nasi minyak dan kuah kari ayam yang dimasaknya untuk Izka. Selepas merasai masakan Zulaikha, Izka mula rasa terpikat lalu dia pun meminta ibunya untuk meminang Zulaikha.

Apa yang tidak diketahui oleh Mia dan Izka adalah mereka sebenarnya merupakan tunang masing-masing. Mia mesra dipanggil �Zulaikha� oleh keluarganya kerana dia kuat menangis waktu kecil dahulu dan nama itu diberi oleh neneknya sebagai �pengubat�.

Pada masa yang sama, Mia bertanya tentang Putra kepada ibunya. Dia hanya pernah berbual dengan Putra melalui telefon sahaja. Sudah semestinya perasaan ingin tahu itu semakin kuat. Apakah perasaan Mia dan Putra selepas mendapat tahu bahawa mereka telah bertunang dengan musuh ketat mereka sendiri? Adakah perasaan benci itu akan bertukar menjadi cinta?

GAMBAR PELAKON
Nasi Minyak Kuah Cinta

Pelakon Nasi Minyak Kuah Cinta
Pelakon drama Nasi Minyak Kuah Cinta
Nasi Minyak Kuah Cinta TV3
saat bahagia Izka dan Mia

Drama Nasi Minyak Kuah Cinta (TV3)

Drama Nasi Minyak Kuah Cinta adalah sebuah drama bersiri terbaharu yang akan disiarkan dalam slot Dahlia TV3. Drama sebanyak 20 episod itu d...
2000km Ke Al-Haram

Drama bersiri terbaru berjudul 2000km Ke Al-Haram akan menemui penonton di saluran RTM. Dibintangi oleh Syazwan Zulkifly, Mia Ahmad, Iqram Dinzley, Janna Nick dan ramai lagi. Drama terbitan D'Taja Intergrated Visio Sdn Bhd diarahkan oleh Harris Fadzillah. Bertemakan kekeluargaan, percintaan, dan cenderung ke genre komedi dan Islamik. Mula bersiaran 12 November 2016, pada setiap Sabtu dan Ahad, pukul 7.00 malam di TV1. Bagi anda yang ketinggalan boleh menontonnya di laman portal myklik (myklik.rtm.gov.my).

JUDUL : 200KM KE AL-HARAM
EPISOD : 26 episod
TARIKH TAYANGAN : 12 November 2016
HARI / MASA : Sabtu & Ahad, 7.00 malam
SIARAN : Slot Widuri TV1 (RTM)
IDEA ASAL : Adzim Shahabudin
SKRIP : Sofia J.Ryhland
PENGARAH : Harris Fadzillah Abd Samad
TERBITAN : D'Taja Intergrated Visio Sdn Bhd
PELAKON : Syazwan Zulkifly, Mia Ahmad, Iqram Dinzley, Janna Nick, Mawar Rashid, Dato Jalaludin Hassan, Liza Abdullah, Zulkifli Ismail, Marisa Yasmin, Raja Azrey, Anne Abdullah, Lisdawati, Fauzi Nawawi, Ika Nabella, Laila Nasir, Amyza Aznan, Syuhaida Abraz, Elmy Moin, Hadi Nawawi

WATAK PELAKON
Syazwan Zulkifly sebagai Hadi
Dato Jalaludin Hassan sebagai Suhaimi
Mia Ahmad sebagai Iqa
Iqram Dinzly sebagai Daniel
Janna Nick sebagai Inas
Mawar Rashid sebagau Sazzy
Liza Abdullah sebagai Salmah
Zulkifli Ismail sebagai Azli
Marisa Yasmin sebagai Maria
Amyza Aznan sebagai Noni
Kahiril Anuar sebagai Farid
Fauzi Nawawi sebagai Suhaimi (Muda)
Lisdawati sebagai Salmah (Muda)
Anne Abdullah sebagai Eda
Raja Azrey sebagai Doktor Wan Hazim
Ika Nabila sebagai Noni (Muda)

