Saturday 15 October 2016

Mati Tunggu Sekejap

Saksikan telefilem Mati, Tunggu Sekejap arahan Rashid Sibir yang akan menampilkan Nasha Aziz, Ziana Zain dan Adibah Noor. Sabtu, 15 Oktober 2016 jam 9 malam di Astro Oasis dan Maya HD

JUDUL : MATI, TUNGGU SEKEJAP
TARIKH / MASA : Sabtu, 15 Oktober 2016, 9 malam
SIARAN : Astro Oasis dan Maya HD
PENGARAH : Rashid Sibir
TERBITAN : Opera Klasik Sdn Bhd 
PELAKON : Nasha Aziz, Ziana Zain, Adibah Noor, Kodi Rashid, Farah Nabilah, Arash Mohd

SINOPSIS MATI, TUNGGU SEKEJAP
Mengisahkan tentang tiga orang sahabat baik yang terpisah, namun kemudian berjumpa kembali. Mereka ialah Mariam seorang pesakit kanser, Nora ibu tunggal dan Kamaliah 15 tahun membujang menunggu tunangnya yang tidak kembali. Pertemuan itu sekali gus membawa mereka mengimbau kembali kenangan pahit dan manis semasa berada di alam persekolahan.

Pelakon Mati Tunggu Sekejap
Pelakon telemovie  Mati Tunggu Sekejap

Mati Tunggu Sekejap (Astro)

Saksikan telefilem Mati, Tunggu Sekejap arahan Rashid Sibir yang akan menampilkan Nasha Aziz, Ziana Zain dan Adibah Noor. Sabtu, 15 Oktober ...

Friday 14 October 2016

Dayang Nurfaizah Lelaki Teragung

Lagu Lelaki Teragung nyanyian Dayang Nurfaizah diangkat sebagai lagu tema drama 7 Hari Mencintaiku yang bakal ditayangkan di slot Akasia TV3 pada bulan November ini. Nantikan muzik video drama tersebut. Info lanjut drama klik disini


Tajuk : Lelaki Teragung 
Penyanyi : Dayang Nurfaizah 
Komposer : Natasyah
Lirik : Iman Imran
OST : Drama 7 Hari Mencintaiku

Tajuk : Mengintai Dari Tirai Kamar
Penyanyi : Exist
Youtube : https://youtu.be/q9hojGV3Xbc

LIRIK LAGU LELAKI TERAGUNG - DAYANG NURFAIZAH

Ku sesali
Kerna pernah cuba sakiti hatimu
Sedang diri ini tidak mampu
Untuk hidup tanpa cintamu di sisi

Cinta lelaki teragung
Membuat aku berbahagia
Kaulah kekasih di dunia dan di syurga

Oh kekasih
Kembalikan cinta yang pernah ada
Dalam hatiku
Walau dirimu pernah terluka
Ku akui segalanya salahku

Cinta lelaki teragung
Membuat aku berbahagia
Kaulah kekasih di dunia dan di syurga

Meskipun kesetiaan yang selalu dipersia
Namun engkau tidak pernah lelah
Untuk bertahan
Ku mengerti kini semua
Demi cintamu kepadaku, padaku

Kasih pabila bersama
Dunia terasa sempurna
Jangan tinggalkan diriku, sayangku

Cinta lelaki teragung
Membuat aku berbahagia
Kaulah kekasih di dunia dan di syurga



Download di iTunes/Apple Music http://bit.ly/lelakiteragung

OST 7 Hari Mencintaiku (Lagu Tema)

Lagu Lelaki Teragung nyanyian Dayang Nurfaizah diangkat sebagai lagu tema drama 7 Hari Mencintaiku yang bakal ditayangkan di slot Akasia TV3...

Wednesday 12 October 2016

Redhaku Untukmu

Saksikan telefilem Tribute P Ramlee berjudul Redhaku Untukmu dilakonkan oleh Sharifah Sakinah dan Iedil Putera. Telefilem karya araha Dira Abu Zahar itu akan bersiaran di TV1 pada hari Sabtu ini jam 9 malam.

