Monday 30 October 2023

Sinopsis Drama Surat Dari Tuhan (TV3)

Surat Dari Tuhan (TV3)

Drama : Surat Dari Tuhan
Produksi : Mache All Star United
Pengarah : Mohd Fazli Yahya
Penulis Skrip : Rozie Rashid, Soula Nordin, PGRs Team
Siaran : TV3
Mula Tayangan : 30 Oktober 2023
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Episod : 30
Pelakon : Janna Nick, Shukri Yahaya, Ummi Nazeera, Sheila Mambo, Trisha Ooi, Wanns Ahmad, Qistina Raisah, Arash Mohd, Syefikk, Balkisyh Semundur Khan, Meor Mohd, Shahidan Izwan, Qayra El, Nik Ramly Rejab, Nada Nur Syahada


Sinopsis Drama Surat Dari Tuhan (Samarinda TV3)

Tindakan memilih Misha (Janna Nick) membawa penderitaan kepada Ryan (Shukri Yahaya) dan membuat Rafilah (Sheila Mambo) berasa tersepit dalam kesedihan. Walaupun Misha pernah memutuskan pertunangan mereka beberapa hari sebelum hari perkahwinan, Ryan masih membuka hati menerimanya sebagai isteri.

Uzair (Wanns Ahmad) adalah orang pertama yang cuba menghalang hubungan antara Ryan dan Misha daripada berputik semula, seolah-olah dia merasai apa yang akan terjadi. Rafilah juga tidak bersetuju dengan perkahwinan terburu-buru mereka, tetapi Ryan yakin bahawa Misha telah berubah.

Hidup Ryan selepas berkahwin dengan Misha, 'menantu dari neraka' bersifat talam dua muka ini diterpa oleh seribu satu ujian. Misha tidak mempunyai rasa hormat dan sanggup menyakiti ibu mentuanya, sehingga melupakan tanggungjawab dan kewajipan sebagai isteri dan menantu.

Sebagai tanda janji kepada Rafilah, Ryan bersungguh-sungguh untuk membawa ibunya itu menunaikan umrah. Dengan usaha gigihnya, dia berjaya memiliki perniagaan kilang percetakan selepas mendapat kelulusan pinjaman perniagaan. Misha turut diberikan peluang untuk bekerja di sana.

Tanpa disedari oleh Ryan, mimpi buruk mengenai perlakuan Misha terhadap Rafilah menjadi kenyataan. Rafilah terjatuh dari tangga kerana ditolak oleh Misha.

Semasa mereka menunaikan umrah bersama, selama mereka berada di Madinah, Misha bukan sahaja tidak membantu Rafilah untuk menjadikan perjalanannya lebih mudah, bahkan cuba menamatkan riwayatnya.

Keadaan semakin rumit bagi Ryan setelah kembali dari Mekah, apabila rakan kongsi perniagaannya melarikan wang syarikat. Suzana (Ummi Nazeera), seorang pelanggan setia Ryan, cuba membantu Ryan yang terjerumus dalam hutang.

Dalam menghadapi semua cabaran yang menimpa keluarganya, kehadiran Suzana membantu Ryan untuk mendapatkan ketenangan kembali.

About the Author

admin

Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

 

Layan Drama Melayu Online Terbaru © 2015 - Blogger Templates Designed by Templateism.com, Plugins By MyBloggerLab.com