LAGU TEMA / OST 2000KM KE AL-HARAM
Tajuk Lagu : Haruskah Berpisah
Artis : Aman Nassim

Tajuk Lagu : Hanya Padamu
Artis : Wadi Band

Tajuk Lagu : Patah Hati
Penyanyi : Mojo

SINOPSIS 200KM KE AL-HARAM
Perkahwinan Salmah bersama Suhaimi tidak direstui keluarganya yang menganggap Suhaimi tidak setaraf mereka. Salmah tetap setia mencintai Shuhaimi seikhlas hati dan dikurniakan seorang anak bernama Hadi. Hidup mereka mula diuji bila Suhaimi yang telah tamat kontrak kerja dan mula mengalami masalah kewangan. Suhaimi bukan sahaja terpaksa akur dengan keputusan Salmah untuk bercerai, malah terpaksa reda apabila Salmah mahu memisahkan dirinya dengan satu-satunya anak tunggal mereka, Hadi.

Hadi dibesarkan oleh ibunya, Salmah dan bapa tirinya Azli. Apabila dewasa, Hadi menyambung pelajaran ke luar negara. Sekembalinya ke tanah air, Hadi berubah menjadi seorang anak yang liar dan jauh dari pegangan agama hingga dia terlewat mengetahui keadaan Salmah yang sakit akibat kanser.

Bapa kandung Hadi yang berada di Doha begitu ingin mengenali Hadi walaupun Hadi kelihatan dingin. Dia merancang untuk membawa Hadi ke Doha dan mengerjakan ibadah umrah bersamanya dengan harapan Hadi berubah menjadi lebih baik.

Perkenalan tanpa dirancang antara Hadi dengan Iqa tidak bermula dengan baik. Mereka sering bertelagah dan menyebabkan hubungan mereka amat dingin. Namun, pertunangan mereka sedikit sebanyak telah merubah dirinya menjadi seorang yang baik. Hadi mula menunjukkan perubahan sikapnya apabila dia kehilangan pekerjaan. Hadi akhirnya bersetuju untuk mengikut bapanya, Suhaimi ke Doha.

Di sana, Hadi sekali lagi bertemu Iqa. Pertemuan secara tidak sengaja antara dia dan Iqa telah menimbulkan satu perasaan istimewa. Namun kedua-duanya cuba menafikan dan Hadi mahu menyembunyikan perasaan terhadap Iqa. Sepanjang di Doha, Suhami telah membimbing Hadi ke arah agama. Hadi diajar mengenai ibadah dan ilmu agama dengan harapan Hadi berubah menjadi hamba Allah yang baik.

Namun, sebagai manusia bukan mudah untuk berubah menjadi insan yang baik. Malah setiap perubahan harus dilaksanakan dengan perlahan-lahan dengan niat yang murni. Bagi Hadi, �cinta� adalah kunci buat segala-galanya. Cinta juga bakal membawa perubahan dalam hidupnya terutama membina cinta ke jalan yang diredhai Allah SWT.

Adakah Suhaimi berjaya membimbing Hadi ke arah yang lebih baik? Bagaimana hubungan Hadi dan Iqa?

GAMBAR PELAKON 
Pelakon Gambar 2000km Ke Al-Haram
Iqa, Hadi & Daniel
Drama Gambar 2000km Ke Al Haram
Iqa & Inas
Pelakon drama 2000km Ke Al Haram
Pelakon drama 2000km Ke Al Haram
Gambar 2000km Ke Al Haram
Perkahwinan Iqa dan Inas

Drama 2000km Ke Al-Haram

Drama bersiri terbaru berjudul 2000km Ke Al-Haram akan menemui penonton di saluran RTM. Dibintangi oleh Syazwan Zulkifly, Mia Ahmad, Iqram D...
Drama Melayu 2016

Berikut senarai drama Melayu yang akan disiarkan pada tahun 2016. Drama disusun mengikut aturan slot dan saluran tv. Admin akan kemaskini dari masa ke semasa. Klik link pada tajuk drama untuk info lanjut mengenai drama tersebut.


