Friday 21 October 2016

Hey Missy TV1

Saksikan telefilem Hey Missy karya Nizam Zakaria dan Wan Mahani dilakonkan oleh Nad Zainal, Fadlan Hazim, Ridzuan Hashim dan ramai lagi. Telefilem tribute P.Ramleee itu akan disiarkan di TV1 pada hari Sabtu, 22 Oktober 2016 pukul 10.00 malam.

JUDUL : HEY MISSY 
TARIKH / MASA : Sabtu, 22 Oktober 2016, 10.00 malam
SIARAN : TV1 (RTM)
SKRIP : Wan Mahani Binti Wan Hassan
PENGARAH : Nizam Zakaria
TERBITAN : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
PELAKON : Nad Zainal, Fadlan Hazim, Wilma, Ridzuan Hashim, Aishah Azman, Yusof Hashim, Sherry Alhadad, Zainol Macwilson, Jelita Kako, Anggun Kako

SINOPSIS HEY MISSY 
Melly terpaksa menggantikan tugas ibunya, Noreen yang tidak sihat, sebagai jururawat peribadi kepada Dato' Zakwan. Sejak kehadiran Melly, Dato' Zakwan mula menjadi semakin cerewet dan manja hingga menimbulkan masalah kepada Melly. Tidak tahan dengan perangai miang dan cerewat hartawan itu, Melly mengadu kepada Syazwan, yang disangkanya sekadar budak penghantar barang tapi sebenarnya Syazwan adalah anak Dato' Zakwan. Haru biru jadinya bila bapa dan anak suka dekat orang yang sama.

Pelakon Hey Missy
Pelakon telemovie Hey Missy

Hey Missy (TV1)

Saksikan telefilem Hey Missy karya Nizam Zakaria dan Wan Mahani dilakonkan oleh Nad Zainal, Fadlan Hazim, Ridzuan Hashim dan ramai lagi. Tel...

Thursday 20 October 2016

3 Juara

Program terbaharu di TV3 iaitu 3 Juara merupakan rancangan realiti nyanyian ekslusif penuh kelainan dimana menampilkan tiga komposer hebat tanah air yang mewakili tiga genre, Edrie Hashim untuk Rock, Ajai untuk Balada dan Pak Ngah untuk Irama Malaysia demi mencari satu juara bagi setiap genre.

Seramai 24 peserta yang telah terpilih. Bagi setiap kategori enam peserta akan dipilih oleh produser untuk terus berentap antara mereka sehingga ke peringkat akhir demi meraih gelaran juara genre masing-masing. Mereka semua akan diadili oleh juri profesional iaitu Datuk Rossa sebagai juri kategori Balada, Awie juri kategori Rock dan Noraniza Idris juri kategori Irama Tradisional. Hadiah wang tunai lebih RM 300, 000 menjadi rebutan.

Rancangan realiti 3 Juara akan bersiaran secara langsung setiap hari Ahad pada jam 9 malam bermula 16 Oktober 2016 di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Dihoskan oleh Issey Fazlisham, Mira Filzah dan Azizul Ammar.

Pertandingan program realiti ini berformat sistem liga, di mana setiap peserta akan berentap bersama pasangan dalam kategori yang sama di satu pentas setiap minggu demi memungut mata daripada undian penonton, juri tetap dan produser daripada kategori masing-masing.

Ini bermakna, kesemua peserta ketiga-tiga kategori akan berentap dalam satu konsert setiap minggu demi mengumpul mata dan merebut wang tunai berjumlah RM300,000 secara keseluruhan.

Penonton turut dijemput memeriahkan fenomena 3 Juara di alam maya dengan cara mengundi peserta kegemaran secara atas talian (online) di www.tv3.com.my/3juara.

