Saturday 3 December 2016

Tangisan Izara

Saksikan telefilem arahan Shuhaimi Lua bertajuk Tangisan Izara. Menampilkan gandingan pelakon Raja Afiq, Janna Nick, Puteri Balqis dan Ku Faridah. Ditayangkan menerusi slot Cerekarama TV3, pada 12 November ini, jam 9 malam.

JUDUL : TANGISAN IZARA
TARIKH / MASA : Sabtu, 3 Disember 2016, 9.00 malam
SIARAN : Slot Cerekarama TV3
SKRIP : Mohd Shahremy Ikhmal
PENGARAH : Shuhaimi Lua Abdullah 
TERBITAN : Tanah Beris Film Production
PELAKON : Raja Afiq, Janna Nick, Puteri Balqis, Ku Faridah, Mak Engku, Eqbal Esid

SINOPSIS TANGISAN IZARA
Mengisahkan seorang eksekutif bernama Haikal (Raja Afiq) dan isterinya Raihana (Janna Nick) yang bekerja sebagai kerani di syarikat swasta.

Pasangan muda itu mula berkenalan ketika mereka berdua mendapatkan rawatan terhadap penyakit mereka di hospital sama. Haikal mengalami masalah jantung manakala Raihana pula menghidap barah.

Daripada pertemuan biasa yang pada mulanya berkongsi rasa mengenai penyakit yang mereka hadapi, kemudian timbul rasa cinta. Mereka berdua amat serasi kerana Haikal dan Raihana yatim piatu. Selepas tiga bulan terjalin persahabatan, Haikal melamar Raihana untuk menjadi isteri.

Raihana cuba menolak cinta Haikal kerana dia tidak mahu lelaki itu turut menanggung penderitaannya. Pada masa sama, Haikal sangat memerlukan sokongan Raihana untuk menghadapi penyakit yang dideritainya lalu mereka berkahwin. Walaupun Raihana tidak mahu mempunyai zuriat atas dasar sakitnya. Namun dgn kuasa Allah swt beliau disahkan mengandung dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Izara (Puteri Balqis).

Ketika mereka keluar bekerja, Izara dijaga pengasuhnya, Mak Dah (Ku Faridah). Haikal dan Raihana tahu akan meninggalkan Izara seorang diri. Sejauh mana Mak Dah(Ku Faridah) mampu menjaga Izara? Apakah nasib Izara selepas Haikal dan Raihana meninggal dunia?

Pelakon Tangisan Izara
Pelakon telemovie  Tangisan Izara

Tangisan Izara (TV3)

Saksikan telefilem arahan Shuhaimi Lua bertajuk Tangisan Izara. Menampilkan gandingan pelakon Raja Afiq, Janna Nick, Puteri Balqis dan Ku Fa...

Tuesday 29 November 2016

Lara Cinta Ameena

Nantikan drama terbaharu arahan Shuhaimi Lua berjudul Lara Cinta Ameena. Bakal menyaksikan gandingan baru Tiz Zaqyah bersama Raja Afiq. Turut dibintangi oleh Zarina Zainoordin, Fazlina Ahmad Daud, Lia Natalia, Fazren Rafi dan ramai lagi. Drama bersiri 15 episod, terbitan Tanah Beris Film Production itu bakal mengisi slot Samarinda TV3. Bersiaran mulai 30 November 2016, setiap Isnin hingga Rabu pukul 10 malam.

JUDUL : LARA CINTA AMEENA
EPISOD : 15 episod
TARIKH TAYANGAN : 30 November 2016
HARI / MASA : Isnin-Rabu, 10.00 malam
SIARAN : Slot Samarinda TV3
SKRIP : Zyza Backy
PENGARAH : Shuhaimi Lua
TERBITAN : Tanah Beris Film Production Sdn Bhd
PELAKON : Raja Afiq, Tiz Zaqyah, Fazlina Ahmad Daud, Zarina Zainoordin, Lia Natalia, Fazren Rafi, Danish Hazriq, Wilma Muhammad, Ayuna Yusof, Wan Syafek, Jessica Kueh, Zamri, Zalfa Zin, Izzmad Harun, Ferth Jasni, Nazirul Mubin, Izzmad Harun, Ikhwan Ibrahim, Feiyna Tajudin, Mathni Razak, Iswan Ismail, Nazirul Mubin