TV3

SLOT AKASIA
SLOT LESTARY
SLOT SAMARINDA
SLOT ZEHRA
SLOT IRIS
SLOT DAHLIA
Drama Cinta 100kg
Drama Mr. Boss Miss Stalker
Drama Mr. Tanda Soal 
Drama Menantu Ting Tong
Drama Bibik Bibikku
Drama Nasi Minyak Kuah Cinta
Drama Cinta Roller Coaster
Drama Meh Sandar Pada Aku
Drama Cucu Tauke Beras

SLOT AKSI
Drama Bodyguard
Drama Budak Magik

SLOT AZALEA
Drama Menongkah Kasih
Drama Dawai Asmara
Drama Pujaan Hati Umi
Drama Terlarang Sudah Rinduku
Drama Bagaikan Kelip-Kelip
Drama Rintihan Nekmis
Drama Samudera Rindu
Drama Amsyar
Drama Ainur Mardhiyah

SLOT CEREKARAMA
Choral Speaking
Lara Sepasang Nisan
Serambi Mama
Pondok Senja
Baba Nyonya
Reza, Arman dan Bill
Dendam Manisa
Anak Ibu Buangan Ibu
Kolam Cinta
Fatin
Karlisa
Auta
Maafkan Saya Cikgu
Kau Ilhamku
Calon Syurga
Mek Kelate
Bila Tiba Saatnya
Pondok Itu Rumahku
Tetamu Ramadan
Ramadan Terindah
Batu Nisan Ibu
Ada Hantu Malam Raya
Seutas Gelang Emas
Ketupat Terakhir
Sehelai Songket Berbunga Penuh
Baju Berkancing Peniti
Gerimis Hati Asyikin
Hanya Untuk Bonda
Kabus Hati Laila
Epok
Bella
Aku dan Adik
Yang Terakhir Untukku
Ok Bah Kalau Kau
Anak Mat Salleh Tapi Melayu
Telah Ku Ikhlaskan
Buku Cinta Abah
Ketika Daun Berzikir
Kari Sanjana
Cermin Kasih
Hayat
Aku Kata A, A!
Cik Siti
Misi Arjuna

Kau Aku Kita Raya
Cik Cinderella dan Encik Tengku Raya
Kak Marr Raya
Mak Cun Pi New York
Cinta Si Wedding Planner Raya
Hello Mr Perfect Raya

TV9

SLOT SKRIN DI 9

ASTRO

ASTRO RIA
ASTRO PRIMA
ASTRO OASIS
ASTRO CITRA
RTM

Drama Melayu Terbaru 2016

Berikut senarai drama Melayu yang akan disiarkan pada tahun 2016. Drama disusun mengikut aturan slot dan saluran tv. Admin akan kemaskini da...

Thursday 24 November 2016

Ke Jepun Ke Kita

Setelah menjelajah Korea dan Indonesia, kali ini Myo dan Wak Doyok dibawa pula ke Jepun untuk musim baharu rancangan travelog Ke Jepun Ke Kita?.

Disanan mereka akan melaksanakan tugasan lasak serta permainan mencabar minda yang diberikan oleh pihak penerbit. Wak Doyok dan Myo akan bersaing antara satu sama lain sekali lagi dalam perjalanan mengelilingi Jepun.

Lihatlah gelagat lucu dan aksi spontan mereka ketika menjalani rakaman dan menyelesaikan misi-misi berbeza di beberapa lokasi seperti di gunung Fuji, Pusat Budaya Islam serta Masjid Ibaraki di Osaka, Stadium Kyocera, dan Pulau Arnab yang dipanggil Okunoshima. Antara lain termasuklah Tokyo, Osaka, Tottori, Shizuoka, Yamaguchi, Gunma, Chiba, dan Hiroshima.