PROGRAM : 3 JUARA
HARI / MASA : Ahad, 9.00 malam
SALURAN : TV3
PENGACARA : Issey Fazlisham, Mira Filzah, Azizul Ammar
JURI PROFESIONAL : Datuk Rossa, Awie, Noraniza Idris 
PRODUSER : Edrie Hashim, Ajai, Pak Ngah 

SENARAI PESERTA 3 JUARA

PRODUSER : EDRIE 
KATEGORI : ROCK
1. Ayien (24 tahun, Sabah)
2. Arul (26 tahun, Kuala Lumpur)
3. Indra (24 tahun, Johor)
4. Kudien (22 tahun, Johor)
5. Eva Maria (23 tahun, Kuala Lumpur)
6. Arill (18 tahun, Kedah)
7. Kelvin 
8. Rahra 

#JuaraRock

PRODUSER : PAK NGAH
KATEGORI : IRAMA MALAYSIA
1. Hazra (28 tahun, Selangor)
2. Azizul (28 tahun, Johor)
3. Nura (18 tahun, Johor)
4.  Rahman (25 tahun, Selangor)
5. Tyka (21 tahun, Kuala Lumpur)
6. Zayani (20 tahun, Penang)
7. Cha (Hidayah) (25 tahun, Perak)
8. Mursalin (27 tahun, Kedah)

#JuaraIramaMalaysia


PRODUSER : AJAI
KATEGORI : BALADA
1. April (27 tahun, Sabah)
2. Hady (28 tahun, Sabah)
3. Eeza (23 tahun, Selangor)
4. Aqeem  (22 tahun, Sabah)
5. Azumi (18 tahun, Kedah)
6. Salmah Asis (26 tahun, Selangor)
7. Eja (Hafizah)(24 tahun, Sabah)
8. Faisal (26 tahun, Selangor)

#JuaraBalada

Senarai Peserta 3 JUARA (TV3)

Program terbaharu di TV3 iaitu 3 Juara merupakan rancangan realiti nyanyian ekslusif penuh kelainan dimana menampilkan tiga komposer hebat t...
Segi Tiga 2016

Saksikan tlefilem berjudul "Segitiga" arahan Yusry Abdul Halim yang akan disiarkan di Astro Ria pada Sabtu ini jam 10 malam. Dibintangi oleh  Amerul Affendi, Sari Yanti, dan Farid Kamil.

JUDUL : SEGI TIGA
TARIKH / MASA : Sabtu, 22 Oktober 2016. 10:00 malam
SIARAN : Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123
PENGARAH : Yusry Abdul Halim
PELAKON : Amerul Affendi, Sari Yanti, Farid Kamil

SINOPSIS SEGI TIGA
Kehidupan Lan berubah setelah berjumpa dengan Alina, seorang arkitek baru di pejabatnya. Walaupun mengetahui Alina sudahpun berkahwin, Lan tetap memulakan hubungan dengan Alina yang peramah dan baik hati. 

Segi Tiga (Astro Ria)

Saksikan tlefilem berjudul "Segitiga" arahan Yusry Abdul Halim yang akan disiarkan di Astro Ria pada Sabtu ini jam 10 malam. Dibin...

Wednesday 19 October 2016

Lawak Solo

Program realiti komedi terbaharu Astro Warna iaitu �Lawak Solo� akan hadir memeriahkan lagi dunia komedi tanah air disamping mencari bakat baru pelawak �stand up comedian� yang kini dilihat semakin mendapat perhatian di kalangan peminat. Seramai 10 peserta telahpun terpilih dan mereka akan dibimbing oleh barisan pelawak terkenal seperti Nabil Ahmad, Ebby Yus dan Douglas Lim. Kesemua dari mereka bakal diadili dua juri tetap iaitu Dato� AC Mizal dan Saiful Apek. Selain itu, seorang juri jemputan akan diundang setiap minggu bagi memeriahkan Lawak Solo. Setiap minggu peserta akan diadili dengan menggunakan khidmat penjurian profesional sebanyak 70 % selain undian penonton sebanyak 30% dalam menentukan peserta manakah yang bakal disingkirkan dan seterusnya mara bagi merebut gelaran juara Lawak Solo bagi musim pertama ini.

Lawak Solo dijadualkan bersiaran selama lapan minggu akan mula menemui penonton secara langsung dari Studio Finas, Kompleks Merdeka FINAS pada setiap hari Jumaat, bermula 21 Oktober 2016, jam 10.00 malam dan boleh ditonton secara eksklusif menerusi Astro Warna (Saluran 132) dan tayangan serentak di Mustika HD (Saluran 134). Dihoskan oleh pelawak terkenal Johan. Manakala Fad Bocey bersama dua lagi pelawak popular di laman sosial iaitu Jamal dan Zukiee menggalas tugas sebagai hos dibelakang tabir.

