Thursday 5 January 2017

Drama Jejak Karmila (TV3)

Jejak Karmila

Nantikan drama terbaru di slot Zehra TV3 berjudul Jejak Karmila. Adaptasi daripada novel karya Nilam Himawari dan Rizalwan Ramli. Menampilkan gandingan Mia Ahmad, Ruhainies, Asyraf Ali bersama primadona ulung, Fauziah Dato Ahmad Daud. Drama bersiri Jejak Karmila arahan Murali Abdullah bakal ditayangkan mulai 11 Januari 2017, setiap Rabu hingga Jumaat pukul 9.00 malam di TV3. 

JUDUL : JEJAK KARMILA
TARIKH TAYANGAN : 11 Januari 2017
HARI / MASA : Rabu-Jumaat, 9.00 malam
SIARAN : Slot Zehra TV3
PENULIS NOVEL : Nilam Himawari / Rizalwan Ramli
PENGARAH : Murali Abdullah
TERBITAN : Zeel Production Sdn Bhd
PELAKON : Fauziah Ahmad Daud, Mia Ahmad, Ruhainies, Asyraf Aley, Amy Mastura, Fauziah Nawi, Wani De'fam, Nafiz Muaz, Johan As'ari, Wan Sharmila, Azri Iskandar, Duerra Mitilda

WATAK PELAKON
Fauziah Ahmad Daud sebagai Karmila 
Mia Ahmad sebagai Suraya
Ruhainies sebagai Nonie
Asyraf Ali sebagai Syed Haikal
Amy Mastura sebagai Syarifah Aniza
Fauziah Nawi sebagai Hamidah

SINOPSIS JEJAK KARMILA 
Jejak Karmila adalah pembukaan setiap langkah Suraya, Nonie dan Karmila untuk bersatu kembali. Konflik demi konflik yang cuba menguji sejauh mana tahap keimanan mereka menghadapi ujian-ujian Allah SWT.  Karmila dihukum penjara 20 tahun kerana membunuh suaminya tanpa sengaja demi menyelamatkan anaknya, Suraya dan Nonie.

Apabila ada yang merana di dalam sana, yang diluar ini sedikitpun tidak mensyukuri kesenangan yang ada. Bila adik cemburukan kakak sendiri pasal lelaki bernama Syed Haikal, segala-galanya jadi kacau bilai. Si lelaki pula tamak. Yang kakak dia mahu, yang adik juga mahu disapunya. Payah-payah dia beralih pula pada gadis lain. 

Konflik cinta tiga segi antara Syed Haikal dengan dua beradik itu mula pudar sebaik sahaja bongkar rahsia perhubungan Syed Hamidi dengan Karmila. 

Siapakah sebenarnya Karmila? 
Siapa wanita itu kepada gadis-gadis yang disukainya?
Dan yang paling penting, siapa wanita itu dengan ayahnya sendiri?

GAMBAR PELAKON
Jejak Karmila

Pelakon Jejak Karmila
antara pelakon drama Jejak Karmila

About the Author

admin

Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

 

Layan Drama Melayu Online Terbaru © 2015 - Blogger Templates Designed by Templateism.com, Plugins By MyBloggerLab.com