Ke Jepun Ke Kita TV9
Wak Doyok dan Myo
Selain itu mereka juga dapat mempelajari aktiviti-aktiviti kebudayaan yang sinonim dengan negara tersebut iaitu seni pertahan diri iaitu Judo dan kraf tangan yang diperbuat oleh kertas yang dipanggil origami. Antara pesta atau Keraian yang dapat dilihat semasa berada di sana adalah Pesta Hamamatsu dan juga Pesta Namahage.

�Ke Jepun Ke Kita?� pada kali ini turut mengundang selebriti popular sebagai tetamu khas iaitu Ruhainies, Mawar Rashid dan Ain Edruce. Mereka akan ke beberapa tempat yang menarik sekitar Osaka dan Tokyo dan jelajah bersama.

Artis Ke Jepun Ke Kita
bersama selebriti undangan
Saksikan rancangan Ke Jepun Ke Kita? sebanyak 13 episod disiarkan setiap hari Selasa, pukul 10.30 malam di TV9. Rancangan ini telahpun disiarkan pada 4 Oktober lalu. Bagi anda yang ketinggalan boleh menontonnya di portal tonton.com.my

Ke Jepun Ke Kita? (TV9)

Setelah menjelajah Korea dan Indonesia, kali ini Myo dan Wak Doyok dibawa pula ke Jepun untuk musim baharu rancangan travelog Ke Jepun Ke Ki...
Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng

Filem Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng merupakan karya animasi Malaysia pertama yang menggabungkan teknik animasi 3 Dimensi (3D) dan lakonan hidup. Projek menelan belanja RM4 juta itu diterbitkan secara usaha sama antara Les Copaque Production dan KRU Studio. Filem arahan Erma Fatima dan Ainon Ariff itu menampilkan Asyiela Putri (suara asal Upin & Ipin) bersama Pelakon Wanita Terbaik Asia, Puteri Balqis. Turut membintangi naskhah berkenaan ialah Awie (Wings), Sara Ali, Gambit dan Remy Ishak. Saksikan filem Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng! di pawagam seluruh Malaysia bermula pada 24 November 2016.

TAJUK : UPIN & IPIN JENG, JENG, JENG!
TARIKH TAYANGAN : 24 November 2016 
GENRE : Animasi / Pengembaraan
PENGARAH : Erma Fatima & Ainon Ariff 
PELAKON : Asyiela Putri, Puteri Balqis, Remy Ishak, Sara Ali, Gambit Saifullah, Remy Ishak 

SINOPSIS UPIN & IPIN JENG JENG JENG
Mengisahkan kehidupan seorang anak yatim bernama Balqis. Dia sangat meminati watak animasi kembar popular Upin & Ipin. Suatu hari, seorang lelaki bernama Zaman telah datang ke rumah anak yatim tempat tinggal Balqis. Melalui perbualan Zaman dengan Noreen, Balqis terdengar bahawa Rumah Anak Yatim tersebut hendak diambil alih kembali oleh Zaman yang merupakan anak kepada pemilik tanah  tersebut.

Balqis mula berbincang dengan rakan-rakannya untuk menyelamatkan Rumah Anak Yatim tersebut. Balqis kemudian meluahkan masalah itu kepada Upin dan Ipin, tanpa menyedari dua watak itu mendengar luahannya dan muncul di hadapannya. Bagaimanapun, hanya Aqish saja nampak Upin dan Ipin. Pada masa yang sama, Awie penyanyi rock terkenal suatu ketika dahulu turut mengalami masalah kewangan. Dia tidak lagi popular dan sedang mencari peluang untuk menghasilkan album terbarunya bagi mendapatkan pendapatan. Awie dengan pembantunya Bo terserempak dengan Balqis yang sedang kecewa setelah bergaduh dengan Noreen. Atas pujukan dari Upin & Ipin, Balqis bersetuju untuk pulang ke rumah namun dia masih tidak berbaik dengan Noreen.