Juara yang bakal dinobatkan pada minggu terakhir kelak akan menerima ganjaran wang tunai berjumlah RM 80,000.00 berserta trofi manakala naib juara dan tempat ketiga pula akan menerima habuan sebanyak RM 40,000.00 dan RM 20,000.00 berserta trofi.

Segala aktiviti dan pembelajaran para peserta ini akan disiarkan menerusi �Kapsul Lawak Solo� setiap hari di saluran Astro Warna. Selain itu juga peserta akan diberikan beberapa cabaran bagi menguji tahap kemahiran dan kreativiti mereka dalam berkomedi di antaranya berjumpa dengan orang ramai di tempat-tempat awam dan mereka kemudiannya dikehendaki untuk membuat lawak secara spontan di khalayak ramai.

SENARAI PESERTA LAWAK SOLO 2016 
1. DANIAL | Mohamad Danial Bin Mohd Zaini | 23 tahun | Pulau Pinang
2. MAD SABAH | Achmad Bin Rusli | 28 tahun | Sabah | 
3. NIZAM | Mohd Nornizam Bin Mohd Yusof | 35 tahun | Selangor
4. AG HAFIZ | Mohd Hafiz Bin Abdul Ghani | 31 tahun | Perak
5. AARON | Aaron Aw Teik Hong | 31 tahun | Kuala Lumpur
6. WAN GEGAU | Mohd Saffuan Bin Samsudin | 29 tahun | Melaka
7. KC NAZARI | Ahmad Fadli Bin Mohd Nazari | 33 tahun | Seremban
8. DINN (Dengerous) | Nor Hisyabudin Bin Bahar | 31 tahun | Kedah
9. FIKRY | Ahmad Fikry Bin Ahmad Ibrahim | 22 tahun | Kedah
10. RIDZUAN | Muhammad Ridzuan Bin Ahamad Hsbulah | 22 tahun | Pahang

Peserta Lawak Solo
gambar peserta Lawak Solo

Senarai Peserta Lawak Solo

Program realiti komedi terbaharu Astro Warna iaitu �Lawak Solo� akan hadir memeriahkan lagi dunia komedi tanah air disamping mencari bakat b...

Tuesday 18 October 2016

Tak Beli Tak Cinta

Nantikan drama terbaru arahan Ahmad Idham berjudul Tak Beli Tak Cinta. Antara barisan pelakon yang membintangi drama siri komedi itu adalah Rita Rudaini, Ariz Lufias, Syainie Aida, Qara Lyana, Erry Putra dan ramai lagi. Drama Tak Beli Tak Cinta akan ditayangakan bermula 19 Oktober 2016, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang  menerusi slot Iris di TV3.

JUDUL : TAK BELI TAK CINTA
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 19 Oktober 2016
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 6.30 petang
SIARAN : Slot Iris TV3
SKRIP : Subroto Katimin
PENGARAH : Ahmad Idham & Rosli Mohd Taib
TERBITAN : AIFA Motion Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Rita Rudaini, Ariz Lufias, Qara Lyana, Syainie Aida  Aliff Yasraff, Erry Putra, Shiha Zikir, Habiel Lutfillah, Rama Sundran, Eizlan Yusof, Dian P Ramlee, Cat Farish

WATAK PELAKON 
Rita Rudaini sebagai Puan Bibi
Ariz Lufias sebagai Isma
Syainie Aida sebagai Liyana
Erry Putra sebagai Tuan CJ
Qara Lyana sebagai Filza
Aliff Yasraf sebagai Man Fly
Rama Sundran sebgai Mr Kurupan
Habiel Lutfillah sebagai Raykal
Eizlan Yusof sebagai Cikgu Ramly 

LAGU TEMA / OST TAK BELI TAK CINTA
Lagu : Bimbang
Penyanyi : Izzue Islam

SINOPSIS TAK BELI TAK CINTA
Mengisahkan kehidupan Bibi (Rita Rudaini) yang juga pemilik butik barangan kecantikan dan pakaian. Puan Bibi sedang sibuk mempersiapkan butiknya untuk hari pembukaan yang bakal berlangsung dalam masa dua minggu lagi. Sejak pemergian arwah suaminya, Puan Bibi belum bersedia untuk menerima cinta dalam hidupnya. Dia hanya mahu fokus dalam bisnes selain menjaga anak lelakinya, Raykal. Kenakalan Raykal juga memeningkan Puan Bibi apatah lagi apabila Raykal sering meragam kerana mahukan ayah baharu.

