Saturday 19 November 2016

Haqiem Rusli

Lagu Segalanya nyanyian Haqiem Rusli diangkat sebagai lagu tema drama Lara Cinta Ameena yang akan ditayangkan di slot Samarinda TV3. Info lanjut drama baca disini.

Tajuk Lagu : Segalanya
Penyanyi : Haqiem Rusli
Lirik : Gouffran
Komposer : Gouffran / Ibnu / Danny
OST : Drama Lara Cinta Ameera

LIRIK LAGU SEGALANYA - HAQIEM RUSLI

Hampir pernah ku cuba sesali
Kerna telah memberikan segalanya
Siapakah diriku sebenarnya di hatimu
Atau sekadar sandaran mu

Saat ku mulai menyedari
Perasaan ku tak pernah dipeduli
Salahkah diriku mengemis cinta darimu
Apa ku tak punya harga

Segala apa yang telah ku berikan
Masih lagi tak memadai
Hampir ku tersungkur menuntut janji
Dari mu

Saat ku mulai menyedari
Perasaan ku tak pernah dipeduli
Salahkah diriku mengemis cinta darimu
Apa ku tak punya harga

Segala apa yang telah ku berikan
Masih lagi tak memadai
Hampir ku tersungkur menuntut janji
Dari mu

Segala rasa yang telah kau berikan
Masih tak mampu mengubati
Perasaan yang telah kau nodai
Pada ku

Segala rasa yang telah kau berikan
Masih tak mampu mengubati
Perasaan yang telah kau nodai
Pada ku.. pada ku

VIDEO MUZIK

OST Lara Cinta Ameera (Lagu Tema)

Lagu Segalanya nyanyian Haqiem Rusli diangkat sebagai lagu tema drama Lara Cinta Ameena yang akan ditayangkan di slot Samarinda TV3. Info la...
Bapa Mentuaku

Saksikan telefilem Bapa Mentuaku pada Ahad ini, 20 November 2016, pukul 10.00 pagi di TV1. Lakonan Kazar Saisi, Syafiq Kyle, Nazeera Sardi, Aisyah Atan dan ramai lagi. Bagi mereka yang tidak berkesempatan boleh menontonnya menerusi portal Myklik (myklik.rtm.gov.my). 

JUDUL : BAPA MENTUAKU
TARIKH / MASA : Ahad, 20 November 2016, 10.00 pagi 
SIARAN : Slot Panggung Ahad TV1(RTM)
PELAKON : Kazar Saisi, Syafiq Kyle, Nazeera Sardi, Aisyah Atan, Mustaqim Bahadon, A.Galak, Muhammad Safie, Amir Ameezan, Zaim Zainal

SINOPSIS BAPA MENTUAKU
Mengisahkan tentang Pak Mansor tidak berkenan dengan Mazlan kekasih anaknya Ros, lalu merancang sesuatu untuk memisahkan mereka. Pak Mansor cuba menghalang cinta Mazlan dan Ros dengan berbagai helahnya, supaya anak perempuannya itu dapat dikahwinkan dengan Suhaimi, anak Tok Penghulu.

Mazlan, yang bekerja di Kuala Lumpur tetapi berasal dari Sarawak, mengambil keputusan untuk pergi ke kampung Ros untuk berkenalan dengan bakal bapa mertuanya, Pak Mansur dan isterinya, Mak Kiah. Pak Mansur, telah meminta Ros pulang ke kampung kerana pengajian anaknya baru sahaja tamat. Pada masa yang sama Pak Mansur mempunyai niat lain dalam cuba menyegerakan pertunangan anaknya dengan Suhaimi.

Rosnida terpaksa menyatakan kepada ayahnya bahawa dia sedang bercinta dengan Mazlan. Mansur tidak bersetuju, tetapi Rosnida walaubagaimanapun bertegas bahawa dia akan membawa Mazlan pulang ke kampung untuk berkenalan dengan Pak Mansur. Pak Mansur seterusnya berpakat dengan seluruh orang kampung untuk tidak bercakap dengan Mazlan, apabila Mazlan tiba di kampung mereka.

Mazlan tiba di kampung dan merasa janggal kerana semua orang tidak bercakap dengannya. Tetapi dengan sifat Mazlan yang peramah dan pandai mengambil hati orang, dia berjaya menambat hati penduduk di situ. Mazlan, dengan sifat peramahnya, mula bermesra dengan semua orang di kampung itu.