Upin & Ipin mendapat idea untuk menyelamatkan rumah anak yatim dengan memujuk Awie untuk melakukan konsert amal. Awie bersetuju untuk membuat konsert amal, Balqis kerana terlalu teruja telah membuat pengumuman bahawa Upin & Ipin akan turut bersama dalam konsert tersebut. Ini mendatangkan panik kepada Awie dan Bo yang tahu bahawa Upin & Ipin hanyalah watak animasi yang tidak wujud. Namun, pada konsert tersebut, Upin dan Ipin muncul dan membuat persembahan hebat hingga menyebabkan semua penonton teruja dan yakin dengan kewujudan Upin & Ipin.

Balqis bukan sahaja berjaya menyelamatkan rumah anak yatim tempat tinggalnya malah mendapat keluarga baru apabila Noreen berkahwin dengan Zaman. Awie telah menandatangi kontrak dengan syarikat ternama dan namanya juga semakin meningkat naik seperti zaman kegemilangannya. Upin & Ipin terpaksa pergi bagi menggembirakan kanak-kanak lain, dengan berat hati Balqis melepaskan Upin & Ipin pergi.

WATAK PELAKON

ASYIELA PUTRI pelakon Suara Upin & Ipin
Asyiela Putri merupakan pelakon suara bagi watak animasi popular, Upin & Ipin. Asyiela Putri telah menyumbangkan suara emasnya untuk kedua-dua watak kembar comel ini hampir 7 tahun.

PUTERI BALQISH sebagai Aqish
Seorang anak yatim yang periang dan merupakan peminat tegar Upin & Ipin sehinggakan beliau dapat melihat Upin & Ipin setiap kali menyebut � Jeng, Jeng, Jeng!�

AWIE sebagai AWIE
Merupakan penyanyi rock yang sudah tidak popular lagi. Bagi menaikkan kembali namanya di persada seni, beliau  secara tidak sengaja terlibat dengan perancangan Aqish, Upin dan Ipin.

SARA ALI sebagai NOREEN
Noreen seorang yang penyayang namun beliau amat cepat berputus asa apabila ditimpa masalah. Beliau juga merupakan penjaga rumah anak yatim yang menempatkan Aqish dan kawan-kawan yang lain.

REMY ISHAK sebagai BO
Merupakan kawan baik Awie sejak kecil lagi. Beliau seorang yang kelakar dan sentiasa berada bersama-sama Awie di mana sahaja dan menyokong segala yang dilakukan oleh Awie.

OFFICIAL TRAILER 


LAGU TEMA / OST UPIN & IPIN JENG JENG JENG
Tajuk : Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!
Penyanyi : Yubi Band feat. Asyiela Putri (Upin & Ipin)
Video : https://youtu.be/uIxMPNjWzj4

Upin dan Ipin Jeng Jeng Jeng
Poster Upin dan Ipin Jeng, Jeng, Jeng!

Sinopsis Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng (2016)

Filem Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng merupakan karya animasi Malaysia pertama yang menggabungkan teknik animasi 3 Dimensi (3D) dan lakonan...
Sabotaj TV1

Saksikan telefilem Sabotaj karya Allahyarham Keoi Hj Khalid dan Sharifah Abu Salem yang akan disiarkan hari Sabtu ini, pukul 9.00 malam di TV1.Dibintangi oleh Luqman Hafidz, Hana Aqilah, Hafeez Roshdi dan ramai lagi. Bagi yang ketinggalan boleh menonton di laman portal myklik | myklik.rtm.gov.my