Puan Bibi hanya dibantu oleh seorang staf, Liyana (Syainie Aida), anak saudara arwah suaminya yang gemar melaram dan kuat berangan. Liyana mahu menjadi penyanyi bertaraf antarabangsa seperti idolanya, Yuna. Tuan CJ (Erry Putra) pula sangat rajin untuk membantu Puan Bibi tetapi sebenarnya dia mencari peluang untuk mendekati dan menggoda Puan Bibi. Malahan, Tuan CJ juga berjanji akan mendapatkan penaja VIP untuk butik Puan Bibi.

Keadaan butik itu berubah selepas seorang pemuda lelaki graduan jurusan kimia yang sangat kacak, Isma (Ariz Lufias) diterima sebagai pekerja. Liyana menyimpan perasaan terhadap Isma tetapi Isma pula minat pada Puan Bibi.

Sudah seminggu butik Puan Bibi dibuka tetapi gagal mendapat sambutan. Puan Bibi tertekan dan terus bercadang mahu menjual sahaja butiknya. Isma menghalang niat Puan Bibi dan memohon izin untuk merangka satu plan publisiti. Isma meminta tolong beberapa rakan perempuan di kolejnya untuk membantu dan Liyana mula melakukan sabotaj kerana cemburu. Akhirnya plan publisiti Isma berjaya dan butik Puan Bibi mula dipenuhi pelanggan.

Dek kerana kesibukan menguruskan butik baharunya yang menjadi tumpuan selebriti dan ikon komestik, Puan Bibi seringkali terlupa untuk mengambil Raykal di sekolah. Suatu hari, Puan Bibi cemas apabila gagal mengesan Raykal di sekolah kerana terlambat sampai. Kehilangan Raykal berakhir apabila Raykal dijumpai menyelinap masuk ke dalam kereta cikgu di sekolahnya yang masih bujang dan tampan, iaitu Cikgu Ramli.

Sejak pertemuan dengan Cikgu Ramli, Puan Bibi sering dilamun angau. Dia sentiasa membayangkan Cikgu Ramli. Puan Bibi sentiasa sampai awal di sekolah untuk mengintip Cikgu Ramli. Malangnya, Cikgu Ramli sudah bertunang dan bakal berkahwin. Bagaimana pula dengan hubungan Puan Bibi dan Isma? Adakah Puan Bibi akan menerima cinta daripada lelaki yang lebih muda daripadanya? Apakah rahsia yang cuba disimpan oleh Isma?

GAMBAR PELAKON
Tak Beli Tak Cinta

Pelakon Tak Beli Tak Cinta
watak utama
Tak Beli Tak Cinta TV3
barisan pelakon drama Tak Beli Tak Cinta

Drama Tak Beli Tak Cinta (TV3)

Nantikan drama terbaru arahan Ahmad Idham berjudul Tak Beli Tak Cinta. Antara barisan pelakon yang membintangi drama siri komedi itu adalah ...
Rantai TV2

Saksikan telefilem 'Rantai' arahan sutradara Bade Hj Azmi. Lakonan Eman Manan, Izara Aisyah, Rahim Jailani dan Eja pukul 10.00 malam ini di TV2. Boleh menontonnya secara online dan ulangan melalui portal myklik.rtm.gov.my

JUDUL : RANTAI
TARIKH / MASA : Selasa, 18 Oktober 2016,  10.00 malam
SIARAN : Slot Citra TV2
IDEA ASAL : Mazelan Manan 
SKRIP : Najmie Maziez
PENGARAH : Bade Hj Azmi
TERBITAN : Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Eman Manan, Eja, Izara Aisyah, Rahim Jailani, Izzue Islam, Namron

SINOPSIS RANTAI
Sejarah hitam Husin menghantuinya sehingga dewasa. Misteri itu kini masih terbawa-bawa dan keluarganya pula menjadi mangsa. 