WATAK PELAKON
Raja Afiq sebagai Radhuan
Tiz Zaqyah sebagai Ameena
Fazlina Ahmad Daud sebagai Kirana
Zarina Zainoordin sebagai Ezaty
Lia Natalia sebagai Rosita
Fazren Rafi sebagai Syamil
Danish Hazriq sebagai Jeffrey
Wilma Muhammad sebagai Atikah
Ayuna Yusof sebagai Nora
Wan Syafek sebagai Haris
Ferth Jasni sebagai Imran
Feiyna Tajudin sebagai Lyana

LAGU TEMA / OST 
Tajuk : Segalanya
Penyanyi : Haqiem Rusli
Video & Lirik ? Link

SINOPSIS LARA CINTA AMEENA
Mengisahkan Ameena seorang anak yatim piatu manakala Radhuan pula anak hartawan. Cinta mereka bersatu seketika namun terpisah oleh fitnah yang ditabur oleh Puan Kirana, ummi Radhuan. Ameera diceraikan lalu dia membawa diri ke Sabah. Hidup Radhuan kosong tanpa Ameena. Hati Radhuan terpenjara dalam perkahwinan yang tidak bahagia dengan Ezaty. Di Sabah Ameena melahir dan membesarkan Jeffrey sendirian. Ameena terpaksa kembali ke Kuala Lumpur kerana Jeffrey sakit tenat. Pertemuan tak terduga dengan Ameena membuatkan Radhuan memburu cinta Ameena kembali. Ameena terpaksa mengelak kerana diperas ugut oleh bekas mertuanya. Hancur hati Radhuan yang selama ini menginginkan seorang anak, apabila mengetahui bahawa Ameena menyembunyikan anak mereka selama ini. Kebencian Radhuan membara terhadap Ameena apabila anaknya mati dipangkuannya tak sampai sejam mereka berjumpa. Ameena pergi membawa hati yang lara.

GAMBAR PELAKON
Lara Cinta Ameena

Pelakon Lara Cinta Ameena
Pelakon drama Lara Cinta Ameena
Lara Cinta Ameena TV3
konflik rumah tangga antara radhuan & ameena 

Drama Lara Cinta Ameena (TV3)

Nantikan drama terbaharu arahan Shuhaimi Lua berjudul Lara Cinta Ameena. Bakal menyaksikan gandingan baru Tiz Zaqyah bersama Raja Afiq. Turu...

Monday 28 November 2016

Satu Tahun Lagi

Cube Film mempersembahkan telefilem Satu Tahun Lagi arahan Michael Ang dan Hadith Omar. Dibintangi oleh Azizul Ammar, Emma Maembong, Adam Lee dan Ieka Simon. Disiarkan pada hari Sabtu ini jam 9.30 malam di Astro Ria. 

JUDUL : SATU TAHUN LAGI
TARIKH / MASA : Sabtu, 3 Disember 2016, 9.30 malam
SIARAN : Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123
PENGARAH : Michael Ang & Hadith Omar
TERBITAN : Cube Film Sdn Bhd
PELAKON : Azizul Ammar, Emma Maembong, Ieka Simon, Adam Lee, Nadya Syahera, Aman Aziz

SINOPSIS SATU TAHUN LAGI 
Kisah Tina yang sedang melanjutkan pelajarannya di Pulau Pinang telah menyelamatkan Adli dari cubaan bunuh diri. Dari situ Tina berjanji dengan Adli yang dia akan cuba satukan kembali Adli dengan Sarah.

pelakon satu tahun lagi
pelakon telemovie satu tahun lagi

Satu Tahun Lagi (Astro Ria)

Cube Film mempersembahkan telefilem Satu Tahun Lagi arahan Michael Ang dan Hadith Omar. Dibintangi oleh Azizul Ammar, Emma Maembong, Adam Le...

