Saturday 21 October 2023

Sinopsis Telefilem Gadis Kampung Paling Popular (TV3)

Telefilem : Gadis Kampung Paling Popular
Produksi : Nuansa Sdn Bhd
Pengarah : Eyra Rahman
Siaran : TV3
Tayangan Asal : 17 Disember 2023
Pelakon : Janna Nick, Ezad Jasmin, Azad Jazmin, Vicha Saywho, Acong Sweetchild, Mak Wan Latah, Daim Jailani, Aizat Hassan, Firdaus Nadxaman

Sinopsis Telefilem Gadis Kampung Paling Popular

Mengisahkan Maya seorang gadis kampung yang suka menyanyi tapi sangat malu. Mak Eton, ibunya menghantar Maya bekerja di butik milik Safidah di bandar supaya Maya dapat menimba pengalaman.

Apabila tinggal di bandar besar, Maya telah mengubah penampilan dan gaya hidupnya menjadi gadis urban dan mahu dikenali sebagai Lady Wawa. Maya juga telah menjadi youtuber terkenal dan kemudiannya bertemu dengan Azad yang dalam diam menyukainya.

Azad menyatakan Lady Wawa yang popular itu adalah contoh insan tidak jujur membuatkan Maya berkecil hati kerana Lady Wawa itu adalah dirinya. Apa yang berlaku seterusnya?

Sinopsis Telefilem Gadis Kampung Paling Popular (TV3)

Telefilem : Gadis Kampung Paling Popular Produksi : Nuansa Sdn Bhd Pengarah : Eyra Rahman Siaran : TV3 Tayangan Asal : 17 Disember 2023 Pela...

Friday 20 October 2023

Cinta Gred A TV3

Telefilem : Cinta Gred A
Produksi : Ansar Creative Media Sdn Bhd
Pengarah : Khalid Nadzri
Penulis Skrip : Kamariah Osman
Siaran : TV3
Tayangan Asal : 12 Ogos 2023
Pelakon : Syafie Naswip, Elisya Sandha, Sharifah Shahirah, Kodi Rasheed, Nik Adam Mika, Zulkifli Ismail, Kay Maria

Sinopsis Telefilem Cinta Gred A (TV3)

Sinopsis Telefilem Cinta Gred A

Mengisahkan Ameer seorang pelajar dekan setiap semester dan selalu merasakan dirinya bagus. Namun pada semester akhir, Ameer berdepan pelbagai cabaran apabila mengambil subjek Dr Arman yang sangat cerewet dan tidak mudah untuk berkompromi.

Dr Arman telah membahagikan pelajarnya pada kumpulan tertentu dan Ameer telah mendapat Mira dan Kak Jai yang prestasi mereka kurang bagus sebagai ahli kumpulannya.

Ameer bimbang prestasinya juga akan menurun kerana Mira dan Kak Jai tidak boleh diharap dalam mengendalikan projek kumpulan. Ameer merasakan dirinya sudah cukup bagus tanpa pendulikan perasaan ahli kumpulannya.

Pelbagai dugaan yang dihadapi Ameer sepanjang menyiapkan projek akhirnya membuat Ameer sedar bahawa sebenarnya Mira dan Kak Jai telah banyak membantunya dalama bahagian lain.

Sinopsis Telefilem Cinta Gred A (TV3)

Telefilem : Cinta Gred A Produksi : Ansar Creative Media Sdn Bhd Pengarah : Khalid Nadzri Penulis Skrip : Kamariah Osman Siaran : TV3 Tayang...

 

Layan Drama Melayu Online Terbaru © 2015 - Blogger Templates Designed by Templateism.com, Plugins By MyBloggerLab.com