Seorang kanak kanak yang sering dipukul oleh bapanya kerana nakal, menjadi seorang garang dan panas baran apabila dewasa. Disamping menghadapi kesukaran hidup dalam masyarakat kampungnya, beliau juga sering memukul isteri dan anaknya. Namun anak perempuan remaja itu memberanikan diri untuk menegur perangai bapanya yang tidak dapat diterima. Akhirnya beliau sendiri menjadi mangsa kelakuan panas barannya, apabila terpijak sebuah dulang besar mengandungi minyak panas semasa mengejar anaknya untuk sebat. Dengan tumpahan minyak panas, sebahagian besar badan Husin terbakar dan kakinya lumpuh. 

pelakon rantai tv2
gambar di sebalik penggambaran

Telefilem RANTAI (TV2)

Saksikan telefilem 'Rantai' arahan sutradara Bade Hj Azmi. Lakonan Eman Manan, Izara Aisyah, Rahim Jailani dan Eja pukul 10.00 malam...

Sunday 16 October 2016

Isteri-Isteriku tv9

Saksikan telefilem komedi Isteri-Isteriku arahan Hadji Maa Hayu mengangkat kisah suami beristeri dua. Membariskan pelakon popular seperti Fauzi Nawawi, Kilafairy, Afifah Nasir dan Khaty Azean. Bakal ditayangkan di TV9 pada hari Isnin, jam 8.30 malam.

JUDUL : ISTERI-ISTERIKU
TARIKH / MASA : Isnin, 17 Oktober 2016, 8:30 pm
SIARAN : Skrin Di 9 (TV9)
SKRIP : Mohd Shahremy Ikmal
PENGARAH : Hadji Maa Hayu (Yusof Wahab )
TERBITAN : Enuja Production Sdn Bhd
PELAKON :  Fauzi Nawawi, Kilafairy, Afifah Nasir, Khaty Azean, Achong Sweet Child, Elji Kilauan Emas

SINOPSIS ISTERI-ISTERIKU
Mengisahkan tentang watak Amran (Fauzi Nawawi) yang mempunyai dua isteri iaitu Khaty (Kilafairy) dan Mona (Afifah Nasir). Walaupun hidup bermadu, kehidupan mereka bertiga bahagia kerana Amran membahagikan masa dan rezeki dengan sama rata kepada kedua-dua isterinya. Rumah tangga yang mereka bina berjalan seperti biasa sehinggalah berlaku insiden Amran terpaksa berhenti kerja akibat penutupan operasi syarikat miliknya. Bingung dengan keadaan tersebut dan ditambah dengan belanja untuk menanggung kedua-dua isterinya membuatkan Amran tekad untuk membawa mereka pulang ke kampung dan berpindah ke rumah pusaka.

Pada masa yang sama, Amran mengambil keputusan untuk bekerja di warung Kak Siah (Khaty Azean) yang juga merupakan seorang janda. Hubungan baik yang dijalinkan itu akhirnya membuatkan kedua-dua orang isterinya mengesyaki sesuatu. Merasakan yang suami mereka curang dan mahu menambah �cawangan� baharu, Khaty dan Mona akhirnya berpakat untuk menculik Kak Siah bagi membalas dendam kerana cuba merampas suami mereka.

Ketika dalam perjalanan masuk ke hutan, Khaty, Mona dan Kak Siah diculik pula oleh penculik (Achong Sweet Child) yang berhadapan dengan masalah kewangan. Satu persatu konflik bermula apabila Amran cuba menyelamatkan ketiga-tiga wanita tersebut. Ketika mahu menyelamatkan mereka, berlaku beberapa kejadian sehingga menyebabkan perubahan besar kepada hidup Amran.