Di kampung tersebut, Mazlan sering nampak dua orang pemuda yang tidak bekerja dan selalu menjadi bahan bualan penduduk kampung itu. Mazlan menghampiri dua pemuda ini, dan mendapat tahu kenapa mereka tidak bekerja. Kesusahan untuk ke bandar yang jauh, tambang yang mahal, dan ketiadaan kerja kampung yang berterusan menghalang mereka untuk mencari rezeki yang baik.

Mazlan mencadangkan supaya mereka mula mengusahakan perkhidmatan memotong rumput di kampung mereka dan menghantar barang keperluan dapur terus ke rumah penduduk kampung dengan mengenakan caj yang berpatutan. Cadangan ini diikuti dan perniagaan mereka mula berkembang baik.

Suhaimi, anak ketua kampung itu, selepas mendengar saranan Pak Mansur untuk dijodohkan dengan Ros, mengambil peluang ini berusaha untuk memikat Ros. Ros dan Suhaimi adalah kawan sepermainan sejak kecil lagi, jadi Suhaimi merasa yakin pelan Pak Mansur bakal berjaya.

Tetapi cinta Ros kepada Mazlan tidak dapat diatasi. Di dalam masa yang sekejap, Mazlan dengan usaha pintarnya telah membawa perubahan besar kepada penduduk kampung di situ dan telah membuatkan seluruh orang kampung amat menyukai Mazlan. Malah ibu Ros dan adik lelakinya juga mula menyukai kehadiran Mazlan yang pandai memasak.

Pak Mansur merasa tergugat dengan rancangannya dan masih berkeras hati dan tidak menerima Mazlan sebagai pilihan Ros. Mazlan telah memberikan sepasang baju batik Sarawak kepada Pak Mansur sebagai syarat jika dia diterima sebagai bakal menantu maka Pak Mansur akan memakai baju tersebut. Walaubagaimanapun, Pak Mansur telah mencampak pakaian tersebut. Orang-orang kampung yang melihat kejadian itu merasa sedih.

Keesokannya, Mazlan terkejut melihat Pak Mansur memakai pakaian yang telah diberikan olehnya. Walaubagaimanapun Pak Mansur mempunyai alasannya yang tersendiri untuk memakai baju batik tersebut

Bapa Mentuaku (TV1)

Saksikan telefilem Bapa Mentuaku pada Ahad ini, 20 November 2016, pukul 10.00 pagi di TV1. Lakonan Kazar Saisi, Syafiq Kyle, Nazeera Sardi, ...

Friday 18 November 2016

Cik Siti TV3

JUDUL : CIK SITI
TARIKH / MASA : Sabtu, 19 November 2016, 9.00 malam
SIARAN : Slot Cerekarama TV3
SKRIP : Dato A.Aida
PENGARAH : Nuad Haji Othman
TERBITAN : A.Aida Production Snd Bhd
PELAKON : Izara Aishah, Fattah Amin, Fauziah Nawi, Rusdi Ramli, Adiba Yunus, Dato Ahmad Tarmimi Siregar, Faradhiya, Mimi Ernida, Sabhi Saddi, Idris Khan, Azlan Mokhtar, Afzan Rahman, Keena Mentor

SENARAI LAGU LATAR
Malam Ini Kita Berpisah - Habibah Yaakob 
Syurga Cinta - Mohram 
Manis Di Bibir  - Effa Mizan 
Kini Hatiku Telah Tertawan - Sharifah Aini 
Janganku Disalahkan - Sharifah Aini 
Hijab Kekasih - M.Nasir 

SINOPSIS CIK SITI 
Mengisahkan Cik Siti Wan Kemboja yang disumpah oleh nenek kebayan demi mengubati penyakit kulit yang dihidapinya. Setelah kembali cantik, Cik Siti kembali merampas cintanya, Awang daripada kawan baik yang mendustainya iaitu Mawar. Apabila mereka berkahwin, mayat Awang ditemui dalam keadaan mengerikan. Begitu juga dengan setiap lelaki yang dikahwini oleh Cik Siti Wan Kemboja. Suatu hari, datang Pak Kulim ke kampung tersebut. Pak Kulim ingin mengahwini Cik Siti walaupun ditentang oleh penduduk kampung. Sebelum berkahwin, Pak Kulim banyak mengajar Cik Siti tentang ilmu agama dam Cik Siti mula bertaubat. Sejak itu, rumahtangga mereka kembali normal dan kekal bahagia. Sumpahan ke atas Cik Siti juga telah berakhir.

Cik Siti (TV3)

JUDUL : CIK SITI TARIKH / MASA : Sabtu, 19 November 2016, 9.00 malam SIARAN : Slot Cerekarama TV3 SKRIP : Dato A.Aida PENGARAH : Nuad Haji O...