Sunday 27 November 2016

Love You Mr Arang

Nantikan drama terbaru yang bakal menghiasi slot Iris berjudul Love You Mr Arang. Menampilkan barisan pelakon seperti Amirul Faqeem, Hanna Aqeela, Dazrin Kamarudin, Ryzal Jaafar, Maria Farida dan ramai lagi. Drama bersiri 20 episod ini diterbitkan oleh Primeworks Studios Sdn Bhd, arahan daripada Along Kamaludin. Saksikan drama Love You, Mr Arang yang bakal menghiasi slot Iris, TV3 bermula 23 November 2016, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 6.30 petang.

JUDUL : LOVE YOU MR. ARANG
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 23 November 2016
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 6.30 petang
SIARAN : Slot Iris TV3
IDEA ASAL : Seelan Paul
SKRIP : Mufid Shuhaimi
PENGARAH : Along Kamaludin
TERBITAN : Primeworks Studios Sdn Bhd
PELAKON : Amirul Faqeem, Hanna Aqeela, Maria Farida, Ryzal Jaafar, Dazrin Kamaruddin, Mustapha Kamal, Zarina Zainuddin, Ieda Moin, Zalif Sidek, Ikhlas Jalil, Ani Maiyuni, Muntazar Ghufran, Alif Rusydi, Amelia, Aisyah, Nik Harraz Danish

WATAK PELAKON
Amirul Faqeem sebagai Fariz
Hanna Aqeela sebagai Irma
Maria Farida sebagai Datuk Sherry
Dazrin Kamarudin sebagai Haziq
Ryzal Jaafar sebagai Imran
Ieda Moin sebagai Nina
Zalif Sidek sebagai Fairus
Mustapha Kamal sebagai En Zainal
Zarina Zainuddin sebagai Mak Tom
Ikhlas Jalil sebagai Adam
Ani Maiyuni sebagai Sunarti
Muntazar Ghufran sebagai Afiq
Alif Rusydi sebagai Nazmi
Amelia sebagai Aisyah
Aisyah sebagai Nisya
Al Rusydi sebagai Nazmi
Fendi Amat sebagai Pak Prik
Siti sebagai Kengsom

LAGU TEMA / OST LOVE YOU MR.ARANG
Tajuk Lagu : Wanita Setia
Penyanyi : Qanda

SINOPSIS LOVE YOU MR ARANG
Mengisahkan Irma (Hanna Aqeela) yang didesak oleh ibunya untuk kahwin secepat mungkin. Irma sangat tertekan kerana perlu mencari pasangan hidup dalam masa yang singkat untuk mengelakkan berkahwin dengan pilihan ibunya. Hanna berkata bahawa dia sudah ada pilihan hatinya sendiri. Selepas berjumpa, pilihan hatinya langsung tidak menepati ciri-ciri ibunya.

Ibu Irma, Datuk Sherry (Maria Farida) yang berangan untuk mempunyai menantu yang kulitnya cerah dan putih melepak itu terus hanyut apabila Irma memperkenalkan bakal suaminya, Fariz (Amirul Faqeem). Tidak puas hati dengan pilihan Irma, Datuk Sherry terus menggelar Fariz yang berkulit gelap sebagai Mr. Arang.

Fariz pula berasal dari kampung dan merupakan sumber pendapatan bagi keluarganya. Satu hari, Fariz terlanggar kereta Irma. Irma terus mengamuk dan meminta ganti rugi sebanyak RM 5 ribu. Fariz terkejut dimarahi oleh Irma walaupun dia yang bersalah. Bagi Fariz, maruahnya seperti tercalar dan egonya tercabar.

Selepas insiden kemalangan itu, Irma tidak menerima apa-apa berita daripada Fariz. Irma didesak oleh ibunya lagi dan mahu dikahwinkan dengan sepupunya, Imran. Mengetahui niat Imran sebenarnya mempunyai agenda untuk mengambil alih syarikat ibunya, Irma tolak serta-merta.