JUDUL : REDHAKU UNTUKMU
TARIKH / MASA : Sabtu, 15 Oktober 2016, 9 malam
SIARAN : Slot Tribute P Ramlee TV1 (RTM)
PENGARAH : Dira Abu Zahar
TERBITAN : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
PELAKON : Sharifah Sakinah, Iedil Putera, Zaidi Omar, Linda Hashim, Nizen Ayob 

SINOPSIS REDHAKU UNTUKMU
Kisah cinta terhalang antara Eli dan Zahid. Eli dan Zahid membawa haluan sendiri. Eli kemudiannya dipaksa berkahwin dengan lelaki pilihan keluarganya manakala Zahid mencari kehidupan baru sehinggalah dia akhirnya bertemu Marina. Mampukah Zahid atau pun Eli melupakan rasa cinta di antara mereka? 

Redhaku Untukmu (TV1)

Saksikan telefilem Tribute P Ramlee berjudul Redhaku Untukmu dilakonkan oleh Sharifah Sakinah dan Iedil Putera. Telefilem karya araha Dira A...

Monday 10 October 2016

Roti Boom Mak Tom

Saksikan telefilem komedi Roti Boom Mak Tom lakonan Lizza Abdullah, Nadia Mustafa, Aliff Hadi, Kazar Saisi, dan Anne Abdullah, pukul 10.00 malam ini menerusi slot Citra TV2. Juga boleh menontonnya di myklik.rtm.gov.my

JUDUL : ROTI BOOM MAK TOM
TARIKH / MASA : Selasa, 11 Oktober 2016, 10.00 malam
SIARAN : Slot Citra TV2 (RTM)
TERBITAN : Hadir Dinamik Sdn Bhd
PELAKON : Liza Abdullah, Kazar Saisi, Alif Hadi, Nadia Mustafa, Aidil Aziz, Anne Abdullah

SINOPSIS ROTI BOOM MAK TOM
Mak Tom (Liza Abdullah) seorang ibu tunggal yang sangat berdikari dan berusaha sedaya upaya untuk mengendalikan sebuah gerai kecilnya yang menjual roti canai, roti boom dan sebagainya.

Selain rajin memasak dia juga tidak mahu ketinggalan untuk mengetahui isu semasa, di samping menjaga penampilan diri, berhias dan adakalanya mulutnya agak celoteh. Namun hatinya baik kerana mengetahui dirinya seorang ibu tunggal yang harus membesarkan anak lelakinya Azlan (Alif Hadi). 

Azlan, lakonan Alif Hadi seorang pelajar kolej swasta yang baru berusia 19 tahun. Saat menjalani kehidupan sebagai anak remaja, Azlan juga rimas dengan cemuhan orangorang kampung tentang ibunya.

Pada masa yang sama Mak Tom menghadapi masalah pekerja lari dan restorannya pula tidak mendapat sambutan. Mak Tom terpaksa mempelajari pelbagai teknik dan cara membuat kuah serta roti boom di kolej anaknya. Kebetulan terdapat kursus khas untuk membuat kek dan roti.

Pelakon Roti Boom Mak Tom
barisan pelakon telemovie Roti Boom Mak Tom
Azlan berasa malu tatkala mendapat tahu bahawa ibunya belajar di kolej itu dan cuba menghalang ibunya menyertai kursus di sana. Mak Tom telah diganggu oleh Pak Hassan (Kazar Saisi) yang sudah pun beristeri dua. Akibat godaan Pak Hassan, Mak Tom tidak dapat menumpukan perhatian dalam kelas tersebut dan terus menolak lamaran Pak Hassan.

Ternyata usaha Mak Tom dan anaknya berjaya. Selepas beberapa bulan restoran Mak Tom menjadi terkenal kerana dia semakin pandai membuat roti boom selepas menyertai kursus. Mak Tom semakin dikenali oleh orang-orang kampung.

Sikap peramah dan mudah bergaul membuatkan para isteri cemburu dengan personaliti Mak Tom. Azlan sudah masak dengan sikap ibunya yang kadang kala tidak tetap pendirian. Dugaannya sentiasa digoda oleh lelaki yang sudah beristeri malah ada juga lelaki muda yang cuba memikat hatinya.

Suatu hari Mak Tom telah berkenalan dengan seorang jejaka tampan bernama Jeffri. Azlan tidak pernah bersetuju dengan tindakan ibunya. Adakah Mak Tom menerima lamaran jejaka yang diidamkan?

Roti Boom Mak Tom (TV2)

Saksikan telefilem komedi Roti Boom Mak Tom lakonan Lizza Abdullah, Nadia Mustafa, Aliff Hadi, Kazar Saisi, dan Anne Abdullah, pukul 10.00 m...

 

Layan Drama Melayu Online Terbaru © 2015 - Blogger Templates Designed by Templateism.com, Plugins By MyBloggerLab.com