Sunday 28 March 2021

Review Novel | Kenzi X Embun by Anna Lee

Kenzi X Embun by Anna Lee

Novel : Kenzi X Embun
Penulis : Anna Lee
Helaian : 469
    Penerbit : Prolog Media
Terbitan : Mac 2021

Suaminya ada skandal dengan kawan baik sendiri! Begitulah klisenya kehidupan Embun Nashmia. Hatinya hancur. Perpisahan dipilih demi ketenangan hatinya.

Namun, kemunculan sepotong kek bersama sekeping kad nama telah menghuru-harakan hidupnya.

Mr Ross mempunyai misi untuk memastikan anak saudara kesayangannya itu memiliki zuriat yang sah.

“Cari isteri. Kahwin. Buat perjanjian. Buat anak. Kemudian lepaskan. Mudah, kan?” Cadang Ross.

Kenzi Julian sebal dengan bapa saudaranya yang tiba-tiba saja bertanyakan soal zuriat yang bakal mewarisi hartanya yang berbilion sedangkan hatinya tidak terbuka untuk cinta kerana pernah dikecewakan satu masa dulu. Namun, demi memuaskan hati Mr Ross, dia bersetuju.
“But with one condition.” Matanya merenung serius.

“Okey?” Ross dekatkan diri dengan Kenzi.

“Find someone whom I will never fall in love with, will you?” Dengan wajah serius Kenzi merenung Ross.

Syarat Kenzi dituruti. Rancangan diatur. Embun menjadi insan terpilih. Segala-galanya berlaku dengan mudah. Tapi kenapa makin lama mereka bersama, semua yang berlaku mula nampak salah?

Kenzi x Embun, masihkah ada bahagia untuk hati mereka yang pernah terluka?


Kenzi X Embun mengisahkan mengisahkan Ross yg mahu mencari isteri buat anak buahnya Kenzi. pertama kali ternampak Embun mencurah kopi pada bekas suami dan skandalnya, Ross dah tekad nak jadikan Embun calon isteri buat Kenzi.

first half terhibur dengan perangai Ross ni yg tak nampak macam pacik-pacik dan gigih betul mengorat Embun. kalau jadi Embun pun pelik juga, dah reject pun boleh si Ross ni gelak-gelak tak macam orang patah hati. 

Baca juga: Novel Review | Butterfly by Anna Lee


bak kata penulis, buku ni klise. yes sangat klise dan bila sampai kat pertengahan cerita dah rasa penat pula nak habiskan, rasa macam slow betul Kenzi nak make a move. itulah bila kisah cinta terlalu klise, aku nak cepat habiskan saja bacaan sebab sis penat dengan kisah cinta yg klise. eh eh banyak pula perkataan klise kat sini.

**MY RATING: ⭐⭐⭐ 3/5**

About the Author

admin

Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

 

Layan Drama Melayu Online Terbaru © 2015 - Blogger Templates Designed by Templateism.com, Plugins By MyBloggerLab.com