Tidak mempunyai pilihan lain, Irma hanya boleh memikirkan Fariz seorang sahaja lagi yang boleh menyelamatkannya daripada paksaan Datuk Sherry. Fariz dijadikan mangsa buat Irma dengan perjanjian hutang Fariz dapat dilangsaikan jika Fariz bersetuju untuk menjadi teman lelakinya. Irma juga berjanji dia tidak akan mengganggu Fariz lagi selepas itu. Fariz terpaksa bersetuju.

Datuk Sherry yang langsung tidak menyukai Fariz mengesyaki hubungan sebenar anaknya dengan Fariz lalu mendesak Irma untuk berkahwin kerana dia ingin menguji. Namun, Encik Azman, ayah Irma sangat sukakan cara Fariz kerana Fariz menyerupai hidupnya masa muda dulu.

Akhirnya Irma mahu mengupah Fariz sebagai suami kontrak untuk tiga bulan. Manakala, Fariz pula mendapat idea untuk mengenakan Irma. Fariz meletakkan syarat bahawa Irma perlu ikut dia balik ke kampung. Fariz membuat beberapa permintaan yang melampau dengan harapan Irma akan insaf dan membatalkan niatnya. Irma hanya menuruti semua permintaan Fariz. Di kampung, Irma terharu dengan layanan baik oleh Mak Tom, ibu Fariz.

Bagaimanakah hidup rumah tangga mereka? Adakah cinta bakal hadir di antara Fariz dan Irma? 

GAMBAR PELAKON
Love You Mr Arang
Pelakon Love You Mr Arang
barisan pelakon
Love You Mr Arang TV3
pelakon dram Love You Mr. Arang

Drama Love You Mr Arang (TV3)

Nantikan drama terbaru yang bakal menghiasi slot Iris berjudul Love You Mr Arang. Menampilkan barisan pelakon seperti Amirul Faqeem, Hanna A...
Jenaka Kampung Kalut

Sitkom komedi J.K.K kembali untuk musim kedua kini dikenali sebagai Jenaka Kampung Kalut akan mula bersiaran bermula 20 November 2016, setiap Ahad pukul 11.30 malam di TV3. Lakonan Ebby Yus, Ropi, Jep Sepahtu, Issey Fazlisham, Sariyanti, Yumi dan beberapa pelakon undangan. Siri baharu kali ini membawakan sedikit kelainan dengan penampilan watak baru berbangsa Jepun iaitu Mikan Nakamura. Mereka juga akan merantau ke beberapa tempat negara Jepun seperti di Ehime, Nagano dan Tokyo.

JUDUL : J.K.K. (JENAKA KAMPUNG KALUT) MUSIM 2
EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 20 November 2016 - 21 Februaru 2017
HARI / MASA : Ahad, 10.00 malam
SIARAN : TV3
TERBITAN : Primeworks Studios
PELAKON : Ebby Yus, Ropie, Jep Sepahtu, Issey Fazlisham, Sariyanti, Yumi
PELAKON UNDAGAN : Tauke Jambu, Zara Zya, Mira Filzah, Izreen Azminda, Mat Dan (Daniel Tyler)

SINOPSIS PROGRAM J.K.K MUSIM KE-2
Mikan adalah seorang gadis Jepun yang bekerja di Isetan di Kuala Lumpur. Dia mempunyai impian untuk membuka kedai sendiri yang menjual barangan ekslusif produk Jepun. Sahabat baiknya, Bijan mengajaknya untuk membuka kedai bersama-sama di J.K.K. Akhirnya Mikan membuat keputusan membuka kedai impiannya itu dinamakan sebagai 'The Japan Store'. Kedai itu menjual buah-buahan, sayur-sayuran, pelbagai barangan harian, kosmetik dan produk Jepun yang lain. Perniagaan yang pada mulanya baik, bertukar menjadi huru-hara dipenuhi masalah yang tidak berkesudahan dan dia dibantu oleh penduduk kampung memikirkan jalan penyelesaian. 

Suatu hari, Mika mendapat tahu bahawa ibu bapanya sakit dan dia perlu segera pulang ke Jepun. Mikan meminta penduduk kampung J.K.K untuk menghantar ubat dari Malaysia. Bimbang akan keadaan Mikan, mereka penduduk J.K.K membuat keputusan untuk terbang ke Jepun bersama-sama membawa ubat diperlukan. Sampainya mereka di Jepun, pelbagai telatah aneh berlaku ketika berada di Ehime serta Nagano. Dapatkah mereka menyampaikan ubat tersebut kepada Mikan?

