Thursday 1 March 2018

Drama Budak Boys (2018) TV3

Tajuk : Budak Boys
Mula Tayangan : 30 Januari 2018
Masa : Setiap Isnin-Khamis, Jam 6.30 Malam
Siaran : Slot Iris TV3
Terbitan : A.Aida Production Sdn Bhd
Jumlah Episod : 20

Pelakon : Nafiz Muaz, Ashraf Muslim, Nafiez Zaidi, Naim Shamshol, Aman Suwardi, Eyra Hazali, Jaja Iliyes, Shuhanti Hanafiah

SINOPSIS BUDAK BOYS
Hamizul mengajak Kamarul memohon masuk ke RMC namun Kamarul menolak kerana dia tidak yakin untuk hidup dengan disiplin ketenteraan. Selepas mendapat surat tawaran ke RMC, Hamizul begitu gembira namun Kamarul masih tidak bersedia. Namun selepas Dorani memberi nasihat, Kamarul kembali bersemangat. Bermula lah kisah Kamarul dan kawan-kawanya menghadapi latihan ketenteraan di sekolah RMC. Di sana, dia mula menyukai Mastura, anak perempuan salah seorang pengajar di sana. Di kampung, Kamarul menerima pelbagai ejekan dan cabaran dari rakan sekampungya, Haykal dan Rizal dengan niat untuk memperlekehkan dia sebagai seorang pelajar RMC.

Boys kompeni Alpha dan Foxtrot jalani latihan peperangan bersenjata di dalam hutan. Kesemua mereka berbaju celoreng. Jurulatih sibuk menjerit dan memberi arahan pada boys.

Tonton Budak Boys

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14
Episod 15Episod 16Episod 17Episod 18Episod 19Episod 20

Drama Budak Boys (2018) TV3

Tajuk : Budak Boys Mula Tayangan : 30 Januari 2018 Masa : Setiap Isnin-Khamis, Jam 6.30 Malam Siaran : Slot Iris TV3 Terbitan : A.Aida ...
Drama Dosa (2018) Astro First

Tajuk : Dosa
Mula Tayangan : 14 Februari 2018
Masa : 
Siaran : Astro First saluran 480
Terbitan : rie Zaharie Production & Capitol Entertainment Production
Jumlah Episod : 8

Pelakon : Ashraf Sinclair, Remy Ishak, Hisyam Hamid, Shenty Feliziana, Reuben Elishama, Hannah Al-Rashid, Daniella Sya, Tega Satrya, Roy Marten, Maudy Koesnadi, Dato M Nasir, 

SINOPSIS DO[S]A
Mengisahkan tentang empat beradik dibesarkan oleh bapa tunggal mereka, Latif (Dato� M. Nasir), dengan nilai-nilai kesederhanaan, pegangan agama yang kuat, dan disiplin persilatan. Fuad (Ashraf Sinclair), Farid (Remy Ishak), Fahad (Hisham Hamid), dan Fara (Shenty Feliziana) hidup bersama bapa mereka dipelusuk paling sunyi Kampung Baru, Kuala Lumpur. Di situ, mereka menjalani kehidupan hampir tersembunyi daripada masyarakat, berlatih ilmu persilatan hari demi hari. Seolah-olah bersiap-siaga untuk menghadapi sesuatu. Rungutan mereka, terutama daripada Fara yang semakin memberontak langsung tidak diendahkan oleh bapa mereka. Rutin harian yang memerlukan adik-beradik ini bertumbuk, bertendang dan berhayun parang sesama sendiri akhirnya turut mewujudkan ketegangan di antara mereka di luar gelanggang. 

Perhubungan keluarga ini semakin bergolak apabila Fara berkenalan dengan seorang lelaki Indonesia, Arian (Reuben Elishama), yang tiba dari Jakarta semata-mata untuk berjumpa dengan Latif. Dalam usaha Arian melembutkan hati Fara untuk membawanya bertemu dengan Latif, mereka menjadi semakin rapat. Menyedari akan hal ini, abang sulung Fara, Fuad yang seolah-olah mengetahui tujuan Arian mencari Latif menghalang Fara untuk terus bertemu dengan Arian. Fuad kemudian bertindak mengusir Arian pulang ke Jakarta. Menjanjikan bahawa Latif tidak mahu lagi ada kaitan dengan �orang-orang seperti Arian�. 

Berang dengan tindakan Fuad, Fara bertindak mengekori Arian ke Jakarta, tanpa mengetahui bahaya yang menanti dirinya di situ. Sebaik sahaja Fara keluar daripada pintu ketibaan di lapangan terbang Jakarta, dia terus diculik, dihumban ke dalam van, lalu dikurung di dalam sebuah gudang. 

Tidak mengetahui nasib adik mereka, Fuad, Farid dan Fahad dihantar Latif ke Jakarta untuk membawa adik mereka pulang. Di sana, ketiga-tiga beradik itu sering mendapati diri mereka diserang tanpa sebab yang pasti, sekaligus memaksa mereka untuk mempertahankan diri di dalam pertempuran-pertempuran yang ganas. Arian yang baru mendengar mengenai berita penculikan Fara turut berganding bahu membantu abang-abang Fara. Semakin lama mereka di Jakarta, semakin banyak yang mereka mula fahami tentang asal usul keluarga mereka dan siapa bapa mereka yang sebenarnya. Sebelum mereka sedari, mereka terjerumus di tengah-tengah pergelutan kuasa di dalam dunia kongsi gelap Jakarta. Hanya mereka yang mampu menamatkan perang ini, walau sebesar mana pengorbanan yang diperlukan.

Tonton Dosa

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8

Drama Dosa (2018) Astro First

Tajuk : Dosa Mula Tayangan : 14 Februari 2018 Masa :  Siaran : Astro First saluran 480 Terbitan : rie Zaharie Production & Capitol En...

Wednesday 28 February 2018

Sejadah Untuk Dia

Tajuk : Sejadah Untuk Dia
Mula Tayangan : 1 Januari 2018
Masa : Setiap Isnin-Rabu, 9.00 Malam
Siaran : Slot Raihana (Astro Oasis 106)
Terbitan : Skop Production Sdn Bhd
Jumlah Episod: 27

Pelakon : Adi Putra, Wawa Zainal, Tania Hudson, Ben Amir, Aleza Shadan, Shahrul Nizam, Abil, Rashidi Ishak.

SINOPSIS SEJADAH UNTUK DIA

Drama Sejadah Untuk Dia (2017) Astro Oasis

Tajuk : Sejadah Untuk Dia Mula Tayangan : 1 Januari 2018 Masa : Setiap Isnin-Rabu, 9.00 Malam Siaran : Slot Raihana (Astro Oasis 106) Ter...

Sunday 25 February 2018

Azam

Tajuk:  Azam
Channel : Slot Cerekarama TV3
Tayangan : 24 Februari 2018
Masa: Sabtu, 10.00 Malam

Barisan Pelakon: Nafiz Muaz, Rosnah Johari, Hanna Aqeela, Amirul Faqeem, Fadlan Hazim, Mili Supina dan ramai lagi

Azam Telefilem (2018) TV3

Tajuk :  Azam Channel  : Slot Cerekarama TV3 Tayangan  : 24 Februari 2018 Masa : Sabtu, 10.00 Malam Barisan Pelakon : Nafiz Muaz, Rosnah Joh...

 

Layan Drama Melayu Online Terbaru © 2015 - Blogger Templates Designed by Templateism.com, Plugins By MyBloggerLab.com