JUDUL : SABOTAJ
TARIKH / MASA : Sabtu, 26 November 2016, 9.00 malam
SIARAN : Tribute P.Ramlee TV1 (RTM)
PENULIS SKRIP : Sharifah Abu Salem
PENGARAH : Keoi
TERBITAN : Suhan Movies & Trading
PELAKON : Luqman Hafidz, Hana Aqilah, Hafidz Roshdi, Mawar Rashid, Sharifah Shahora, Acong Sweetchild, Kazar Saisi

SINOPSIS SABOTAJ
Fadlan dan Katrina adalah adik beradik tiri. Semenjak kecil lagi, Fadlan telah dijaga oleh keluarga Katrina. Oleh kerana mereka membesar bersama, timbul rasa cinta dihati Fadlan terhadap Katrina. Namun begitu Katrina telah jatuh hati dengan Syarul, senior di tempat kerjanya. Fadlan mula tidak senang duduk lalu merancang pelbagai halangan termasuk mengupah seorang wanita untuk menggoda Syarul dengan harapan hubungan cinta Kat dan Syarul putus. Berjayakah Fadlan memikat hati Katrina?  

Pelakon Sabotaj
Pelakon telemovie Sabotaj

Telefilem Sabotaj (TV1)

Saksikan telefilem Sabotaj karya Allahyarham Keoi Hj Khalid dan Sharifah Abu Salem yang akan disiarkan hari Sabtu ini, pukul 9.00 malam di T...

Wednesday 23 November 2016

Awak Sangat Nakal

Nantikan drama terbaru adaptasi novel Awak Sangat Nakal karya Syamnuriezmil yang akan ditayangkan di Astro Ria. Dibintangi oleh Sharnaaz Ahmad dan Ayda Jebat sebagai teraju utama. Drama ini mendapat sentuhan pengarah berkaliber Azmi Hatta. Bersiaran mulai 7 November 2016, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di saluran Astro Ria 104 dan Astro Ria HD 123.

JUDUL : AWAK SANGAT NAKAL!
EPISOD : 16 episod
TARIKH TAYANGAN : 7 November 2016
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 10.00 malam
SIARAN : Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123
PENULIS NOVEL : Syamnuriezmil
SKRIP : Shida Zali
PENGARAH : Azmi Hatta
TERBITAN : Orangetree Production Sdn Bhd
PELAKON : Ayda Jebat, Sharnaaz Ahmad, Afiq Muiz, Ika Nabella, Hefny Sahad, Aleza Shadan, Rahim Jailani, Tash Yong, Fadilah Mansor, Farouk Hussain, Ku Faridah, GBob, Henzi Andalas, Erry Putra, Syaffiq Sahli

WATAK PELAKON
Ayda Jebat sebagai Erine Johanna
Sharnaaz Ahmad sebagai Johan Rizqin
Fadilah Mansor sebagai Mak Munah
Ika Nabella sebagai Ain Humaira
Tash Yong sebagai Sue
Hefny Sahad sebagai Habib
Afiq Muiz sebagai Ustaz Hafsham
Aleza Shadan sebagai Puan Sri Zariah
Rahim Jailani sebagai Tan Sri Emran
Ku Faridah sebagai Mak Tok
Erry Putra sebgai Hassan
G-Bob sebagai Bob
Farouk Hussain sebagai Pak Mat
Henzi Andalas sebagai Hitam
Syaffiq Sahli sebagai Cikgu Johan Ariff

LAGU TEMA / OST AWAK SANGAT NAKAL
Tajuk : Nakal! Nakal! Nakal!
Penyanyi : Ayda Jebat
Lirik & Komposer : Ayda Jebat & Irwan Simanjuntak
Video & Lirik : LINK

SINOPSIS AWAK SANGAT NAKAL 
Pertemuan antara Johan Rizqin dan Erine Johanna bermula apabila gadis itu ditinggalkan mama dan papanya selama sebulan di bawah jagaan orang gajinya, Mak Munah. Erine Johanna yang bosan dengan suasana di kampung telah menjadikan Johan Rizqin, mangsa usikkannya.