J.K.K Musim 2
J.K.K sampai ke Jepun

Jenaka Kampung Kalut | J.K.K Musim 2 (TV3)

Sitkom komedi J.K.K kembali untuk musim kedua kini dikenali sebagai Jenaka Kampung Kalut akan mula bersiaran bermula 20 November 2016, setia...
Dalam Kasut

Saksikan telefilem Dalam Kasut arahan Khir Rahman. Lakonan Zamarul Hisyam, Azizul Ammar dan Watie Sadali. Disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada Sabtu ini jam 9.00 malam.

JUDUL : DALAM KASUT
TARIKH / MASA : Sabtu, 3 Disember 2016, 9.00 malam
SIARAN : Slot Cerekarama TV3
SKRIP : Didi Wahida
PENGARAH : Khir Rahman
TERBITAN : Enuja Production Sdn Bhd
PELAKON : Zamarul Hisyam, Azizul Ammar, Watie Sadali, Miera Sheikh

SINOPSIS DALAM KASUT
Mengisahkan Azhar yang baru gagal dalam perniagaannya. Dia terjumpa dengan Salleh, seorang tukang kasut dan ingin belajar dan bekerja dengan Salleh.

Dalam Kasut (TV3)

Saksikan telefilem Dalam Kasut arahan Khir Rahman. Lakonan Zamarul Hisyam, Azizul Ammar dan Watie Sadali. Disiarkan di slot Cerekarama TV3 p...
Ainur Mardhiyah

Drama bersiri terbaharu Ainur Mardhiyah bakal menghiasi slot Azalea. Membariskan pelakon-pelakon seperti Zahiril Adzim, Sura Sojangi, Niezam Zaidi dan Neera Azizi. Drama terbitan produksi Creative Skill Solution itu akan hadir sebanyak 20 episod hasil nukilan Nhazz Ayunie dan diarahkan oleh Zamri Zakaria. Nantikan kemunculan mereka bermula 22 November ini, setiap hari Selasa hingga Ahad jam 8.30 malam di TV9.

JUDUL : AINUR MARDHIYAH
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 22 November 2016
HARI / MASA : Selasa-Ahad, 8.30 malam
SIARAN : Slot Azalea TV9 & TV3
IDEA ASAL : Nhazz Ayunie
SKRIP : Nieza Nahar
PENGARAH : Zamri Zakaria
TERBITAN : Creative Skill Solution Sdn Bhd
PELAKON : Sura Sojangi, Zahiril Adzim, Khaty Azean, Niezam Zaidi, Fara Mendoza, Neera Azizi, Rahim Kidol, Delimawati, Bella Nazari, Ahya Rosli, Zarynn Zarynn, Ramli Salleh, Islah Abdul, Fatihah Baharum, Siti Ruwivani

WATAK PELAKON
Sura Sojangi sebagai Dhiya (Ainur Mardhiyah)
Sura Sojangi sebagai Dhiya
Zahiril Adzim sebagai Saiful
Niezam Zaidi sebagai Keifli
Neera Azizi sebagai Aina Safiyyah
Khaty Azean sebagai Mar (Ainul Mardhiyah)
Fara Mendoza sebagai Maya
Delimawati  sebagai Che Yam
Zarynn Zarynn sebagai Che Pora
Rahim Kidol sebagai Tok Ketua
Ramli Salleh sebagai Malim
Bella Nazari sebagai Kak Lin
Siti Ruwivani sebagai Tok Lang
Ahya Rosli sebagai Miki

LAGU TEMA / OST AINUR MARDHIYAH
Andai Ku Bisa - Iskandar
Biar - Najwa Latif
Luar Biasa - Diana Danielle
Menatap Dalam Mimpi - Dato Siti Nurhaliza
Video & Lirik ? Link

SINOPSIS AINUR MARDHIYAH
Mengisahkah Ainur Mardhiyah (Dhiya), seorang anak luar nikah yang lahir selepas ibunya diperkosa. Selepas dilahirkan ibunya Mar meninggalkan Dhiya kepada orang tuanya dan dia tidak diakui sebagai anaknya sendiri. Mar merantau ke Kuala Lumpur bagi memulakan kehidupan baru dan membuka perniagaan butik. Sejak itu, dia tidak lagi pulang ke kampung.