Pelakon Isteri-Isteriku
 pelakon bersama kru produksi telemovie Isteri-Isteriku 

Isteri-Isteriku (TV9)

Saksikan telefilem komedi Isteri-Isteriku arahan Hadji Maa Hayu mengangkat kisah suami beristeri dua. Membariskan pelakon popular seperti Fa...
Mahaguru Spontan

Mahaguru Spontan bakal dipentaskan di Istana Budaya. Mahaguru Spontan merupakan sebuah persembahan permainan komedi improvisasi lanjutan daripada program-program seumpamanya iaitu Spontan, Super Spontan, Liga Lawak Superstar, dan Actorlympics. Program ini akan mempersembahkan pelawak-pelawak berbakat Malaysia sebagai pemain permainan improvisasi secara spontan dan idea persembahan peserta di atas pentas pula akan ditentukan oleh penonton yang hadir. Dibintangi oleh mahaguru Johan, Zizan, Dato� AC Mizal, Abam, Achey, Fad, Douglas Lim, Rashid Salleh, Kuah Jenhan dan di Hoskan oleh Afdlin Shauki. Turut membawakan penampilan Dato� Siti Nurhaliza. Ia bakal berlangsung pada 22 serta 23 Oktober, jam 3 petang dan 8 malam. Tiket berharga RM38, RM88, RM108, RM128, RM138 dan RM188 boleh dibeli menerusi www.redtixairasia.com

Program : Mahaguru Spontan
Tempat : Panggung Sari, Istana Budaya
Jenis : Komedi
Tarikh : Sabtu 22 oktober dan Ahad 23 oktober
Masa : 3 petang dan 8 Malam
Penganjur : Comedy Planet & Vision Works
Harga Tiket : RM38 hingga RM188
Tiket Online : www.redtixairasia.com

Sebuah persembahan nyanyian pembukaan akan disusuli dengan permainan improvisasi secara berturut-turut, diyakini bakal menjadi sebuah persembahan komedi yang paling lawak di Malaysia.Berbeza dari program seumpamanya, penglibatan penonton dalam persembahan seperti pengolahan situasi dan bermain dalam beberapa permainan bakal menggamatkan lagi suasana.
- Tiada persembahan Dato' Siti Nurhaliza pada jam 3.00petang 22 October 2016.
- Tiada persembahan Douglas Lim pada jam 8.00malam 22 October 2016.
- Tiada persembahan Abam Bocey pada 23 October 2016.

KONSEP PERMAINAN

PERMAIN : Permainan yang akan dimainkan terdiri daripada permainan-permainan yang terdapat di dalam rancangan Spontan, Super Spontan, Actorlympics dan Liga Lawak Superstar.

�HULUBALANG SPONTAN� : Penonton boleh mencadangkan situasi berdasarkan penerangan dari host dan menulis situasi tersebut untuk dikumpulkan oleh �Hulubalang Spontan� yang membawa balang-balang mereka untuk diserahkan kepada pengacara.

PERMAINAN IMPROVISASI : Kesemua permainan improvisasi yang dimainkan adalah berdasarkan situasi dan cadangan yang telah penonton tuliskan dan letakkan ke dalam balang di awal persembahan itu tadi.

PEMILIHAN PEMAIN : Host akan memilih pemain untuk bermain. Namun, host juga boleh membuka ruang kepada penonton untuk mencadangkan pemain.

PERMAINAN FIZIKAL : Untuk persembahan penutupan, pengacara akan membawa penonton ke sesi fizikal di mana kesemua selebriti akan bermain permainan yang menguji ketahanan mental dan fizikal mereka.

PERSEMBAHAN PENUTUP : Setelah berakhirnya permainan fizikal, selebriti akan mendendangkan lagu yang bermotifkan perpisahan dengan lirik-lirik yang berisikan pesanan penaja atau pesanan khidmat masyarakat (PSA); contohnya: PETA, kempen kesedaran penyakit kanser, dan lain-lain.

Mahaguru Spontan 2016

Mahaguru Spontan bakal dipentaskan di Istana Budaya. Mahaguru Spontan merupakan sebuah persembahan permainan komedi improvisasi lanjutan dar...

 

Layan Drama Melayu Online Terbaru © 2015 - Blogger Templates Designed by Templateism.com, Plugins By MyBloggerLab.com