Wednesday 4 January 2017

Drama Kerana Anisa (TV3)

Kerana Anisa

Nantikan drama terbaru terbitan Enuja Production Sdn Bhd berjudul Kerana Anisa. Ditunjangi oleh Zara Zya, Mustaqim Bahadon dan Fahrin Ahmad. Drama bersiri arahan Jamal Khan itu bakal menemui penonton bermula 9 Januari ini, disiarkan setiap hari Isnin hingga Rabu jam 10 malam menerusi slot Samarinda di TV3.

JUDUL : KERANA ANISA
EPISOD : 15 episod
TARIKH TAYANGAN : 9 Januari 2017
HARI / MASA : Isnin-Rabu, 10.00 malam
SIARAN : Slot Samarinda TV3
PENGARAH : Jamal Khan
TERBITAN : Enuja Production Sdn Bhd
PELAKON : Zara Zya, Mustaqim Bahadon, Fahrin Ahmad, Sura Sojangi, Uqasha Senrose, Syaffiq Sahli, Aman Graseka, Ellie Suriati, Ira ghani

WATAK PELAKON
Zara Zya sebagai Anisa
Mustaqim Bahadon sebagai Syukri
Fahrin Ahmad sebagai Zahid
Sura Sojangi sebagai Adira

SINOPSIS KERANA ANISA
Mengisahkan Anisa dan Syukri yang berkawan baik di kampung. Anisa mempunyai impian besar dalam hidup apabila bercita-cita menjadi peguam dan meminta Syukri menjadi 'guru' dan penguat semangatnya.

Bagaimanapun, bapa Anisa, Long Yahya menentang persahabatan Syukri dan Anisa. Selepas Anisa tamat menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Syukri berangkat ke London untuk menyambung pengajian namun mereka meneruskan hubungan menerusi surat.

Satu hari, Anisa dikejutkan dengan rombongan peminangan daripada Zahid. Anisa menentang kerana mahu meneruskan pelajaran kerana dia lulus cemerlang dalam SPM. Bagaimanapun, Anisa dipaksa berkahwin. Selepas berkahwin, Zahid bertindak kejam terhadap zahir dan batin Anisa.

Malah, Zahid makin menyakiti Anisa terutama selepas mendapat tahu hubungan Anisa dengan Syukri.

GAMBAR PELAKON
Pelakon Kerana Anisa
Pelakon drama Kerana Anisa
Kerana Anisa TV3
barisan pelakon

About the Author

admin

Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

 

Layan Drama Melayu Online Terbaru © 2015 - Blogger Templates Designed by Templateism.com, Plugins By MyBloggerLab.com