Dhiya yang dibesarkan oleh datuk dan neneknya mempunyai dua sahabat baik iaitu Saiful dan Kiflie yang masing-masing menunggu keputusan masuk ke universiti. Dalam diam, Saiful menaruh hati terhadap Dhiya. Namun hubungan mereka tidak disenangi Maya yang turut menaruh hati pada Saiful. Maya kemudian menghasut ketua kampung dan isterinya Che Yam untuk membenci Dhiya. Maya dan ayahnya Malim, punya agenda tersendiri terhadap keluarga Saiful yang banyak harta dan tanah itu.

Malang tidak berbau, selepas taman Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), nenek dan datuk Dhiya terlibat dalam satu kemalangan dan Dhiya tinggal bersendirian. Keadaan menjadi lebih rumit apabila datuk dan nenek Dhiya meninggal dunia akibat kemalangan. Segala harta diwariskan kepada Dhiya dibolot Mar. Sedikit pun tidak dipedulikan akan nasib Dhiya. Selepas itu, Dhiya nekad untuk berhijrah ke Kuala Lumpur untuk menyambung pelajarannya di menara gading. Tanpa memberitahu sesiapa di kampung termasuk sahabat-sahabat baiknya, Dhiya pindah.

Untuk meneruskan kehidupan, Dhiya terpaksa bekerja separuh masa. Hidupnya sangat sukar dan dia terpaksa menjadi orang yang tabah untuk mengharungi kehidupannya seorang di bandar. Pada suatu hari, Dhiya dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu oleh Aina. Aina membawa Dhiya ke klinik untuk dirawat. Mereka berbual dan menjadi semakin rapat apabila mengetahui tempat mereka belajar adalah sama.

Aina mengetahui tentang kesusahan Dhiya dan menawarkannya untuk bekerja di butik pakaian milik ibunya. Dhiya sangat bersyukur kerana boleh mencari rezeki untuk meneruskan kehidupannya. Sekali lagi, dugaan menimpa Dhiya. Dia disabotaj oleh Kak Lin, pekerja di butik ibu Aina. Pelbagai tomahan dan cabaran sepanjang dia bekerja di situ.

Dhiya terkejut apabila pertama kali berjumpa dengan ibu Aina, Ainul Mardhihah (Mar) yang sebenarnya merupakan ibu kandungnya. Mar termakan hasutan pekerjanya dan tidak mempunyai tanggapan baik terhadap Dhiya.

Dhiya juga bertemu semula dengan Saiful dan Kiflie. Saiful cuba yakinkan Dhiya akan perasaannya. Aina pula menaruh hati pada Kiflie dalam diam. Namun, dia rasa cemburu akan hubungan rapat Kiflie dan Dhiya. Akhirnya, dia malu sendiri bila tahu hakikat sebenarnya. Mulai saat itu, mereka berempat jadi rapat dan bekerjasama dalam beberapa projek.

Selepas mengharungi pelbagai cabaran hidup, berjayakah Dhiya bersatu dengan ibunya? Bagaimana pula persahabatan Dhiya dengan Saiful dan Kiflie?

GAMBAR PELAKON
Ainur Mardhiyah

Pelakon Ainur Mardhiyah
Pelakon utama drama Ainur Mardhiyah
Ainur Mardhiyah tv9
"Aku Bukan Yang Terbaik Tapi Aku Tak Jahat "

Drama Ainur Mardhiyah (TV9)

Drama bersiri terbaharu Ainur Mardhiyah bakal menghiasi slot Azalea. Membariskan pelakon-pelakon seperti Zahiril Adzim, Sura Sojangi, Niezam...

 

Layan Drama Melayu Online Terbaru © 2015 - Blogger Templates Designed by Templateism.com, Plugins By MyBloggerLab.com