Wednesday 16 November 2016

Filem Hanyut

Filem dinanti-nantikan Hanyut bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia pada 24 November ini selepas begitu lama ditangguh tayangannya yang menjalani penggambaran pada 2010. Filem yang menelan belanja sebanyak RM18 juta ini diangkat dari novel nukilan Joseph Conrad iaitu 'Almayer's Folly'. Diarahkan oleh U-Wei Haji Saari. Mmenampilkan barisan pelakon hebat seperti Peter O�Brien, Sofia Jane, Khalid Salleh, Adi Putra, Diana Danielle, Bront Palarae, Sabri Yunus, Normah Damanhuri dan ramai lagi. Filem Hanyut telahpun ditayangkan di Indonesia pada tahun 2014 termasuk beberapa tayangan perdananya di festival filem antarabangsa seperti Festival Filem Asia Tenggara di Singapura, Festival Filem Asia di Canberra, Festival Filem Asia Jogja-Netpac Ke-8 dan 7th Five Flavours Festival di Warsaw. 

TAJUK : HANYUT
Klasifikasi : PG13
Tarikh Tayangan : 24 November 2016
Genre : Drama / Sejarah
Pengarah : U-Wei Haji Saari
Pelakon : Peter O'Brien, Adi Putra, Diana Danielle, Sofea Jane, Sabri Yunus, Bront Palarae, Alex Komang, Khalid Salleh, Normah Damanhuri
Terbitan : Tanah Licin Sdn Bhd
Trailer : https://youtu.be/Vbmos0tpzbA

SINOPSIS HANYUT 
Berdasarkan novel Almayer`s Folly karya Joseph Conrad pada tahun 1895, filem epik ini menceritakan kisah Kasper Almayer (Peter O`Brien), seorang pedagang Belanda yang merantau dan hidup di Malaysia pada awal abad ke-19. Dia telah menghantar anak perempuannya berusia 10 tahun Nina ke Singapura untuk belajar sebagai orang Barat, bagaimanapun ia tidak disukai oleh ibunya Mem, yang merupakan penduduk tempatan berasal dari Betawi. Impiannya untuk mencari gunung emas yang dikatakan wujud dicabar oleh isterinya, pihak berkuasa penjajah, politik komplot oleh ketua tempatan, pedagang Arab, dan cinta anak perempuannya (Diana Danielle) terhadap putera Melayu pejuang kebebasan, Dain Maroola (Adi Putra).


Pelakon Hanyut
gambar pelakon

Sinopsis Hanyut (2016)

Filem dinanti-nantikan Hanyut bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia pada 24 November ini selepas begitu lama ditangguh tayangan...

Sunday 13 November 2016

Penjaga Garisan Itu Suami Aku

Saksikan telefilem berjudul Penjaga Garisan Itu Suamiku lakonan Fahrin Ahmad dan Rita Rudaini yang akan bersiaran di slot Citra TV2 hari Selasa ini pukul 10 malam. Boleh juga tonton melalui portal myklik.rtm.gov.my

JUDUL : PENJAGA GARISAN ITU SUAMI AKU
TARIKH / MASA : Selasa, 15 November 2016, 10.00 malam
SIARAN : Slot Citra TV2 (RTM)
SKRIP : MF Kencana & Wan Mahani
PENGARAH : Azmi Hata
TERBITAN : Quiara One Prodiction Sdn Bhd
PELAKON : Fahrin Ahmad, Rita Rudaini, Fazlina Ahmad Daud, Tasha Shila, Beego, Joseph Joe, adik Carl Zali

SINOPSIS PENJAGA GARISAN ITU SUAMI AKU
Memaparkan kisah Osman seorang penjaga garisan yang berkonflik dengan isterinya akibat ingin berpoligami. Osman cuba menipu artis popular dengan memberitahu yang isterinya telah memberi izin dia kahwin seorang lagi. Satu hari Maria telah mendapat viral kecoh tentang cerita Osman ingin berkahwin dengan Riyana. Dengan rasa kecewa Maria telah halau Osman keluar dari rumah.

Pelakon Penjaga Garisan Itu Suami Aku
Pelakon telemovie Penjaga Garisan Itu Suami Aku

Penjaga Garisan Itu Suami Aku (TV2)

Saksikan telefilem berjudul Penjaga Garisan Itu Suamiku lakonan Fahrin Ahmad dan Rita Rudaini yang akan bersiaran di slot Citra TV2 hari Sel...

 

Layan Drama Melayu Online Terbaru © 2015 - Blogger Templates Designed by Templateism.com, Plugins By MyBloggerLab.com