Masalahnya, Johan Rizqin sudah bertunang dengan Ain Humaira, anak angkat Mak Munah. Tetapi kehadiran Erine, menyebabkan Johan mula berubah hati. Entah kenapa, dia merasakan perasaannya lain sejak diusik Erine. Tetapi untuk mendapatkan Erine, Johan terpaksa berdepan banyak cabaran.

Walaupun begitu, Erine masih tidak boleh menerima cinta yang Johan berikan. Bukan kerana soal hati, bukan kerana tidak cinta, tetapi kerana amanah arwah suami Mak Munah kepada Johan. Erine merasakan dia menjadi penghalang kepada amanah itu.

Gara-gara kenakalan dan sikap ingin tahunya untuk mencari siapa yang diamanahkan kepada Johan, Erine berjaya merungkai seribu satu rahsia, teori dan konspirasi yang disimpan Mak Munah selama 23 tahun. Erine kemudian mula merancang dan membuat pakatan sulit untuk menyelamatkan Johan daripada dibunuh.

Tapi, sehebat mana pun rancangannya, hebat lagi perancangan Allah SWT. Adakah pengorbanan Erine kepada Johan, tidak sia-sia? Atau, hidupnya berakhir dengan hukuman mati?

GAMBAR PELAKON
Awak Sangat Nakal

Pelakon Awak Sangat Nakal
Pelakon drama Awak Sangat Nakal
Awak Sangat Nakal
barisan pelakon

Drama Awak Sangat Nakal (Astro)

Nantikan drama terbaru adaptasi novel Awak Sangat Nakal karya Syamnuriezmil yang akan ditayangkan di Astro Ria. Dibintangi oleh Sharnaaz Ahm...
Bella Mencari Cinta

Jangan lupa untuk menyaksikan telefilem Bella Mencari Cinta yang akan disiarkan menerusi slot Skrin Di 9 (TV9). Telefilem arahan M Nazir Juhan itu dilakonkan oleh Aeril Zafrel, Elvina Mohamad, Chacha Maembong dan Nadzmi Adhwa. Ditayangkan pada hari Isnin ini pukul 8.30 malam di TV9.

JUDUL : BELLA MENCARI CINTA
TARIKH / MASA : Isnin, 21 November 2016, 8.30 malam
SIARAN : Slot Skrin Di 9 (TV9)
SKRIP : Adza Emie
PENGARAH : M Nazir Juhan (Jet Lee)
TERBITAN : ZK Creative Production Sdn Bhd
PELAKON : Aeril Zafrel, Elvina Mohamad, Chacha Maembong, Nadzmi Adhwa, Fazlina Ahmad Daud, Ika Nabila, Shahronizam

SINOPSIS BELLA MENCARI CINTA
Bella seorang pelajar tahun kedua IPTA. Seumur hidupnya dia tidak pernah didekati oleh mana-mana lelaki. Dia mencemburui rakan-rakanya yang mempunyai ramai rakan lelaki dan juga ada yang sudah mempunyai kekasih hati. Hinggalah suatu petang ketika Bella sedang menunggu bas, Bella seperti terkena panahan petir. Apbila dia sedar di hospital, Bella mendapati dirinya seperti 'guy magnet'.  Bella disukai oleh semua lelaki yang dijumpainya.

GAMBAR PELAKON

Pelakon Bella Mencari Cinta
Pelakon telemovie Bella Mencari Cinta
Bella Mencari Cinta TV9
gambar pelakon


Bella Mencari Cinta (TV9)

Jangan lupa untuk menyaksikan telefilem Bella Mencari Cinta yang akan disiarkan menerusi slot Skrin Di 9 (TV9). Telefilem arahan M Nazir Juh...

 

Layan Drama Melayu Online Terbaru © 2015 - Blogger Templates Designed by Templateism.com, Plugins By MyBloggerLab.com